Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan NYDP Menyuarat Agung Kali ke 43 Sk Tg Agas Tahun 2019

Bismillahirrahmanirrahim,
Yang Dihormati Saudari Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia Tuan Awaludin bin Hassan, Pegawai Pendidikan Daerah Port
Dickson.
Yang Berusaha Puan Fuziah binti Mohd Nor, Guru Besar Sk Tg Agas, Guru-Guru
Penolong Kanan, guru-guru, barisan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019 dan
seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi


kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih


kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu
pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan
terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi
memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti
ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi
aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.

Kami AJK PIBG sesi 2018/2019 telah cuba untuk menjalankan tugas kami
dengan cara yang terbaik. Didalam segala tindakan kami, kami sentiasa
memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya.
Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian
pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah
melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini di mana terdapat di dalamnya
mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada sekolah.

Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu


bapa yang dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu
tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam meneruskan
kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.
Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan
pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak
kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi
yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa
untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras
dengan visi dan misi sekolah.

Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak
dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan
SK Tg Agas

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai