Anda di halaman 1dari 28

<XBOH2103>

FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI

SEMESTER : 2 - SEPTEMBER / TAHUN : 2015

KOD KURSUS : XBOH2103

OSH MANAGEMENT / PENGURUSAN KKP

NAMA : MOHD KHAIRY BIN AZIZUL


NO. MATRIKULASI : 810211015881001
NO. KAD PENGNEALAN : 810211-01-5881
NO. TELEFON : 017-4520295
E-MEL : khairytnb@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM

0
<XBOH2103>

1
<XBOH2103>

Isi Kandungan 1
………………………………………………………………………………………………
HALAMAN
PENGHARGAAN 2
PENGENALAN 4-7
Penerangan mengenai syarikat yang dipilih dengan jelas,terperinci
dan menarik tentang saiz syarikat, produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan.

Gambarajah 1.0: Carta Organisasi Pengurusan tertinggi Syarikat TNB 5

PERBINCANGAN TENTANG PENGURUSAN KKP. 7-11


Perbincangan umum yang jelas,terperinci dan menarik mengenai
Pengurusan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah dijalankan.
Perbincangan Disokong oleh ilustrasi dan petikan yang berkaitan.

PERBINCANGAN MENGENAI PELAKSANAAN DALAM 11-17


SYARIKAT.
Perbincangan dengan jelas,terperinci dan menarik mengenai pelaksanaan
OSH dalam syarikat yang telah dijalankan.Perbincangan disokong oleh
Ilustrasi yang berkaitan dan lengkap berkaitan sebagai bukti.

Gambarajah 1.1: Polisi Stesen Janaelektrik Jambatan Connaught (SJJC) 12

Gambarajah 1.2: Sessi ( Tool Box Talk ) Sebelum Menjalankan Kerja 13


Di SJJC

Gambarajah 1.3: Pelaksanaan & Latihan Pemakaian PPE yang betul 14


terkandung dalam pengurusan KKP SJJC.

Gambarajah 1.4: Program-Program latihan mengenai keselamatan dan 15


kesihatan yang dijalankan di SJJC dalam
mempertingkatkan pengurusan KKP stesen.

Gambarajah 1.5 :Pelaksanaan Minggu Keselamatan, Kesihatan Dan 16


Alam Sekitar yang dijalankan setiap tahun di SJJC
dalam membentuk kesedaran Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan

2
<XBOH2103>

PERBANDINGAN DIANTARA PELAKSANAAN KKP 17-19


DAN SISTEM PENGURUSAN KKP
Menyediakan perbandingan terperinci antara pelaksanaan KKP
dalam syarikat dan sistem pengurusan kkp.

Gambarajah 1.6: Papan Kenyataan Gred I-SEMS 19


Stesen Janaelektrik Jambatan Connaught

KESIMPULAN 19
LAMPIRAN/APENDIKS 20-23
RUJUKAN 24-26

3
<XBOH2103>

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah Memberi


kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Subjek
Pengurusan Keselamatan, Kesihatan Dan Pekerjaan.
Disini saya selaku penulis tugasan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih
pada semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan
tugasan saya ini.Secara jujur juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih pada
pihak OUM Shah Alam kerana memberi petunjuk dan cara untuk menyiapkan tugasan
saya ini.
Dalam pada itu ucapan terima kasih pada tutor saya yang dihormati, Puan Suhaila
Binti Abdul Hamid dan E-Tutor saya Encik Mohamad Rizal Bin Abd Wahab kerana telah
memberi panduan,tunjuk ajar dan cara untuk melengkapkan dan menyiapkan Tugasan
XBOH2103 ( Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ).

Sekian Terima Kasih.

4
<XBOH2103>

1.0 PENGENALAN
Dalam sesebuah organisasi, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
( KKP ) adalah satu perkara wajib yang perlu ada bagi menjaga segala kebajikan terhadap
seseorang pekerja dan ia menjadi tanggungjawab majikan serta aspek penting
berlandaskan Akta Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan 1994.Pengurusan Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan ini berperanan dalam sesebuah organisasi atau syarikat kerana
ia mewujudkan satu budaya keselamatan bukan hanya pada seorang pekerja sahaja,
malahan individu-individu yang berada sekitar kawasan tempat bekerja.Berteraskan akta
kesihatan dan keselamatan pekerjaan 1994, beberapa garis panduan tentang sistem
pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah diperluaskan oleh satu pertubuhan
yang dikenali sebagai Pertubuhan Buruh Antarabangsa ( ILO ) .Pertubuhan ini bertujuan
adalah untuk membantu syarikat atau organisasi mencapai pelbagai segala pembaikan
kearah memperbaiki prestasi KKP dalam sesebuah organisasi.
Selaras dengan itu, saya sebagai penulis akan membincangkan serta mensasarkan
sebuah syarikat utiliti yang menjalankan perundangan serta aktiviti berkenaan
pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerja dalam organisasi itu.Menurut teks diatas,
syarikat yang dimaksudkan oleh saya sebagai penulis adalah majikan utama yang
menggajikan saya iaitu Tenaga Nasional Berhad ( TNB ).Tenaga Nasional Berhad yang
beralamat di Aras 1,Bangunan Ibu Pejabat TNB,129 Jalan Bangsar 59200 Kuala Lumpur
merupakan ibu pejabat badan induk syarikat itu beroperasi.Manakala saya di tempatkan
bekerja didalam sektor penjanaan dibawah naungan TNB iaitu di Stesen Janaelektrik
Jambatan Connaught, Jalan Dato Mohd Sidin, 41000 Klang Selangor.Berdasarkan profil
korporat Tenaga Nasional Berhad ( TNB ), syarikat ini merupakan satu syarikat utiliti
elektrik terbesar di Malaysia dan merupakan salah sebuah syarikat mempunyai aset
berjumlah RM 110.7 bilion .Selain itu, TNB juga disenaraikan dan dipaparkan di Bursa
Malaysia dan dianggarkan mempunyai aset tenaga kerja untuk menjalankan bisnes kira-
kira 33,500 warga kerja ( kumpulan ).

5
<XBOH2103>

Berlatarkan sebuah syarikat induk elektrik negara Malaysia, TNB sekarang


menjangkau 65 tahun pembabitan bidang bisnes berteraskan elektrik dan pembekalan
elektrik di Malaysia.Berdasarkan hasil kajian saya, pihak TNB juga menyediakan
perkhidmatan berteraskan elektrik kepada lebih kurang 8.3 juta pelanggan di
semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan bagi memastikan serta bertanggungjawab
lampu sentiasa bernyala menyinari kehidupan seluruh rakyat Malaysia.Dalam bisnes
syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, TNB secara langsung memainkan beberapa
peranan utama dalam menghasilkan kemakmuran nasional, ekonomi syarikat dan negara
serta sosial.Sambil itu, pihak TNB juga beriltizam dalam menjalankan dan memberikan
segala perkhidmatan yang cekap dan sering berdaya harap.Dalam pada itu, TNB juga
mempunyai visi utama syarikat iaitu untuk menjadi diantara badan korporat yang
terunggul didunia dalam bisnes tenaga dan yang berkaitan.Misi utama syarikat TNB
adalah kami sentiasa beriltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam produk dan
perkhidmatan.

Gambarajah 1.0: Carta Organisasi Pengurusan tertinggi Syarikat TNB

Berdasarkan peranan dan tanggungjawab TNB kepada seluruh rakyat Malaysia


terhadap perkhidmatan yang cekap serta ke hadapan yang diberikan, TNB seiring dengan
saranan kerajaan bagi memastikan setiap pelusok rakyat di Malaysia menikmati

6
<XBOH2103>

kemudahan yang diberikan serta sentiasa berdaya harap dalam perkara tersebut.Menurut
hasil kajian saya, TNB mempunyai bisnes teras utama dalam syarikat ini iaitu, bahagian
penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik.Berdasarkan perkara tersebut,
bahagian penjanaan TNB sekarang sedang mengendalikan enam stesen janalelektrik haba
dan tiga janaelektrik hidro utama disamping berdaya harap menyokong operasi dan
penyenggaraan tiga pengeluar Tenaga Bebas ( IPP ).
Bagi bahagian penghantaran pula, ia menjalankan operasi menghubungkan tenaga
elektrik yang dijana oleh bahagian penjanaan TNB dan IPP ke seluruh Semenanjung
Malaysia dengan adanya rangkaian pembahagian serta secara terus kepada pelanggan
sektor perindustrian yang besar, melalui sistem Grid Nasional.Bagi bahagian
pembahagian TNB pula, bisnesnya berunsurkan memberi segala dan menyalurkan
bekalan elektrik kepada setiap pengguna dengan memberi segala penumpuan yang jitu
serta tepat dalam memberikan pengalaman pelanggan yang sentiasa berkualiti.Dalam
perkara lain juga syarikat TNB juga melalui anak-anak syarikatnya terlibat dalam
beberapa operasi yang berkaitan dengan tenaga seperti bisnes pengeluaran alat ubah,
perkakas suis, dan kabel bervoltan tinggi.Selain itu, TNB juga berperanan dalam
menyokong segala bisnes perniagaan teras dan bukan teras demi menjamin perkhidmatan
yang diberikan kepada seluruh pelanggannya.
Sebagai satu syarikat utiliti terbesar di Malaysia, TNB juga memastikan Universiti
Tenaga Nasional ( Uniten) ditubuhkan bagi melahirkan individu yang berbakat dalam
pelbagai bidang.Dalam pada masa yang sama juga, pihak TNB mewujudkan satu badan
bisnes dikenali sebagai Ilsas tempat latihan para pekerja-pekerja TNB dalam meningkat
kemahiran dan menghasilkan kualiti kerja yang berkualiti.Oleh itu, segala dasar
pembangunan, perundangan, dan tidak lupa kemahiran para pekerjanya tidak diabaikan
demi perkhidmatan yang diberikan betul-betul tepat dan berkualiti.

7
<XBOH2103>

Sejajar dengan itu, pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan ( KKP ) dititik
beratkan serta digunapakai oleh pihak TNB untuk melindungi keselamatan dan kesihatan
pekerja mengikut Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

2.0 Perbincangan Umum Mengenai Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan


Pekerjaan.

Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( KKP ) adalah sangat penting


dalam sesebuah organisasi kerana ianya merangkumi pelbagai komponen dan tujuan
utama pengurusan kkp serta elemen-eleman yang terkandung bagi sesebuah organisasi
untuk diikuti.Pengurusan kkp yang baik merangkumi dari segi
perancangan,pelaksanan,pematuhan undang-undang dan lain-lain lagi.Selain itu, tujuan
utama pengurusan kkp ini sangat penting kerana sentiasa memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerja terjaga.Dalam hal itu, ia dapat mengikut segala peraturan
dan patuh pada perundangan akta yang diperluaskan.Pengurusan KKP juga bertujuan
penting pada sesebuah organisasi dari segala aktiviti yang dijalankan dalam syarikat serta
mengambil kira kaedah pengurusan dan pemudah cara dalam sesuatu hal bila berlaku
kesulitan yang timbul.Dalam hal ini , kkp turut bertujuan penting pada sesebuah syarikat
dalam penyedian garis panduan, struktur dan objektif untuk diikuti.
Pengurusan KKP secara umumnya mempunyai beberapa elemen penting dalam
pelaksanaanya.Antaranya ialah dari segi polisi bertujuan mengenalkan keselamatan dan
kesihatan, menghindarkan kemalangan, penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan
sebarang kejadian yang memungkinkan bahaya secara spesifik.Selain itu, segala
pematuhan terhadap perundangan KKP adalah meliputi dari setiap polisi syarikat seperti
program KKP, mempunyai persetujuan kesamaan dalam sesuatu bidang KKP dan segala
kehendak serta keperluan yang digunapakai.Dalam sesuatu polisi setiap prestasi KKP
diiktiraf dan menjadi sesuatu perkara penting dalam prestasi perkhidmatan serta diwar-
warkan dan setiap perkara mudah diperolehi bagi semua pihak didalam tempat kerja
contohnya semasa

8
<XBOH2103>

berlaku taklimat tentang keselamatan pekerjaan.Polisi perlulah sentiasa dikaji dan


disemak untuk jangkamasa tertentu bagi menentukan kesesuaiannya.Dalam setiap polisi
juga menerangkan penglibatan pekerja dalam semua elemen keselamatan dan kesihatan
pekerjaan serta memberi segala peningkatan bagi mencapainya.Pengurusan KKP juga
melalui garis panduan polisi setiap syarikat perlu memastikan setiap pengurusan dan
pekerja mempunyai kelayakan yang diiktiraf serta memahami hak diri sendiri serta
syarikat untuk dijadikan panduan.Selain itu, dalam perkara lain polisi juga perlu
merangkumi memberi segala peruntukan data, sumber dan sentiasa memberi
penambahbaikkan dalam polisi secara berterusan.
Dalam elemen lain mengenai pengurusan KKP secara umum adalah tentang
perancangan yang sistematik dan tepat.Perkara ini bertujuan serta diselaras
tanggungjawabnya dalam KKP terhadap pengurusan.Perancangan pengenalpastian hazad,
adalah satu rancangan yang perlu dihebahkan kepada semua anggota syarikat dan tahu
peranan tanggungjawab masing-masing.Perkara ini adalah salah satu perancangan
pengurusan KKP ditempat kerja.Selain itu, dalam perancangan pembangunan organisasi
berkenaan pengurusan KKP adalah berkenaan mewujudkan kadar penyeliaan yang
efektif, kerjasama pengurusan dan pekerja melibatkan komunikasi berkesan.Penaksiran
dan kawalan risiko ( Hiradc ) juga merupakan satu perancangan dalam pengurusan KKP
untuk menguruskan keselamatan dan kesihatan ditempat kerja berdasarkan Seksyen 15(2)
(a)AKKP 1994 “iaitu pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja setakat yang
praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.”Dalam pada itu, perancangan
pengurusan KKP juga meliputi dari perkara keperluan perundangan dan lain-lain
perkara.Antaranya ialah bersedia dan melaksanakan segala dasar umum KKP serta
mematuhi tujuan dan objektif KKP untuk diikuti.Perkara lain yang merangkumi
perancangan KKP dalam perundangan adalah sentiasa mengadakan data-data dan sumber
yang cukup serta tepat untuk diberi kepada semua anggota organisasi secara menyeluruh
dalam penglibatan keseluruhan anggota dan jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan.Lain-lain perkara berkenaan perancangan pengurusan KKP adalah dengan
sentiasa mengikut garis panduan objektif KKP dalam organisasi.Antaranya ialah, sentiasa

9
<XBOH2103>

peka terhadap segala dasar umum KKP dan objektif yang digunapakai dalam sesebuah
syarikat.Dari segi perundangan juga, pengurusan kkp mengenai perancangan adalah
berkaitan tentang sistem komunikasi berkesan dalam syarikat.Contohnya, sentiasa
memberi dan menerima maklumbalas, buah fikiran serta cadangan dari pekerja dan wakil
jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan berkenaan segala masalah KKP yang
perlu dijawab serta dipertimbangkan bagi penambahbaikkan amnya.Dalam komunikasi
juga segala maklumat KKP perlu dibincangkan oleh pengurusan dan badan organisasi
keselamatan dalam syarikat tersebut.Bagi perancangan pengurusan KKP secara umum
juga meliputi program-program berkaitan pengurusan KKP.Sebagai contoh, mengadakan
program minggu keselamatan dan kesihatan pekerjaan selama 5 hari yang terdiri daripada
ceramah berkenaan keselamatan dan kesihatan, larian keselamatan dan kesihatan ,
pertandingan kawad hos serta pemadam api dan lain-lain lagi.
Bagi perkara yang melibatkan pengurusan KKP secara umum adalah tentang
perancangan dan perlaksanaan yang dijalankan.Dalam hal ini, struktur organisasi KKP,
tanggungjawab serta objektif merupakan peranan yang utama.Antaranya ialah, paham
dan jelas akan maksud menetapkan serta memberi keutamaan dan sasaran yang perlu
dicapai.Dalam pada itu, membuat perancangan, paham akan tanggungjawab masing-
masing, serta memilih perkara-perkara yang positif dalam mencapai objektif adalah aspek
penting dalam perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai objektif KKP dalam
organisasi.Selain itu, sentiasa berkehendak dan mengikut undang-undang negara serta
bertanggungjawab dalam organisasi berkaitan KKP dan memberi segala keupayaan
tenaga dalam meningkatkan perlindungan KKP terhadap pekerja.Bagi elemen
perancangan dan perlaksanaan KKP ini juga, meliputi dari perkara berkaitan latihan
kesedaran dan ketrampilan meningkatkan sebarang kemahiran berkaitan pengurusan KKP
baik kepada organisasi ataupun individu.Sebagai contoh, kesedaran keselamatan dan
kemahiran berkaitan bekerja didalam ruang terkurung. Hal ini, baikrapat tentang peranan,
tanggungjawab dan penyeliaan yang sistematik bagi menjalankan kerja pada perkara
tersebut dan mengenali dan analisis sebarang hazad,risiko yang boleh mendatangkan
kemalangan sekaligus kematian.Jesturu itu, pelbagai lagi perkara yang terkandung dalam
perancangan dan pelaksanaan KKP umumnya terdiri daripada elemen-elemen

10
<XBOH2103>

perundingan antara majikan, pekerja dan orang lain, komunikasi dari pelbagai pihak
khususnya dalam syarikat dan kawalan dokumen dan data.Selain itu, yang penting juga
dalam perancangan dan pelaksanaan KKP adalah tentang dokumentasi KKP, kawalan
operasi dan tindakan semasa kecemasan.
Bagi elemen keempat tentang pengurusan KKP secara amnya adalah berkaitan
tentang penilaian pengurusan KKP.Penilaian adalah sesuatu perkara berkaitan
pemantauan dan mengukur sejauh mana sasaran telah dicapai dalam pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Penilaian boleh dilakukan berdasarkan dua faktor
yang diketengahkan oleh Niosh dari segi pemantauan.Antaranya ialah pemantauan
reaktif iaitu berkaitan siasatan kemalangan, laporan kemalangan, pemulihan pekerja
dan program kesihatan.Pemantauan aktif iaitu dari segi latihan, program KKP dan
mesyuarat.Selain itu, pengurusan KKP bagi penilaian adalah berkaitan sebarang
mekanisma penyiasatan kecederaan dari pekerjaan, sakit pekerjaan, hilang upaya dan
kejadian nyaris serta akibat kepada sebarang pencapaian keselamatan dan kesihatan
dalam mencari serta menganalisis punca kejadian.Terdapat lagi perkara yang berkaitan
berkenaan penilaian dalam pengurusan KKP seperti insiden, ketidakakuran dan sebarang
rekod berkaitan pengurusan penilaian KKP tentang perkara yang diperjelaskan
diatas.Dalam pengurusan am KKP daripada penilaian terkandung juga satu perkara yang
penting iaitu program audit.Program audit adalah untuk menilai, menjelaskan dan
memberi suatu keputusan berkaitan sistem pengurusan KKP samada ianya mengikut rang
undang-undang yang telah ditetapkan.Sebagai contoh, audit OSHSAS 18001:1999
(KKP).
Elemen yang terakhir berkaitan tentang pengurusan KKP secara umum adalah
berkaitan tentang tindakan penambahbaikkan.Bagi perkara yang terakhir dalam sesuatu
pengurusan umum KKP ini ia merangkumi mengenalpasti serta memberi penekanan yang
khusus yang berpunca dari segala ketidakpatuhan tanpa mengikut undang-undang.Selain
itu, tindakan penambahbaikkan dalam KKP ini juga terdiri daripada sebagai penggerak,
menentukan, membuat, memeriksa keberkesanan,serta mendokumentasikan segala
tindakan pencegahan dan pembetulan meliputi dari segala perubahan kepada Piawaian

11
<XBOH2103>

Keselamatan Dan Kesihatan Malaysia.Melalui tindakan pembetulan ini dalam


pengurusan KKP terdapat satu pembetulan atau pembaikkan yang dikenali sebagai
pembetulan bertingkat.Ianya merangkumi dari aspek objektif KKP, penghasilan dari
mengenalpasti hazad dan penaksiran risiko.Dalam aspek lain pula, tindakan pembetulan
adalah dari penghasilan penyelian dan segala pengukuran pencapaian sesuatu aktiviti
KKP yang dijalankan dalam sesebuah organisasi.Terdapat banyak lagi tindakan
pembetulan dari pengurusan KKP umumnya, antaranya ialah menyiasat segala
kemalangan, kecederaan, hilang upaya serta menimbangkan balik perkara-perkara dan
cadangan dari proses audit yang dijalankan.Idea-idea pembetulan, kritikan dan
penambahbaikkan dari kesemua anggota kerja hinggalah ke ahli jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan mestilah dianalisis untuk diketengahkan bertujuan
meningkatkan pengurusan KKP dalam sesebuah organisasi.Apa yang boleh saya katakan
sebagai penulis disini, bahawa segala hasil, maklumat dan pengawasan tentang
pembetulan atau penambahbaikan dalam KKP juga merangkumi kesihatan pekerja,
perlindungan kesihatan dan program promosi juga meningkatan kesedaran keselamatan
dan kesihatan pekerjaan di sesebuah organisasi.

3.0 Perbincangan Mengenai Pelaksanaan Keselamatan Dan Kesihatan


Pekerjaan ( KKP ) Dalam Syarikat.

Pada kali ini, saya sebagai penulis akan menjelaskan secara terperinci berkenaan
pelaksanaan KKP dalam syarikat tempat saya bekerja sekarang.Stesen Janalektrik
Jambatan Connaught ( SJJC ) merupakan salah satu stesen yang menjana tenaga elektrik
dibawah TNB yang beroperasi di betul-betul di kawasan lembah klang dan merupakan
salah satu stesen janaelektrik yang tertua di semenanjung Malaysia.Oleh kerana stesen ini
terletak betul-betul berhampiran dengan pusat pembangunan dan pentadbiran negara,
stesen ini sentiasa meneliti dan tidak mengabaikan sistem dan pengurusan KKP malahan
urus tadbir KKP bertambah baik sejak dari yang terdahulu.Diantara perlaksanaan yang
telah dijalankan dalam pengurusan KKP di stesen ini adalah menyediakan,
memperbaharui dan mengawal selia polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan SJJC

12
<XBOH2103>

untuk anggota pekerja di SJJC supaya perundangan KKP tercapai.Antara peranan atau
kata semangat supaya polisi organisasi SSJC ini diikuti oleh para pekerja ialah, SJJC
sentiasa beriltizam untuk menyediakan dan menjaga persekitaran ditempat kerja supaya
sentiasa selamat dan sihat.Menurut pada polisi SJJC, antara perkara-perkara yang
terkandung dalam polisi adalah mengurus dan mengurangkan risiko berkaitan dengan
KKP dengan mengwujudkan Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
bagi mengenal pasti, menilai dan mengawal bahaya serta mengkaji semula prestasi KKP
secara berkala.Selain itu, polisi SJJC juga terkandung perkara yang berkaitan patuh
kepada keperluan undang-undang, berusaha mencegah kecederaan dan penyakit serta
memastikan peningkatan berterusan dalam pengurusan dan prestasi KKP.

Gambarajah 1.1: Polisi Stesen Janaelektrik Jambatan Connaught (SJJC)

Dalam pada itu, ia juga menyedarkan setiap pekerja akan tanggungjawab KKP,
mendokumen, melaksana dan mengekalkan sistem pengurusan KKP pada tahap yang
bersedia untuk digunakan dan diterjemah.Berkaitan polisi SJJC, perkara menetapkan,

13
<XBOH2103>

mengkaji semula objektif KKP, memastikan KKP dalam rekabentuk, perancangan dan
penilaian sentiasa berterusan untuk para pekerjanya mengikut undang-undang dan
regulatori.Pengurusan SJJC sentiasa mengambil berat dalam aspek penyediaan,
penyebaran maklumat dan mengadakan pelbagai bentuk jenis latihan untuk pekerja dan
kontraktor bagi mencapai kompetensi dalam KKP.
Dalam pelaksanaan dan perancangan KKP di SJJC, pengenalpastian Hazad,
penaksiran dan kawalan risiko adalah perkara yang dititik beratkan dalam pengurusan
KKP di SJJC. Pelaksanaannya ialah dengan pihak majikan SJJC menjadi perintis utama
mengadakan program pengurusan risiko dan perancangan kerja, agar segala bentuk hazad
yang berpotensi dapat diramal dan risiko kemalangan dapat dikurangkan.Selain itu,
kaedah yang digunakan oleh pihak organisasi SJJC adalah dengan cara melakukan
pemeriksaan tempat kerja secara berkala contohnya penyelenggaraan pencegahan,
melalui perbincangan antara penyelia dan pekerja bawahan seperti taklimat keselamatan
dan “toolbox talk” pada setiap pagi.Selain itu, berdasarkan kajian saya terhadap
organisasi SJJC mengenai cara lain yang digunakan adalah dengan menghapuskan dan
menghilangkan risiko, melalui kaedah penggantian kerja, sistem pengasingan
( Isolation ) yang dijalankan, melalui kaedah kawalan kejuruteraan contohnya menaik
taraf sistem mesin dengan berpengadang penuh yang beroperasi menggunakan tali
sawat.Dalam pada itu, antara perkara lain yang dititik beratkan di SJJC adalah mengenai
sebarang papan tanda amaran untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang perkara
yang perlu diikuti semasa bekerja, contohnya papan tanda tentang arahan pemakaian topi
keselamatan semasa bekerja dan memasuki kawasan stesen. Melakukan audit dalaman
dan menguatkuasakan prosidur yang mengikut arahan KKP supaya pekerja dan
kontraktor terlibat dalam bengkel ( Hiradc) berkaitan perkara diatas.Ini bertujuan untuk
meningkatkan kaedah tentang cara mengenal, menaksir dan mengawal sebarang hazad
dan risiko yang berkemungkinan ada didalam organisasi SJJC.Selain itu, perkara yang
terkandung dalam ( Hiradc ) yang dilaksanakan oleh SJJC adalah tentang Peralatan
Perlindungan Diri ( PPE ) yang dikuatkuasakan pemakaianya kepada semua pekerja dan
orang luar yang terlibat dalam aktiviti kerja didalam kawasan stesen.

14
<XBOH2103>

Gambarajah 1.2: Sessi ( Tool Box Talk ) Sebelum Menjalankan Kerja Di SJJC

Berdasarkan kajian saya berkenaan organisasi SJJC tentang pengurusan KKP,


program-program pengurusan KKP juga dijalankan di SJJC dalam meningkat KKP
individu dan stesen.Antaranya ialah di jabatan senggaraan mekanikal program KKP telah
dijalankan anjuran pihak mekanikal dan pihak keselamatan stesen iaitu berkenaan
pemeriksaan dalaman, membuka dan memasang Turbin GT Gas.Program ini diadakan
supaya memberi kesedaran kepada tentang bahaya-bahaya yang perlu diketahui semasa
bekerja dan tatacara amalan kerja selamat mengikut prosedur keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.Selain itu, program KKP yang dibuat di stesen SJJC adalah dibahagian
sokongan bisnes dan pihak keselamatan pekerjaan berkenaan penukaran lampu jalan
sodium kepada LED.Antara input-input yang dapat dari keberkesanan program KKP ini
terhadap perkara diatas ialah sentiasa menggunakan PPE yang betul sebagai contoh
menggunakan abah-abah dan topi keselamatan dalam aktiviti penukaran lampu,
pemakaian sarung tangan khas semasa penukaran lampu juga adalah satu kawalan risiko
bagi mengelakkan kecederaan jika berlaku litar pintas ketika kerja penukaran lampu
sedang dijalankan.

15
<XBOH2103>

Gambarajah 1.3: Pelaksanaan & Latihan Pemakaian PPE yang betul terkandung
dalam pengurusan KKP SJJC.

Diantara perkara lain dalam perlaksanaan KKP dalam organisasi SJJC adalah
dengan mengadakan latihan mengenai kesedaran KKP dan latihan membentuk orang
berkecekapan dalam bekerja dalam ruang terkurung.Diantara latihan kesedaran KKP
yang dijalankan di stesen SJJC adalah latihan wakil keselamatan stesen, latihan
pertolongan cemas dan cpr, latihan berkenaan kefahaman dan kesedaran KKP 1994 dan
akta mesin dan jentera 1967.

Gambarajah 1.4: Program-Program latihan mengenai keselamatan dan kesihatan


yang dijalankan di SJJC dalam mempertingkatkan pengurusan

16
<XBOH2103>
KKP stesen.

Dalam pada itu, latihan yang kerap menjadi rutin tahunan KKP yang dijalankan di
stesen SJJC adalah berkenaan Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yang
berlangsung selama 5 Hari.Dalam perkara tersebut terdapat perkara seperti ceramah
keselamatan dari pihak JKKP dan Niosh, pertandingan kawad hos basah dan aktiviti
pemadam api menggunakan alat pemadam api.Bagi membentuk orang yang
berkecekapan, pihak stesen SJJC akan menghantar wakil perseorangan atau kumpulan
yang layak untuk menduduki kursus dan peperiksaan dalam mengadakan orang
kompeten. Sebagai contoh kursus AGT, AESP adalah salah satu objektif supaya dasar
KKP sesebuah organisasi tercapai yang mengikut rang undang-undang sekaligus dapat
memahirkan pekerja tentang kerja tersebut dan tahu akan bahaya kerja berkenaan.

Gambarajah 1.5 : Pelaksanaan Minggu Keselamatan, Kesihatan Dan Alam Sekitar yang
dijalankan setiap tahun di SJJC dalam membentuk kesedaran
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Selain itu, di stesen SJJC juga mengamalkan latihan kecemasan kebakaran pada
setiap tahun.Ini bertujuan membentuk kerjasama kesemua pihak dalam menjayakan

17
<XBOH2103>
aktiviti KKP ini sekaligus bertujuan meningkatkan pengetahuan berkenaan perkara-
perkara yang perlu dititik beratkan dalam pengamalan aktiviti ini.Antaranya ialah, mahir

dengan pendengaran siren kecemasan, tahu menggunakan alatan-alatan keselamatan dan


lain-lain lagi.Pengurusan KKP stesen SJJC sentisa peka terhadap sebarang unsur-unsur
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan melibatkan badan-badan kerajaan dan
swasta yang lain dalam menjayakan aktiviti ini.Antara organisasi yang terlibat adalah
polis, bomba, pihak hospital, pihak JKKP, dan Niosh.Selain itu, antara perkara –perkara
wajib yang dijalankan oleh pihak SJJC dalam memajukan pengurusan KKP stesen adalah
berkaitan audit keselamatan, audit sirim, audit I-Sems, pengukuran dan pemantauan
prestasi.

4.0 Perbandingan diantara pelaksanaan KKP dan sistem pengurusan KKP

Berdasarkan kriteria-kriteria perkara diatas, perbandingan diantara pelaksanaan


KKP di SJJC dengan sistem pengurusan KKP adalah seperti berikut.Diantara perkaranya
adalah mengenai Sistem Pengurusan Bersepadu yang berlandaskan Sistem Keselamatan
yang Cemerlang ( I-SEMS ).Sistem ini diguna pakai oleh kesemua jabatan-jabatan dan
anak syarikat di Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) dalam memupuk keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang bersistematik kearah pengurusan KKP yang cemerlang.Dalam
perkara ini, pihak SJJC menjadikan prinsip asas ( PDCA ) sebagai elemen pengurusan
dan perbandingan utama dalam mencapai perlaksanaan KKP yang mengikut perundangan
dan akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 untuk syarikat dan para
pekerjanya.Mengenai mencari perbandingan antara pelaksanaan KKP di SJJC dengan
Sistem Pengurusan KKP adalah berdasarkan pada tiga kriteria penting dalam
menggunakan ( I-SEMS ) di SJJC.Kriteria yang pertama berkenaan dengan
manusia.Aspek ini menjelaskan bahawa majikan berperanan melaksanakan program
kesedaran keselamatan dan kesihatan secara berterusan untuk para pekerjanya dalam
memberi penambahbaikan berterusan.Antara program-program kesedaran keselamatan
dan kesihatan yang telah dijalankan secara berterusan di SJJC adalah berkenaan latihan
kecemasan kebakaran yang dijalankan tiap-tiap tahun, tindakan pelan kecemasan,

18
<XBOH2103>
program kesedaran pemakaian PPE dengan cara yang betul, 7 kesedaran dan penyebab
mengenai kemalangan ditempat kerja.

Disamping itu, berdasarkan kriteria pada manusia juga akan menjadikan kerja-kerja lebih
terancang dan selamat, hasil daripada penelitian dari tatacara kerja yang selamat (SOP).
Sementara itu, dari kriteria kemanusian juga menjadikan setiap kerja akan diberi
perhatian sepenuhnya terhadap aspek keselamatan, nyawa dan peralatan.Bagi kriteria
kedua pula adalah berkenaan dengan mesin.Sejajar dengan perkara tersebut, eleman ( I-
SEMS ) yang dijadikan amalan dalam SJJC dalam pengurusan KKP berbanding Sistem
Pengurusan KKP adalah dengan menjadikan mesin akan lebih berefisyen, relialibiliti
tinggi dan keboleharapan dalam menjalankan operasi dengan selamat.Selain itu mesin
akan selamat digunakan dengan adanya kawalan-kawalan keselamatan pada mesin
contohnya dengan mengadakan pengadang penuh pada mesin yang beroperasi
menggunakan tali sawat.Dalam perkara lain, dengan mengamalkan
( I-SEMS ) dalam KKP hasilnya mesin dapat menghasilkan keluaran produk dengan
cekap dan berkesan.Bagi kriteria yang terakhir pula berkenaan perbandingan pelaksanaan
KKP yang menggunakan ( I-SEMS ) dengan Sistem pengurusan KKP adalah berkenaan
persekitaran.Dengan amalan I-SEMS yang dijalankan oleh SJJC, secara langsung
persekitaran tempat kerja dapat mematuhi peraturan perundangan ISO 14001, dapat
mengikut kesesuaian kerja dengan betul dan persekitaran kerja lebih terjamin, selamat
dan suasana kerja lebih harmoni.

19
<XBOH2103>
Gambarajah 1.6: Papan Kenyataan Gred I-SEMS Stesen Janaelektrik Jambatan
Connaught

Hasilnya dengan pelaksanaan KKP di SJJC dengan Sistem Pengurusan KKP dapat saya
simpulkan disini bahawa satu aspek yang digunapakai oleh SJJC iaitu ( I-SEMS ) yang
berpandukan pada Sistem pengurusan KKP ianya dapat memberikan satu kelainan,
pembaikan, penggunaan secara berkesan dan berterusan dalam memupuk budaya kerja
yang selamat.

5.0 Kesimpulan

Sesebuah organisasi memerlukan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan kerana ia adalah satu petunjuk dan tanda aras bagaimana sesebuah organisasi
itu bertindak dalam menangani pengurusan KKP dengan cemerlang.Oleh itu, setiap
majikan dan organisasi perlu menghargai setiap warga kerja kerana mereka adalah
tunjang utama dalam pembangunan organisasi. Perkara ini sangat penting kerana tanpa
mereka nescaya produktiviti akan merudum. Oleh itu, setiap majikan dan organisasi perlu
menyediakan PPE, latihan dan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada
semua anggota kerja dalam pendedahan keselamatan bekerja dengan selamat.
Sejajar dengan itu, pelbagai program telah diatur oleh pihak SJJC dan TNB
khusunya dari pelbagai sudut yang mengikut perundangan dalam memantapkan Sistem
Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di SJJC amnya.Natijahnya jelas
sekali, bahawa AKKP 1994 adalah sebagai batu loncatan dalam memupuk kesedaran dan
budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan samada pada majikan mahupun pekerja
supaya mengikut undang-undang dan saranan kerajaan supaya bekerja dalam keadaan
yang selamat dan harmoni tanpa kecelakaan.

3445 Patah Perkataan

20
<XBOH2103>

LAMPIRAN / APENDIKS

Apendiks I : Kompenan-kompenan utama / Model dalam Pengurusan Keselamatan


dan Kesihatan Pekerjaan: OSHMS-MS 1722:2011

Apendiks II : Sistem Model Pengurusan OSH digunakan oleh Stesen Jambatan


Connaught - Plan, Do, Check , ACT ( PDCA ) dalam

21
<XBOH2103>
penambahbaikan berterusan

Apendiks III : Unsur-unsur OHSAS 18001: 2007 & MS1722 : 2011 dalam skop
proses pada suatu pakej faedah pengguna diwakili dalam
gambarajah diatas yang diamalkan oleh Stesen Janalektrik
Jambatan Connaught

Saya salah seorang


Safety Committee

22
<XBOH2103>
Apendiks IV : Ahli Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Stesen
Janaelektrik Jambatan Connaught

Apendiks V : Pasukan Tindakan Kecemasan KKP Stesen Janaelektrik Jambatan


Connaught

Apendiks VI : Mengamalkan Teori Domino Heinrich Dalam Pengurusan KKP Di


SJJC

23
<XBOH2103>

Apendiks VII : Perancangan Dalam Mengenal, Mengawal, Menaksir Hazad Adalah


Satu Sistem Pengurusan Yang Diamalkan Oleh SJJC

Apendiks VIII : Statistik Kemalangan Anggota Kerja TNB Menurun Dalam Masa
10 tahun Dengan Mengamalkan Pengurusan KKP Dan
Penambahbaikkan Dalam KKP

24
<XBOH2103>

Rujukan / Bibliografi:

JKKP (2005).Garis Panduan Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan


( Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan
Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan 2004) K.Lumpur: Pertubuhan Kebajikan dan
Sukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

Better Brighter TNB (2015). Diari Profile Korporat TNB


TNB Headquarters Bangsar: Tenaga Nasional Berhad (200866-W)

TNB Connaught Bridge (2014).Dokumen Group Safety Manual Generation Division


Stesen Janaelektrik Jambatan Connaught:Tenaga Nasional Berhad (200866-W)

Zahrol Poniran (2013).Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Journal


Keberkesanan & Tataamalan Dalam Sistem Pengurusan KKP Di Stesen Janaelektrik
Jambatan Connaught, 03,05-76

SJ.Jambatan Connaught (2015).Garis Panduan Pelaksanaan Safety Excellence


Management System ( I-SEMS ) Sebagai Sistem Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan TNB. K.Lumpur: T.N.B HR & Risk Management Unit

TNB Connaught Bridge (2006). SEMS- Safety Excellent Auditor Guideline Course
Klang: Stesen Janaelektrik Jambatan Connaught

Stesen Janaelektrik Jambatan Connaught (2008).Laporan Penuh Analisis Keselamatan


Dan Kesihatan Pekerjaan SJJC.Klang: Unit Safety & HR SJJC

Risk Management TNB (2010). SEMS & EMS Integrated Management System Auditor

25
<XBOH2103>
Course .TNB HQ Generation: Risk Management Unit

A.H Arshad (2012).Hazard Identification Risk Assessment Determining Control Course


( HIRADC ).Cyberjaya: She Strategic Sdn.Bhd (792625-W)

Noorhamani Harun (2009).Understanding And Documenting Ohsas 18001:2007 Course


Subang Jaya: Qmspro Training & Consultancy (001452549-W)

Louis Adaikalam (2010). Emergency Respon Team Course (ERT).


Petaling Jaya: Alpha International Training & Consultancy

Salleh (2008). Hazard Identification Risk Assessment Control (HIRARC) Course


Bangi : TNB Training Institute ( Ilsas )

Ir.Hj.Abu Bakar (2005). Excellent OSH Management The Key National Development
K.Lumpur: OSH Seminar 2005 ( PWTC)

Malaysian Standard (2011). Occupational Safety And Health (OSH) Management


System-Requirements ( First Revision )

Cyberjaya:Department Of Standard Malaysia Ministry Of Science, Technology and


Innovation

Niosh Certification (2008). Interppretation And Awarness Course MS 1722:2005


Bandar baru Bangi: Niosh Certification Sdn. Bhd (641222-K)

Niosh (2009). Confined Space Safety Course For TNB (Authorised Entrant & Standby
Person) Bandar baru Bangi: Niosh Institute

OSH TNB Group Human Resourse (2007). TNB Safety Symposium Course

26
<XBOH2103>
HQ TNB Bangsar: Group Human Resourse Division TNB

Tey Chin Yuen (2015). Kursus Latihan Pertolongan Cemas Pekerjaan (CPR)
Subang: ER Emergency Responder Academy Sdn.Bhd

Kadir.A , Kadaruddin .A, Azhar.A & Muhammad.R.R (2010). Sistem Pengurusan


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHAH:18001) Analisis Kepada Penerimaan
Faedah Pelaksanaanya Kepada Organisasi Di Malaysia.Dimuat turun pada September
01, 2015, Dari http://eprints.uthm.edu.my/573/1/JTS_Voll_F2

Haspriza Ashari (2004).Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Tanggungjawab Siapa


Dimuat turun pada September 17, 2015, Dari http://www.fppsm.utm.my/download/doc
download/99-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-tanggungjawab-siapa-html

Haspriza Ashari (2004). Peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Dalam Organisasi;Suatu Perspektif Undang-Undang.Dimuat turun pada September 17,
2015, Dari http://www.fppsm.utm.my/downloads/doc download/ 84-peranan-
jawatankuasa-keselamatan-dan kesihatan-pekerjaan-dalam-organisasi-suatu-
perspektif.html

Haslinda Isamail (Attorney Chamber’s Of Malaysia).Pengenalan Kepada Perundangan


Keselamatan Pekerja Di Malaysia.Dimuat turun pada September 21,2015 Dari
http://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=906:p
engenalan-kepada-perundangan-keselamatan-dan-kesihatan-pekerja-di-malaysia

Mohd Rosyaidi (2013).Quality, Safety, Health, Environmental, Radiation, and Hygiene


Management.Dimuat turun pada Oktober 13,2015 Dari http://rosyaidi.blogspot.
my/2013/05/ms-17222011.html

27