Anda di halaman 1dari 21

SULIT* SKEMA SET 2

940/3 STPM 2015


SEJARAH
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)
KERTAS 3
(Dua jam)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

__________________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2015

STPM 940/3 [Lihat sebelah


*Skema ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
1. Sejauh manakah Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
telah berjaya mewujudkan kestabilan politik dalam masyarakat Melayu pada abad ke-
19.

A. PENGENALAN:

1. Sebelum kedatangan British pada pertengahan abad ke-19, Negeri-negeri Melayu telah
mempunyai dan mlaksanakan undang-undang bertulis tersendiri termasuk Perak dan
Johor.

2. Perak mempunyai Undang-undang 99 yang berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak oleh
Syed Hussain aAl-Faradz. Undang-undang digubal berdasarkan dialog. Undang-undang
ini juga mempunyai pengaruh adat Temenggong dan adat Perpatih.

3. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pula merupakan satu himpunan undang-undang


yang menjadi perlembagaan asas negeri Johor. Ianya telah digubal pada 14 April 1895
semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar.

4. Kedua-dua undang-undang ini juga turut membincangkan tentang ekonomi dan sosial.

B. ISI:

Undang-undang 99 Perak

a) Perak mempunyai undang-undang tersendiri yang dikenali sebagai Undang-undang Sembilan


Puluh Sembilan (99) Perak. Undang-undang ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke
Perak pada abad ke-17 oleh Syed Hussain al-Faradz dari Hadramaut.

b) Undang-undang 99 Perak agak berbeza daripada undang-undang biasa kerana disusun dalam
bentuk dialog dan bukannya berasaskan kepada fakta dan fasal.

c) Dialog tersebut dituturkan oleh Raja Nusyirwan dengan Menteri Buzurgmihr. Inti pati dialog
itu menjadi asas kepada Undang-undang 99 Perak.

d) Undang-undang 99 Perak mempunyai pengaruh Adat Perpatih dan Adat Temenggung.


Undang-undang ini mengandungi hampir semua perkara berkaitan hak pemerintah,
perhambaan, jenayah, harta, perkahwinan, dan pertelingkahan kecil.

e) Undang-undang ini dikatakan undang-undang yang paling bertimbang rasa dalam Adat
Temenggung. Undang-undang ini terdiri daripada 99 buah undang-undang yang menetapkan
kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan.

f) Undang-undang 99 Perak menjelaskan tentang :


i) Tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah; meliputi peranan yang diberi amanah
untuk memegang sesuatu jawatan dalam kerajaan seperti raja atau sultan serta pembesar,
penghulu, kadi, khatib, pawang, dan bidan yang menjadi tulang belakang dalam
pemerintahan;

ii) Kriteria serta cara pemilihan dan pelantikan para pegawai yang diambil berkhidmat dalam
kerajaan;
iii) Peraturan adat istiadat seperti adat untuk menghadap, memilih dan melantikl raja serta
adat semasa berada di dalam istana;

iv) Jenayah seperti hukuman mencedera, membunuh, dan mencuri. Seperti undang-undang
lain, hukuman bunuh hanya boleh dilakukan dengan perintah daripada raja sahaja;

g) Dari segi ekonomi, undang-undang yang berkaitan dengan kegiatan peetanian dan
penternakan;

h) Dari segi social, urusan kekeluargaan seperti perkahwinan, penceraian, pembahagian harta,
dan perzinaan.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

1. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan satu himpunan undang-undang yang


menjadi perlembagaan asas bagi negeri Johor. Perlembagaan yang digubal pada 14 April
1895 dinamakan sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895. Undang-undang
ini digubal semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar.

2. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah dimasyhurkan selepas kemangkatan Sultan Abu
Bakar, iaitu pada 14 September 1895 oleh anakanda baginda, Sultan Ibrahim. Kewujudan
perlembagaan ini menjadikan Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan
system raja berperlembagaan.

3. Sejak digubal pada tahun 1895, undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah dipinda sebanyak
empat kali. Pindaan pertama, pada 1 April 1908. Pindaan kedua, pada 17 September 1912.
Pindaan ketiga, pada 12 Mei 1914, dan pindaan terakhir pada 17 Julai 1918.

4. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor mengandungi pelbagai peruntukan penting yang


melibatkan pemerintahan dan pentadbiran negeri Johor. Antaranya peruntukan tentang Raja
dan Kerajaan, Jemaah Menteri, Mesyuarat Kerajaan, dan pelbagai pesanan lain yang dianggap
penting untuk diperturunkan kepada generasi seterusnya.

Perlantikan Raja dan bakal Raja

1. Dalam menentukan soal pelantikan raja, fasal kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
menetapkan syarat bakal pengganti raja mestilah berbangsa Melayu, berdarah raja daripada
keturunan pemerintah Johor terdahulu, iaitu zuriat Sultan Abu Bakar, lelaki, dan beragama
Islam.
Fasal ketiga pula menyebut, sekiranya pada suatu masa, tiada keturunan daripada zuriat
Sultan Abu Bakar yang boleh ditabalkan menjadi raja, maka seorang anak lelaki daripada
zuriat keturunan Temenggung Ibrahim boleh ditabalkan menjadi raja.

2. Seandainya pada suatu masa, tiada seorang pun zuriat daripada ketiga-tiga zuriat tersebut
yang boleh ditabalkan sebagai raja, maka fasal kelima di dalam Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor menyerahkan perkara tersebut kepada Mesyuarat Kerajaan dan jemaah
pangkuan negeri untuk membuat pertimbangan. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
memberi kelonggaran kepada raja yang sedang memerintah untuk meletakkan jawatan secara
sukarela atau disebabkan alasan lain seperti keuzuran. Selepas meletakkan jawatan, baginda
akan diberi perbelanjaan sara hidup daripada hasil negeri dan tidak dibenarkan untuk campur
tangan dalam perkara-perkara yang melibatkan urusan pemerintahan negeri.

Tanggungjawab Memelihara Kedaulaan Negeri

1. Dalam menjalankan tanggunjawab sebagai pemerintah, Undang-undang Tubuh Kerajaan


Johor telah menetapkan kewajipan raja untuk melahirkan kedaulatan negeri Johor sepanjang
masa.
2. Fasal 15di dalam undang-undang tubuh kerajaan johor melarang raja yang memerintah
daripada menyerahkan atau membuat sebarang penjanjian untuk menyerah negeri atau
sesuatu bahagian daripada negeri johor kepada sebarang karajaan, kuasa Eropah, dan bangsa-
bangsa yang lain.
3. Jika larangan tersebut tidak dipatuhi, maka raja berkenaan disifatkan telah melakukan dosa
kerana melanggar amanah yang dipertanggunjawabkan ke atasnya. Oleh sebab itu, rakyat
tidak lagi diwajibkan untuk terus memberi taat setia kepada baginda.
4. Undang-undang tubuh kerajaan johor memainkan peranan penting dalam memelihara
kedaulatan negeri johor semasa kebangkitan orang melayu menentang cadangan penubuhan
Malayan union.

Peruntukan Berkaitan Agama Islam

1. Undang-undang tubuh kerajaan johor menyatakan agama bagi negeri johor agama islam tetapi
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna. Selaras dengan kedudukan sultan
sebagai pemerintah tertinggi. Baginda hendaklah memerintah mengikut undang-undang dan
bertanggunjawab untuk memelihara agama islam sebagai agama negeri.
2. Undang-undang tubuh kerajaan johor juga menyebut bahawa undang-undang itu berkuat
kuasa ka atas seluruh lapis masyarakat pelbagai kaum dan agama bagi menjamin kaedilan
mutlak ke atas mereka berdasarkan undang-undang islam. Peruntukan ini memperlihatkan
dengan jelas bahawa perlembagaan bercorak islam telah mendapat tempat dalam sistem
pemerintahan kerajaan Johor. Keadaan ini telah berjaya mewujudkan kestabilan politik dalam
masyarakat Melayu di Johor.

Perlantian Dalam Bidang tugas Jemaah Menteri

1. Fasal 28 hingga 44 memperuntukkan perkara-perkara berkaitan Jemaah menteri yang


diinstitusikan secara bertulis dalam undang-undang tubuh kerajaan johor. Bilangan anggota
Jemaah menteri yang dilantik hendaklah tidak kurang daripada lapan orang dan tidak
melebihi 12 orang yang diketuai oleh seorang menteri basar.
2. Anggota Jemaah menteri hendaklah dilantik daripada bangsa melayu, rakyat Johor, dan
beragama islam. Mereka dikendaki mengangkat sumpah di hadapan dua orang saksi daripada
kalangan pegawai kerajaan yang berbangsa melayu dan beragama islam serta mengaku taat
setia kepada raja dan kerajaan.
3. Pelantikan menteri besar merupakan hak mutlak bagi sultan manakala permilihan naib
menteri besar merupakan hak Jemaah menteri tetapi mestilah mendapat perkenan sultan
terlebih dahulu. Sultan diberi kuasa untuk memecat menteri besar atau Jemaah menteri jika
mereka melalukan sesuatu kesalahan yang berat dosanya atas pertimbangan hokum syarak
atau mana-mana undang-undang negeri
4. Anggota Jemaah menteri ditugaskan untuk membantu sultan dalam urusan pemerintahan
negeri. Dalam hal ini, sultan boleh meminta pandangan dan fikiran anggota Jemaah menteri.
Namun segala keputusan yang diambil terletak di bawah tanggunjawab sultan.
5. Jemaah menteri bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan kecuali dalam bulan
Ramadhan. Fasal 43 undang-undang tubuh karajaan johor menetapkan siding Jemaah menteri
juga boleh diadakan pada bila-bila masa yang diperlukan jika menerima titah sultan, atau
dengan permintaan menteri besar atau naibnya atau permintaan daripada tiga orang anggota
Jemaah menteri.

C. KESIMPULAN:

1. Undang-undang yang dilaksanakan di Perak dan Johor telah Berjaya mewujudkan


kestabilan politik di negeri-negeri ini.
2. Walau bagaimanapun, undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan
Johor telah mengalami perubahan setelah British melaksanakan undang-undang Barat.
2. Sejauh manakah faktor Dasar British membawa kepada pembentukan masyarakat
majmuk di Tanah Melayu pada abad ke-20.

A. PENGENALAN

1. Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunyai


budaya,agama ,bahasa dan adapt resam yang tersendiri.
2. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka
berasingan.
3. Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan
penghijrahan mengikut keperluan ekonomi.
4. Orang Melayu yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu.
5. Kedatangan imigran dari Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi
menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina
dan India.
B. ISI

1. Dasar British.
British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan
perkembangan sektor perladangan dan perlombongan . Kehadiran mereka telah
mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

2. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.


Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan
buruh dari China dan India. Keadaan ekonomi dan politik yang tidak tenteram seperti
berlaku Pemberontakan Taiping dan Pemberontakan Boxer yang menyebabkan ribuan
nyawa terkorban. Keadaan ekonomi yang buruk seperti pertambahan Penduduk yang
pesat , kekurangan makanan, bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi
yang sering berlaku mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan harta benda
telah menjadi faktor penolak untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu
terutamanya dalam sector perlombongan bijih timah telah menarik minat orang Cina
ke negara ini.

Penghijrahan kaum India pula adalah disebabkan masalah ekonomi dan sosial seperti
pertambahan penduduk yang pesat dan tidak seimbang dengan keluasan tanah
pertanian , bencana alam seperti banjir, kemarau , kebuluran yang kerap berlaku dan
merebaknya wabak penyakit telah mendorong mereka berhijrah ke negara ini.

Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20
meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolus perindustrian,
permintaan tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British yang menggalakkan
kemasukan buruh-buruh India telah menarik minat mereka ke negara ini.
Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai
pelombong , orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya dan
jalan kereta api. Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani

3. Kawasan penempatan yang berbeza


Orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang
menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping , Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang
India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan
Melayu. Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar.
Penempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama
lain.

4. Agama
Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza.
Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru
tersebut. Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-
masing. Orang Melayu beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama
hindu manakala orang Cina pula beragama Budha.

5. Pendidikan/persekolahan
Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina ,
buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina
di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula
dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah . Buku –
buku dan guru-gurunya dibawa dari India. Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk
orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu.

6. Sosio budaya
Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi
Cina dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian,
bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing
yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini
menyebabkan masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat
tersendiri.

C. KESIMPULAN:

1. Pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan


mengubah sistem sosial di Tanah Melayu yang akhirnya mewujudkan jurang
perbezaan antara kaum.

2. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di negara yang sama tetapi masih mengekalkan
identiti masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa mengasimilasikan
budaya antara satu sama lain.
3. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk
meghapuskan kegiatan bersenjata komunis di Tanah Melayu.

A : PENGENALAN

1. Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah


Melayu pada tahun 1948 dengan tujuan menggulingkan kerajaan British dan
kemudiannya akan membentuk sebuah Republik Komunis Tanah Melayu.
2. PKM telah melakukan kekejaman seperti membunuh pegawai British dan tiga orang
peladang British di Sungai Siput pada tahun 1948. Oleh itu British telah
mengisytiharkan darurat pada tahun 1948
3. Selama 12 tahun Tanah Melayu diisytiharkan darurat, pelbagai langkah telah
dilaksanakan untuk membanteras ancaman dan kegiatan komunis.
4. Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk menghapuskan
kegiatan bersenjata komunis di Tanah Melayu ialah pengistiharan
darurat,memperkuatkan bidang ketenteraan,memperkenalkan Rancangan
Briggs,perang saraf dan membentuk Jawatan Kuasa Antara Kaum.

B : ISI

Pengisytiharan Darurat

1. Undang-undang Darurat telah diisytiharkan pada 19 Jun 1948 di seluruh


Tanah Melayu dan Singapura
2. British berkuasa mengharamkan parti-parti politik berhaluan kiri, menangkap
tanpa bicara sesiapa sahaja yang disyaki sebagai komunis, membuang negeri
sesiapa yang menggugat keamanan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas
orang yang membantu pihak komunis. Contoh pemimpin berhaluan kiri
ditangkap ialah Ahmad Boestaman dan Ishak Haji Muhammad.
3. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul lebih daripada lima orang dalam
satu-satu masa dan tempat
4. PKM diharamkan pada tahun 1948 dan parti-parti poltik berhaluan kiri yang
diharamkan ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),Angkatan
Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
5. Melalui undang-undang darurat kerajaan boleh menangkap tanpa bicara dan
menahan tanpa had masa sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan
komunis. Selain itu jika terlibat dengan komunis boleh dibuang negeri dan
dihantar pulang ke Negara asal.
6. Peruntukan darurat juga mewajibkan setiap penduduk mendaftar kad
pengenalan untuk semakan pihak berkuasa.

Memperkuat bidang ketenteraan

1. Melalui undang-undang darurat Sir Gerald Templer bertindak


memperkuatkan bidang ketenteraan.
2. Pasukan Polis Persekutuan dan mata-mata ditambah kepada 70 000 orang.
Rejiman Askar Melayu ditambah menjadi 7 batalion. Pasukan polis bantuan
ditugaskan mengawal kawasan pertanian dan lombong.
3. Seramai 25 000 orang Home Guard dilantik untuk mengawal kawasan
kampung dan Special Constable dikerah untuk menjaga kawasan pertanian.
4. Mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Negara Komanwel seperti
Britain,Australia dan New Zealand.
5. Kerajaan British juga memperkenalkan program perkhidmatan Negara yang
mewajibkan belia mendapat latihan ketenteraan dan boleh berkhidmat jika
diperlukan.
6. Kerajaan British juga mengawal rapi kawasan yang dikenal pasti sebagai
kawasan hitam dan putih.

Memperkenalkan Rancangan Briggs

1. Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs 1950 yang menjadi Pengarah Gerakan
di Tanah Melayu untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen
2. Penduduk Cina dari kawasan pinggir hutan dipindahkan ke kawasan
petempatan baharu atau kampung baru. Tujuannya untuk menyelamatkan
mereka daripada diugut dan dipergunakan oleh Min Yuen bagi mendapatkan
bekalan makanan dan sebagainya. Petempatan baru ini dilengkapi dengan
pelbagai infrastuktur dan dikawal ketat serta dipagari kawat berduri untuk
menjaga keselamatan mereka.
3. Contohnya kampung-kampung baru telah dilaksanakan di Johor dan sehingga
1952 terdapat 480 buah kampong baru wujud di Tanah Melayu.
4. Di bawah Rancangan Briggs juga di wujudkan Jawatankuasa Kerja Perang di
peringkat Persekutuan,negeri dan daerah. Koordinasi semua peringkat dapat
menyekat pergerakan komunis di tanah Melayu.

Perang Saraf

1. Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah melaksanakan kempen


“memenangi hati dan fikiran rakyat” bagi memujuk rakyat bekerjasama dalam
menghapuskan komunis
2. Antara langkahnya ialah melonggarkan syarat kewarganegaraan dan
menawarkan hadiah wang tunai kepada sesiapa yang memberi
maklumat/membantu menangkap komunis - $250 000 ditawarkan kepada
sesiapa yang dapat menangkap Chin Peng.
3. Antara langkah-langkah lain ialah membuat perjanjian persefahaman dengan
Thailand untuk menyekat pergerakan komunis di sempadan.
4. Bagi memberi latihan pentadbiran kepada pemimpin tempatan Sistem Ahli
telah diperkenalkan.
5. Kerajaan juga memberikan kesedaran tentang kekejaman pengganas kepada
rakyat melalui ceramah di kawasan luar bandar dan mengedarkan poster serta
risalah tentang pengampuan kepada komunis yang bersetuju menyerah diri
digugurkan di kawasan hutan

C : KESIMPULAN

1. Langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya meredakan kegiatan


komunis di Tanah Melayu
2. Menjelang tahun 1954, seramai 6 500 orang komunis terbunuh, ditangkap atau
menyerah diri
3. Disember 1955 Rundingan Baling diadakan antara PKM dengan kerajaan tetapi gagal
kerana kedua-dua pihak tidak mahu menerima tuntutan/tawaran masing-masing
4. PKM akhirnya lumpuh pada tahun 1960.
4. Bincangkan cara peluasan kuasa British di Myanmar sehingga tahun 1853.

A. PENGENALAN

1. Peluasan kuasa British di Myanmar peringkat demi peringkat melalui tiga siri
peperangan iaitu bermula dengan Perang British-Myanmar I (1824-1826),
Perang British-Myanmar II (1852-1853) dan Perang British- Myanmar III
(1885-1886).
2. Peluasan kuasa British di Hilir Myanmar berlaku melalui Perang British-
Myanmar 1 dan termeterinya Perjanjian Yandabo pada tahun 1824.
3. British berjaya meluaskan kuasanya terhadap Myanmar dan berjaya
menguasai Myanmar Hilir dan Myanmar Tengah dan Myanmar Hulu sahaja
yang yang masih berada di bawah pentadbiran Myanmar.
4. Peluasan kuasa British dapat dilihat melalui dua cara iaitu peperangan dan
perjanjian.

B. ISI

Melalui Peperangan

1. Perang British-Myanmar I (1824-1826)

a. Isu pelarian orang Arakan


i. Peluasan kuasa Raja Bodawpaya sehingga ke sempadan dan berjaya
menguasai Arakan
menyebabkan ramai penduduk Arakan melarikan diri ke Chittagong dan ini
tidak disenangi oleh pentadbiran British kerana mencetus masalah sempadan
antara Myanmar dan British di India.
ii. Tentera Myanmar memasuki wilayah British bagi memburu dan menangkap
pemberontak-pemberontak Arkan menyebabkan Brtish tercabar dengan
tindakan tersebut.

b. Pemberontakan Chin Byan (1811)


i. Hubungan British-Myanmar bertambah runcing apabila timbulnya
pemberontakan Chin Byan, ketua pemberontakan Arakan tersebut dituduh
bersubahat dengan British yang menambahkan lagi ketegangan Myanmar
dengan pihak British.
c. Dasar campur tangan Myanmar di Manipur, Chachar, Assam dan Pulau Shahpuri
i. Raja Bodawpaya melibatkan diri dalam hal ehwal Manipur, Chahar dan
Assam.
ii. Raja Manipur melarikan diri ke Chahar bersama sebahagian besar rakyatnya.

iii. Pihak British mengistiharkan kekuasaanya ke atas ketiga-tiga kawasan


tersebut iaitu Manipur, Chachar dan Assam.
iv. Myanmar menyerang Pulau Shahpuri di bawah penguasaan British
menyebabkan British mengistiharkan perang ke atas Myanmar pada Mac
1824 dan Raja Bagyidaw menyerah kalah dan bersetuju menandatangani
Perjanjian Yandabo pada Februari 1826.
Melalui Perjanjian

Syarat-syarat Perjanjian Yandabo:


a. Myanmar dikehendaki menyerahkan wilayah Arakan,Assam dan
Tenasserim kepada British.
b. Myanmar tidak boleh campur tangan dalam wilayahAssam, Jaintia,
Chachar dan Manipur.
c. Myanmar tidak boleh melakukan serangan ke atas Siam.
d. Myanmar diwajibkan membayar ganti rugi peperangan kepada British
sebanyak 10 juta rupi.
e. British akan menempatkan seorang Residen di ibu kota Myanmar.
f. Myanmar akan menempatkan seorang duta di Culcutta.
g. Satu perjanjian perdagangan yang berasingan akan dibuat antara
Myanmar dengan British.
e. Selepas perjanjian ini, British menguasai Hilir Burma.

2. Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853)

a. Kesan Perjanjian Yandabo


i. Raja Bagyidaw berpendapat Perjanjian Yandabo berat sebelah dan
menjatuhkan maruah Myanmar. Myanmar telah kehilangan wilayah-wilayah
penting seperti Arakan dan Tenasserim.
ii. Pengambilan kedua-dua wilayah itu dianggap sebagai satu rampasan terhadap
hak rakyat Myanmar dan Myanmar masih menganggapnya sebagai tidak sah.
Baginda tidak menghormati wakil British yang dihantar ke Myanmar dan
enggan menubuhkan pejabat perwakilan Myanmar ke Culcutta serta tidak
menghantar wakilnya ke situ.Tindakan baginda telah merenggangkan lagi
hubungan British-Myanmar.
iii. Pihak British pula tidak berpuas hati denganPerjanjian Yandabo kerana
Myanmar mengengkari perjanjian ini. Menurut Perjanjian Yandabo, Myanmar
dikehendaki membayar 10 juta rupee kepada British tetapi Myanmar enggan
menyerahkan ganti rugi itu kepada pihak British.

b. Layanan buruk terhadap pegawai British


i. John Crawford telah dihantar ke Myanmar (1826) untuk mengadakan
rundingan tentang isu perdagangan mengalami kegagalan kerana Raja
Bagyidaw enggan memberi kebenaran mengeksport beras dan perak.
ii. Henry Burney dihantar ke Myanmar (1830) sebagai Residen British yang
pertama. Beliau ditugaskan untukberunding tentang ganti rugi perang, masalah
sempadan dan hak perdagangan. Bagaimanapun tugasnya itu tidak kesampaian
kerana Raja Bagyidaw menjadi tidak siuman.
iii. Pengganti Bagyidaw, Raja Tharawaddy juga memberi layanan buruk kepada
Burney. Atas sebab keselamatan, pihak British telah memindahkan pejabat
residennya dari Amarapura ke Rangoon.
iv. Pengganti Burney iaitu Richard Benson dan Wilham Mcleod juga tidak
dilayan dengan baik. Akhirnya pentadbiran British terpaksa menutup pejabat
residennya di Myanmar pada tahun 1840.

c. Layanan buruk terhadap saudagar British


i. Raja Pagan Min bersikap anti-British. Baginda memberi kuasa kepada gabenor
Pegu, Maung Ok berurusan denganBritish. Maung Ok juga anti-British.
Beliau menghalang perniagaan saudagar British di bandar-bandar Myanmar.
British pula mahukan kebenaran berniaga di kawasan pedalaman.
ii. Maung Ok menuduh Kapten Shepperd dan Lewis melakukan penipuan dan
terlibat dalam satu kes pembunuhan. Walaupun tiada bukti yang jelas, mereka
dipaksa membayar ganti rugi sebanyak 1000 rupi. PaganMin melucutkan
jawatan Maung Ok tetapi enggan berunding tentang ganti rugi.
iii. Komander Lambert menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan
Myanmar. Pasukan tentera dihantar dan menuntut ganti rugi sebanyak 100 000
paun. British mengisytiharkan perang pada tahun 1852.
iv. Kesan Perang British-Myanmar II ini menyebabkanBritish berjaya menguasai
Arakan, Tenasserim dan Hilir Myanmar. Raja Myanmar hanya berkuasa di
bahagian Hulu Myanmar sahaja (Myanmar Utara).

C. KESIMPULAN

1. British berjaya menjalankan dasar peluasan kuasa di Myanmar dan menguasai


Myanmar Hilir dan Tengahmelalui dua siri peperangan iaitu Penrang British-
Myanmar 1 dan Perang British-Myanmar 2.
2. Kedua-duanya kembali tegang semasa pemerintahan Raja Thibaw yang
membawa kepada meletusnya Perang British-Myanmar yang ketiga.
5.Bincangkan peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan
Myanmar pada abad ke-20.

A. PENGENALAN

1. Golongan agama telah memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan


nasionalisme di Indonesia dan Myanmar
2. Di Indonesia, peranan ini telah dijalankan oleh Sarekat Islam, Nahdatul Ulama dan
Muhammadiyah. Sementara di Myanmar pula diterajui oleh Persatuan Belia Buddha
Burma atau YMBA dan golongan Pongyi atau sami Buddha.
3. Golongan agama ini telah berjaya menyatu padukan rakyat untuk menentang penjajah
Barat.
B. ISI:

Indonesia:

Sarekat Islam

1. Pada 19 September 1912, Sarekat Dagang Islam telah diganti dengan nama Sarekat Islam
yang diketuai oleh Haji Omar Said Tjokroaminoto, Haji Agus Salim, dan Abdul Muis.
2. Tujuan penubuhan Sarekat Islam untuk melindungi perusahaan dan perniagaan bangsa
Indonesia, kerjasama ekonomi dalam kalangan orang Indonesia, mewujudkan kerjasama
dalam bidang ekonomi dengan kerajaan Belanda dibawah Dasar Etika serta menyebarkan
ajaran agama Islam.
3. Pada tahun 1916, sarekat islam, memperjuangkan tujuan politik untuk berkerajaan sendiri
melalui cara perlembagaan. Perjuangan Sarekat Islam telah Berjaya menarik ramai orang
Islam untuk menyertainya sehinggakan jumlah keahlian meningkat kepada lebih sejuta orang
dan cawangan-cawangan Sarekat Islam telah ditubuhkan diseluruh Indonesia.

4. Sarekat Islam pusat hanya mendapat pengiktirafan Belanda pada tahun 1916 apabila
memperjuangkan politik yang tegas dan bekerjasama dengan Belanda.
5. Sarekat Islam memperjuangkan pemerintahan sendiri bagi Indonesia. Ia menuntut penubuhan
Volksraad(Majlis Rakyat) sebagai langkah pertama kearah bekerajaan sendiri.
6. Pada tahun 1916, parlimen Belanda bersetuju menubuhkan Volksraad bagi melatih rakyat
Indonesia ke arah bekerajaan sendiri.
7. Volksraad hanya ditubuhkan pada tahun 1918 selepas beberapa kali didesak oleh Haji Omar
Tjokroaminato. Ahli Volksraad lebih ramai dianggotai oleh orang Belanda berbanding rakyat
Indonesia. Cadangan Volksraad juga tidak semestinya diterima oleh Gabenor Jeneral.
8. Pengaruh Sarekat Islam mula merosot apabila fahaman komunis meluas di Indonesia.
Fahaman ini disebarkan oleh orang belanda melalui kelab Sosial Demokratik Hindia (1914)
dibawah pemimpin Hendrick Sneevliet. Fahaman komunis menyusup masuk ke dalam
Sarekat Islam dan mempengaruhi ahlinya yang radikal
9. Kemasukan fahaman komunis dalam Sarekat Islam mendapat tentangan daripada pemimpin-
pemimpin islam yang diketuai oleh Haji Agus Salim dan Abdul Muis
10. Perselisihan membawa perpecahan kepada Sarekat Islam. Pada tahun 1920, Samaun dan
Darsono telah meninggalkan Sarekat Islam dan menubuhkah Parti Komunis Indonesia di
Semarang
11. Pada tahum 1921, Haji Agus Salim dan Abdul Muis memutuskan balawa ahli-ahli Sarekat
Islam tidak dibenarkan menjadi ahli parti politik lain. Ini menyebabkan ramai ahli yang
berfahaman komunis menarik diri daripada Sarekat Islam dan menyertai Parti Komunis
Indonesia.
12. Konflik juga berlaku dalam Sarekat Islam antara golongan konservatif dengan reformasi
Islam yang inginkan kemodenan. Ini menyebabkan ramai ahli yang konservatif menyertai
Parti Muhammadiyah (1912)dan Nadatul Ulama (1926).
13. Kegiatan Sarekat Islam semakain lemah selepas kegagalan pemberontakan Parti Komunis
Indonesia pada tahun 1926-1927.
14. Selepas tahun 1927, Sarekat Islam tidak lagi efektif kerana gerakan nasionalisme Indonesia
diambil alih oleh golongan nasionalisme sekular.

Muhammadiyah

1. Parti ini diasaskan oleh Kiyai Haji Dahlan pada tahun 1912. Ia adalah sebuah parti yang
semata-mata berdasarkan agama Islam.
2. Tujuan penubuhan adalah untuk memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan sosial pelajaran
dan mengembangkan pandangan Islam moden Parti ini bertindak sebagai penggalak untuk
menghidupkan semangat kebangsaan. Ahli-ahlinya adalah Anti-Belanda. Selain itu, parti ini
juga memberi tentangan hebat kepada penyebaran agama Kistian.
3. Muhammadiyah menjalankan kegiatan kebajikan dan pendidikan. Mereka juga menubuhkan
sekolah, klinik, masjid dan perpustakaan.
4. Keahliannya meningkat menjadi 4000 orang pada tahun 1925 dan pada tahun 1930
bilangannya menjadi 24000. Pada tahun 1938 terdapat 252 cawangan parti Muhammadiyah.
5. Walaupun parti ini tidak mempunyai tujuan politik, ramai ahli sukarela islam menyertainya
semasa kemerosotannya. Pada tahun 1943 Muhammadiyah telah bergabung dengan badan-
badan lain di bawah Masjumi semasa pendudukan Jepun.

Nahdatul Ulama

1. Parti ini merupakan sebuah parti konservatif yang ditubuhkan di Surabaya, Jawa Timur pada
tahun 1926 oleh Kiyai Hasjim Asjhari dan dibanu oleh Kiyai Haji Absul Wahab Hasbullah
dan Kiyai Haji Bisri.
2. Tujuan penubuhan Nahdatul Ulama ialah menyebarkan ajaran ortodoks islam dan
menggalakkan orang islam mematuhi mana-mana satu daripada empat mazhab islam, ini
bertentangan dengan pendapat golongan reformis.
3. Parti ini menjalankan kegiatan-kegiatan untuk memperbaiki kebajikan orang-orang islam
seperti mengembalikan sekolah-sekolah agama ortodoks, membantu balu-balu dan memberi
bantuan kepada masjid-masjid.
4. Bukan itu sahaja, golongan ini juga memajukan perdagangan kerana ramai ahlinya terlibat
dalam perdagangan. Kebanyakkan anggotanya terdiri daripada ulama-ulama ortodoks,
golongan santri di kawasan luar Bandar dan golingan perdagangan.
5. Nahdatul Ulama mempunyai 120 buah cawangan di Jawa dan Kalimantan Selatan menjelang
tahun 1942.

MYANMAR/ BURMA

Rakyat Myanmar merasa tidak puashati dengan dasar pemerintahan dan pembaharuan British di
Myanmar. Oleh itu muncul golongan yang beragama Buddha bangkit untuk menntang British dan
Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dlm kalangan rakyat seperti Persatuan Belia Buddha
Burma ( YMBA ) dan golongan Pongyi ( Sami Buddha ).

Peranan Persatuan Belia Buddha Burma(YMBA)

1. Peringkat awal (1909-1916)

Merupakan sebuah pertubuhan reformasi dalam bidang sosial dan budaya. Parti ini cenderung
kepada kegiatan pembangunan pendidikan dan kesusasteraan. Pada peringkat awal ini YMBA lebih
memperjuangkankonsep “ Buddha Penyelamat Kita dan Raja”. Untuk menyebarkan perjuangan
mereka kepada rakyat, YMBA telah menerbitkan akhbar mereka sendiri iaitu Thuriya

2. Kegiatan sehinnga tahun 1916

Pada peringkat ini YMBA lebih banyak memberi tumpuan kepada pengajian agama Buddha,
keseniaan dan kesusasteraan, mendirikan sekolah-sekolah mengikut sistem barat tetapi menitik
beratkan pengajian agama Buddha.serta menuntut hak pelajaran yang sama kepada rakyat

3. Peringkat kedua ( 1916-1919)


Pada perringkat ini pula,pemimpin-pemimpin YMBA lebih radikal dan mengubah haluan
perjuangan mereka. Antara faktor perubahan ialah kesan zaman kemelesetan ekonomi
dunia akibat Perang Dunia Pertama dan kata-kata Woodrow Wilson tentang hak-hak
Negara di dunia untuk menetukan nasib Negara sendiri. YMBA juga turut menimbulkan
isu kasut dan melancarkan protes kerana orang barat memakai kasut semasa memasuki
kuil dan pagoda Kedudukan YMBA semakin kuat kerana mendapat sokongan kuat
daripada golongan pongyi. Akhirnya British telah mengeluarkan undang-undang
melarang pemakaian kasut di kuil dan pagoda

4. Kegiatan sehingga tahun 1920

Mula terlibat dalam gerakan politik terutama selepas British di India memperkenalkan Sistem
Diarki di India. British meluluskan Laporan Montagu-Chelmsford di India tetapi tidak di laksanakan
di Myanmar. YMBA telah menyokong mogok para pelajar di Universiti Rngoon serta menyertai
Majlis AM Persatuan-persatuan Myanmar .
Golongan Pongyi
1. Dalam usaha mendapatkan kemerdekaan, golongan Pongyi turut memainkan peranan penting
antara tahun 1916-1935. Pomgyi ialah golongan sami-sami Buddha dan mereka ini satu
gerakan nasionalisme yang berorganisasi.
Peranan golongan Pongyi disebabkan oleh perkembangan pelajaran Barat serta kemerosotan
pengaruh Sangha (Komuniti sami-sami Buddha) dan sekolah-sekolah agama Buddha di
bawah pemerintahan Inggeris serta terpengaruh dengan perjuangan nasionalis di Negara-
negara Asia seperti China dan India serta kesan-kesan Perang Dunia Pertama

2. Golongan pongyi ini mahu menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha dalam
masyarakat Burma. Golongan Pongyi telah mengusai perjuangan nasionalis Burma pada
tahun 1920-an, ini kerana ia adalah pergerakan tersusun dan ahli-ahlinya terdiri dari sami
Buddha,

3. Dalam tahun-tahun 1916-1918, golongan Pongyi telah menyokong protes terhadap pihak
yang memakai kasut di rumah-rumah berhala dan Pagoda. Pertikaian ini merupakan tanda
nasioanalisme politik Burma yang pertama dan telah mencapi kejayaan pada tahun 1918
apabila British memutuskanketua rumah berhala mempunyai kuasa umtuk menguatkuasakan
larangan menanggalkan kasut.
4. Begitu juga semasa tindakan pelajar universiti mengadakan mogok pada tahun 1920.
Golongan Pongyi telah menyokong pemogokan tersebut yang membantah keputusan Inggeris
untuk meninggikan taraf kelayakan bagi memasuki Universiti Rangoon dan markah kelulusan
peperiksaan.
5. Walaupun pemogokan itu gagal mencapai kajayaan dalam bidang pendidikan tetapi sekurang-
kurangnya telah membantu dalam meniupkan semangat kebangsaan di kalangan pelajar-
pelajar. Dalam hal ini, Persekutuan Belia Buddha telah memainkan peranan utama dalam
membangkitkan semangat nasionalisme makanisma golongan Pongyi pula hanya sebanyak
Suppertire sapanjang tahun 1916-1920
6. Dalam tempoh masa ini golongan Pongyi amat berpengaruh terhadap golongan petani. .
Golongan Pongyi ini bertindak sebagai pembangkit semangat nasionalistme di kalangan
golongan petani.
7. Golongan Pongyi melibatkan diri dalam pentadbiran politik. Mereka menubuhkan unit-unit
politik di peringkat kampong (wunthanu athin) dan bertindak sebagai pemimpin kepada
penduduk-penduduk desa. Penubuhan unit-unit politik ni adalah berdasarkan resolusi Majlis
Am Persatuan-persatuan Burma pada tahun 1921-1922. Melalui unit-unit ini, golongan
Pongyi menghasut petani-petani untuk menentang kerajaan Inggeris. Bebarapa kempen anti-
cukai dilancarkan oleh golongan Pongyi pada tahun 1924 dan 1926-1927.
8. Pada tahun 1922 Majlis Am Sangha Sametggi (General Council) of Sangha Sametggi)
ditubuhkan bagi mengendali program politiknya. Majlis ini juga membincangkan isu-isu
semasa, menyusun strategi perjuangan kebangsaan dan mengendalikan program politik
mereka. Dalam usaha menyebarkan propanganda mereka, sebuah akhbar Wunthanu
diterbitkan pada tahun 1927.

9. Tokoh-tokoh pongyi terkemuka yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan


semangakebangsaan di Burma iaitu U Ottama dan U Wisara. Mereka berperanan dalam
mengubah corak perjuangan Burma daripada sifat sederhana kepada sifat melampau dan
agrasif. U Ottama telah mencatumkan perjuangan politik dengan perjuangan agama.
10. Pada tahun 1921, U Ottama telah mengembara ke seluruh Burma dan berkempen mengutuk
sistem pemerintahan diarki dan menuntut pemerintahn sendiri. Beliau mengapikan rakyat
supaya memberontak dengan meramalkan pemberontakan mereka akan disokong oleh kuasa-
kuasa asing yang lain seperti Perancis dan Amerika syarikat. Bukan itu sahaja, beliau juga
memujuk orang ramai menentang polis, mahkamah-mahkamah inggeris dan pemungut-
pemungut cukai.
11. Bagi mendapat sokongan rakyat, U Ottama telah menggunakan taktik-taktik agama di mana
beliau mendakwa agama Buddha telah terancam dan ditindas di bawah pemerintahan British.
Oleh itu, orang ramai harus bangun untuk menyelamatkan agama dan indentiti nasional
mereka.
12. Dalam masa ini, golongan revolusioner di kampong telah menubuhkan Buathin yang
kemudiannya diharamkan pada ttahun 1923. Buathin telah bekerjasama dengan ahli-ahli
Pertubuhan Buddhis yang radikal.ada juga cubaan untuk bekerjasama dengan Pongyi dan
Buathin lebih kepada cara kekerasan mengakibatkan kerjasama ini gagal diwujudkan.
13. Rusuhan pada tahun 1924 di Mandalay telah merenggankan hubungan antara P ertubuhan
Buddhis dengan U Ottama. Rusuhan ini menyebabkan U Ottama ditangkap dan dipenjara
sehingga tahun 1927.
14. Pada tahun 1927, berlaku ketegangan politik di Burma. Golongan Pongyi memulakan akhbar
Wunthanu. Akhbar ini berperanan menyebarkan dakwah anti British. U Ottama juga
menghasut rakyat menentang cukai dan in I menyebabkan beliau ditangkap sekali lagi pada
tahun 1928. Ini menaikkan nama golongan Pongyi dinkalangan desa-desa. U Ottamatela
meninggal dunia di penjara pada tahun 1939.
15. Sementara itu, U Wisara telah memulakan kampen anti cukai di daerah Tharawaddy pada
tahun 1926. Akhirnya beliau di tangkap dan dipenjarakan dan meninggal dunia pada tahun
1928 akibat berpuasa dalam penjara. Kematian beliau menambahkan lagi perasaan anti
British dalam kalangan rakyat.
16. Dalam masa ini juga golongan pongyi bersamam-sama Majlis Am persatuan Burma telah
menentang system pemerintahan dua lapisyang diperkenalkan di Burma pada tahun 1923.
Mereka menuntut pemerintahan sendiri.
17. Mereka memulakan pilihan raya pada tahun 1922 bagi melantik ahli-ahli Majlis Undangan.
Pada tahun 1928, golongan Pongyi menghasut rakyat untuk menentang Suruhanjaya Simon
yang ditubuhkan pada tahun 1928 untuk mengkaji semula perlaksanaan system diarchy.
Kejayaan golongan Pongyi jelas apabila 7% dan 16% pengundi keluar mengundi pada tahun
1922 dan 1927.
18. Antara tahun-tahun 1928-1931, harga beras di Burma meningkat 50% sementara kadar sewa
tanah, kadar bayaran penanaman, cukai dan harga barang-barang import turun dengan kadar
yang perlahan. Contohnya antara tempoh 1929-1934, gadaian ke atas dua juta ekar tanah telah
dibatalkan dan ini membawa kepada satu krisis yang besar. Peristiwa ini menjadi satu suasana
anti-kolonialisme.
19. Peristiwa yang lebih serius ialah Pemberontakan Saya San yang meletus di daerah
Tharawaddy, Burma Hilir. Ia dipimpin oleh Saya San (Bekas Pongyi dari Shwebo), bomoh
dan ahli jawatankuasa Eksekutif cabang Pertubuhan Buddhis yang meminta kemerdekaan
penuh untuk Burma.
20. Pemberontakan ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Inggeris dan memulihkan agama
Buddha. Saya San mengadakan rancangan pemberontakan selama dua tahun. Latihan
diberikan kepada pengikut-pengikutnya. Pemberontakan ini gagal tetapi ia telah
mengembalikan semangat bangsa Burma supaya berbangga dengan tradisi lama mereka. Saya
San telah ditangkap pada Ogos 1931 dan dikenakan hukuman mati.

C. KESIMPULAN:

1. Perjuangan yang dijalankan oleh golongan agama di kedua-dua Negara Indonesia dan
Myanmar telah Berjaya membangkitkan kesedaran dan penubuhan gerakan-gerakan
nasionalisme untuk menentang penjajah Barat.
2. Keadaan ini telah menyebabkan Indonesia telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1949 dan
Myanmar pada tahun 1946.
6. Bincangkan bentuk pemerintahan demokrasi berparlimen di Filipina pada abad ke-
20.

A. PENGENALAN

1. Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk


pemerintahan demokrasi berparlimen mengikut model Amerika Syarikat. Presiden
Manuel Roxas daripada Parti Libral menjadi Presiden yang pertama.
2. Kuasa pentadbiran presiden ialah menguasai Jabatan Eksekutif , mengadakan
pengawasan umum, ketua bagi angkatan tertinggi tentera, berperanan melantik ketua
jabatan, biro dan pegawai. Presiden mempunyai kuasa veto dalam kongres, namun
kongres mempunyai hak untuk membatalkan kuasa veto presiden tersebut.

B. ISI

1. Presiden sebagai ketua negara dan ketua kerajaan merupakan ketua eksekutif
Filipina. Presiden dipilih untuk selama enam tahun bagi mengetuai kabinet dan
melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Presiden tidak dipilih oleh parlimen tetapi dipilih
secara langsung oleh rakyat. Wakil Presiden juga dipilih langsung dan memerintah
masa waktu tidak lebih dari 2 period iaitu 6 tahun berturut-turut. Presiden dan wakil
presdiden dipilih melalui peungutan suara yang terpisah dan mungkin berasal dari
parti poilitk yang berbeza.
2. Dalam pentadbiran Filipina, dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil.
Pentadbiran wilayah perbandaran dan bandaraya. Filipina dibahagikan kepada 56
wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabnor. Gabenor dibantu oleh Naib
Gabenor dan dua orang ahli lembaga wilayah untuk tempoh 4 tahun. Peringkat
wilayah kongres telah membentuk sebuah badan pentadbiran dikawal oleh undang-
undang perbandaran. Pegawai-pegawai yang bertugas peringkat ini terdiri daripada
Datok Bandar, Naib Dato Bandar dan 4 @ 8 orang ahli majlis.
3. Filipina dibahagi menjadi beberapa Rigion, Provinsi dan Kota. Kawasan National
Capital Region meliputi wilayah metropolitan Manila, Daerah Administrative
Cordillera, wilayah semiotonomi kelompok suku dataran tinggi di Luzon utara dan
Wilayah Otonomi Muslim Mindanao (ARMM), meliputi empatprovinsi di Mindanao.
ARMM merupakan wilayah berperintahan sendiri yang dibentuk pada 1989. Unit
terkecil dari pemerintahan tempatan disebut barangay. Di daerah perkampungan
barangay merupakan sebuah desa dan di daerah perkotaan merupakan sebuah
lingkungan. Setiap kota atau kota madya berisi barangay dalam jumlah banyak dan
ada ribuan barangay di Filipina. Setiap barangay dikelola oleh seorang eksekutif dan
ahli dewan yang dipilih oleh penduduk barangay.
4. Parti politik di Filipina merupakan saluran kepada ahli politik yang berpengaruh
untuk mendapatkan kuasa. Manakala institusi-institusi yang berfokus pada ideologi-
ideologi tertentu atau pandangan politik , kuasa politik diserahkan kepada setiap
individu dan jarang diberikan kepada pihak-pihak tertentu. Politasi sering berpindah-
pindah partai hanya untuk keuntungan pribadi dan keuntungan daerah.
5. Parlimen Filipina memiliki dua buah dewan perwakilan iaitu “House of
Representatives” dan “Senate House of Representatives” (HoR). HoR mempunyai
260 orang anggota (Seramai 208 dipilih secara langsung, 52 orang dipilih melalui
sistem Parti List untuk selama 3 tahun) dan Senat pula terdiri daripada 24 orang
anggota dipilih oleh rakyat. Parlimen Filipina memiliki kuasa menggubal undang-
undang. Kongres mempunyai kuasa untuk menolak kuasa veto Presiden jika
mendapat undian dua pertiga ahli kongres. Kongres juga mempunyai kuasa
menggubal undang-undang dan mengisytiharkan perang.
6. Sistem pemerintahan bercorak presiden. Badan Eksekutif dan Legislatif memiliki
kedudukan yang bebas dan tersendiri.
7. Pengadilan tertinggi di Filipina adalah Mahkamah Agung yang terdiri Ketua hakim
Dan 14 hakim sebagai anggota. Kesemuanya dicadangkan oleh Presiden Filipina.
Usia pencen bagi hakim mahkamah agung ialah 70 tahun. Badan pengadilan lainnya
adalah pengadilan banding, pengadilan tingkat pertama dan pengadilan kota.
8. Berdasarkan Perlembagaan 1973, terdapat beberapa institusi yang memainkan
peranan dalam struktur pemerintahan negara iaitu Presiden, Kabinet dan Dewan
Menteri, Majlis Nasional (National Assembly) dan Mahkamah Agung (Supreme
Court).
9. Antara 1972 – 1983 Undang-Undang Darurat Perang diperakui iaitu berlaku sekatan
terhadap anggota parlimen dan ketidakbebasan dalam memberi pendapat serta
penyelesaian rombakan perlembagaan oleh Majlis Perlembagaan.
10. Semasa rejim Marcos berlaku peningkatan dan penglibatan tentera dalam bidang
pemerintahan serta memperkenalkan undang-undang Darurat Perang.

C. KESIMPULAN

1. Kesimpulannya jelaslah menunjukkan bahawa Filipina telah mencapai


kemerdekaan daripada Amerika Syarikat dan sistem pemerintahannya adalah
berdasarkan kepada sistem pemerintahan bercorak demokrasi Amerika
Syarikat.
2. Sistem pentadbiran Filipina bertukar corak apabilaberada di bawah
pentadbiran presiden Marcos yang melibatkan pentadbiran tentera.

Anda mungkin juga menyukai