Anda di halaman 1dari 8

Skrip Pengacaraan Pertandingan Bercerita dan Deklamasi Sempena

Minggu Bahasa Melayu 2018

ALIYA

Bismillahirrahmannirrahim .

Assalammualaikum salam sejahtera,

Pembuka kata lidah bicara;

Pengacara majlis mulakan acara,

Semoga majlis disambut ceria.

1. Yg berusaha, Puan Anna Ong Siah Lian, Guru Besar SK (P) Methodist 1

2. Yang dihormati, Puan Roslinah binti A. Jalal, Guru Penolong Kanan 1

3. Puan Pauziah binti Rasul, Guru Penolong Kanan HEM

4. Puan Noryati binti Zainal, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

5. Hakim-hakim pertandingan, guru-guru, barisan peserta pertandingan

yang mengambil bahagian seterusnya,

6. Para pelajar SK (P) Methodist 1 yang dikasihi sekalian.


Bagi pihak jawatankuasa Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1
dan Deklamasi Sajak Tahap 2, Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 1,
saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan rakan-
rakan ke majlis pertandingan pada pagi ini.

Saya, ………………...................... dan rakan pengacara ……………….............


memohon untuk memulakan acara pertandingan.

SURAYA

- Kita mulakan acara pada pagi ini dengan menyaksikan Pertandingan


Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1.

- Peserta yang mengambil bahagian adalah seramai enam orang.

- Sebelum kita memulakan pertandingan, izinkan saya


memperkenalkan hakim pertandingan kita pada petang ini yang
terdiri daripada:

Puan Pauziah binti Rasul,

Puan Norashikin binti Abdul Rahman, dan

Puan Hazliza binti Hasshim.

- Peserta Pertandingan Bercerita ini akan dinilai dari aspek :

Teknik persembahan,

Penghayatan cerita,

Kawalan suara dan

Nilai atau mesej yang disampaikan dalam cerita.


ALIYA

Baiklah, tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama kita


pada pagi ini, adik Irdina binti Ahmad Shukri yang akan menyampaikan
cerita yang bertajuk Asal Usul Udang Galah yang Bongkok.
Dipersilakan.

ALIYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta pertama itu tadi.

Seterusnya dijemput peserta kedua iaitu adik Alya Humaira binti


Hafizi yang akan menyampaikan cerita yang bertajuk Sang Rubah
Licik dan Sang Ayam Katik yang Bi. Dipersilakan.

ALIYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang kedua itu tadi.

Sekarang , dijemput pula peserta ketiga adik


____________________________________dengan ceritanya yang
bertajuk ________________________________.

Dipersilakan.
ALIYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta ketiga itu tadi.

Dijemput pula peserta yang memegang nombor giliran , nombor 4 iaitu


adik Sofia U’ Mairah binti Abdul Rahim untuk menyampaikan cerita
yang bertajuk Katak Puru dan Lembu. Dipersilakan.

ALIYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang keempat itu tadi.

Sekarang , dijemput pula peserta kelima, adik Aina Nurfariha binti M.


Nazir untuk menyampaikan cerita yang bertajuk Terperangkap di
Terowong.

Dipersilakan.

ALIYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta kelima kita itu tadi.

Diteruskan lagi pertandingan ini dengan menjemput peserta yang


terakhir iaitu adik Aleesya Hanny binti Azmir Haizad.

Cerita yang akan disampaikan bertajuk Nasib Anak Belalang.

Dipersilakan.
ALIYA

- Terima kasih diucapkan kepada peserta yang keenam itu tadi.

- Tamatlah sudah enam orang peserta yang mengambil bahagian


dalam Pertandingan Bercerita Tahap 1 ini ini membuat
persembahan mereka.

- Kita akan memberi peluang kepada para hakim untuk mengira


markah bagi menentukan pemenang mengikut tahun bagi
Pertandingan Bercerita Tahap 1 anjuran Panitia Bahasa Melayu
sempena Minggu Bahasa Melayu bagi Tahun 2018.

SURAYA

- Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Deklamasi


Sajak Tahap 2 .

- Sebelum kita memulakan pertandingan, izinkan saya


memperkenalkan hakim pertandingan kita pada pagi ini yang terdiri
daripada:

Pn. Pauziah binti Rasul

Cik Hjh Jamilah binti Kamaludin,, dan

Puan Norziaton binti Hamid .

- Peserta Pertandingan Deklamasi Sajak ini akan dinilai dari aspek :

Teknik persembahan,

Penghayatan, dan

Suara atau nada.


SURAYA

Baiklah, tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama kita


pada pagi ini yang akan mendeklamasikan sajak yang Guruku.
Dipersilakan.

SURAYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta pertama itu tadi.

Seterusnya dijemput peserta kedua pula yang akan mendeklamasikan


sajak yang bertajuk Ibu dan Ayah. Dipersilakan.

SURAYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang kedua itu tadi.

Sekarang , dijemput pula peserta ketiga dengan sajaknya yang bertajuk


Sungai Kita.

Dipersilakan.

SURAYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta ketiga itu tadi.

Dijemput pula peserta yang memegang nombor giliran , nombor 4 untuk


mendeklamasikan sajak yang bertajuk Generasi Negara. Dipersilakan.
SURAYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang keempat itu tadi.

Sekarang , dijemput pula peserta kelima dengan sajaknya yang bertajuk


Jasamu Tiada Tandingan.

Dipersilakan.

SURAYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta kelima kita itu tadi.

Diteruskan lagi pertandingan ini dengan menjemput peserta yang


keenam.

Sajak yang akan dideklamasikan sebentar lagi bertajuk Wiraku

Dipersilakan.

SURAYA

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang keenam itu tadi.

Sekarang , dijemput pula peserta ketujuh dengan sajaknya yang


bertajuk Malaysiaku.

Dipersilakan.

SURAYA
Terima kasih diucapkan kepada peserta ketujuh kita itu tadi.

Sekarang, dijemput pula peserta kelapan iaitu peserta terakhir kita


untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk Keluarga Impian.

Dipersilakan.

SURAYA

- Terima kasih diucapkan kepada peserta yang keenam itu tadi.

- Tamatlah sudah lapan orang peserta yang mengambil bahagian


dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 2 ini membuat
persembahan mereka.

- Kita akan memberi peluang kepada para hakim untuk mengira


markah bagi menentukan pemenang mengikut tahun bagi
Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap anjuran Panitia Bahasa
Melayu dan Persatuan Bahasa sempena Minggu Bahasa Melayu bagi
Tahun 2018.

- Sementara itu, marilah kita saksikan persembahan Syair yang akan


didendangkan oleh Nur Aliya Natashah binti Asbi dari Kelas 5
Hijau . Tajuk syairnya ialah Syair Burung Pungguk. Dipersilakan.

- Terima kasih diucapkan kepada kakak Nur Aliya Natashah binti


Asbi di atas persembahan yang menarik itu tadi.