Anda di halaman 1dari 6

SALAH ERTI HUKUM JAMAK DAN QASAR ᄃ

Posted on 01/19/2015 ᄃ by aburuqayya ᄃ


Allah Subhanahu wa
ta’ala memberi dua
kemudahan atau
keringanan kepada
orang yang
bermusafir untuk
melaksanakan solat
iaitu JAMAK dan
QASAR.

1 SYARAT JAMAK DAN QASAR


Untuk seseorang itu mendapat kelayakan rukhsah(keringanan) solat musafir(jamak dan
qasar) mestilah menepati beberapa syarat. Berikut adalah syarat-syarat yang dimaksudkan
(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie, Jilid 1, Bab Solat Musafir) :

Pertama: Mestilah berada di dalam keadaan bermusafir iaitu perjalanan ke destinasi


sekurang-kurangnya dua marhalah.

Solat yang telah masuk waktunya tetapi belum ditunaikan sebelum memulakan
perjalanan tidak boleh diqasarkan kerana dia belum dikatakan sebagai musafir ketika
solat tersebut wajib ke atasnya.

Sebagai contoh: Ali mahu pergi ke Johor Bahru, ketika dia hendak bertolak(masih di
rumah) waktu zohor sudah pun masuk, maka dia wajib menunaikan fardu Zohor bukan
menangguhkan solat fardu itu di luar untuk diqasarkan dan dijamakkan dengan Asar. Ini
kerana setiap muslim diwajibkan mengerjakan solat fardu apabila masuknya waktu solat.

Kedua: Perjalanannya telah melepasi pagar qaryah(ia boleh diterjemahkan sebagai


kawasan kampung, taman perumahan, mukim atau daerah mengikut uruf setempat).

Anda boleh memilih melepasi kawasan perumahan jika anda tinggal di kawasan taman
perumahan atau kampung, ia dikira sebagai kawasan boleh dianggap sebagai kawasan
bermukim menurut Imam al-Rafi’ie.

Orang yang masih berada di dalam kawasan pagar qaryahnya atau kawasan bangunan
qaryahnya tidak dinamakan musafir. Ini kerana perjalanan tersebut hanya bermula ketika
melepasinya dan akan berakhir apabila sampai semula ke kawasan itu. Oleh itu, tidak
harus mengqasarkan solat kecuali solat yang wajib atasnya dan melakukannya dalam
lingkungan tempoh musafir tersebut. Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh
Saidina Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:
‫اح تعلتيينه توتسل لتم نباًيلتمنديِنتنة أتيربتععاً توبننذيِ ايلححلتييفتنة تريكتعتتيينن‬
‫صللىَّ ل‬
‫ت الظظيهتر تمتع الن لبنيي ت‬
‫صل ليي ح‬
‫ت‬

Maksudnya: “Aku menunaikan solat Zohor bersama-sama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa


sallam di Madinah 4 rakaat dan solat Asar di Zulhulaifah 2 rakaat. (Hadith riwayat Imam
Bukhari dan Muslim)

*Zulhulaifah terletak di luar kawasan bangunan Madinah.

Hadith di atas menunjukkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengqasarkan solat setelah
berada di luar kawasan permukiman, iaitu Nabi tidak bersolat musafir ketika masih
berada di Madinah.

Ketiga: Tidak mengikuti imam solat yang bermukim jika ingin mengqasarkan solat.

Jika mengikuti imam yang bermukim, anda tidak perlu mengqasarkan solat tetapi boleh
berniat jamak dengan solat fardu yang lain dan selepas itu boleh disusuli dengan
mengqasarkan solat yang seterusnya.

Keempat: Tidak berniat menetap selama empat hari atau lebih di tempat yang dituju
selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar dari destinasi.

Apabila berniat menetap selama empat hari, jadilah tempat yang dituju itu seolah-olah
negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap. Oleh itu dia tidak boleh bersolat qasar lagi
di situ dan haknya untuk bersolat musafir masih diharuskan semasa dalam perjalanan
sahaja.

2 HUKUM YANG DISALAH FAHAM


Syarat ke-4 merupakan perkara yang paling disalah ertikan oleh ramai orang. Sehingga
mereka menyangka jika sudah merancang untuk menetap di sesuatu tempat (contohnya) 2
minggu, maka mereka menyangka masih boleh menjamak dan mengqasarkan solat dalam
tempoh tiga hari. Sedang ia adalah sangkaan yang salah dan tidak bertepatan dengan apa
yang termaktub di dalam kitab-kitab Fiqh Mazhab Syafi’ie.

Jika seseorang yang menetap (contohnya) di Shah Alam merancang untuk berada
(contohnya) di Kota Bahru selama 7 hari. Maka dia hanya dibenarkan untuk menjamak
dan qasar ketika dalam perjalanan sahaja dan setibanya di destinasi dia sudah menjadi
orang yang bermukim.

3 MENGAPA TIDAK BOLEH LAGI JAMAK DAN QASAR?


Ini kerana apabila seseorang itu berazam untuk menetap (contohnya) di Kota Bahru
selama 4 hari atau lebih, ini bermakna ia telah berniat bermukim di destinasi itu. Apabila
dia sampai ke destinasi tersebut maka dia sudah mendapat status orang yang bermukim
bukan lagi musafir. Sedangkan rukhsah(keringanan) solat musafir hanya diizinkan oleh
Allah Ta’ala bagi orang yang berstatus musafir, sepertimana Allah berfirman di dalam
surah al-Nisa’, ayat 101:

} 101 :‫صتلنة { النساًء‬ ‫س تعلتييحكيم حجتناًحح أتين تتيق ح‬


‫صحروا نمتن ال ل‬ ‫ضتريبتحيم نفي ايلتير ن‬
‫ض فتلتيي ت‬ ‫توإنتذا ت‬

Maksudnya: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa
“mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang.”

Permasalahan ini telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam


karangannya ‘Mihaj al-Tolibin’, menurut beliau:

‫ ول يِحسب منهاً يِوماً دخوله وخروجه علىَّ الصحيح‬،‫ولو نوى إقاًمة أربعة أيِاًم بموضع انقطع سفره بوصوله‬

Maksudnya: “Jika seseorang berniat mukim(iqamah) selama 4 hari di destinasi maka


terputus (hukum) musafirnya dengan ketibaannya (di destinasi) dan tidak dikira dari
tempoh itu hari dia masuk (ke destinasi) dan keluar (dari destinasi) menurut pendapat
yang sahih.”

Menurut kenyataan Imam Nawawi di atas, tempoh seseorang itu mendapat status mukim
ialah 4 hari, jika seseorang itu berazam atau berniat untuk menetap (contohnya) Kota
Bahru selama 3 hari atau kurang dari itu, maka dia masih boleh melakukan solat
musafir(jamak & qasar) selama tempoh itu walaupun sudah sampai atau berada di
destinasi. Ini kerana dia masih dalam keadaan musafir.

4 APAKAH MAKSUD ‘TIDAK TERMASUK HARI KELUAR DAN MASUK’?


Menurut mazhab Syafi’ie, tempoh untuk menentukan seseorang itu berstatus mukim ialah
menetap di sesuatu tempat selama 4 hari atau lebih, tetapi tidak dikira hari perlajanan ke
destinasi dan hari pulang.

Sebagai contoh:

Situasi 1:

Ahmad akan bercuti di Kota Bahru selama 7 hari iaitu dari hari Isnin hingga Ahad.
Menurut perancangan, Ahmad akan bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dan akan
bertolak pulang dari Kota Bahru pada hari Ahad. Jadi tempoh sebenar Ahmad berada di
Kota Bahru ialah 5 hari setelah tolak hari pergi dan pulang. Menurut kiraan tersebut,
Ahmad secara otomatik telah berniat bermukim di Kota Bahru iaitu lebih dari 3 hari.
Dengan ini, setiba Ahmad di Kota Bahru beliau tidak boleh lagi solat musafir.

Situasi 2

Berlainan pula jika Ahmad akan bercuti di Kota Bahru selama 5 hari iaitu dari hari Isnin
hingga Jumaat. Menurut perancangan, Ahmad akan bertolak dari Shah Alam pada hari
Isnin dan akan bertolak pulang dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur pada hari Jumaat. Jadi
tempoh sebenar Ahmad berada di Kota Bahru ialah 3 hari setelah tolak hari pergi dan
pulang. Ini bermakna Ahmad masih lagi berstatus musafir meskipun sudah tiba di Kota
Bahru kerana keberadaannya di sana kurang dari 4 hari.

5 APAKAH HUJAH ATAU DALIL MAZHAB SYAFI’IE TENTANG TEMPOH


MUKIM BERDASARKAN 4 HARI?
Hujah Imam al-Syafi’ie berdalilkan sepotong riwayat yang diriwayatkan di dalam Sahih
Imam Bukhari dan Muslim(dengan lafaz Imam Muslim):

‫ تكأ تنلهح يِتحقوحل تل يِتنزيِحد‬،”‫صتدنر بنتملكتة‬ ‫ “لنيلحمتهاًنجنر إنتقاًتمةح ثتتل ث‬:‫صللىَّ اح تعلتيينه توتسل لتم يِتحقوحل‬
‫ث بتيعتد ال ل‬ ‫سوتل ان ت‬ ‫عن ايلتعتلتء يبتن ايلتح ي‬
‫ تسنميع ح‬:‫ يِتحقوحل‬،‫ضترنميي‬
‫ت تر ح‬
ً‫تعلتييتها‬.

Maksudnya: Saidina al-‘Ala bin al-Hadrami Radiyallahu ‘anhu berkata, ‘aku mendengar
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda’, “Mukim bagi Muhajir selama 3 hari di
Mekah selepas kembali dari Mina”, ‘Seolah-olah Baginda menyatakan tidak lebih dari
tempoh itu’.

Menurut Imam Ibn Hajar al-‘Asqallani di dalam Fathul Bari, hadith ini memberi maksud
bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang golongan Muhajirin –Radiyallahu
‘anhum- bermukim di Mekah sebelum pembukaan kota tersebut.

Menurut Imam Nawawi pula(juga dalam Fathul Bari), hadith ini menjelaskan bahawa
Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengharamkan golongan Muhajirin bermastautin di
Mekah.

Menurut Imam Ibn Hajar lagi:

‫ويِستنبط من ذلك أن إقاًمة ثلثة أيِاًم ل تخرج صاًحبهاً عن حكم المساًفر‬

Maksudnya: Pengajaran yang boleh diambil dari itu(hadith), sesungguhnya menetap


selama tiga hari tidak mengeluarkan seorang itu dari hukum musafir.

Berdasarkan hadith sahih di atas dan penjelasan dari kedua-dua imam menunjukkan
bahawa tempoh menetap yang melebihi dari tiga hari(iaitu 4 hari dan ke atas) adalah
tempoh yang tidak melayakkan seseorang menjadi seorang musafir.

Hadith dikuatkan lagi dengan tindakan Saidina Umar al-Khattab Radiyallahu ‘anhu yang
tidak membenarkan golongan kuffar ahli zimmah menetap di bumi Hijaz dan beliau
membenarkan para peniaga dari kalangan ahli Zimmah menetap selama tiga hari sahaja.
(Rujuk: al-Talhis al-Habir)

Selain itu sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta’
(Riwayat Muhammad bin al-Hasan) bahawa Saidina Umar membenarkan golongan
Yahudi dan Nasrani berada di Madinah selama tiga hari untuk mendapatkan keperluan
mereka dan tidak boleh seorang di antara mereka menetap lebih dari tempoh tersebut.
(Rujuk: Ifadah al-Raghibin)

Tindakan Saidina umar menunjukkan bahawa beliau tidak mahu golongan kuffar
bermukim dan menetap di Tanah Haram, lalu beliau hanya membenar golongan ini dalam
keadaan musafir sahaja.

Ini lah dalil yang menjadi asas Imam al-Syafi’ie Radiyallahu ‘anhu dalam menentukan
tempoh permukiman.

6 BAGAIMANA PULA RIWAYAT NABI PERNAH MENGQASARKAN SOLAT


LEBIH DARI 3 HARI?
Sememangnya terdapat riwayat sahih yang menunjukkan baginda pernah mengqasarkan
solat ketika musafir lebih dari 3 hari. Ini seolah-olah pada zahirnya, mazhab Syafi’ie
bertentangan dengan Sunnah. Riwayat yang dimaksudkan ialah:

‫ ل‬،‫ فأقاًم بمكة ثماًني عشر ليلة‬،‫ وشهدت معه الفتح‬، ‫ “غزوت مع رسول ا صلىَّ ا عليه وسلم‬:‫عن عمران بن حصين رضي ا عنه قاًل‬
‫ رواه أبو داود‬.“‫يِصلي إلل ركعتين‬

Maksudnya: Saidina Imran bin Husain Radiyallahu ‘anhu berkata, “Kami pergi berperang
bersama-sama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan aku menyertai Baginda ketika
pembukaan kota Mekah, lalu Baginda menetap di Mekah selama 18 hari dan Baginda
tidak mengerjakan solat melainkan dua rakaat(qasar)”. (Hadith riwayat Imam Abu Daud)

Pendirian mazhab Syafi’ie mengenai hadith ini, apabila seseorang berniat tinggal di
sesuatu tempat yang TIDAK PASTI TEMPOH MENETAP di sesuatu tempat
keranaMELAKUKAN TUGAS YANG BELUM TENTU TAHU BILA SELESAINYA,
maka dia boleh mengqasarkan solat sehingga 18 hari tidak termasuk hari pergi dan
pulang. Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetap
selama tempoh tersebut pada tahun pembukaan kota Mekah kerana memerangi puak
Hawazin dan Baginda mengqasarkan solatnya kerana Baginda tidak pasti berapa lama
Baginda terpaksa tinggal di situ. (Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji atau Ifadah al-Raghibin)

Isu ini juga dijelaskan oleh Imam al-Nawawi di dalam ‘Minhaj al-Tolibin’:

‫ أبدا‬:‫ وفي قول‬،‫ أربعة‬:‫ وقيل‬,ً‫ ولو أقاًم ببلد بنية أن يِرحل إذا حصلت حاًجة يِتوقعهاً كل وقت قصر ثماًنية عشر يِوما‬.

Maksudnya: “Jika seseorang menetap di sebuah negeri dengan niat bahawa dia akan
meninggalkan (negeri itu) jika tercapai hajatnya(selesai sesuatu urusan) seperti yang
dijangkakan, maka dia boleh qasar setiap waktu selama 18 hari. Ada pendapat lain selama
4 hari, juga terdapat qaul menyatakan selama-lamanya.”

Walaubagaimana pun, pendapat yang muktamad di dalam Mazhab Syafi’ie ialah tidak
lebih dari 18 hari iaitu tidak termasuk hari pergi dan pulang. Hukum keringanan
ini(jamak & qasar selama 18 hari) hanya untuk sesiapa yang tidak tahu atau tidak pasti
berapa lama dia akan berada di sesuatu destinasi kerana urusan belum pasti selesai.

Sebagai contoh: Ali mengidap satu penyakit dan penyakit ini hanya boleh dirawat di
Singapura. Tempoh rawatan itu tidak boleh dipastikan oleh pakar perubatan. Lalu Ali
pergi bermusafir ke Singapura dalam keadaan tidak pasti berapa lama di akan menetap di
Singapura kerana bergantung kepada tempoh rawatan yang tidak pasti. Jadi dalam situasi
ini, Ali boleh menjamak dan qasar solatnya selama 18 hari tidak termasuk hari pergi dan
pulang.

Wallahu A’lam

Rujukan:

ِ‫ الماًم محي الديِن أبو زكريِاً يِحيىَّ بن شرف النووي‬,‫منهاًج الطاًلبين وعمدة المفتين‬

‫ والشيخ علىَّ الشربجي‬,ً‫ والشيخ الدكتور مصطفىَّ ديِب البغا‬,‫ الشيخ الدكتور مصطفىَّ الخن‬,‫الفقه المنهجي علىَّ مذهب الماًم الشاًفعي‬

ً‫ الشيخ الستاًذ الدكتور مصطفىَّ ديِب البغا‬,‫إفاًدة الراغبين بشرح وأدلة منهاًج الطاًلبين‬

‫ الماًم الحاًفظ أحمد بن علي بن حجر العسقلني‬,ِ‫فتح الباًريِ شرح صحيح البخاًري‬

‫ الماًم الحاًفظ أحمد بن علي بن حجر العسقلني‬,‫التلخيص الحبير‬

Anda mungkin juga menyukai