Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

ABPC2103
ABNORMAL PSYCHOLOGY

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

SEPTEMBER 2019

1
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN 3

2.0 ANALISIS PUNCA OCD 4

3.0 LIMA SIMPTOM OCD 5

4.0 PENDEKATAN PSIKOLOGI MERAWAT OCD 6

5.0 KESIMPULAN 9

TUGASAN 2

1.0 PENGENALAN 11

2.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI KENDIRI UNTUK 11

FOBIA

3.0 CARA DIRI SENDIRI MENGATASI FOBIA 12

4.0 KESIMPULAN 12

RUJUKAN 13

2
TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN

Sesuatu perkara biasa pada setiap orang untuk membuat pemeriksaan semula atau
berulangkali sebelum melangkah keluar dari rumah. Sama ada memastikan suis seterika telah
dimatikan atau lampu bilik telah dipadamkan. Tetapi adalah satu perkara yang tidak baik
apabila ianya menjadi satu obses. Gangguan OCD adalah gangguan kebimbangan atau
keraguan yang menyebabkan ketidakselesaan yang melampau. Pesakit ini sering di dorong
secara berterusan dan berulang, pemikiran dan imej yang tidak diperlukan. Ianya semakin
hari semakin meningkat jumlah penghidap OCD ini. Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan
kehidupan peribadi seseorang itu berubah secara drastik. Ianya perlu dikawal dari semasa ke
semasa untuk mengelakkan jumlah itu terus meningkat. Ia bukan sahaja menjadi masalah di
Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Sebagai contoh di Amerika Syarikat penghidap OCD bernisbah 50:1 orang.


Frasa “compulsive-disorder” menjadi kosa kata Inggeris, ianya digunakan secara tidak rasmi
atau dalam bentuk seni karikatur bagi mengambarkan seorang yang sentiasa berhati-hati,
mementingkan kesempurnaan, terikat dengan seseorang individu atau hal dan teliti dalam
mencari sebab sesuatu perkara itu berlaku. Ini adalah ciri-ciri seseorang menghidap OCD.
Tetapi ada juga orang yang mempunyai ciri-ciri ini bukan penghidap OCD tetapi mungkin ia
menghidap Kecelaruan Obsesif-Kompulsif Personaliti (OCPD), ia adalah kecelaruan jenis
juzuk autisme (Mayo Clinic Staff, 2013; MedicineNet.com, 2013).

Memahami apa yang dimaksudkan dengan Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD) ini, ia
adalah masalah kebimbangan yang bercirikan oleh pemikiran yang tidak diingini dan
berulang-ulang, tingkah laku ritual dimana merasakan dipaksa untuk menyempurnakan
sesuatu tingkah laku. Terkadang individu itu sedar mereka mempunyai simptom-simptom
OCD tetapi tidak mampu untuk menahan dari melakukan tingkah laku tersebut atau
membebaskan diri.

Obsesi adalah pemikiran yang tidak berlaku secara rela, imej atau impuls yang berlaku
berulang-ulang kali dalam fikiran seseorang. Ia tidak mahu idea itu datang tetapi ianya tidak
boleh dihalang. Pemikiran keterlaluan ini akan menganggu kehidupan seseorang. Pemikiran
obsesif ini adalah obses terhadap susun atur, keseimbangan, ketertiban dan kekerapan. Risau
tugas yang dilakukan tidak sempurna dan salah. Ketakutan terlampau terhadap dosa, kuman,

3
keselamatan ahli keluarga dan kawan. Jijik atau geli dengan bahan buangan dan cecair diri
sendiri seperti peluh.

Kompulsif pula adalah tingkah laku atau ritual yang seakan di dorong oleh sesuatu untuk
bertindak secara berulang-ulang. Ianya dilakukan untuk membuatkan obsesi itu hilang. Punca
OCD terjadi adalah kekurangan bahan kimia di dalam otak yang di sebut sebagai serotonin,
serotonin berperanan membantu manusia daripada mengulangi perbuatan yang sama.
Personaliti ini dicirikan sebagai individu yang memperlihatkan kepada kesempurnaan dan
ketidakluwesan rasa ingin tahu terhadap pola pemikiran dan tindakan yang tidak dapat
dikawal (Baharom & Iliyas Hashim, 2010; MMHA, 2013).

Perlakuan kompulsif adalah adalah membersih secara berulangkali seperti memberus gigi,
mencuci tangan atau membasuh muka kerana mereka beranggapan ianya kotor. Memeriksa
selak pintu, peralatan dapur atau peralatan elektrik berulangkali bagi memastikan ianya
berada dalam keadaan baik. Selalu memastikan susun atur dalam keadaan sempurna seperti
menyusun lipatan kain dalam keadaan yang rapi tidak bersepah. Mengira sesutau nombor
dengan diulang-ulang tanpa rasa jemu atau penat.

Menyimpan barang-barang yang tidak terpakai seperti surat khabar, bekas makanan atau
baju-baju yang sudah buruk. OCD dikategorikan kepada obsesi keraguan atau kerisauan yang
berterusan, obsesi pemikiran dimana ingatan pada peristiwa yang berterusan, obsesi impuls
iaitu gesaan untuk bertindak untuk melakukan sesuatu, obsesi ketakutan iaitu takut akan
melakukan kesilapan atau kesalahan, obsesi imej dimana bayangan imej yang terbayang
secara berterusan dan tidak menyenangkan, hasilkan kompulsif iaitu tindakan yang telah
dicadangkan oleh pemikiran dan yang terakhir mengawal kompulsif iaitu mengawal
pemikiran (MedicineNet.com, 2013).

2.0 ANALISIS PUNCA OCD

Banyak faktor yang mempengaruhi untuk seseorang itu mendapat OCD seperti genetik,
organik, personaliti, pengalaman lalu dan konflik. Sebagai contoh apa juga konflik dalam diri
boleh menyebabkan tekanan atau stress akan menyebabkan seseorang itu mempunyai
simptom-simptom OCD. Oleh itu seseorang individu itu perlu ada kesedaran diri untuk
mengelakkan simptom-simptom ini di dalam dirinya. Ia bukan sahaja menyusahkan dirinya
tetapi orang disekelilingnya (MMHA, 2013; Mayo Clinic Staff, 2013). Berikut merupakan
antara faktor-faktor yang menyebabkan gangguan ini.

4
2.1 Faktor Biologi

Otak adalah salah satu struktur yang sangat kompleks. Otak mengandungi neurin yang
berhubung supaya badan boleh berfungsi dengan baik. Neuron berhubung melalui signal
elektrik. Neuron ini adalah penting untuk berkomunikasi dan bekerja sama agar tubuh badan
manusia dapat berfungsi secara normal. bahan kimia di dalam otak yang dinamai
neurotransmitter membantu memindahkan pesanan dari neuron ke neuron. Kekurangan
neurotransmitter jenis serotonin merupakan salah satu punca OCD. Kajian juga menunjukkan
ada kaitan antara jangkita bakteria streptococcus dengan OCD. Jika tidak dirawat akan
menyebabkan berlakunya OCD dan masalah lain.

2.2 Genetik

Gangguan obsesif-kompulsif dapat diwariskan kepada generasi seterusnya. Ahli keluarga


yang mempunyai sejarah gangguan masalah ini kemungkinan berisiko mengalaminya. Hal ini
disebabkan bukti ada mengatakan ketidakseimbangan serotonin boleh diwariskan daripada
ibu bapa kepada anak mereka.

2.3 Pengalaman Masa Lalu

Pengalaman masa lalu juga salah satu sebab yang menyebabkan gangguan obsesif kompulsif.
Hal ini kerana ia mempunyai hubungan yang erat dengan kekecewaan atau kecemasan
sebelumnya. Antara faktor persekitaran yang boleh menyebabkan OCD menjadi lebih teruk
ialah penderaan dan kehilangan orang tersayang.

2.4 Konflik

Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunda
daripada apa juga masalah hidup. Contohnya hubungan antara suami-isteri, masalah di
tempat kerja, keyakinan diri, ketuhanan atau apa sahaja yang boleh mencetuskan konflik
dalam diri. Namun konflik ini tidak dapat dileraikan dengan cara positif atau betul
menyebabkan mereka berasa tertekan dengan konflik tersebut.

3.0 LIMA SIMTOM OCD

Menurut Wardayati (2013), OCD adalah gangguan yang ditandai dengan fikiran negative
yang membuat orang merasa cemas, takut dan khawatir. Oleh itu, untuk menghilangkan
kecemasan tersebut, penghidap OCD akan obsesif berlebihan pada sesuatu perkara. Berikut

5
merupakan tanda-tanda yang boleh dilihat pada penghidap obsesif kompulsif menurut
Wardayati:

3.1 Terlalu bersih

Tidak hanya mencuci tangan, semua hal yang berhubungan dengan kebersihan seperti
membasuh pinggan, baju atau membersihkan rumah juga merupakan bahan pemikiran
terhadap penderita OCD. Akibatnya mereka akan menghabiskan waktu berjam-jam untuk
membersihkan semuanya.

3.2 Menghitung

Penderita OCD selalunya akan menghitung pola kegiatan sehari-hari, seperti jumlah langkah.
Kebiasaan ini didorong oleh keyakinan tertentu, misalnya juka mereka menghitung angka
tujuh, mereka akan mendapatkan keberuntungan.

3.3 Tersusun

Semuanya harus disusun rapi, kemas mengikut jumlah, warna atau bentuk. Jika beselerak,
maka penghidap OCD akan merasa cemas dan gelisah. Dengan itu, mereka akan mengemas
kembali sehingga mereka berpuas hati.

3.4 Takut disakiti

Setiap orang tentunya akan takut dan khawatir jika sesuatu yang buruk terjadi pada mereka.
Namun penghidap OCD lebih berusaha keras menghilangkan fikiran tersebut dari akal fikiran
mereka berbanding orang normal.

3.5 Penampilan peribadi

Body dysmorphic disorder (BDD) juga dikaitkan dengan OCD. Penderita BDD sering
melihat penampilan diri mereka tidak sempurna. Namun berbeza hal pemakanan, penderita
BDD tidak fokus pada diet ketat.

4.0 PENDEKATAN PSIKOLOGI MERAWAT OCD

Kaedah rawatan OCD terbahagi kepada dua iaitu melalui medikal atau perubatan dengan
memakan ubat-ubatan seperti clomipramine, fluoxetine, sertraline, paroxetine dan
fluxomamine. Satu kaedah rawatan lagi adalah Terapi Kognitif-Tingkahlaku (CBT) wujud
daripada hasil gabungan beberapa pendekatan. Ia adalah pendekatan psikoterapi bagi

6
menyelesaikan masalah gangguan emosi, ketakutan da kemurungan. Ia adalah kaedah yang
paling berkesan untuk merawat konflik dalaman yang melanda seseorang individu.

Pendekatan terapi tingkah laku ini juga dikenali sebagai ‘pendedahan dan pencegahan tindak
balas’ adalah berkesan untuk penghidap OCD. Pesakit sengaja dan secara sukarela
menghadapi objek yang ditakuti sama ada secara langsung atau imaginasi (Sang, 2010; Mayo
Clinic Staff, 2013). CBT berdasarkan asumsi terutama bagi kes kemurungan iaitu bahawa
gangguan emosi berlaku dari penyimpangan dalam berfikir. Penyembuhan dalam keadaan
emosi dapat dilakukan apabila terdapat perubahan pada pola-pola berfikir dalam tempoh
proses terapi. Begitu juga pada penghidap yang berfikiran maladaptive dan gangguan tingkah
laku.

Apabila dapat memahami dan mengubah pola-pola tersebut dengan harapan mampu
melakukan perubahan cara berfikir mereka dan mampu untuk mengawal gejala-gejala
gangguan yang berlaku. Ianya berorientasikan pada masalah-masalah yang dipecahkan serta
terapi yang didasarkan pada keadaan semasa. Ia memandang penghidap OCD sebagai orang
yang membuat keputusan penting masalah atau matlamat yang akan dibahagi-bahagikan
semasa proses terapi.

Dalam CBT tujuan utama adalah membangunkan fikiran yang negatif atau bahaya, berdialog
dengan diri (internal) dan interpretasi terhadap perkara-perkara yang dilalui. Fikiran negatif
akan muncul secara automatik dan berlaku dalam keadaan bawah sedar. Mengumpulkan
segala bukti yang ada dengan menyiasat latarbelakang penghidap OCD sama ada bukti itu
menyokong atau membangkang. Dengan itu, rawatan dapat dijalankan dengan baik dan
berjaya dengan menyusun rekabentuk eksperimen bagi menguji kebolehupayaan (Mayo
Clinic Staff, 2013).

Aspek kognitif dalam CBT adalah mengubah cara berfikir, kepercayaan, asumsi, imaginasi
dan sikap untuk mengenalpasti dan mengubah kesilapan. Aspek behavioral pula mengubah
hubungan yang tidak betul antara keadaan permasalahan dengan kebiasaan bertindakbalas
apabila masalah itu berlaku sebelum ini, dilatih mengubah tingkah laku, merehatkan fikiran
dan badan sehingga berkeadaan baik dan selesa serta boleh berfikir dengan matang.

Ianya bermula dengan ujikaji-ujikaji yang dijalankan di makmal-makmal psikologi. Teknik


ini dianggap yang paling berkesan untuk merawat pesakit OCD. Ia dibahagikan kepada 3
peringkat iaitu pertama desensitisasi klasik bersistem, kedua, membanjiri aliran kognitif dan

7
ketiga Exposure and Response Prevention (ERP). Desensitiasi klasik bersistem digunakan
bagi menurunkan kadar kebimbangan iaitu dengan memberikan latihan menenangkan diri
atau relaksasi iaitu pesakit OCD akan diajar bagaimana untuk mengeluarkan relaksasi yang
akan membawa kepada keselesaan diri.

Menambah dengan rangsangan yang menimbulkan ketegangan iaitu pesakit diminata


membina hierarki rangsangan secara berperingkat-peringkat iaitu dari takut yang sedikit
kepada takut yang melampau. Gambaran secara imejan dimana pesakit akan diarahkan untuk
menggambarkan secara imejan rangsangan yang paling minima dalam hierarkinya dan secara
serentak juga latihan kesenggangan otot dilakukan. Mengulangi latihan secara berterusan
agar perlaksanaan semua hierarki akan dapat dikurangkan dan lama-lama akan hilang.

Apa yang berlaku gerak balas terlazim akan mampu menenangkan diri. Teknik yang kedua
adalah membanjiri aliran kognitif, prinsip rangsangan terlazim digunakan. Pesakit
mengekalkan minda dalam keadaan yang tidak menyenangkan dirinya sendiri iaitu pemikiran
obsessif. Minda kekal dengan perasaan menakutkan sehingga pesakit itu sendiri dapat
mengenal pasti jawapan mengapa perasaan takut itu timbul (OCD Center, 2016).

Kaedah yang ketiga adalah Exposure and Response Prevention (ERP), exposure adalah
penglibatan mendedahkan secara terus/langsung terhadap objek atau sesuatu situasi yang
menimbulkan keadaan tegang. Response adalah merujuk kepada rutin perlakuan tingkah laku.
Dalam rawatan ini, penghidap OCD dipaksa untuk melalui perasaan bimbang dan ketakutan
terhadap pemikiran obsessifnya dengan tidak berkelakuan seperti kebiasaannya apabila
berhadapan dengan keadaan itu. Pesakit diberi tunjuk ajar agar dapat mengawal diri daripada
perbuatan tingkah laku kompulsifnya sehingga ia mampu untuk mengawal keadaan itu secara
berperingkat, iaitu dengan mengurangkan kekerapan perlakuan kompulsif (OCD Center,
2016; Yatimah & Mohd Tajudin, 2011).

Selain CBT, kaedah berikut juga digunakan bersama-sama untuk rawatan OCD. Ubat-ubatan
adakalanya digunakan bersama-sama dengan terapi CBT untuk rawatan gangguan obsesif-
kompulsif kerana ubat sahaja jarang berkesan dalam melegakan gejala OCD. Terapi keluarga
turut digunakan kerana OCD sering menyebabkan masalah dalam kehidupan keluarga dan
penyesuaian sosial, terapi keluarga adalah terapi sokongan. Terapi keluarga menggalakkan
untuk memahami penyakit OCD dan ia boleh membantu untuk mengurangkan konflik
keluarga. Ia juga boleh memberi motivasi kepada ahli keluarga dan mengajar mereka

8
bagaimana untuk membantu orang yang mereka sayang. Terapi berkumpulan adalah satu
kaedah yang berguna untuk merawat OCD.

Melalui interaksi dengan rakan-rakan yang menghidap OCD, mereka dapat berkongsi
keadaan mereka. Terapi berkumpulan menyediakan sokongan dan galakan dan
mengurangkan perasaan tersisih dari masyarakat sekeliling amnya dan keluarga secara
khusus. Cara seseorang individu bertindak balas terhadap gejala OCD yang dihadapi oleh
rakan atau keluarga mempunyai impak yang cukup besar. Komen-komen negatif atau kritikan
akan membuat penghidap OCD bertambah teruk dan semakin sukar untuk dirawat.
Persekitaran yang tenang dan menyokong mereka boleh membantu proses penyembuhan.

Elakkan dari membuat kritikan peribadi, kerana ia adalah gejala yang mereka hadapi bukan
kelemahan karakter mereka. Jangan memarahi penghidap OCD atau memberitahu mereka
untuk berhenti melakukan ritual kerana mereka tidak boleh mematuhi. Segala tekanan akan
memburukkan keadaan. Jangan bermain bersama-sama dengan orang yang penghidap dengan
ritual OCD. Membantu dengan ritual hanya akan mengukuhkan tingkah laku mereka. Sokong
mereka tetapi bukan ritual mereka.

Memastikan komunikasi posistif dan jelas. Komunikasi adalah penting supaya mencapai
keseimbangan antara memberi sokongan dan sentiasa bersama-sama mereka sehingga gejala
OCD tidak lagi mengganggu kehidupan mereka. Membuat lawak jenaka tika bersama-sama
mereka, menerapkan elemen lucu dan membolehkan mereka tertawa bersama. Pastikan dalam
jenaka yang dibuat tidak merendah-rendahkan mereka atau menyisihkan mereka tetapi
membuat mereka rasa lebih dihargai (PsychGuides.com, 2016; Mayo Clinic Staff, 2013).

5.0 KESIMPULAN

Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD) boleh dikatakan sebagai perasaan ragu-ragu yang
melampaui batas normal manusia dan ia juga diklasifikasikan sebagai satu penyakit mental.
Setiap individu mempunyai OCD sama ada ianya disedari atau tidak. Ia terjadi pada ahli
keluarga atau rakan-rakan di sekeliling kita. Cuma ianya berada ditahap ringan atau kecil
hingga ke tahap yang lebih berat atau kritikal.

Oleh yang demikian jika didapati mempunyai simptom-simptom yang berkaitan haruslah
mendapatkan rawatan dengan segera sama ada melalui kaedah memakan ubat-ubatan atau
Terapi Kognitif-Tingkahlaku (CBT). Jika ianya dibiarkan akan menjadi lebih parah dan sukar
untuk di rawat. Oleh yang demikian setiap orang perlu mempunyai kesedaran yang tinggi

9
berkaitan OCD bagi memastikan ianya dapat dibendung atau dikawal agar tidak
menyukarkan kehidupan seharian. Bagi memastikan kehidupan yang lebih ceria dan gembira
seseorang itu memerlukan satu sama lain untuk mendapatkan kehidupan yang lebih bahagia.
Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berfikiran positif dapat mengelakkan
seseorang itu daripada simptom-simptom OCD.

Seseorang individu itu perlu menitikberatkan tentang etika dan nilai moral dalam masyarakat
amnya dan keluarga khususnya. Setiap orang mempunyai kepercayaan pada agama yang
dianuti, oleh itu sentiasa mengamalkan ajaran yang telah dipelajari dan menambahbaik
amalan yang dituntut. Zaman teknologi yang sedia mencabar ini akan memberi tekanan
kepada individu-indivdu yang mudah berputus asa dan berfikiran negatif. Setiap orang perlu
bersaing untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam menjalani kehidupan.

10
TUGASAN 2

1.0 PENGENALAN

Lazimnya manusia memiliki sifat resah gelisah semulajadi dalam setiap aspek kehidupan
dalam mengurus hidup yang bertumpu pada aspek berperibadi, berkeluarga, bermasyarakat
dan juga bernegara malah di peringkat globalisasi.“Sesungguhnya manusia itu dijadikan
bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)”.[Al-Maarij:19].Dengan ini secara dalaman dan
emosinya manusia itu berkecenderungan kepada sifat resah dan gelisah atau pun
kebimbangan. Oleh yang demikan, jika sifat tersebut gagal dikawal dan diurus dengan baik ia
akan memberi implikasi negatif yang mampu menghalang potensi seseorang itu untuk
berkembang dengan baik mengikut keadaan semasa.

Justeru dalam suatu tempoh tertentu kebimbangan atau resah gelisah yang konsisten
berpanjangan berisiko menganggu perkembangan diri seseorang maka ianya menjurus ke
arah suatu maksud lain yang lebih dikenali sebagai “fobia”. Fobia juga dikategorikan sebagai
penyakit mental dibawah kecelaruan kebimbangan. Fobia bukanlah kategori besar dalam
penyakit mental tetapi ianya menarik dan mendapat perhatian.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke empat (2005), fobia boleh di definisikan
sebagai ketakutan yang amat sangat kepada sesuatu. Fobia adalah sejenis penyakit mental
yang berkaitan dengan psikologi. Fobia biasanya menzahirkan emosi takut yang melampau
tanpa suatu sebab yang jelas dan tidak rasional.

2.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI KENDIRI UNTUK FOBIA

Saya adalah seorang yang fobia dengan darah atau lebih dikenali sebagai homophobia. Setiap
kali melihat darah, saya akan mula rasa berdebar, gelisah, berpeluh dan adakalanya sehingga
saya muntah dan pengsan. Saya menyedari fobia ini pada usia 10 tahun apabila saya terjatuh
ketika sedang bermain bola dan lutut saya luka dan mengeluarkan darah yang banyak. Pada
ketika itu saya berasa sangat bedebar, gelisah dan akhirnya saya pengsan.

Sejak daripada itu, saya telah tahu bahawa saya tidak boleh melihat darah walaupun dalam
rancangan television, drama dan sebagainya. Fobia ini memberi kesukaran dalam kehidupan
saya seharian. Saya jadi seorang yang takut untuk ke klinik dan hospital. Saya hanya akan ke
hospital sekiranya sakit yang sangat teruk. Itupun dengan cara mendengar lagu dengan suara
yang paling kuat menggunakan “earphone” agar saya dapat melupakan tentang darah. Jika

11
berselisih dengan pesakit yang terluka dan berdarah, saya akan cepat-cepat beredar dan
mencari ruang yang lebih luas.

Saya merasakan fobia ini sangat mengganggu kehidupan seharian saya. Di tambah pula
dengan pekerjaan saya pada masa kini yang kadangkala melibatkan darah. Oleh yang
demikian, saya telah melakukan beberapa kajian dan bacaan tentang bagaimana untuk
mengurangkan fobia ini.

3.0 CARA DIRI SENDIRI MENGATASI FOBIA

Menurut Alan Manevitz, salah satu cara paling berkesan dalam mengatasi fobia ini ialah
dengan menganggap darah adalah satu perkara biasa. Ini dapat mengurangkan rasa fobia
tersebut. Cara saya, saya mencari video berkaitan darah, dan memberanikan diri menontonya.

Pada mulanya, saya mula berpeluh di dahi, jantung berdegup kencang dan mula merasa
pening-pening lalat. Namun saya segera mengatur pernafasan dan bertenang. Saya sentiasa
mengulangi di kepala saya bahawa ianya biasa sahaja, hanya cecair berwarna merah, merah
seperti warna baju dan langsir rumah.

Saya mula mendapat ketenangan dan boleh memberi fokus selama 5 minit. Hanya debaran
kecil sahaja yang tinggal. Untuk percubaaan kali pertama, saya hanya menonton video
tersebut dalam tempoh 5 minit.

Pada sesi seterusnya, saya mencuba untuk tempoh 15 minit. Dan ianya berjaya tanpa debaran
yang wujud di jantung saya. Saya tahu kaedah ini telah berjaya mengeluarkan saya dari fobia
darah. Namun, saya mesti melakukan satu lagi untuk memastikan bahawa saya benar-benar
telah bebas dari fobia ini. Untuk itu, saya telah ke hospital dan memasuki wad secara rawak.
Melihat pesakit-pesakit yang berdarah di anggota badan mereka secara reality. Mula-mula
saya berasa sedikit bedebar dan kemudian saya sudah mampu bertenang. Akhirnya, saya telah
berjaya sepenuhnya mengatasi fobia saya ini.

4.0 KESIMPULAN

Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh
dikatakan, boleh menghalang kehidupan orang yang mengidapnya. Bagi sebahagian orang,
perasaan takut seorang penghidap fobia sulit dimengerti. Itu sebabnya, pengidap tersebut
sering dijadikan bulan bulanan oleh teman sekitarnya.

12
Dalam keadaan normal setiap orang memiliki kemampuan mengendalikan rasa takut. Akan
tetapi bila seseorang terdedah kepada terus menerus dengan subjek Fobia, hal tersebut
berpotensi menyebabkan berlakunya fiksasi. Fiksasi adalah suatu keadaan di mana mental
seseorang menjadi terkunci, yang disebabkan oleh ketidak-mampuan orang yang
bersangkutan dalam mengendalikan perasaan takutnya. Penyebab lain berlakunya fiksasi
dapat pula disebabkan oleh suatu keadaan yang sangat ekstrim seperti trauma dialami dalami
suatu pengeboman, terjebak lif dan sebagainya.

Namun fobia bukan lah satu penyakit mental yang serius sekiranya si penghidap dapat
mengatasi fobia ini dengan segera. Oleh yang demikian, penghidap fobia hendaklah mencari
bantuan bersesuaian daripada orang awam.

(2912 patah perkataan)

RUJUKAN

Psychology Today. (2015, November 18). Obsessive-Compulsive Disorder : Psychology


Today. Retrieved June 20, 2016, from Psychology Today Web Site:
https://www.psychologytoday.com/conditions/obsessive-compulsive-disorder

Baharom, M., & Iliyas Hashim. (2010). Ingat, lupa, sedar dan gangguan psikologi. Batu
Caves: PTS Profesional.

Dr.Abdul Halim, O., & Ferlis, B. (2012). ABPS2103 Cross-Cultural Psychology. Seri
Kembangan: Open University Malaysia.

Jemaat, A. H., Kong, f., Hasim, M. S., & Ang, T. K. (2012, April 27). Teori Perkembangan
Moral Kognitif Kohlberg. Retrieved 20 Oktober 2019, from Laman web google doc:
https://docs.google.com/uc?id=0B6z3yHdicsgBazhoS3AtRTQ5eDg&export=download

Lead, S. M. (2013). Kohlberg: SimplyPsychology. Retrieved 21 Oktober 2019, from Simply


Psychology Web Site: http://www.simplypsychology.org/kohlberg.html

Mayo Clinic Staff. (2013, August 09). Diseases and conditions : Obsessive-Compulsive
Disorder (OCD). Retrieved 21 Oktober 2019, from Mayo Clinic Web Site:
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ocd/basics/definition/con-20027827

13
MedicineNet.com. (2013, August 28). Definitions of Obsessive-Compulsive disorder.
Retrieved 21 Oktober 2019, from Medicine Net.Com Web Site:
http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=4610

MMHA. (2013). Obsesif Kompulsif (OCD) ; Malaysian Mental Health Association.


Retrieved 22 Oktober 2019, from Malaysian Mental Health Association Web site:
http://mmha.org.my/obsesif-kompulsif-ocd/

Mohamed, M. n. (2001). Pengantar Psikologi - satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingka
laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Moorey, T. (2012). Understand Chinese Mythology - The Myths and their meaning. London:
Teach Yourself.

OCD Center. (2016, April 25). Cognitive-Behavioral Therapy (CBT) for the Treatment of
OCD and Anxiety Conditions. Retrieved June 21, 2016, from OCD Center of Los Angeles
Web Site: http://ocdla.com/cognitivebehavioraltherapy

PsychGuides.com. (2016). PsychGuides- Obsessive-Compulsive Disorder Symtoms, Causes


and Effects. Retrieved 20 Oktober 2019, from PsychGuides Web Site:
http://www.psychguides.com/guides/obsessive-compulsive-disorder-symptoms-causes-and-
effects/

Rahil , M., & Habibah, E. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan - Edisi Kedua. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Rahman, Z. A. (2007). Pembimbing Rakan Sebaya. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.

Sang, M. S. (2010). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Puchong: Penerbitan


Multimedia Sdn Bhd.

Tahir, N. (2016). Teoi Perkembangan. Retrieved 22 Oktober 2019, from Laman web
amaljaya,com:http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/teori-
perkembangan.pdf

Yatimah, S., & Mohd Tajudin, M. (2011). Teori Kaunseling Al-Ghazali. batu Caves: PTS
Islamika Sdn Bhd.

14