Anda di halaman 1dari 15

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

FOUNDATION (ASASI AWAM & SWASTA)


DIPLOMA

MATRIKULASI KPM
Saya sudah habis SPM, kemana saya perlu pergi? Laluan apakah yang paling bagus selepas
SPM? Bolehkah terus bekerja? Mana lebih baik ambil STPM atau Diploma? Tentu banyak
persoalan yang timbul dalam fikiran anda dalam memikirkan laluan selepas SPM nanti.

Biasanya, apabila kita menghadiri satu-satu sesi ceramah motivasi, rata-rata pakar motivasi akan
bertanyakan tentang suatu pertanyaan yang mudah tetapi ia sukar untuk dijawab. Hal ini kerana, ia bukan
soalan yang berbunyi fakta tetapi ia terlalu subjektif dan memerlukan daya fikir dan daya takwim yang
tinggi. Lantas didalam setiap jiwa dan diri perlu jujur dalam menilik sejauh mana tahap kemampuan diri
terhadap minat, bakat dan kemahiran.
Persoalan yang sinonim itu ialah:
‘Sudahkah kita membuat lakaran peta kehidupan ‘life map’ atau ‘life journey’ (perjalanan kehidupan)
kita?’
Itulah persoalan yang berkait rapat dengan pertimbangan :
 MASA
 USAHA & TINDAKAN
 CABARAN/HALANGAN
 PENGORBANAN
 PENCAPAIAN
‘Kemana Selepas SPM?’ merupakan rentetan kepada sub soalan/ sub point kepada persoalan yang
subjektif itu. Ia secara lansung menyumbang kepada lakaran dan turning point dalam melakar ‘Life
journey’ bagi seseorang individu pelajar untuk terus membina jambatan atau platform yang kukuh dalam
mengejar impian dan cita-cita yang diimpikan.
Terdapat DUA PILIHAN yang merangkumi 11 laluan buat pelajar selepas SPM yang perlu di teliti:
PILIHAN SATU – Ingin sambung pengajian atau latihan:
STPM
 Tempoh pengajian : 18 bulan
 Merupakan platform yang paling jimat dan paling mudah untuk sambung belajar.
 Pengajian/kursus Pra-universiti di beberapa sekolah menengah terpilih dan kolej. Biasanya, pengambilan
adalah secara automatik jika tidak menerima sebarang tawaran sambung belajar ke peringkat matrikulasi.
 Buat permohonan secepat mungkin apabila tidak menerima tawaran ke tingkatan 6. Permohonan boleh
dibuat melalui portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Sijil STPM diiktiraf dari sudut kerjaya iaitu dapat diterima masuk dalam perkhidmatan awam. Juga
diiktiraf untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda sama ada di dalam negara atau di luar
negara (negara komanwel)
Program Matrikulasi Awam
 Tempoh Pengajian : 1 tahun atau 2 tahun.
 2 program yang ditawarkan iaitu PDT (Program Dua Tahun) dan PST (Program Satu Tahun)
 Merupakan program Pra Universiti yang disediakan oleh kerajaan. Pilihan terbaik untuk pra-universiti.
 90% pelajarnya adalah pelajar bumiputera.
 Yuran pembiayaan yang rendah.
 Laluan bagi lulusan matrikulasi layak untuk masuk ke universiti adalah sangat mudah.
 Diiktiraf oleh universiti luar negara ( UK, Australia, New Zealand dan Indonesia)
 Cabaran dan halangan : Persaingan yang tinggi dalam bidang perubatan, pergigian, Farmasi dan undang-
undang di peringkat sarjana muda nanti.

Program Asasi
a) Asasi Pintar
 Tempoh pengajian : 1-2 tahun
 Dikelolakan oleh pihak UKM sejak Mei 2012.
 Laluan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke UKM.
 Syarat kelayakan agak ketat. Perlu semak kelayakan terlebih dahulu.
 Penekanan tehadap pembangunan holistik, fizikal,emosi, kerohanian, intelektual dan sosial.
 Beberapa universiti diluar negara ada menerima masuk kelayakan dari Asasi Pintar.
b) Asasi IPTA
 Tempoh pengajian : 1 tahun
 Kursus pra universiti yang ditawarkan di universiti awam di Malaysia.
 Sebagai persediaan buat pelajar untuk menghadapi ko-kurikulum di universiti.
 2 jenis Program iaitu TERBUKA dan TERTUTUP
 Program Terbuka adalah diiktiraf oleh universiti lain untuk meneruskan pengajian
 Program Tertutup hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi sahaja.
 Sudah mendapat tempat di universiti dan merupakan tawaran program yang lebih cepat untuk menamatkan
pengajian.
 Membenarkan pelajar untuk bekerja dalam tempoh setahun selepas tamat asasi dan boleh menyambung
semula pengajian ke peringkat sarjana muda.
 Cabaran dan halangan : Universiti luar negara tidak mengiktiraf asasi jadi pelajar perlu menyambung
pengajian sarjana muda di universiti tempatan sahaja.
Diploma
 Tempoh pengajian: 2 setengah tahun atau 3 tahun.
 Program yang mendapat penganugerahan pangkat akademik oleh peringkat kementerian, sekolah tinggi,
kolej, kolej universiti, politeknik atau universiti apabila tamat pengajian kelak.
 Terbahagi kepada 3 pengajian : Kemahiran, Pengajian Tinggi, dan Vokasional & Teknikal.
 Syarat kelayakan tidak terlalu tinggi untuk menempatkan diri ke peringkat ijazah sarjana muda.
 Agak fleksibel dan tidak terburu-buru.
 Layak untuk diterima sebagai kelayakan untuk memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta
 Boleh memendekkan tempoh pengajian di peringkat sarjana muda (bergantung kepada bidang yang
dipohon dan pihak pusat pengajian).
 Boleh menyambung pengajian ke luar negara.

PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan)

 Tempoh pengajian : 5 tahun setengah (Termasuk PISMP)


 Laluan Perguruan. Memberi peluang kepada pelajar yang ingin menceburi atau meminati bidang
penguruan dan pendidikan.
 Selepas PPISMP terus sambung ke PISMP untuk membuat Ijazah Sarjana Muda.
 Perlu menghadiri temuduga dan ujian UKCG/MTEST/INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan).
 Program yang melatih pelajar untuk menjadi guru sekolah rendah.
 Bakal dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda selepas tamat pengajian.
 Sebelum memohon, disarankan semak dahulu syarat kelayakan dan syarat kemasukan.
 Perlu melalui temuduga SPP untuk penempatan sebagai Guru di Sekolah.
 Cabaran dan halangan : Terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan dan bakal dihantar bertugas
di seluruh sekolah-sekolah kerajaan disekitar negara (posting)
Sijil/ Pra-diploma
 Tempoh Pengajian : 1 tahun atau 1 setengah tahun
 Program yang mendapat penganugerahan pangkat akademik oleh peringkat kementerian,
sekolah tinggi, kolej, kolej komuniti, politeknik, ILKA/S (Institut Latihan Kemahiran Awam/Swasta)
apabila tamat pengajian kelak.
 Pengkhususan bidang adalah lebih banyak menjurus kepada bidang kemahiran, vokasional dan
teknikal.
 Agak fleksibel dan tidak terburu-buru.
 Layak untuk diterima sebagai kelayakan untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam dan
swasta.
 Terdapat bidang yang diberi peluang untuk menceburi bidang keusahawanan.
 Cabaran dan halangan : Perlu menyambung pengajian ke peringkat diploma terlebih dahulu
sebelum ke peringkat ijazah sarjana muda.
Latihan Separa Perubatan
 Tempoh latihan: 3 tahun
 Terdiri daripada 2 latihan: Latihan bertaraf diploma dan Latihan Bertaraf Sijil.
 Terdapat 10 bidang pengkhususan bagi latihan bertaraf diploma
 Terdapat 3 bidang pengkhususan bagi latihan bertaraf sijil.
 Tarikh permohonan, syarat kelayakan dan syarat kemasukan boleh disemak di portal rasmi SPA
: http://www.spa.gov.my/separa-perubatan
 Pengambilan dan temuduga adalah di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
 Jaminan peluang perkerjaan selepas tamat pengajian.
 Cabaran dan halangan : Terdapat had pengambilan bergantung kepada bilangan kekosongan.
Terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan dan bakal dihantar bertugas di seluruh lokasi
perubatan kerajaan disekitar negara (posting)
Latihan Unit Beruniform (tentera atau polis)
 Tempoh Latihan : 1 tahun atau 9 bulan
 Perlu semak dahulu syarat kelayakan dan kemasukan di laman web Rasmi PDRM dan tentera.
http://www.rmp.gov.my/orang-awam/skim-perkhidmatan-pdrm/panduan-kerjaya
http://www.mafhq.mil.my/index.php/my/mengenai-kami/kerjaya/ringkasan-kerjaya-askar-laskar
 Sebelum ditemuduga, perlu menjalani ujian fizikal terlebih dahulu.
 Perlu memiliki daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat dan kental sepanjang tempoh
latihan.
 Kursus asas selama 12 bulan di pusat/kem latihan polis/tentera bagi mempelajari undang-
undang, sains kepolisan/ketenteraan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni
mempertahankan diri.
 Selepas tamat latihan, setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun
sebelum disahkan dalam jawatan.
 Bagi lepasan SPM, pangkat adalah bermula dengan konstabel sokongan (PDRM) dan Perajurit
Muda (tentera)
 Terdapat peluang menyambung pengajian selepas disahkan jawatan dan peluang kenaikan
pangkat jika memenuhi syarat kelayakan.
PILIHAN DUA – Ingin melangkah ke alam pekerjaan:
Bekerja di sektor kerajaan atau badan berkanun
 Boleh membuat semakan di laman sesawang rasmi agensi dan jabatan-jabatan kerajaan
terutama sekali di laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jobs Malaysia.
 Bagi lepasan SPM, gred jawatan adalah bermula dengan gred 17
 Senarai jawatan, syarat kelayakan dan kemasukan ada dinyatakan di laman web tersebut
 Walaupun lulusan SPM, namun buat persediaan yang rapi dengan mengemaskini resume dan
persediaan untuk proses temuduga.
 Masih berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih baik selepas disahkan
jawatan.
Bekerja di sektor swasta
 Terdapat banyak laman sesawang yang memberikan informasi terkini tentang jawatan kosong
disektor swasta.
 com adalah salah satu laman sesawang yang sangat popular digunakan dalam mencari jawatan
kosong dalam pelbagai kategori pekerjaan.
 Masih berpeluang untuk menyambung pelajaran pada bila-bila masa atau bergantung kepada
syarikat tempat bekerja.
Bekerja sendiri atau Usahawan kecil
 Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, pastikan menuntut ilmu dan tahu sedikit sebanyak
tentang selok belok perniagaan. Hal ini agar modal yang diperuntukan tidak habis begitu sahaja.
 Selidiki terlebih dahulu jabatan-jabatan yang boleh memberikan informasi, latihan, rundingan dan
khidmat nasihat serta bantuan perniagaan dari sudut ilmu perniagaan, bantuan kewangan,
bantuan kemahiran dan pengurusan perniagaan.
 Kini terdapat banyak seminar perniagaan yang boleh meningkatkan motivasi serta memberi
informasi tentang gambaran perniagaan jika diceburi.
 Tidak kira perniagaan secara online atau offline, pastikan membuat survey terlebih dahulu dan
mempunyai ilmu tentang apa yang ingin dilakukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
 Antara jabatan yang membantu usahawan kecil seperti MARA, TEKUN, DPMM, PUNB.
Para pelajar adalah disarankan untuk sentiasa mendapatkan bantuan orang yang paling rapat
jika para pelajar sukar membuat pilihan. Dapatkan khidmat nasihat. Jangan malu untuk meminta
nasihat kehidupan.

Apa itu meritokrasi dalam kemasukan pelajar?

Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa,
keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi mengguna pakai:

a) 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA),
Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Peluang sambung belajar dalam bidang perakaunan
selepas SPM
By sifu2b on Januari 22, 2014

Pelajar saya bertanyakan soalan yang relevan dengan tajuk pos ini. Bagaimana nak
sambung belajar dalam bidang perakaunan selepas tamat SPM 2013. Saya pernah
menulis tentang perkara ini beberapa tahun lepas tetapi saya dah buang pos asal. Di
kesempatan ini, suka saya berkongsi pandangan saya berkenaannya.

Pelajar lepasan SPM masa kini digalakkan menceburi bidang profesional di


peringkat awal lagi. Tak lama lagi keputusan SPM 2013 akan diumumkan.
Selalunya dalam bulan Mac. Pasti akan ada yang bergembira dengan keputusan
keseluruhan SPM yang cemerlang, tak kurang juga yang akan mengalami
pencapaian kurang memberangsangkan. Dalam hal pos ini, saya membayangkan
wajah gembira yang teramat sangat kerana keputusan SPM bagi subjek Prinsip
Perakaunan mendapat gred A+. Tetapi gred A- atau A, mahupun gred B dan B+
tetap dianggap cemerlang.

Ada beberapa laluan utama yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM
meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan atau yang berkaitan dengan
perakaunan.

1. Sambung terus ke tingkatan 6 – keutamaan kelas yang ada menawarkan subjek


Perakaunan STPM dan/atau Ekonomi STPM
2. sambung terus ke Matrikulasi KPM aliran Perakaunan
3. Sambung terus ke program asasi (foundation) perakaunan di IPTA atau IPTS
4. Mengikuti program Diploma Perakaunan di IPTA atau IPTS – selalunya bagi
tempoh 3 tahun.
5. Terus ke program profesional Perakaunan ACCA di IPTA/IPTS tertentu –
contohnya PolyTech MARA ada menawarkan program profesional ACCA, selain
dari program diploma perakaunan.
6. terus belajar peringkat LCCI sahaja sambil bekerja – selalunya ada pusat latihan
dan peperiksaan LCCI boleh didapati di bandar-bandar utama di Malaysia. Untuk
lokasi terperinci, rujuk sesawang LCCI Asia-Malaysia.

Kelebihan laluan no.5 di atas, ia setanding dengan pemegang ijazah perakaunan,


malahan lebih baik lagi. Tetapi ianya tertakluk kepada kesinambungan anda
menjadi ahli pertubuhan perakaunan itu dan dianugerahkan lesen perakaunan
menurut Akta Akauntan 1967. Jika anda terlucut kelayakan keahlian, maka status
akauntan ACCA anda turut terjejas. Dalam hal ini, maka memperoleh ijazah
perakaunan lebih selamat dan menjamin kekekalan status sebagai profesional
accountant.

Dalam hal Public Accountant, tidak menghairankan ada yang bermula dengan
belajar di peringkat Ijazah perakaunan sebelum turut mendapatkan kelayakan
ACCA untuk tahap lebih tinggi dan untuk pengiktirafan tertinggi.

Laluan no.1 hingga no.4 bolehlah dianggap laluan transit, kerana secara teknikal
anda belum lagi memegang ijazah perakaunan. Selepas tamat pengajian STPM,
matrikulasi, asasi atau diploma, barulah anda boleh memohon sambung belajar ke
peringkat sarjana muda perakaunan/ijazah perakaunan/bacelor perakaunan (nama-
nama degree itu mengikut IPTA masing-masing).

Apa yang perlu diperingkatkan ialah kepada pelajar yang mengikuti program
tingkatan 6. Awak sebaiknya belajar subjek EKONOMI dan Perakaunan dan
mendapat gred STPM minimum B+. Lagi tinggi lagi baik. Ianya menjadi jaminan
anda ditawarkan ke ijazah perakaunan. Subjek-subjek aliran sastera tidak dapat
menggantikan kedua-dua subjek tersebut atau mempunyai nilai kukuh
menggantikannya. Sebagai contoh, ada IPTA boleh menerima subjek Geografi
STPM sebagai syarat kelayakan gantian untuk subjek Ekonomi atau Perakaunan
asalkan mempunyai gred B ke atas. Tetapi dari segi persaingan, janganlah hairan
jika lebih ramai pelajar lepasan STPM yang sambung belajar ke bidang perakaunan
adalah yang mengambil subjek ekonomi dan perakaunan. Dalam kebanyakan kes,
subjek seperti geografi diguna sebagai syarat kelayakan mengganti perakaunan
tetapi subjek ekonomi mesti diambil oleh pelajar STPM tersebut. Permohonan
hanya akan dilayan jika syarat dipenuhi.

Begitulah sedikit sebanyak, pandangan, maklumat dan cadangan saya sebagai


panduan pelajar lepasan SPM untuk memutuskan apakah hala tuju mereka
seterusnya. Semoga berjaya.
Tingkatan 6
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti dengan menggunakan keputusan STPM. Dengan
sistem peperiksaan modular yang baru, di mana setiap semester akan diuji, adik-adik sebenarnya sudah mula
melangkah ke alam pembelajaran gaya universiti.

STAM
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti melalui keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia,
STAM. Ini adalah khusus kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 aliran agama.

Matrikulasi
Ini juga salah satu laluan yang popular bagi pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dan
sederhana cemerlang. Kursus yang ditawarkan adalah aliran Sains Tulen, Kejuruteraan, dan Perakaunan.
Tempoh masa program matrikulasi pula adalah selama 1 atau 2 tahun bergantung kepada kursus yang dipohon.
Pelajar akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Pelajar seterusnya akan ditempatkan di
universiti terpilih mengikut kursus pilihan dan juga keputusan akhir matrikulasi.

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM


BAGI PERMOHONAN KE KOLEJ MATRIKULASI KPM

a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti


berikut :

Jurusan
Perakaunan
(M003)

1. C Bahasa Melayu

2. C Bahasa Inggeris

3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :

 Prinsip Perakaunan
 Ekonomi Asas
 Keusahawanan
 Perdagangan
 Sains
 Sains Tambahan
 Fizik
 Kimia
 Biologi
 Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam
/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi
Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan

Asasi
Program asasi juga sebenarnya adalah sama seperti program persediaan sebelum ke ijazah, iaitu program
matrikulasi. Bezanya, program asasi diuruskan oleh pihak universiti sendiri, seperti Universiti Malaya (UM) dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelajar yang mendapat program asasi, kebiasaannya akan
ditempatkan di universiti tersebut selepas tamat program.

PISMP
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP ini juga merupakan pilihan popular kepada pelajar-pelajar yang
mendapat keputusan yang cemerlang. Para pelajar akan mengikuti program perguruan selama 4 tahun dengan 1
tahun persediaan. Ini juga merupakan laluan cepat dan selamat kepada pelajar lepasan SPM. Pelajar akan
ditempatkan di Institut Perguruan yang terdapat hampir di semua negeri di Malaysia mengikut pilihan kursus.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan,
berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. STRUKTUR PROGRAM
2.1 Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
2.2 Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS


3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam
mana-mana tiga (3) mata pelajaran.
DAN
sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
3.5.1 Bahasa Melayu;
3.5.2 Sejarah;
3.5.3 Satu (1) mata pelajaran yang lain;
serta
3.5.4 lulus Bahasa Inggeris.
3.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

4. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN


4.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
4.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
4.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2)
semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.1.3 Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:

5.1 Sekolah Kebangsaan (SK)


5.1.1 Bahasa Melayu
5.1.11 Pendidikan Jasmani
5.1.2 Bahasa Inggeris
5.1.12 Pendidikan Seni Visual
5.1.3 Matematik
5.1.13 Sejarah
5.1.4 Sains
5.1.14 Muzik
5.1.5 Pendidikan Khas
5.1.15 Pemulihan
5.1.6 Pendidikan Islam
5.1.16 Reka Bentuk dan Teknologi
5.1.7 Bimbingan dan Kaunseling
5.1.17 Bahasa Tamil
5.1.8 Bahasa Cina
5.1.18 Bahasa Arab
5.1.9 Bahasa Kadazan Dusun
5.1.19 Bahasa Iban
5.1.10 Pra Sekolah

CARA MEMOHON
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian
Pelajaran Malaysia di alamat : http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm mulai 22 Mac
2013.
2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang
: http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang
pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
4. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup
permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Program Persediaan Luar Negara


Bagi program persediaan ke luar negara, program akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat
keputusan yang sangat cemerlang. Kebiasaannya pelajar tersebut juga akan ditawarkan biasiswa penuh daripada
pihak JPA. Selain daripada pihak JPA, terdapat juga agensi lain seperti MARA yang turut menaja pelajar untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Diploma (IPTA)
Bagi adik-adik pelajar yang sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan pengajian di peringkat yang lebih tinggi,
ini adalah pilihan yang paling sesuai. Banyak kursus yang ditawarkan oleh IPTA seperti UiTM dan UTM yang
menawarkan kursus diploma kepada pelajar lepasan SPM.

Anda mungkin juga menyukai