Anda di halaman 1dari 3

Bissmillahirrahmanirahim

Ke pekan kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang dihormati Puan Anida Bt Salehuddin,

Penolong kanan hal ehwal murid.

Yang dihormati guru-guru Sekolah Kebangsaan KLIA, serta rakan- rakan pengawas sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnianya, kita diberikan luangan waktu untuk sama-sama berkumpul untuk majlis jamuan akhir
tahun Pengawas Sekolah,Student Voice Group, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Rakan Sebaya, ,
Pengawas Kantin dan Skuad Musolla bagi tahun 2019.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kalau pergi ke tanjung keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis pada ptg ini ,dipersilakan Ahmad Aysar Alhasyir bin Abd Sani untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahmad Aysar Alhasyir bin Abd Sani atas bacaan doa
sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang dihormati Puan Anida Bt Salehuddin,

Penolong kanan hal ehwal murid untuk menitipkan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Anida Bt Salehuddin,

Pulau pandan jauh ke tengah

Gunung daik bercabang tiga

Doa sudah ucapan pun sudah

Tiba masa menjamu selera.

Sorong papan tarik papan

Makan keranji dalam perahu

Suruh makan kita makan

Janganlah segan janganlah malu

Hadirin yg dihormati sekalian, sambil menikmati hidangan, majlis diserikan lagi dengan persembahan
daripada yang sudah lama bersedia di pentas. Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang cukup menghiburkan.

Seterusnya, sambil menikmati hidangan yang masih ada, kita akan dihangatkan lagi dengan
penyampaian anugerah buat rakan-rakan pengawas sekalian. Majlis dengan ini menjemput Puan
Anida Bt Salehuddin untuk menyampaikan anugerah.

Anugerah ini diberikan buat Pengawas Sekolah,Student Voice Group, Pengawas Pusat Sumber,
Pembimbing Rakan Sebaya, , Pengawas Kantin dan Skuad Musolla yang telah menunjukkan khidmat
yang cemerlang sepanjang tahun 2019.

Anugerah pengawas sekolah terbaik diberikan kepada………………………………………………………………………

..………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Seterusnya, anugerah Student Voice Group Terbaik. Penerimanya ialah ………………………………………….

Kita beralih pula ke penyampaian anugerah pengawas pusat sumber terbaik. Penyandang anugerah
ini jatuh kepada………………………………………………………………………………………………….. .

Terima kasih diucapkan kepada Puan Anida Bt Salehudin atas penyampaian anugerah tersebut.
Sebelum kita ke anugerah yang seterusnya,ayuhlah kita menikmati persembahan daripada………………

….…………………..
Hadirin dan hadirat sekalian,

Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan menjemput …………………………………………………………… .

Untuk menyampaikan anugerah seterusnya.

Bagi penerima anugerah pembimbing rakan sebaya terbaik, dipersilakan ………………………………………… .

Anugerah pengawas kantin terbaik diberikan kepada,tidak lain tidak bukan……………………………………… .

Akhir sekali,anugerah skuad musolla terbaik disandang oleh…………………………………………….. .

Selesai sudah penyampaian anugerah. Marilah kita menghiburkan diri dengan persembahan
daripada……………………………………………….. . Terima kasih atas persembahan yang cukup menghiburkan
kami semua. Seterusnya, dipersilakan pula ………………………………………………………………………………………….

….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… .

Hadirin sekalian..

Majlis kita berakhir di sini,

Teruskan menjamu selera,

Sebarang kelemahan harap dimaafi,

Salah dan silap lupakan saja

Terima kasih sekalung budi

Kenangan nan indah simpanlah di hati

Semoga persahabatan tersimpul rapi.

Mudah-mudahan kita berjumpa lagi.

Sekian,terima kasih.

Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt…

Anda mungkin juga menyukai