Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN

“ BENGKEL SAYA LAYAK


BERJAYA!”
MAAHAD AHMADI, GEMENCHEH
NEGERI SEMBILAN DARUL
KHUSUS

14 , 15 dan 16 November 2019

ANJURAN :
UNIT PEMBANGUNAN INSAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA CADANGAN
“ BENGKEL SAYA LAYAK BERJAYA! ”
MAAHAD AHMADI, GEMENCHEH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

1.0 PENDAHULUAN

PELAJAR merupakan aset penting negara. Mereka merupakan golongan muda


yang bakal menerajui dan merealisasi halatuju masa depan negara. Oleh itu,
mereka harus dibimbing dan dibentuk agar menjadi seorang insan yang
cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik bahkan dari aspek kepimpinan diri.
Justeru pihak Unit Pembangunan Insan , Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam negeri Sembilan mengadakan “Program BENGKEL SAYA LAYAK
BERJAYA!” sebagai salah satu inisiatif pembinaan kecemerlangan akademik,
sahsiah dan kepimpinan diri pelajar.

2.0 OBJEKTIF
Di akhir kursus, peserta dapat:

2.1 Membina Mindset Kejayaan secara konsisten


2.2 Menstruktur pelan kejayaan akademik berasaskan GROW Model
2.3 Merancang Pelan Tindakan Kejayaan Akademik tahun 2020
2.4 Membina matlamat hidup menggunakan SMART Vision Board

KUMPULAN SASARAN

350 orang pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 Maahad Ahmadi, Gemencheh.

TARIKH DAN TEMPAT

14, 15 dan 16 November 2019 bertempat di Maahad Ahmadi, Gemencheh.

PENGISIAN
Dikendalikan sepenuhnya oleh Konsultan Akademi Sukses.

URUSETIA

Semua Kakitangan Unit Pembangunan Insan Bahagian Pendidikan JHEAINS


TENTATIF PROGRAM

Seperti di Lampiran A

ANGGARAN PERBELANJAAN

Seperti di Lampiran B

PENUTUP

Kertas kerja cadangan program ini dipanjangkan kepada pihak tuan dengan harapan
mendapat pertimbangan sewajarnya. Kami mengharapkan agar program yang
dicadangkan ini dapat mencapai objektif serta melaksanakan hasrat dan kepentingan
pihak JHEAINS dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan luas dalam
bidang pendidikan.
Lampiran A

TENTATIF PROGRAM

ATURCARA PROGRAM
BENGKEL SAYA LAYAK BERJAYA! MAAHAD AHMADI, GEMENCHEH
UNIT PEMBANGUNAN INSAN, BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAINS

MAS RABU KHAMIS JUMAAT


A
13 NOV. 2019 14 NOV. 2019 15 NOV. 2019

8.00 Pendaftaran / Pendaftaran / Pendaftaran /


Perhimpunan Perhimpunan Perhimpunan

8.30 Salam Ukhuwah Salam Ukhuwah Salam Ukhuwah

9.00 Slot 1 : Generasi Za’ba: Slot 4 : Remodelling Slot 7 : Pelan Tindakan


Cemerlang Akademik, Individu Berjaya Kejayaan 2020
Sahsiah & Kepimpinan

10.30 Kudapan Kudapan Kudapan

11.00 Slot 2 : Bersyukur Slot 5 : Bina Matlamat Slot 8 : Usaha, Doa &
SMART Tawakal

12.30 Rehat / Solat / Makan Rehat / Solat / Makan Majlis Penutupan

2.00 Slot 3 : Potensi Diri Slot 6 : Visualisasi


Impian Hidup

4.00 Rumusan Rumusan

4.30 Bersurai Bersurai


Lampiran B

ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber pendapatan adalah daripada Tabung Amanah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN JUMLAH


RM 4.00 x 350 orang x 3
1. Makan & Minum RM 4.00 x 350 orang x 3 hari RM 4,200.00
hari
Bayaran
2. RM 12,000.00 RM 12,000.00
Konsultan 1
P.A Sistem
3 & LCD Projektor 1 RM 2000.00 RM 2000.00
(Outdoor)
JUMLAH RM 18,200.00

Disemak oleh:
………………………………………………………
( ABDUL RAHIM BIN MAAMOR )
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan Darul Khusus

Kelulusan Pelaksanaan

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

……………………………………………………………
( MOHD. ZAIDI BIN RAMLI )
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan Darul Khusus

Anda mungkin juga menyukai