Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM TADARUS DAN KHATAM ALQURAN SEMPENA RAMADHAN AL

MUBARAK.SEKOLAH AGAMA FELDA PASAK.


2019M / 1440H

1. PENGENALAN

Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi
menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Justeru itu,
program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan
Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah,
serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan . Oleh
itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini
khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid
dan warga sekolah.

2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar
penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti
warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3. OBJEKTIF
1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran
khususnya di bulan Ramadhan.
2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang
disarankan al-Quran.
3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan
Rasulullah saw.

4. KAEDAH PELAKSANAAN :
a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk
b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh
urusetia.
c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.

5. SASARAN

4.1. Murid - murid

4.2. Guru
6. TEMPAT

Surau Sekolah Agama Felda Pasak

7. TENTATIF PROGRAM

a. Tadarus Quran Murid dan guru-guru


b. Majlis Khatam Al-Quran
c. Majlis Perasmian Penutupan Program Ihya’ Ramadhan dan Majlis Khatam Al
Quran 1440 H
d. Majlis Perutusan Aidil Fitri

8. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

8.1. Jawatankuasa Induk

Pengerusi ; Ustazah Halifah Binti Tutur

Setiausaha ; Ustazah Junaimah Binti Makon

Bendahari ; Ustazah Suhaila Binti Sulaiman

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 3

10. PENUTUP
Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan
akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai
panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan
berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang
kurang bernasib baik.
DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH ,

------------------------------ ------------------------------
( ) ( )
Setiausaha Program Guru Penyelaras Darjah Khas

Anda mungkin juga menyukai