Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR

Terima kasih pengacara majlis.

Yang berusaha YDP PIBG Encik Francis Majuling,


Timbalan YDP PIBG…..
Penolong Kanan Kokurikulum Merangkap Timbalan Pengerusi Kejohanan Encik Ludovicus Joseph Yun
Naib Pengerusi 1 juga selaku Penolong Kanan Pentadbiran SK Kg Beriawa Ulu Encik Rizalman Salleh
Naib Pengerusi 2 juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustazah Rohanah Yabong
Semua Ahli Jawatankuasa Penganjur, Semua Guru, Ibu bapa dan Penjaga, Semua penduduk kampung,
beliawan dan beliawanis serta murid-murid sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataa’la kerana dengan izinNya, warga SK Kg Beriawa
Ulu dapat menjayakan penganjuran Kejohanan Sukan Tahunan Bagi Tahun 2019. Saya mengucapkan syabas
dan tahniah serta sekalung penghargaan kepada semua warga SK Kg Beriawa Ulu terutama guru-guru yang
diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu Ludovicus di samping Cikgu Faezah selaku Setiausaha Sukan
yang telah bertungkus-lumus demi untuk memastikan kelancaran penganjuran kejohanan sukan pada kali ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP dan AJK PIBG
SK Kg Beriawa Ulu yang sentiasa memberikan sokongan, bantuan serta sumbangan untuk memajukan bukan
sahaja akademik tetap merangkumi semua aspek termasuklah dalam bidang sukan sepertimana yang kita
laksanakan hari ini dan beberapa hari yang lepas.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebenarnya kejohanan sukan pada kali ini telah bermula sejak minggu lepas lagi di mana sesi saringan
untuk acara-acara trek dan balapan telah dijalankan dan kemuncaknya adalah pada sepanjang minggu ini di
mana acara merentas desa dan sukantara telah berlangsung pada isinin lepas dan disusuli dengan acara-acara
padang yang berlangsung kelmarin. Hari ini pula kita akan sama-sama menyaksikan peringkat akhir bagi acara-
acara trek dan balapan.

Sesungguhnya kejohanan sukan seperti ini bukanlah untuk menyihatkan badan semata-mata tetapi
jika bakat yang ada dapat dipupuk ke peringkat yang lebih tinggi tidak mustahil pada suatu hari nanti ada di
kalangan anak-anak didik SK Kg Beriawa ulu ini akan menjadikan bidang sukan ini sebagai satu kerjaya pilihan.
Kejohanan seperti ini juga sebenarnya dapat memupuk jalinan mesra dan semangat setiakawan di kalangan
warga sekolah serta PIBG. Penglibatan murid-murid dalam kejohanan ini juga merupakan pemangkin untuk
melahirkan atlit yang berpotensi pada masa hadapan selain mengukuhkan minat mereka terhadap sukan.

Kepada murid-murid yang bertanding, buktikan kesungguhan kamu untuk meraih kejayaan dalam
kejohanan ini, kalah atau menang adalah perkara biasa. Kepada yang menang diucapkan tahniah dan kepada
yang belum lagi menang, masa masih panjang, belajar daripada kesilapan dan berazam untuk berjaya pada
tahun hadapan.

Akhir kata, semoga aktiviti seperti ini akan berterusan kerana ianya sangat penting untuk
merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan modal insan yang sihat dari segi fizikal, jasmani dan rohani
serta boleh bersaing di peringkat global.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin umumkan bahawa esok 2hb Ogos 2019 bersamaan dengan
hari Jumaat adalah Hari cuti Peristiwa bagi SK Kg Beriawa Ulu sempena Kejohanan Sukan ini. Sesi
persekolahan akan dibuka semula seperti biasa pada minggu hadapan, jangan ada yang ponteng dengan
memberi seribu alasan. Kehadiran murid ke sekolah sentiasa menjadi keutamaan.
Sekian, terima kasih.
UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG DIPERTUA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

Terima kasih pengacara majlis.

Yang berusaha dan yang saya hormati Guru Besar SK Kg Beriawa Ulu merangkap pengerusi penganjur Puan
Lania Makajin,
Timbalan YDP PIBG…..
Penolong Kanan Kokurikulum Merangkap Timbalan Pengerusi Kejohanan Encik Ludovicus Joseph Yun
Naib Pengerusi 1 juga selaku Penolong Kanan Pentadbiran SK Kg Beriawa Ulu Encik Rizalman Salleh
Naib Pengerusi 2 juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustazah Rohanah Yabong
Semua Ahli Jawatankuasa Penganjur, Semua Guru, Ibu bapa dan Penjaga, Semua penduduk kampung dan
seterusnya murid-murid sekalian.
Salam Sejahtera, Salam Muhibah dan Salam Sehati Sejiwa.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru
besar, jawatankuasa pengelola dan pelaksana Kejohanan Sukan Tahunan Bagi Tahun 2019 ini di atas kesudian
menjemput saya untuk merasmikan kejohanan sukan ini serta syabas dan tahniah buat semua warga sekolah
di atas komitmen yang amat tinggi dalam memastikan penganjuran kejohanan sukan pada kali ini dapat
dilaksanakan dengan lancar. Sesungguhnya, hasrat untuk melahirkan atlet yang hebat dan cemerlang
bukanlah satu perkara mudah untuk dicapai, ianya memerlukan latihan fizikal dan kecergasan diri yang
mantap, disamping kesihatan diri dan mental yang sentiasa positif kepada kejayaan. sokongan dan komitmen
semua pihak termasuk ibu bapa, penjaga, pihak luar yang berpengalaman dan terlatih serta guru-guru
amatlah diperlukan.

Penyertaan murid-murid dalam acara sukan boleh membentuk dan membina watak dan jati diri. Sukan
juga mampu menjadi wadah penjana integrasi kaum dalam konteks masyarakat berbilang kaum. Melalui
sukan, seseorang murid akan dapat menghayati erti disiplin kendiri, kesungguhan, peri pentingnya menepati
waktu serta perancangan yang rapi sebelum mencapai matlamat untuk menjadi juara. Kepada murid-murid
yang akan bertanding mewakili ruah sukan masing-masing diingatkan supaya sentiasa bersemangat tinggi,
lakukan yang terbaik untuk mengejar juara dengan mematuhi segala peraturan pertandingan yang telah
ditetapkan.

Saya sentiasa doakan semoga sekolah ini dapat melahirkan atlet yang berkualiti dan digeruni oleh atlet
sekolah lain dalam Zon Pekan semasa kejohanan sukan peringkat Zon Pekan nanti. Semoga dengan sokongan
yang menyeluruh dan berbekalkan cabaran dan ganjaran akan mampu melonjakkan Sekolah Kebangsaan Kg
Beriawa Ulu ini di kedudukan yang lebih baik daripada sebelumnya pada Kejohanan Sukan Zon Pekan yang
bakal menyusul nanti. Akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
jawatankuasa pengelola dan pelaksana yang telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan cemerlang.

Dengan sukacitanya saya merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Kg Beriawa Ulu bagi
tahun 2019.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai