Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Perkataan “demi” dan “untuk” membawa makna yang sama. Oleh itu, penggunaan kedua-
dua perkataan yang sama makna dalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah,
kerana penggunaan satu daripadanya sudah mencukupi.
Dalam bahasa Melayu, “kita” ialah kata ganti nama orang pertama yang membawa maksud
jamak. Namun demikian, banyak pengguna bahasa Melayu kurang yakin dengan aspek
jamak ini, lalu menegaskan lagi dengan menambah perkataan “semua”, pada hal “kita”
telah pun mencukupi.
Kita perlu memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu menggunakan bahasa dengan baik,
kemas dan ekonomis yakni tidak membazir perkataan.
Fikirkan!!!
Pernahkah anda...
(1) Naik ke bawah?
(2) Turun ke atas?
(3) Masuk ke luar?