Anda di halaman 1dari 6

SMK PINJI, IPOH PERAK

MINIT MESYUARAT BIASISWA DAN KEBAJIKAN KALI KEDUA 2019

Tarikh : 28 Ogos 2019 (Rabu)


Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK.Pinji
Pengerusi : Pn. Sagayamary Josphine A/P Thomas

Kehadiran :-

Bil. Nama Pegawai Jawatan

01 Pn. Sagayamary Josphine A/P Thomas PK HEM

02 Pn Nor Aini bt Daud Setiausaha

03 En. Nur Muhammad Faiq Penolong Setiausaha

04 Pn. Khairunnisa bt Ramli Guru Data

MINIT MESYUARAT
1.0. Ucapan Kata –kata Aluan

Pengerusi selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran


guru-guru

2.0. Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama

Dicadang oleh : Pn. Khairunnisa bt Ramli


Disokong oleh : En. Nur Muhammad Faiq

3.0 Perkara-perkara Berbangkit


3.1 Guru kelas mestilah sentiasa mengemas kini pendapatan ibu bapa penjaga
pelajar untuk melayakkan pelajar menerima biasiswa.

4.0 BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP)


4.1 Penerangan tentang pemprosesan borang biasiswa BKP. Terdapat sebanyak
225 orang murid yang layak memohon. Selepas pemilihan, sebanyak 26 orang
yang berjaya memenuhi syarat akademik untuk memohon berdasarkan
keputusan pepriksaan.
4.2 Setiap borang sudah diteliti dan diberi markah mengikut syarat-syarat yang
telah ditetapkan. .
4.3 Tingkatan 1 berdasarkan UPSR (SK pilih 5 subjek & SJK pilih 5 terbaik)
Tingkatan 2,3 dan 5 berdasarkan peperiksaan akhir tahun (BM wajib).
Tingkatan 4 berdasarkan PT3
(berdasarkan jadual skor iaitu 20 untuk tingkatan satu, 3 untuk tingkatan dua,
2 untuk tingkatan tiga dan 14 untuk tingkatan empat, 5 untuk tingkatan lima)
4.4 Sila rujuk lampiran untuk senarai pelajar penerima biasiswa BKP.
4.5 Sila rujuk lampiran 2 untuk borang taklimat kepada pelajar BKP.
Tindakan : Setiausaha Biasiswa

5.0 KWAPM

5.1 Syarat / Kelayakan Bantuan KWAPM Pendapatan Bulanan Jumlah tanggungan


seisi rumah ( tanggungan ketua rumah) * pendapatan bulanan RM830 atau
pendapatan per kapita RM210 * borang permohonan mestilah lengkap di isi
5.2 Pengesahan bilangan murid yang layak menerima bantuan KWAPM 2019.
Setiap guru tingkatan menyemak senarai nama pelajar kelas masing - masing
yang layak menerima bantuan KWAPM 2019 yang memenuhi syarat yang
telah diberikan sebagai garis panduan berdasarkan maklumat pelajar yang
telah kemaskini dalam APDM kelas masing - masing
5.3 Untuk makluman semua KWAPM mempunyai 3 bidang iaitu:
a) Sistem e-kasih - warganegara sahaja - Online portal e-kasih - Permohonan
perlu disahkan oleh pihak sekolah
b) Sistem e-damak - Sistem e -damak - Data dipegang oleh Jabatan Kemajuan
Orang Asli - Permohonan tidak perlu disahkan
c) Permohonan Sedia Ada (KWAPM) -
5.4 Sila rujuk lampiran 3 untuk penerima KWAMP terkini.
Tindakan : Guru Biasiswa

6.0 BIASISWA SUKAN

6.1 Guru biasiswa telah mengenal pasti seorang pelajar yang akan mengisi borang
biasiswa sukan melalui guru yang menjadi jurulatih iaitu Adriana Qistina dari
Tingkatan 1A1. Diharap pelajar ini telah berjaya dipilih tetepi surat tawaran
belum dikeluarkan.
Tindakan : Setiausaha Biasiswa

7.0 ELAUN MURID KHAS (EMK)

7.1 Unit ini telah mengagihkan wang EMK kepada 3 orang murid yang layak
menerima elaun EMK yang memiliki kad OKU iaitu, Kok Zi Ying (2A4),
Abdul Rahim bin Kamarozaman (2A2) dan Harsvin Kumar A/L Dana Balan
Tindakan : Setiausaha Biasiswa
8.0 Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

8.1 Guru tingkatan hendaklah mengemaskinikan APDM kerana jumlah


pendapatan dan bilangan ahli keluarga akan diambil daripada APDM
Tindakan : PK HEM

9.0 Permohonan Melalui On-Line

9.1 Semua permohonan biasiswa adalah melalui On-line.


9.2 Sentiasa peka dengan perubahan semasa dengan melayari laman web
http://apps.emoe.gov.my/apb sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk
mendapat maklumat terkini.
9.3 Pastikan semua diselesaikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Tindakan : Setiausaha Biasiswa

10.0 Hal-Hal Lain

10.1 PK HEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru biasiswa dan
bantuan kerana memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugas.
10.2 Jika ada sebarang masalah/maklumat hendaklah dimaklumkan dengan segera
supaya tindakan segera dapat diambil.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.05 petang

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

……………………………… ……………………………

(Pn. Nor Aini bt Daud) (Pn. Sagayamary Josphine A/P Thomas)


Setiausaha Bantuan dan Biasiswa PK HEM
SMK. Pinji SMK. Pinji
SMK TANAH MERAH

MINIT MESYUARAT BIASISWA KALI KEDUA 2013

Tarikh : 26 September 2013 (Khamis)


Masa : 2.15 Petang
Tempat : Kamar Syura
Pengerusi : En.Anthonysamy A/L Ysaipu

Kehadiran :-

Bil. Nama Pegawai Jawatan

1 En.Zulkifly Bin Ujang GPK Akademik

2 En.Anthonysamy A/L Ysaipu GPK HEM

3 Pn Rosidah Binti Jatin Setiausaha Biasiswa

4 Pn Catherine Nirmala A/P Francis Naib Setiausaha Biasiswa

5 Pn Eizani Bt Idris AJK Biasiswa

MINIT MESYUARAT
1.0. Ucapan Kata –kata Aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir
Mesyuarat Biasiswa kali Kedua bagi Tahun 2013.

2.0. Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama

Dicadang oleh : Pn Catherine Nirmala A/P Francis


Disokong oleh : Pn Eizani bt Idris

3.0 Perkara-perkara Berbangkit


3.1 Seramai 28 orang pelajar layak mendapat biasiswa BKP dan surat tawaran
akan diedarkan pada waktu terdekat.
3.2 Pastikan maklumat dalam borang lengkap, jumlah pendapatan dan tanggungan
mestilah sama dengan SMM

Tindakan : Guru Biasiswa/Guru Data/Guru SMM


4.0 Taklimat Daripada JPNS
4.1 Taklimat biasiswa telah diadakan oleh Pn Hayati Mohd Yatim (JPNS) yang
bertempat di Bilik Mesyuarat PPD, P.Dickson. Majlis dipengerusikan oleh En.
Sharifuddin (PPD). Wakil sekolah yang hadir ialah Pn.Rosidah Bt Jatin iaitu
Guru Biasiswa

4.2 Guru biasiswa hendaklah memastikan semua ibu bapa/penjaga pemegang


biasiswa mempunyai slip gaji dan kurangkan dapatkan cop dari ketua
kampung kerana sebenarnya ketua kampung tidak tahu pendapatan sebenar
mereka. Selepas ini borang pengesahan pendapatan akan dicetak Klaus”jika
didapati ada sebarang penipuan/maklumat tidak benar, ketua kampong(orang
yang mengesahkan akan didakwa”

4.3 JK Biasiswa mestilah telus dimana pelajar yang benar-benar memerlukan


bantuan sahaja yang dibenarkan memohon, sikap ‘menolong’ biarlah kena
pada tempatnya, mana yang betul-betul layak sahaja harus ditolong.

4.4 Pn.Hayati juga berpesan kepada PK HEM supaya kemaskinikan SMM kerana
akan wujud masalah kepada pemohon biasiswa jika malumat tidak tepat.

4.5 Jangan masukkan pendapatan ‘0’, jika tiada maklumat tentang pendapatan,
tulis RM 9999.99.

4.6 Semasa mengedarkan borang biasiswa, tekankan kepada pelajar yang


susah/miskin dan benar-benar memerlukan bantuan sahaja datang untuk
mengambil borang. Ini untuk mengelakkan pelajar yang tidak layak memohon
dari memohon.

4.7 Pemerhatian boleh juga dibuat melalui gaya hidup pelajar dan keluarga.
Pn.Hayati juga memberi cadangan supaya temuduga dibuat untuk pemilihan
pelajar yang benar-benar layak.

4.8 Permohonan untuk BRN boleh diperolehi melalui permohonan BKP yang
ditolak kerana tidak layak. Format baru disediakan dan bila sudah masukkan
permohonan, hantar melalui emel pada tarikh yang akan diberitahu dan
cetakan salinan beserta tandatangan pengetua kepada Pn. Hayati.

Tindakan : Makluman

5.0 Edaran surat tawaran

5.1 Surat tawaran akan diedarkan seberapa segera yang mungkin, sedikit taklimat
ringkas akan diberikan oleh PK HEM iaitu En Anthonysamy tentang peraturan
pemegang biasiswa.

5.2 Pastikan semua nombor akaun dan nombor Kad Pengenalan adalah betul
untuk mengelakkan sebarang masalah.

Tindakan : Makluman
6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Pemegang biasiswa haruslah menjaga disiplin seperti kehadiran ke sekolah


dan keputusan peperiksaan. Jika gagal atau digantung sekolah, biasiswa akan
ditarik balik.

6.2 Isi borang dan minta tandatangan guru biasiswa sebelum mengambil buku atau
kad bank, kad atau buku ini perlu diserah kepada guru biasiswa dalam masa
selewat-lewatnya tiga(3) hari. Pengeluaran hanya boleh dibuat dua bulan
sekali sahaja dengan jumlah RM 150 setiap kali pengeluaran. Kegagalan
berbuat demikian, tindakan dengan mengeluarkan surat amaran akan diberi.

6.3 Penarikan biasiswa kepada pelajar yang bermasalah disiplin dan melanggar
syarat-syarat perjanjian. Setakat ini penarikan telah dibuat kepada
Manimaran,Bala Murugan a/l Subramaniam, Mohd Nor Fitri B. Ramlee dan
Parmila a/p Tannabar.

6.2 PK HEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru biasiswa
kerana memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

……………………………… ……………………………

(Pn.Rosidah Binti Jatin) (En.Anthonysamy A/L Ysaipu)


Setiausaha Biasiswa GPK HEM
SMK Tanah Merah SMK Tanah Merah

Anda mungkin juga menyukai