Anda di halaman 1dari 6

TEKS JURU ACARA MESYUARAT PIBG SMK IDEAL HEIGHTS KALI KE 25 SESI 2017/ 2018

BIL AGENDA TEKS


1 Sebelum Majlis ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada para hadirin
Bermula sekalian. Majlis memohon kerjasama para tetamu bagi
melancarkan lagi majlis pada pagi ini:
(LAN)
*Dimohon para hadirin meletakkan telefon bimbit anda dalam
mode senyap
*Para hadirin dimohon berdiri apabila diumumkan ketibaan
tetamu kehormat sebentar lagi.
*Sejurus selepas itu, sama- sama kita berdiri untuk menyanyikan
lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor

Majlis sekali lagi mengharapkan kerjasama daripada para hadirin


sekalian, sekian terima kasih.

2 Ketibaan para Mengumumkan ketibaan..


jemputan dan ibu Yang Berbahagia Dato’ Ir. Md Nasir bin Ibrahim, (Penyelaras
bapa Pembangunan Persekutuan Kawasan DUN Templer, merangkap
Wakil Menteri Pendidikan Malaysia) dengan diiringi
(LAN) En. Ooi Kek Keong( Yang Dipertua PIBG SMK Ideal Heights),
En. Samsuki bin Sudin ( Pengetua SMK Ideal Heights),
Guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SMK IDEAL HEIGHTS.

3 Nyanyian Lagu Para hadirin yang dihormati,


Negaraku & Negeri Marilah kita sama- sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu
Selangor Negaraku diikuti lagu Negeri Selangor.
(LAN)
4 Kata- kata aluan Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.
pengacara majlis Hadirin dipersilakan mengambil tempat masing- masing.

(LAN) Kompang Bergema Pusaka Bangsa,


Dipalu oleh Si Anak Muda,
Hadir Tuan Memeriah Suasana,
Kami Menyambut Penuh Gembira

Bismillahhirahmanirrahim…

Yang Berbahagia,
Dato’ Ir. Md Nasir bin Ibrahim, (Penyelaras Pembangunan
Persekutuan Kawasan DUN Templer, merangkap Wakil Menteri
Pendidikan Malaysia)

Yang Dihormati,
En. Ooi Kek Keong( Yang Dipertua PIBG SMK Ideal Heights)

Yang Berusaha,
En. Samsuki bin Sudin ( Pengetua SMK Ideal Heights),

Barisan Guru Penolong Kanan,


Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2016/ 2017,
Guru- guru,
Seterusnya tuan-tuan, puan-puan hadirin sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. dan salam


sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta


limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-25 bagi sesi 2017/ 2018 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga sekolah, turut sama merakamkan


ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para hadirin dan
hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia Dato’ Ir. Md Nasir bin
Ibrahim kerana sudi meluangkan masa bersam-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

5 Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama- sama kita menadah tangan
dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan
(LAN) dibacakan oleh En. Abdul Aziz bin __________.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

6 Selesai doa Majlis mengucapkan terima kasih kepada


En. Abdul Aziz bin _______________
(JIDAH) Atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin
kepada kejayaan anak-anak dalam usaha menjana modal insan
yang berdaya saing dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen ini amat penting dalam usaha


melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam
bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang
cemerlang.

7 Ucapan alu-aluan Bagi memulakan majlis, dijemput Yang Dihormati, En Ooi Kek
YDP Keong, YDP PIBG SMK Ideal Heights untuk menyampaikan ucapan.
(JIDAH) Dengan segala hormatnya dipersilakan.

8. Ucapan pengetua Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada EN. Ooi Kek Keong
atas ucapan sebentar tadi.
(JIDAH)
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha, En. Samsuki bin
Sudin, Pengetua SMK Ideal Heights, bagi menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

9 Ucapan perasmian Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Samsuki bin
(JIDAH) Sudin atas ucapan sebentar tadi.
Kini tibalah masanya, untuk kita mendengar amanat dan ucapan
yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia, Dato’ Ir. Md Nasir
bin Ibrahim, (Penyelaras Pembangunan Persekutuan Kawasan DUN
Templer, merangkap Wakil Menteri Pendidikan Malaysia) dan
seterusnya merasmikan MEsyuarat Agung PIBG SMKIH kali ke-25
bagi sesi 2017/2018.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Malis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang Berbahagia, Dato’ Ir. Md Nasir bin Ibrahim, atas
ucapan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan itu
tadi dapat kita hayati dan dijadikan pedoman kita bersama.

** sekiranya ada
Pihak sekolah juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas
kesudian beliau bagi pihak _________________________
menyumbangkan _________________ kepada pihak sekolah.

10 Persembahan 1 Hadirin yang dihormati sekalian, majlis kita pada pagi ini akan
diserikan lagi dengan pertunjukan magik
(JIDAH) ____________________________________________________
Yang akan dipersembahkan oleh
Saudara MEGAT AFIFUDDIN BIN MOHD WALI

Dipersilakan.

11 Penyampaian sijil Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik itu tadi.
AJK
Tuan-tuan dan puan-puan,
(LAN) Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan
dan cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2016/2017.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia,


Dato’ Ir. Md Nasir bin Ibrahim, (Penyelaras Pembangunan
Persekutuan Kawasan DUN Templer, merangkap Wakil Menteri
Pendidikan Malaysia) diiringi En. Ooi Kek KEong, YDP PIBG SMK
Ideal Heights untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

Dipersilakan…

En. Samsuki bin Sudin- Penasihat


En. Ooi Kek Keong- YDP PIBG
En. Azman b Abu Hassan – NYDP PIBG
Pn. Ainin Nadzrah bt Zainal- setiausaha Kehormat
Datin Kwok Sau Yoon- Bendahari

AJK Ibu Bapa


1. En. Elmi b. Hj Bassir
2. En. Rajan a/l Bopalan
3. Pn. Suhaila bt Musa
4. Pn. Norhatiah bt Hj Mohamed
5. Pn. Norhawaty bt Mansor

AJK Guru
1. En. Abdul Wahab b. Mustan
2. Pn. Wan Fatimah bt Wan Abdullah
3. Pn. Majidah Najihah bt Mohammad
4. Pn. Norizan bt Cik Osman
5. Pn. Norlidar bt Akhiruddin

Juruaudit
1. Pn. Asmarizan bt Razak

Dijemputkepentas barisan pentadbir yang turut memberi sokongan


secara langsung mahupun tidak langsung

Dipersilakan,
En. Kamarudin b Kudong ( Pen Kanan Pentadbiran)
Pn. Jamilah bt Othman ( Pen Kanan Hal ehwal Murid)
En. Fawojan b Abdul Kadir ( Pen Kanan Kokurikulum)
Pn. Aziah bt Bakrin ( Pen Kanan Petang)

12 Penghargaan Seterusnya Penyampaian Penghargaan Kutipan Sumbangan PIBG


kutipan PIBG terawal bagi kelas terawal.

(LAN) Dipersilakan
1. Pn. Malarcodi a/p Raman (guru tingkatan sesi pagi)
2. Pn. Thuraya bt Jamaludin (guru tingkatan sesi petang)

13 Cabutan bertuah Kita teruskan lagi majlis pada pagi ini dengan cabutan nombor
bertuah. Dipersilakan Yang Berbahagia, Dato’ Ir. Md Nasir bin
(JIDAH) Ibrahim untuk membuat cabutan.

Nombor bertuah yang pertama ialah…..

14 Penyampaian BKAP Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis kita akan diteruskan lagi dengan penyerahan Bantuan
(JIDAH) Kewangan Awal Persekolahan 2017.

Dipersilakan..

1.
2.
3.
4.
5.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dato’
Ir. Md Nasir bin Ibrahim atas kesudian meyampaikan sijil
penghargaan dan menyerahkan Bantuan Kewangan Awal
Persekolahan 2017 sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan En.


Ooi Kek Keong, untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia, Dato’ Ir. Md Nasir bin Ibrahim. Dipersilakan.

15 Penutup Dengan ini, selesailah sudah Majlis Perasmian mesyuarat Agung


PIBG SMK Ideal Heights kali ke-25 bagi sesi 2017/ 2018.
(JIDAH)
Kami mewakili AJK PIBG dan warga SMKIH, merakamkan
penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dato’ Ir. Md
Nasir bin Ibrahim, atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini
untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Ideal Heights kali
ke-25

16 Jamuan Dipersilakan Yang Berbahagia, Dato’ Ir. Md Nasir bin Ibrahim,


diiringi Tuan Pengetua, YDP, NYDP, Barisan Pentadbir dan AJK Ibu
(JIDAH) Bapa untuk menikmati sedikit jamuan yang disediakan.

Manakala ibu bapa dan guru- guru diminta terus berada di dewan
dan dijemput menjamu selera ementara menanti persiapan
tempat bagi meneruskan mesyuarat Agung PIBG SMK Ideal Heights
kali ke-25 bagi sesi 2017/ 2018. Dipersilakan

17. Penerima BKAP Perhatian kepada penerima Bantuan Kewangan Awal Persekolahan
2017 kelas peralihan dan tingkatan 1, anda diminta ke Blok F untuk
(JIDAH) sesi penerimaan BKAP.

18 Penyerahan majlis Bagi meneruskan agenda seterusnya,


Kami serahkan majlis kepada En. Ooi Kek Keong, YDP PIBG SMK
(JIDAH) Ideal Heights untuk meneruskan Mesyuarat Agung PIBG SMKIH kali
ke-25 sesi 2017/2018. Dipersilakan.

19 Cabutan bertuah II Hadirin sekalian,


Majlis kita diteruskan lagi dengan cabutan nombor bertuah. Bagi
(LAN) menyempurnakan majlis, dipersilakan En. Ooi Kek Keong, YDP PIBG
SMK Ideal Heights naik ke pentas untuk membuat cabutan.

Nombor bertuah yang seterusnya ialah…..

Terima kasih diucapkan kepada


____________________________________________ atas
kesudian membuat cabutan sebentar tadi.
Tahniah diucapkan kepada tuan- tuan dan puan-puan yang bertuah
itu tadi.

20 Akhir majlis Dari mana asalnya usah diusul,


Molek budinya menambat hati,
(LAN) Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Dengan ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih


kepada semua hadirin yang menjayakan majlis kita pada hari ini.

Wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai