Anda di halaman 1dari 6

LAWATAN KERJA AMAL

KE SEKOLAH TUNAS BAKTI, MELAKA

TARIKH :

23HB OGOS 2019

TEMPAT :

SEKOLAH TUNAS BAKTI,


SUNGAI LEREH, 76400 MELAKA

ANJURAN :
SMK TAMAN SCIENTEX,
PASIR GUDANG,
JOHOR
KERTAS KERJA
LAWATAN KERJA AMAL KE SEKOLAH TUNAS BAKTI
SMK TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG
TAHUN 2019

PROGRAM KERJA AMAL GURU SMK TAMAN SCIENTEX :

1.0 PENGENALAN
Lawatan kerja amal guru ke Sekolah Tunas Bakti, Melaka merupakan salah satu aktiviti sosial
yang boleh menambah serta meluaskan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman guru-guru.
Dengan adanya lawatan ini, ia dapat memberi peluang dan ruang kepada guru memberi khidmat
sosial kepada pelajar Sekolah Tunas Bakti sekaligus dapat membantu meningkatkan emosi
pelajar tunas bakti untuk terus bermotivasi dan berusaha bertingkahlaku ke arah lebih baik.
Program ini juga dapat memberi pengalaman kepada guru dalam meningkatkan semangat anak-
anak tunas bakti untuk menebus kesalahan serta menjadikan diri mereka lebih baik pada masa
akan datang.

3.0 MATLAMAT
Merencana, merancang dan mengembeling tenaga dengan kebijaksanaan intelektual
membangun potensi pelajar dengan cara kolaborasi pintar untuk memacu kecemerlangan
pelajar.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi ruang dan peluang kepada guru untuk melaksanakan jaringan & jalinan dengan
warga Sekolah Tunas Bakti, Melaka.
2.2 Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan warga S’tex
2.3 Mempraktikkan kemahiran komunikasi dalam suasana yang mencabar dimana kumpulan
sasaran yang mengalami masalah peribadi yang agak konflik
2.4 Menerapkan rasa empati dan simpati dalam diri guru-guru bagi memberi dorongan dan
sokongan kepada pelajar Sekolah Tunas Bakti untuk berubah ke arah yang lebih positif
dalam masa depan mereka.
3.0 KUMPULAN SASARAN
78 orang guru SMK Taman Scientex, Pasir Gudang
4 orang ahli PIBG SMK Taman Scientex, Pasir Gudang

4.0 CADANGAN PELAKSANAAN


Tarikh : 23hb Ogos 2019 ( Jumaat )
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Sekolah Tunas Bakti, Melaka & Bandar Hilir, Melaka
Sasaran Peserta : 80 orang

5.0 MASA AKTIVITI

6.00 pagi – Bertolak menaiki bas ke Sekolah Tunas Bakti, Melaka


9.00 pagi – Ucapan dan taklimat dari Sekolah Tunas bakti, Melaka
9.15 pagi – Sesi perkenalan antara guru SMK taman Scientex dengan pelajar
Sekolah Tunas Bakti (sesi kelompok).
10.30 pagi - Rehat ( minum pagi )
11.00 pagi – Aktiviti Gotong Royang membersihkan dorm dan kelas
12.00 tgh hr – Majlis Penutup & Penyampaian Sumbangan
12.30 tgh hr - Solat Jumaat / Solat Zohor / Makan Tengah Hari
2.00 petang - Lawatan ke Bandar Hilir, Melaka
6.00 petang - Bertolak pulang ke Pasir Gudang, Johor
9.00 petang - Jangkaan tiba di Pasir Gudang, Johor

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

Pengerusi : Pn Shamiah binti Ismail


Naib Pengerusi 1 : En. Harudin bin Salleh
Naib Pengerusi 2 : Pn. Siti Mazliha binti Ahmad
Naib Pengerusi 3 : Pn. Nor Azlina binti Basar
Setiausaha 1 : Pn. Hadzar Rohaida binti Mohd Hapit
Setiausaha 2 : Pn. Rozita binti Mahari
Bendahari : Pn. Halimah binti Rasuan
Pn. Siti Faizah binti Kertau Kintus

Ahli Jawatankuasa :
AJK Makanan : Pn Siti Zalina binti Saidin
Pn. Noormaliza binti Awal

AJK Aktiviti : Pn Siti Rahimah binti Rahim ( Ketua )


Pn. Fairuz binti Mohd Noor
Pn Nurul Izzaty binti Othman
Cik Noorhaslinda binti A.Rashid
Pn. Norizah binti Abdullah

AJK Sosial : Pn. Nurul Adilla binti Mohd Yusof


Pn. Rozaini Hanim binti Sidek
Pn. Nur Azfa binti Saleh
Pn. Nur Ain binti Leywat

AJK Pengangkutan : En. Muhammad Fadli bin Uthman


Cik Nur Hidayatul Nadirah binti Abd Wahab

AJK Kebajikan : Pn. Hastina binti Mohd Farid


Pn. Siti Norain binti Bahrim

AJK Sumbangan : Cik Noramizah binti Omar


Pn. Noorismahsyafila binti Ismail
7.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 SUMBER KEWANGAN


Yuran peserta : RM 60 x 80 orang = RM 4,800
Sumbangan PIBG : RM 500 = RM 500
JUMLAH RM 5,300

7.2 ANGGARAN BELANJAWAN


Sewa Bas : RM 1,500 x 2 bas = RM 3,000
Makan pagi : RM 5 x 80 orang = RM 400
Sumbangan ke Sekolah Tunas Bakti : RM 1,900 = RM 1,900
Jumlah Keseluruhan RM 5,300

8.0 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada guru-guru SMK Taman Scientex. Melalui program ini juga guru diberi pendedahan dan
pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama anak didik. Pengetahuan dan
pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga
lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

…………………………………. ………………………………
HADZAR ROHAIDA BT MOHD HAPIT NOR AZLINA BINTI BASAR
Kaunselor , Pen. Kanan Petang
SMK Taman Scientex SMK Taman Scientex

Disahkan oleh;

…………………………….
SHAMIAH BINTI ISMAIL,
Pengetua,
SMK Taman Scientex

Beri Nilai