Anda di halaman 1dari 12

Tugasan A (25%)

Pendahuluan

Karya agung ialah karya yang boleh meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan
falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya agung itu dapat
dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia
melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang
tersendiri seperti peribahasa ada mengatakan “tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas”
begitulah sifat karya agung.
Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya
seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu
kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari,
dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi
tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.
Konsep ini samalah dengan karya agung Sejarah Melayu yang menjadi bahan kajian hingga
ke hari ini. Dengan adanya naskhah Sejarah Melayu, dapatlah pengkaji dan peminat mengkaji dan
meneroka sastera tentang masyarakat Melayu khasnya dan membuat kajian tentang pelbagai aspek.

a) Pemikiran (mesej dan isi)

Keunikan Sejarah Melayu atau Salalatus Salatin perlu dikaji dan diselidiki dalam pelbagai
aspek yang meluas dan universal. Hal ini kerana, keunikan dan kebenarannya terselindung di sebalik
isinya yang tersurat. Antara peranan penting yang dimainkan oleh karya ini adalah bertindak sebagai
salah satu rujukan penting dalam mengkaji perihal suasana kehidupan masyarakat Melayu zaman
dahulu terutamanya pada abad ke-14 dan ke-15. Hal ini kerana, jika menulis berkaitan dengan
kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu berdasarkan sumber barat terutamanya sumber yang
dihasilkan oleh sarjana kolonial seperti R.O.Winstedt, Frank Swettenhem dan lain-lain lagi
sepastinya akan menimbulkan masalah. Hal ini kerana, kebanyakan tafsiran ataupun interpretasi yang
dikemukakan oleh sarjana ini lazimnya berdasarkan kaca mata barat. Kebanyakan mereka dilihat
memanipulasikan soal entosentrisme. Entnosentrisme secara mudahnya ialah kepercayaan bahawa
kebudayaan sendiri lebih unggul, tinggi nilainya dari kebudayaan lain.
Konsep ini juga mendorong kepada menilai kebudayaan lain berdasarkan kepada standard
kebudayaan sendiri. Contohnya, seperti orang Eropah yang melihat masyarakat Asia dengan persepsi
yang ganjil apabila masyarakat Asia makan dengan menggunakan tangan dan memasuki rumah
mereka tanpa alas kaki sedangkan kebanyakan masyarakat Eropah makan dengan menggunakan sudu
dan garpu serta memasuki rumah mereka dengan menggunakan alas kaki. Oleh sebab itulah, terdapat
sarjana seperti Zainal Abidin Wahid yang menekankan persejarahan peribumi ditulis oleh penulis
peribuminya kerana hanya masyarakat peribumi itu sahaja yang dapat memahami suasana kehidupan
masyarakatnya. Hal inilah yang membawa kepada kemunculan konsep Malaysia-sentrik iaitu karya
sejarah atau apa-apa karya yang mempunyai nilai sejarah tentang negara ini atau satu bahagian yang
dahulunya terangkum dalam entiti Melayu. Berdasarkan konsep ini, hanya sarjana tempatan sahaja
dilihat lebih layak menulis tentang sejarah Malaysia. Menurut Zainal Abidin Wahid lagi :

“Sejarah Melayu benar-benar merupakan satu sumber terpenting bagi pengkajian Sejarah Alam
Melayu umumnya dan Melaka khususnya pada zaman sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.
Tidak ada buku atau manuskrip lain yang boleh menggambarkan masyarakat Melaka dengan cara
yang lebih baik dan jelas dari Sejarah Melayu”.

Selain itu, keunikan teks ini juga boleh dilihat berdasarkan penggunaan bahasa dalam
penghasilannya. Kita dapat melihat bagaimana bangsa Melayu dahulukala dapat berfikir secara
kreatif, bijaksana dan mendalam dalam bahasanya sendiri. Mereka mampu berfikir melalui bahasa
figuratif, bahasa metafora, tidak hanya melalui bahasa literal dan melalui fikiran yang linear tetapi
juga secara lateral dan kreatif.
Jika kita belajar daripada sejarah budaya dan tamadun bangsa Melayu itu, kita akan dapati
bahawa tiga akar tunjang iaitu bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam itulah “model” yang
membentuk pandangan dan jati diri atau identiti Melayu sebagai suatu bangsa yang bebas, berdaulat,
bermaruah, berakal budi, bijaksana dan bermoral tinggi sepanjang zaman. Selama lebih 430 tahun
dunia Melayu-Indonesia berada dalam zaman globalisasi penjajahan yang dibawa oleh tiga kuasa
Barat, Portugis, Belanda dan Inggeris. Hal yang sangat menakjubkan ialah bangsa Melayu itu masih
mengekalkan kedaulatan bangsanya kekal hingga hari ini. Kita tidak menjadi suku kaum yang lemah
seperti suku kaum peribumi di Amerika yang tamadun mereka, budaya mereka dan bahasa mereka
dimusnahkan oleh kuasa penjajah dari Eropah. Orang Melayu terus dapat berkembang menjadi
bangsa atau nation yang mempunyai kerajaan, agama, budaya dan kesusasteraan yang tinggi.
Malahan, kajian terhadap karya persejarahan tradisional perlu dilihat berdasarkan kajian yang
tersirat. Kajiannya tidak boleh dilihat secara mata kasar sahaja kerana kebenarannya tersirat di sebalik
yang tersurat. Contohnya seperti membincangkan tentang faktor yang memudahkan masyarakat
Tanah Melayu memeluk Islam walaupun kepercayaan Hindu-Buddha telah lama menapak dalam hati
dan sanubari mereka. Dalam isu ini, kita dapat melihat bahawa betapa terbukanya minda Melayu.[30]
Kita melihat apabila budaya Hinduisme dan Islam yang datang secara aman, tidak melalui paksaan,
tidak melalui pedang dan peperangan, maka budaya dan kepercayaan ini mudah berkembang di
rantau ini. Keterbukaan orang Melayu dapat dilihat apabila orang Melayu sanggup melakukan suatu
proses transformasi budaya, tamadun dan pemikiran yang cukup revolusioner.
Namun, apabila budaya atau tamadun dari luar itu cuba dipaksakan kepada orang Melayu
melalui keganasan, peperangan dan penjajahan, maka mereka akan menolaknya. Orang Melayu
menolak budaya Portugis kerana bangsa Eropah datang secara agresif; mereka memerangi orang
Melayu dan merampas kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511. Itulah sebabnya mengapa orang
Melayu “tidak masuk Kristian” dan tidak menerima bahasa Portugis dan budaya mereka, padahal
Portugis memerintah di Melaka selama lebih seratus tahun (hingga tahun 1641).
Selanjutnya, kita juga akan melihat bahawa lokasi-lokasi yang dinyatakan dalam teks
Sulalatus Salatin seperti Temasik atau Singapura, Palembang, Pulau Bentan, Tanjung Bemban,
Minangkabau, Tanjung Pura, Srivijaya, Majapahit, Siam dan lain-lain lagi masih wujud sehingga
kini. Berdasarkan hujah ini, ternyata menilai karya persejarahan tradisional Melayu berdasarkan kaca
mata barat adalah suatu kesilapan.
Hal ini didorong oleh beberapa faktor seperti faktor perbezaan budaya, tujuan penulisan teks
dan kaedah penulisan. Persejarahan moden yang menggunakan rujukan atau sumber barat tidak
sesuai untuk menilai karya persejarahan tradisional. Hal ini hanya mendorong kepada isu berat
sebelah dan akhirnya persejarahan baratlah yang akan mendominasi persejarahan tradisional. Selain
itu, perbezaan tujuan penulisan yang berbeza juga menyebabkan persejarahan tradisional tidak
relevan dinilai berdasarkan kaca mata barat.

b) Estetika dan Kepengarangan

Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang
dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi membawa maksud ‘kepekaan’ manusia
terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of
perception), iaitu merupakan istilah estetika yang digunakan untuk kajian falsafah. Selain itu, estetika
juga membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman bernama
Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan
aisthetika.
Estetika adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya. Pandangan
mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian. Apabila disentuh tentang
keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara berkaitan seni dan kesenian Estetika
secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat
dekat dengan falsafah seni. Nilai estetika itu sendiri melibatkan seni dan keindahan. Apabila dilihat
dari konsep yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsur ini dengan karya yang
dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni. Secara umumnya, estetika
dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta.
William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan dengan sifat
dasar nilai-nilai non moral suatu karya seni. Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna
seni, tetapi ia berbeza dengan ‘falsafah keindahan’, kerana estetika tidak semata-mata menjadi
permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni,
yang merangkumi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau
pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung
pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi,
antropologi dan lain-lain yang bersangkutan.
Selain itu, estetika juga dapat dikaitkan sebagai keindahan yang berdasarkan penglihatan iaitu
seni rupa dan keindahan yang boleh didapati melalui pendengaran contohnya, muzik. Oleh sebab itu,
keindahan dapat diertikan sebagai keindahan yang meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam,
keindahan moral, dan keindahan intelektual. Estetika sebagai keindahan dan keagungan. Estetika juga
merupakan sebahagian penciptaan simbol- simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil
kesenian dan juga sesuatu yang mewakili perasaan amnesia. Maksudnya, estetika bersifat simbolisme
iaitu simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni lukis tetapi hasil binaan yang
mempunyai simbolik tersendiri hasil ciptaan manusia. Sebagai contoh, seni binaan bangunan yang
kaya dengan simbol dan keindahan tersendiri seperti rekaan bangunan Menara Petronas, Kuala
Lumpur.
Dalam mentafsirkan konsep keindahan yang dibentangkan dalam Ihya Ulum ad-Din oleh
Imam Ghazali, penyelidik Rusia, Dr. A. V. Sagadeyev menulis:
Al-Ghazali memberi definisi keindahan yang umum sebagai pernyataan kesempurnaan yang
diwujudkan berupa sebuah benda dan sesuai dengan hakikatnya. Setiap benda mempunyai satu jenis
kesempurnaan yang cocok dengannya. Walau bagaimanapun sesuatu yang sama sekali berlawanan
dengan kesempurnaan itu mungkin merupakan kesempurnaan bagi sebuah benda lain. keindahan
menyatakan diri secara paling bagus kalau sebuah benda mempunyai semua ciri kesempurnaannya.
Ketiadaan beberapa ciri berkenaan mengakibatkan keindahan yang menjelma berupa benda tersebut
pasti merosot secara berkadar.
Unsur estetika dalam Sulalatus Salatin merupakan satu unsur keindahan dalam berbahasa iaitu
dengan memberikan sifat manusia kepada benda lain. Unsur personifikasi yang dapat dilihat dalam
karya Sulalatus Salatin ialah:

“rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa payung segala raja-raja”
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 26)

Dalam ayat di atas, pengarang telah menggunakan kata kerja berarak yang dilambangkan sebagai
unsur personifikasi kepada awan. Awan merupakan kata nama yang tidak bernyawa, tetapi diberi
sifat manusia kepadanya. Unsur ini digunakan untuk menunjukkan keindahan bahasa.
c) Nilai Budaya dan Pandangan Hidup

Gambaran corak hidup masyarakat biasa juga diberi penekanan dalam teks Sulalatus Salatin
iaitu memberikan gambaran tentang realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman silam yang
tepu dengan kisah suka dan duka. Setiap peristiwa yang berlaku dalam Sulalatus Salatin mempunyai
pelbagai makna tersirat. Pengajaran-pengajaran yang diketengahkan perlu diambil iktibar untuk
meneruskan kelangsungan warisan nenek moyang kita.
Strata sosial masyarakat Melayu yang berperingkat jelas telah diperincikan dalam Sejarah
Melayu. Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada dua golongan atau
kumpulan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah dan diperintah
masing - masing terbahagi pula kepada beberapa kelompok yang lebih kecil bercirikan taraf,
kedudukan, dan peranan yang dapat dimainkan dalam masyarakat. Namun begitu, kecenderungan
terhadap pemerintah boleh dilihat dalam segi politik, undang-undang, ketenteraan, ekonomi, dan
adat- istiadat.
Strata sosial bererti perbezaan individu dalam masyarakat yang menyebabkan kemunculan
satu hierarki yang terdiri daripada lapisan orang yang berlainan kedudukan. Pada kebiasaannya, kelas
masyarakat di negara ini dibahagikan mengikut kriteria tahap pendidikan dan umur.
Hierarki merupakan susunan sesebuah masyarakat yang bakal membentuk pentadbiran.
Hierarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau kelompok dalam masyarakat. Bagi
masyarakat Melayu tradisional, sistem sosial atau hierarkinya bersifat feudal. Raja atau Sultan
berkuasa dan menduduki tempat tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional.
Hierarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan
kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya. Dari aspek demografi
pula, kedudukan masyarakat dapat dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, reka bentuk
rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.

Penutup

Teks atau naskhah Sejarah Melayu memang merupakan sebuah karya agung yang bertepatan
dengan peribahasa Melayu yang mengatakan “tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas” ini
boleh dilihat dengan minat bangsa-bangsa lain untuk mengkaji karya ini. Malahan sehingga kini
karya ini masih banyak menjadi bahan kajian di universiti-universiti luar negara, tidak terkecuali juga
negara kita sendiri.
Oleh yang demikian, karya agung Sejarah Melayu perlu dijaga dan dipelihara agar ia dapat
menjadi satu karya yang kekal sepanjang zaman ,juga boleh menjadi panduan untuk sesiapa sahaja
yang berhasrat mengkaji karya ini dengan lebih mendalam.
Rujukan

1.Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarahwan dan Pensejarahan:
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.Sheikh Othman bin Sheikh Salim (eds.). 1997. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

3.Brown, C.C. 1970. Sejarah Melayu or Malay Annals (terj.). London: Oxford University Press.

4.Flaron bin Daud. 1985. Sejarah Melayu: Satu Kajian Dari Aspek Pensejarahan Budaya. Bangi:
Institusi Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

5.Muhd. Yusoff Hashim. 1988. Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber,
Penghayatan Masalah dan Tafsiran Naskah-Naskah Terpilih Sejarah Melayu. Singapura: Gaints
Prints Sdn. Bhd.

6.Ahmad Mahmood Musanif. 1992. Pemahaman dan Penghayatan Sejarah Melayu.


Selangor: Masa Enterprise.

7.Ali Ahmad. 1987. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

8.Yusoff Iskandar. 1986. "Sejarah Melayu Sastera yang Bercorak Sejarah", dalam Zahrah Ibrahim
(penyt.), Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9.Abdul Rahman Haji Ismail. 1985. "Sejarah Melayu: Antara dan Dakyah". Kajian Malaysia, Jilid III,
NO.2.

10.Bottom, J.C. 1962. "Malay Historical Works" dalam K.G.Tregonning (ed.). Singapore: Malaysian
Historical Sources.

( 1987 patah perkataan )


Tugasan B (15%)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 27 September 2013

Masa : 10.20 pagi hingga 11.20 pagi (60 minit)

Kelas : 5 Tanjung

Bilangan Murid : 42

Umur Murid : 11

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kebudayaan

Tajuk : Kebudayaan Orang-orang Melayu

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama :

3.2 Menghuraikan maklumat dengan menggunakan alasan yang meyakinkan.

Aras 2 (1) Mengembangkan idea berdasarkan pemerhatian dengan menyatakan bukti yang sahih.

Fokus Sampingan

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.

Aras 2 (i) Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata,
ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 2 (i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.

Objektif Pelajaran :

Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :

1) Mengenal pasti jenis-jenis budaya orang-orang Melayu yang terdapat di Malaysia.

2) Memberikan pendapat masing-masing berkenaan dengan budaya yang terdapat di Malaysia.


3) Mengkategorikan jenis budaya dengan suku kaum masing-masing

4) Membina lima daripada enam ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberikan.

Sistem Bahasa :

· Tatabahasa : Ayat Tunggal

· Kosa Kata : Melayu,

· Peribahasa : tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Pengisian Kurikulum :

1) Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

2) Nilai Murni : Hormat-menghormati, menghargai warisan negara, kerjasama, berani mencuba

3) Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir

Kemahiran Teknologi dan Komunikasi

Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Kontekstual

Bahan Bantu Mengajar : LCD, Speaker, Komputer dan Slaid

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah didedahkan dengan budaya Melayu dalam keluarga masing-
masing dan juga konsep ayat tunggal.

Langkah/ Aktiviti Pengajaran


Masa dan Pembelajaran
Isi Pelajaran Catatan

Set Induksi · Tayangan 1) Guru menayangkan BBM :


gambar-gambar gambar-gambar
( 5 minit) budaya di Malaysia. budaya yang terdapat · Komputer
di Malaysia. · LCD

· Soalan : · Speaker
2) Guru bersoal jawab
dengan murid
1) Apakah yang mengenai tayangan KBT :
dapat anda lihat · Pembelajaran
berdasarkan tayangan gambar sebentar tadi. Kontekstual.
sebentar tadi.
· Kemahiran
2) Adakah warisan Teknologi Maklumat dan
tersebut masih 3) Guru Komunikasi.
dikekalkan sehingga memperkenalkan tajuk
sekarang? pembelajaran pada
hari tersebut.
Pengetahuan Sedia Ada

Nilai Murni :

· Menghargai budaya
dan Warisan Negara

-Tayangan video 1) Guru BBM :


budaya-budaya yang menayangkan
terdapat di Malaysia. tayangan video yang · LCD
mengandungi pelbagai · Komputer
jenis budaya yang
-Soal jawab dengan terdapat di Malaysia. · Speaker
pelajar :

2) Guru meminta KBT :


1) Nyatakan 2 murid memerhati
· Kemahiran Berfikir
budaya yang terdapat dengan teliti setiap
dalam tayangan video suku kaum yang · Kecerdasan
sebentar tadi. mengamalkan budaya Pelbagai
Langkah 1 masing-masing .
2) Apakah budaya · Pembelajaran
(10 minit) Kontekstual
bagi suku Melayu
berdasarkan tayangan 3) Guru bersoal · Kecerdasan
video sebentar tadi? jawab dengan Pelbagai
3) Namakan budaya beberapa orang pelajar
yang selalu diamalkan berdasarkan video
oleh orang-orang yang ditunjukkan
Melayu Sejak zaman sebentar tadi dan Nilai Murni :
dahulu lagi minta murid cerita · Berani Mencuba
ringkas.
4) Adakah · Hormat-
mempunyai menghormati
pengalaman
menyaksikan atau
mengamalkan sendiri
budaya yang terdapat
dalam tayangan

Langkah 2 Suai padan budaya 1) Guru akan BBM :


kaum yang terdapat di menayangkan gambar-
(15 minit) Malaysia. gambar budaya dan ·LCD
nama kaum. ·Slaid
2) Beberapa orang ·Speaker
· Melayu (Bersalam) murid diminta untuk
·India ( Mandi menyuai padankan ·Komputer
minyak) jenis budaya dengan
suku kaum tersebut.
· Cina (memberi ang Pengetahuan Sedia Ada
pau) 3) Murid yang lain
juga digalakkan KBT :
berbincang antara satu
sama lain. · Kemahiran Berfikir

4) Guru akan · Kemahiran


meminta beberapa Teknologi Maklumat dan
orang murid membuat Komunikasi
simulasi tentang
keluarga Melayu yang
membudayakan Nilai Murni :
amalan bersalaman.
· Berani Mencuba

· Hormat-
menghormati

· Kerjasama
Soalan uji minda : 1) Guru akan menyoal BBM :
pelajar untuk menguji
minda mereka · LCD

Langkah 3 1) Apakah budaya berkenaan dengan · Speaker


kaum Melayu? tajuk yang diberikan.
(10 minit) · Komputer
2) Pemberian ang pau 2) Murid akan
diamalkan oleh kaum mencuba menjawab · Slaid
apa? soalan-soalan yang
dipaparkan di slaid.
3) Apakah nama KBT :
budaya kaum India
yang masih · Kemahiran Berfikir
diamalkan?

4) Budaya bersalam
berasal daripada kaum
mana?

Langkah 4 Perkataan : 1) Guru akan BBM :


menunjukkan enam
(15 minit) contoh kata tunggal · LCD

· Melayu kepada pelajar. · Slaid

· hormat 2) Pelajar diminta · Komputer


membuat ayat tunggal
· minyak berdasarkan perkataan
yang diberikan.
· salam KBT :

· ang pau · Kemahiran Berfikir

· baju

Pengetahuan Sedia Ada


Penutup Kognitif 1) Guru akan BBM:
merumuskan
(5 minit) Rumusan Pelajaran. pembelajaran pada · LCD

Sosial hari berkenaan. · Speaker

Rumusan Nilai Murni. 2) Guru meminta · Komputer


pelajar bersama-sama
menghayati budaya
masing-masing.
Peribahasa

KBT :

· Kecerdasan
Pelbagai

Rujukan

1.Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarahwan dan Pensejarahan:
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.Muhd. Yusoff Hashim. 1988. Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber,
Penghayatan Masalah dan Tafsiran Naskah-Naskah Terpilih Sejarah Melayu. Singapura: Gaints
Prints Sdn. Bhd.

3.Ahmad Mahmood Musanif. 1992. Pemahaman dan Penghayatan Sejarah Melayu.


Selangor: Masa Enterprise.

4. http://www.moe.gov.my/bpk/dmdocuments/hsp_bm_sk_y5.pdf

5.http://eeeda-damak.blogspot.com/2013/08/budaya-bersalam-salaman.html

Anda mungkin juga menyukai