Anda di halaman 1dari 8

Skrip Pengacaraan Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 2 Sempena

Minggu Bahasa Melayu 2017

ANISA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Bagi pihak jawatankuasa Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 2,


Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 1, saya dengan sukacitanya mengalu-
alukan kehadiran guru-guru dan rakan-rakan ke majlis pertandingan
pada petang ini.

Saya, ………………...................... dan rakan pengacara ……………….............


memohon untuk memulakan acara pertandingan.

SARAS

Yang Berusaha Pn. Roslinah binti A. Jalal, Guru Penolong Kanan


Kurikulum, Pn. Pauziah binti Rasul, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, En. Ahmad bin Hussain, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru-
guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Sebelum kita memulakan pertandingan, izinkan saya memperkenalkan


hakim pertandingan kita pada petang ini yang terdiri daripada:

Cik Hjh Jamilah binti Kamaludin,

Pn. Pauziah binti Rasul, dan

En. Ahmad bin Hussain.


ANISA

Baiklah, tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama kita


pada petang ini yang akan mendeklamasikan sajak yang bertajuk
Negara Milik Kita. Dipersilakan.

SARAS

Terima kasih diucapkan kepada peserta pertama itu tadi.

Seterusnya dijemput peserta kedua pula yang akan mendeklamasikan


sajak yang bertajuk __________________________________.
Dipersilakan.

ANISA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang kedua itu tadi.

Sekarang , dijemput pula peserta ketiga dengan sajaknya yang bertajuk


Bahasa dan Bangsa.

Dipersilakan.

SARAS

Terima kasih diucapkan kepada peserta ketiga itu tadi.

Dijemput pula peserta yang memegang nombor giliran , nombor 4 untuk


mendeklamasikan sajak yang bertajuk Alam Sekitar. Dipersilakan.
ANISA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang keempat itu tadi.

Sekarang , dijemput pula peserta kelima dengan sajaknya yang bertajuk


Nasihat untuk Teman.

Dipersilakan.

SARAS

Terima kasih diucapkan kepada peserta kelima kita itu tadi.

Diteruskan lagi pertandingan ini dengan menjemput peserta yang


keenam.

Sajak yang akan dideklamasikan sebentar lagi bertajuk Bahasa dan


Bangsa

Dipersilakan.

ANISA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang keenam itu tadi.

Sekarang , dijemput pula peserta ketujuh dengan sajaknya yang


bertajuk ______________________________.

Dipersilakan.
SARAS

Terima kasih diucapkan kepada peserta ketujuh kita itu tadi.

Sekarang, dijemput pula peserta kelapan untuk mendeklamasikan sajak


yang bertajuk Keluarga Impian

Dipersilakan.

ANISA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang kelapan itu tadi.

Kini, tibalah giliran peserta yang memegang nombor giliran 9 untuk


mendeklamasikan sajak yang bertajuk Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Dipersilakan.

SARAS

Terima kasih diucapkan kepada peserta kesembilan itu tadi.

Tanpa membuang masa, dipersilakan pula peserta yang memegang


nombor giliran 10 untuk membuat persembahan. Sajak yang akan
dideklamasikan bertajuk Bahasa dan Bangsa.

Dipersilakan.
ANISA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang kesepuluh itu tadi.

Kini, tibalah giliran peserta yang kesebelas untuk mendeklamasikan


sajak yang bertajuk Negara Milik Kita.

Dipersilakan.

SARAS

Terima kasih diucapkan kepada peserta kesebelas itu tadi.

Seterusnya, tibalah giliran peserta yang terakhir iaitu peserta yang


memegang nombor giliran 12.

Sajak yang akan dideklamasikan bertajuk Bahasa.

Dipersilakan.

ANISA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang ke- 12 itu tadi.

Tamatlah sudah 12 orang peserta yang mengambil bahagian dalam


Pertandingan Deklamasi Sajak ini membuat persembahan mereka.

Kita akan memberi peluang kepada para hakim untuk mengira markah
bagi menentukan pemenang bagi Pertandingan Deklamasi Sajak anjuran
Persatuan Bahasa sempena Minggu Bahasa Melayu bagi Tahun 2017.
SARAS

Bagi menanti keputusan pertandingan, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan deklamasi sajak yang akan disampaikan oleh saudari
Zarith Sufiah binti Zulhafiz.

Sajak yang akan dideklamasikan bertajuk ___________________.

Dipersilakan.

ANISA

Terima kasih diucapkan kepada saudari Zarith Sufiah binti Zulhafiz


atas persembahan itu tadi.

Diharap para hadirin dapat bersabar untuk menunggu keputusan


pemenang pertandingan pada petang ini.

SARAS

Baiklah. Sekarang sampailah masa untuk saya mengumumkan keputusan


Pertandingan Deklamasi Sajak pada petang ini.

Untuk makluman para hadirin, kesemua 12 orang peserta yang


bertanding pada petang ini akan menerima hadiah berupa baucer aiskrim
dan hadiah iringan.

Dijemput En. Ahmad bin Hussain selaku Guru Penolong Kanan


Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 1 untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan.
ANISA

Baiklah. Tanpa membuang masa, dipersilakan peserta yang akan


disebutkan nombor giliran masing-masing sebentar lagi untuk menerima
hadiah saguhati.

Dipersilakan peserta yang bernombor giliran:

____

____

____

____

____

____

____

____

____

SARAS

Sekarang, sampailah masa untuk saya mengumumkan pemenang bagi


tempat ketiga,

Pemenangnya ialah peserta yang memegang nombor giliran ______.

Pemenang tempat kedua pula ialah peserta yang bernombor _______.

Diumumkan pemenang tempat pertama Pertandingan Deklamasi Sajak


Tahap 2 bagi Tahun 2017, jatuh kepada peserta nombor _________.
ANISA

Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad atas penyampaian hadiah itu
tadi.

Tahniah kepada semua pemenang, dan tahniah juga kepada peserta yang
lain yang telah berusaha gigih dan memberi saingan. Jadikan pengalaman
ini satu kenangan manis yang pernah kalian lalui.

Untuk makluman semua pemenang pertandingan, hadiah aiskrim boleh


dituntut daripada Pn. Noraini atau Pn. Julia mulai esok selepas tamat
waktu persekolahan.

SARAS

Dengan penyampaian hadiah itu tadi..maka majlis kita petang ini tamat
sampai di sini sahaja.

Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang hadir pada petang ini
bagi menjayakan Pertandingan Deklamasi Sajak.

Bagi pihak majlis dan jawatankuasa pertandingan, saya memohon maaf


andainya terdapat kesilapan dan kekurangan yang berlaku.

ANISA

Sekian. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hingga jumpa


lagi.

Anda mungkin juga menyukai