Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

1.0 Penghargaan ........................................................................................................................................ 2


2.0 Pengenalan........................................................................................................................................... 3
3.0 Definisi Sintaksis.................................................................................................................................. 3
3.1 Konsep Sintaksis Mengikut Sarjana Bahasa .................................................................................. 3
3.2 Tokoh Sarjana Tempatan.......................................................................................................... 4
3.2.1 Konsep Sintaksis menurut Siti Hajar Abd. Aziz ............................................................. 4
3.2.2 Konsep sintaksis menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan ................................. 4
3.3 Tokoh Sarjana Antarabangsa................................................................................................... 5
3.3.1 Konsep sintaksis menurut Harimurti Kridalaksana ....................................................... 5
3.3.2 Konsep sintaksis menurut Gorys Keraf........................................................................... 5
4.0 Frasa...................................................................................................................................................... 7
4.1 Frasa Kerja ....................................................................................................................................... 7
4.1.1 Frasa Kerja Tak Transitif ................................................................................................... 8
4.1.2 Frasa Kerja Transitif ........................................................................................................... 9
5.0 Kepentingan Pengetahuan Semua Frasa Kepada Guru Bahasa Melayu ........................... 10
6.0 Kesimpulan ......................................................................................................................................... 12
7.0 Bibliografi ............................................................................................................................................ 13

1
1.0 Penghargaan

Salam sejahtera, pertama sekali saya ingin melafazkan ungkapan syukur kehadrat Illahi
kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Sintaksis
Bahasa Melayu (BMM 1064). Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, saya telah
memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan
bermakna dalam hidup saya yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Pengalaman
yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali
sahaja dalam hidup saya.

Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Datin Mastura Binti Berawi pensyarah
bagi kursus Sintaksis Bahasa Melayu yang sering memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang berada di kampung yang selalu
memberi sokongan moral dan nasihat sebagai pembakar semangat kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
terutama rakan sekelas yang selalu menyumbang pendapat dan idea-idea yang bernas ketika
saya buntu dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, ucapan ini ditujukan khas kepada semua pihak yang telah terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung. Segala bantuan yang anda hulurkan amatlah saya hargai
kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

2
2.0 Pengenalan

Penulisan ini membincangkan konsep sintaksis yang dikemukakan oleh sarjana bahasa
serta frasa secara umum. Selain itu, kepentingan pengetahuan semua frasa kepada guru
Bahasa Melayu turut disenaraikan.

3.0 Definisi Sintaksis

Perkataan sintaksis berasal daripada bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan”
dan tattein yang bermaksud menempatkan kata-kata secara besama-sama untuk menjadi
kelompok kata atau ayat. Dalam bahasa Belanda, kata suntattein ini ditukar istilah kepada
syntaxis, dan syntax dalam bahasa Inggeris.

Menurut Kamus Dewan (2005), sintaksis didefinisikan sebagai satu ilmu pengetahuan
yang berkaitan cabang ilmu linguistik, peraturan atau hukum dalam susunan sebuah ayat.
Selain itu, Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah Jilid 3 (2015), turut mendefinisikan
sintaksis ini sebagai satu bidang dalam ilmu bahasa yang mengkaji struktur sesebuah ayat.

3.1 Konsep Sintaksis Mengikut Sarjana Bahasa

Pendapat-pendapat tokoh sarjana bahasa merangkumi tokoh tempatan serta


antarabangsa. Sebagai contoh, tokoh sarjana tempatan ialah Siti Hajar Binti Abdul Aziz dan
Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan manakala tokoh sarjana antarabangsa ialah Harimurti
Kridalaksana dan Gorys Keraf.

3
3.2 Tokoh Sarjana Tempatan

3.2.1 Konsep Sintaksis menurut Siti Hajar Abd. Aziz

Menurut beliau sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Kajian yang dilakukan tentang hukum dan rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa itu juga diistilahkan sebagai bidang
sintaksis.

3.2.2 Konsep sintaksis menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (1981) mentakrifkan sintaksis sebagai istilah untuk
mengkaji pembentukan ayat, yang mana pemahaman ini dilihat berdasarkan susunan morfem
dan kata untuk menjadi unit membentuk frasa, atau klausa, dan ayat sebagai inti terbesar
mengikut hukum yang betul dan menepati cabang sintaksis itu sendiri.

Apabila dikatakan sintaksis ini berkaitan kajian pembentukan ayat, hujah yang
diutarakan oleh beliau:

“Apabila kita bercakap, kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun


menjadi ayat. Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja, dan
tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama diistliahkan
sebagai benda atau subjek, dan bahagian kedua boleh difahami sebagai
predikat.”

4
3.3 Tokoh Sarjana Antarabangsa

3.3.1 Konsep sintaksis menurut Harimurti Kridalaksana

Harimurti Kridalaksana, seorang sarjana bahasa berasal dari Unggaran, Jawa Tengah,
Indonesia menerangkan sintaksis ini sebagai pengaturan dan hubungan antara kata dengan
kata, atau dengan kesatuan yang lebih besar dalam bahasa, subsistem bahasa yang
mencakupi bahagian–bahagian gramatikal termasuklah bidang morfologi dalam bahasa (1993).

3.3.2 Konsep sintaksis menurut Gorys Keraf

Sintaksis adalah bahagian tatabahasa yang mempelajari dasar-dasar dan proses-proses


pembentukan kalimat dalam suatu bahasa Gorys Keraf (1978).

5
3.3 Rumusan bagi definisi sintaksis berdasarkan pendapat tokoh-tokoh yang telah dikaji

Pendapat dan pandangan yang dinyatakan oleh setiap individu berbeza. Hal ini kerana
setiap individu itu mempunyai idea dan pemikiran yang berbeza-beza dalam sesuatu konsep
yang dibawa. Pemahaman seseorang itu dipengaruhi oleh kaedah atau teknik tersendiri. Oleh
itu, penelitian yang baik perlu dilakukan bagi merumus sesuatu perkara tersebut.

Berdasarkan konsep sintaksis yang dibawa oleh tokoh-tokoh sarjana bahasa, sama ada
tokoh dari negara tempatan mahupun luar, saya berpendapat bahawa sintaksis merujuk kepada
hasil gabungan morfem-morfem untuk membentuk sebuah ayat secara berperingkat iaitu
bermula daripada unit terkecil dan dibentuk menjadi frasa klausa dan berakhir dengan
penghasilan sebuah ayat. Setiap ayat ini terdiri daripada subjek dan predikat. Oleh yang
demikian, sahihlah konsep yang dibawa oleh Abdullah Hassan (1981) dan Harimurti
Kridalaksana (1993)

Saya juga berpendapat bahawa sebuah struktur ayat dibina berdasarkan sistem yang
wujud dalam bahasa tersebut. Hal ini demikian kerana kaedah-kaedah tersebut merupakan
rujukan dalam penghasilan sesebuah ayat. Konsep ini selari dengan analogi yang dibawa oleh
Siti Hajar Abd. Aziz.

Kesimpulannya, setiap bahasa yang digunakan perlulah dikaji dengan sebaiknya. Hal ini
kerana bahasa merupakan imej bagi sesuatu bangsa tersebut. Setiap persoalan terhadap
bahasa yang digunakan perlulah dibahaskan sebelum diguna secara rasmi. Dengan cara ini
setiap sistem yang lahir dari perbincangan tersebut mempunyai rasionalnya yang tersendiri.
Maka, kekeliruan dan salah faham antara individu tertentu dapat dielakkan.

6
4.0 Frasa

Menurut Sharifah Nor Syed Abd. Rahman et. al (2007), frasa ialah unit yang terdiri
daripada satu atau lebih patah perkataan yang berfungsi sebagai unsur dalam ayat. Umumnya,
sesebuah ayat terdiri daripada unsur subjek dan predikat di mana elemen frasa menjadi
binaannya. Dalam binaan ayat biasa, subjek mendahului predikat.

Contohnya:

1. Ali makan.

Ali merupakan subjek bagi ayat tersebut manakala makan merupakan predikat bagi ayat
tersebut. Frasa tidak dapat dipecahkan kepada subjek dan predikat tetapi subjek dan predikat
terdiri daripada frasa. Frasa terdiri daripada empat jenis, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama. Frasa-frasa tersebut mempunyai fungsi dan ciri-ciri yang
berbeza. (Sharifah Nor Syed Abd. Rahman et, al., 2007)

4.1 Frasa Kerja

Frasa kerja ialah sekumpulan unsur yang terdiri daripada kata kerja dan merupakan satu
daripada unsur binaan utama dalam ayat. Frasa kerja wujud dalam predikat ayat. Frasa ini juga
terdiri seperti berikut:

Frasa Kerja

Frasa Kerja Tak Transitif Frasa Kerja Transitif

Rajah 1 menunjukkan jenis frasa kerja

7
4.1.1 Frasa Kerja Tak Transitif
Frasa kata kerja tak transitif ialah frasa kerja yang telah dianggap sempurna. Hal ini
kerana perkataan tersebut tidak perlu diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Antara ciri
yang terdapat pada frasa kerja tak transitif ialah frasa tersebut tidak boleh dipasifkan,
berlawanan dengan kata kerja transitif. Frasa kerja tak transitif juga terdiri daripada tiga
jenis iaitu:

i. Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap


ii. Frasa kerja tak transitif berpelengkap
iii. Frasa kerja tak transitif dengan (KN) sebagai penerang

Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah frasa kerja yang dapat berdiri sendiri
dalam ayat tanpa objek atau sebarang unsur manakala frasa kerja tak transitif berpelengkap
merupakan frasa kerja yang memerlukan pelengkap yang terdiri daripada kata nama, kata
adjektif dan frasa sendi nama. Frasa kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang
pula, kata nama tersebut hanya sebagai penerang dan bukanlah pelengkap.

Contoh:

1. Orang tua itu berkain batik


Penerangan: : Kata kerja tak transitif berkain memerlukan kata nama batik sebagai
penerang.

2. Subjek Predikat
Semua orang bangun
Pokok itu tumbang
Padi menguning
Rajah 2 menunjukkan kata kerja tak transitif tak berpelengkap

3. Kata nama sebagai pelengkap frasa Dia menjadi doktor


kerja tak transitif
Kata adjektif sebagai pelengkap frasa Badannya menjadi lemah
kerja tak transitif

Kata adjektif sebagai pelengkap frasa Kereta itu membelok ke kiri


kerja tak transitif

Rajah 3 menunjukkan frasa kerja tak transitif berpelengkap

8
4.1.2 Frasa Kerja Transitif

Frasa kerja ini terdiri daripada kata kerja transitif sebagai inti dan kata nama sebagai
objeknya. Frasa kerja ini boleh dipasifkan dalam ayat. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon
Mohd dalam buku Tatabahasa Dinamika (1994), cara mudah bagi mengenalpasti frasa kerja ini
adalah dengan menanyakan “apa”. Sekiranya ada jawapannya, kata kerja yang digunakan itu
ialah kata kerja transitif. Frasa ini terbahagi kepada dua, iaitu frasa kerja dengan satu objek dan
frasa kerja dengan dua objek. Frasa kerja dengan satu objek hanya diikuti oleh satu objek, iaitu
kata nama. Contohnya:

Jenis Ayat Contoh Ayat Objek


Aktif Adik menendang bola
Bola
Pasif Bola ditendang adik

Frasa kerja dengan dua objek pula mengandungi dua objek, iaitu objek tepat, yang
menjadi penyambut secara langsung selepas kata kerja, dan objek sipi yang tidak menjadi
penyambut secara langsung kepada kata kerjanya. Sebagai contoh:

Jenis Frasa Kata Kerja Objek Objek


Ayat Nama Tepat Sipi
Aktif Ayah membelikan adik basikal
Pasif Adik dibelikan basikal oleh ayah

Bagi ayat di atas, adik bertindak sebagai objek tepat manakala basikal pula menjadi
objek sipi kerana mengikuti objek tepat. Apabila ayat di atas dipasifkan, hanya objek tepat yang
menjadi subjek atau unsur yang diterangkan.

9
5.0 Kepentingan Pengetahuan Semua Frasa Kepada Guru Bahasa Melayu

Dalam kita menelusuri arus kemajuan pembangunan moden yang semakin di puncak,
sama ada di tanah air sendiri mahupun pelosok global, penggunaan bahasa ibunda itu
memainkan peranan yang cukup signifikan kepada setiap individu. Sebagai guru bahasa
Melayu, pengetahuan tentang bidang yang diajar perlu dikuasai sepenuhnya. Hal ini kerana
mereka merupakan tonggak utama dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Antara
perkara yang perlu diambil perhatian ialah penguasaan tentang frasa. Hal ini kerana perkara
inilah yang menjadi kayu ukur kepada kemahiran seorang guru Bahasa Melayu menyampaikan
ilmu kepada murid-muridnya. Maka, mari kita merungkai berkaitan kepentingan frasa ini kepada
guru Bahasa Melayu selanjutnya.

Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang terdiri daripada satu patah perkataan atau
beberapa patah perkataan yang bertindak sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai
subjek, predikat, objek atau keterangan. Kepentingan guru menguasai frasa ialah supaya murid
dapat mengenalpasti pola-pola ayat seperti frasa nama + frasa nama (FN+FN), frasa nama +
frasa kerja (FN+FK), frasa nama + frasa adjektif (FN+FA) dan frasa nama + frasa sendi nama
(FN+FSN). Hal ini kerana masalah yang sering berlaku dalam kalangan pelajar ialah mereka
keliru dalam mengenalpasti jenis-jenis frasa tersebut. Buktinya, keputusan UPSR yang diterima
pada tahun lalu. Format peperiksaan subjek Bahasa Melayu merangkumi kertas objektif dan
subjektif, iaitu kertas penulisan. Pelajar yang tidak mampu mengaplikasi proses pembentukan
frasa akan menjadikan mereka menganggap kertas peperiksaan matapelajaran bahasa Melayu
merupakan peperiksaan yang sukar dan tiada sasaran untuk mendapatkan keputusan
cemerlang. Penulisan karangan, binaan ayat berdasarkan bahan ransangan dan lain-lain
bentuk arahan pada kertas soalan memerlukan penguasaan pembentukan frasa dengan baik
dan cekap untuk menghasilkan sebuah ayat yang gramatis.

10
Pengetahuan tentang frasa juga penting kepada guru kerana melalui pengetahuan ini
mereka dapat mencipta instrumen pengajaran tersendiri yang efektif. Instrumen yang digunakan
oleh guru dapat memastikan metod pengajaran yang disampaikan oleh guru mudah diingati dan
dihafal oleh murid dan memberikan kefahaman tentang frasa dengan mudah. Guru boleh
membuat rumus sendiri dalam sesuatu tajuk berkenaan dengan frasa. Sebagai contoh, dalam
mengenalpasti golongan kata, guru boleh memberitahu perkataan-perkataan yang sesuai
digunakan dalam membezakan golongan kata perkataan tersebut seperti menggunakan kata
penguat untuk mengenal pasti kata adjektif. Sekiranya perkataan tersebut tidak sesuai
diletakkan kata penguat maka perkataan tersebut bukanlah kata adjektif. Dengan cara ini,
pelajar akan lebih mudah untuk membezakan golongan kata perkataan. Namun, pemahaman
yang kukuh perlu diberi dahulu sebelum menggunakan rumus tersebut.

Kesimpulannya, kecemerlangan para pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu ini


bukan hanya bergantung kepada ikhtiar mereka sendiri sahaja, tetapi hasil kolaboratif
pembelajaran antara guru dan para pelajar mendorong kepada penguasaan dalam ilmu yang
dicurah seperti cabang bahasa ini iaitu frasa. Diharapakan agar guru-guru Bahasa Melayu peka
akan perkara ini demi kebaikan anak-anak murid mereka dalam akademik yang berkualiti.

11
6.0 Kesimpulan

Bidang sintaksis merupakan satu bidang kajian bahasa yang luas dan memainkan
peranan yang penting dalam linguistik bahasa Melayu. Para guru sepatutnya menguasai
bidang sintaksis supaya dapat mengajar bahasa Melayu yang betul kepada generasi yang akan
memegang tampuk kepimpinan negara. Rasionalnya, apabila seseorang guru bahasa itu dapat
menguasai selok-belok bahasa yang diajar, guru tersebut tidak mempunyai masalah dalam
menghuraikan sebarang yang diutarakan semasa proses pembelajaran berlaku
Sebagai seorang guru, kita perlulah terus berusaha untuk meningkatkan prestasi diri
dalam mendidik anak bangsa yang tercinta. Pengetahuan yang diperoleh dapat membantu
dalam pengajaran. Rasionalnya, apabila seseorang guru bahasa itu dapat menguasai selok-
belok bahasa yang diajar, guru tersebut tidak mempunyai masalah dalam menghuraikan
sebarang yang diutarakan semasa proses pembelajaran berlaku. Tugasan ini sangat
bermanfaat untuk saya sebagai guru pelatih kerana penuh dengan ilmu pengetahuan

12
7.0 Bibliografi

Abdullah Hassan (2008). Sintaksis : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : PTS Publication Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Harimurti Krinadalaksan (1993). Kamus Linguistik. Jakarta, Indonesia : Gramedia Pustaka

Utama

Hashim Haji Musa (1990). Sintaksis Bahasa Melayu : suatu huraian berdasarkan rumus

struktur frasa. Kuala Lumpur : Agensi Penerbitan Nusantara.

Md. Isa Bin Hassan (1993). Frasa Kata Kerja Dalam Bahasa Melayu: masalah penggunaan

serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kuala lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka

Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu 1 Edisi kedua. Selangor Darul Ehsan : Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

Arbak Othman (1980). Pengantar Teori Sintaksis : suatu pengenalan konsep tatabahasa

transformasi generatif. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise.

J.Nulawadin Mustafagani (1991). Asas Kemahiran Berbahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood, (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdullah, H., & Ainon, M. (1994). Tatabahasa dinamika: Berdasarkan tatabahasa Dewan, ditulis
menggunakan teknik pembelajaran berintegrasi dan perbahanan terperingkat. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, (2007). Bahasa Melayu STPM PRA-U
kertas 1. Pearson Malaysia SDN. BHD. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Mohd. Asraf Haji Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya :

Sasbadi Sdn. Bhd.

13
Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nor Najmah Najmuddin & Rosda Omar, (2007). Bahasa
Melayu Kertas 1 & 2. Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan.

Khairuddin Mohamad, (2011). Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Sulunghatini (2011). Sintaksis. [online], [Diakses: 19/2/2017].


Boleh didapati: https://catatanyasulung.wordpress.com/2011/sintaksis

Fatimah Mohammad (2014). Binaan Frasa Kerja Dengan Objek.[Online], [Diakses: 18/2/2017].
Boleh didapati: http://sintaksisbahasamelayu.blogspot.my/2014/02/nota-tajuk-5-binaan-f
rasa-kerja-dengan.html

Reni Oktaviani (2012, November 3, Sabtu). Seni dan Pendidikan : definisi sintaksis.
[Diakses: 18/2/2017].Boleh didapati :http://rafikoh.blogspot.com/2012/11/definisi-
sintaksis.html

Siti Afifah (2010). Pengertian Sintaksis, Frasa dan Klausa. ], [Diakses: 18/2/2017]. Boleh d
didapati: http://www.diaryapipah.com/2012/05/pengertian-sintaksis-frase-dan-
klausa.html

14

Anda mungkin juga menyukai