Anda di halaman 1dari 7

84

BAB 6

KESIMPULAN

6.1 Kesimpulan:

Kesimpulan yang didapati hasil dari kajian ini ialah:

 Memahami apakah objektif penyelenggaraan bangunan yang akan


mengujudkan menghasilkan mutu kerja yang lebih efisen.
 Menerangkan fungsi sesuatu alatan elektrik yang terdapat di dalam sesebuah
bangunan.
 Melalui carta organisasi kerja yang dicadangkan, pengurusan
penyelenggaraan bangunan akan dikendalikan oleh kakitangan yang
mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Suruhan Jaya Tenaga.
 Penyeragaman jadual kerja dapat membantu pengurusan penyelenggaraan
bangunan dijalankan dengan lebih teratur dan sistematik lagi.
85

6.2 Cadangan

Untuk mendapatkan hasil kerja yang baik dalam penyelenggaraan bangunan di


negara ini beberapa cadangan dapat dikemukakan berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Diantara cadangan yang boleh membantu penyelenggaraan bangunan untuk melakukan
kerja-kerja penyelenggaraan elektrikal dengan lebih baik dan efisyen lagi adalah:

Menyeragamkan semua tugas-tugas penyelenggaraan bangunan di negara


ini. Penyeragaman tugas-tugas ini adalah untuk membolehkan semua
orang yang terlibat didalam tugas penyelenggaraan bangunan dapat
menyelenggarakan bangunan dengan lebih baik lagi. Penyeragaman ini
tertakluk kepada kelulusan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Contoh, Jurutera elektrik akan menjalankan kerja-kerja diperingkat
pengurusan sahaja dan “wire man” hanya melakukan kerja-kerjaa
diperingkat bawahan sahaja. Memang tidak dinafikan kebanyakan
syarikat penyelenggaraan dinegara ini akan menawarkan kerja kejawatan
pengurusan sahaja. Tetapi dilapangan pengurus juga bertindak sebagai
“wire man”. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menjimatkan
kos ini Jika dikaji dari segi risiko “wire Man” adalah orang yang
berpengalaman untuk menguruskan penyelenggaraan elektrik yang
bermasalah kecil dan kebanyakan mereka adalah terdiri dari pekerja yang
mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini terutama yang
melibatkan kerosakan dibahagian pendawaian, dan sudah tentu “wire
man” akan dapat mengesan punca masalah elektrik itu dengan cepat
berbanding dengan Jurutera Elektrik yang sepatutnya menjalankan kerja-
kerja dibahagian pentadbiran sahaja. Ini bermakna masa dan kos akan
bertambah dan memang diketahui gaji untuk seorang jurutera bekerja
adalah lebih banyak berbanding dengan gaji seorang “wire man”.
Sepatutnya Jurutera Elektrik menjalankan kerja-kerja dibahagian
86

perancangan kerja sahaja tanpa melibatkan apa-apa kerja diperingkat


bawahan sahaja.
Setelah membuat kajian dalam kes ini maka dapatlah dicadangkan satu
carta organisasi seperti dibawah ini:-
87

Mengemaskini
Daftar Aset
Laporan Kecacatan/
Kerosakan

Pemeriksaan
Berjadual

Maklumbalas
Boleh Tidak kepada Pengurusan
Digunakan? untuk Perancangan

Ya

Perlu
membaiki/
SDP untuk Tidak
servis/
Pemeriksaan
mengganti?
Berjadual

oleh

Pembekal
Kontrak
Staff Pembekal
Jabatan biasa
Kos /
Belanjawan

Pelaksanaan
Kerja Selenggaraan

Semakan Kerja
Dan
Perekodan

Rajah 6.0 Carta aliran penyelenggaraan banguna yang dicadangkan


88

(ii) Menyeragamkan Jadual Kerja.

Sepertimana yang diketahui jadual kerja yang digunakan oleh


kebanyakan pengurusan penyelenggaraan adalah berbeza-beza diantara
syarikat penyelenggaraan bangunan dengan syarikat penyelenggaraan
bangunan yang lain seperti kajian yang telah dilakukan dari tajuk ini.
Setelah dibuat kajian hanya jadual kerja yang dilakukan oleh syarikat
SBBU Sdn. Bhd sahaja yang menepati kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan oleh buku arahan kerja yang telah dikeluarkan oleh pihak
IKRAM Berhad.
Hanya ada beberapa bahagian pemeriksaan sahaja yang perlu
ditambah untuk menjadikan ianya lebih berkesan lagi. Beberapa
penambahan ini termasuklah:

(a) Bacaan kepada jadual pemeriksaan alatubah (transfomer)


Perlu ada tambahan satu ruang untuk menyatakan apakah
keadaan sebenar masalah alatubah tersebut. Ini adalah
kerana alatubah ini adalah alat yang paling penting
sepertimana yang telah dibincangkan dalam bab yang lepas.

(b) Pemeriksaan keatas bilik LV dan HT.


Oleh kerana alat-alat elektrik yang terdapat didalam bilik
HT dan LV adalah terdiri dari alat-alat yang tidak selalu
mengalami kerosakan, maka dicadangkan semua alat-alat
elektrik yang terdapat di dalam bilik tersebut tidaklah perlu
diselenggara secara mingguan. Cukup sekadar pemeriksaan
keatas bilik ini dilakukan dalam jangka waktu bulanan
sahaja seperti yang dinyataka dalam buku manual
penyelenggaraan bangunan yang dikeluarkan oleh IKRAM
Bhd.
89

(c) Semakan lampu.

Sistem Lampu yang terdapat didalam bangunan adalah


satu system yang dapat dilihat dengan jelas samada ianya
berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Kebanyakan aduan
yang dilakukan oleh pengguan adalah datangnya dari
aduan sistem lampu. Ini adalah kerana jika sebuah lampu
tidak berfungsi dengan baik maka sudah tentu kawasan
tersebut menjadi gelap dan secara automatiknya pengguna
akan mengadukan masalah ini kepada syarikat
penyelenggaraan yang bertugas didalam bangunan
tersebut. Secara tidak langsung petugas penyenggaraan
bangunan itu akan ketempat kejadian dan memperbetulkan
sistem lampu yang tidak berfungsi tadi.
Proses ini juga dinamakan penyelengaraan yang tidak
dirancang. Oleh itu sepatutnya pemeriksaan lampu
dilakukan apabila ada aduan dari pihak penguna sahaja.
Sistem lampu yang terdapat didalam sesebuah bangunan
pun adalah terlalu banyak bilangannya. Atas sebab itu
jugalah sistem lampu tidak perlu ditetapkan masa
penyelenggaraannya. Tetapi pemeriksaan wayar didalam
sistem lampu tersebut perlu dilakukan pemeriksaan demi
untuk mengelakkan kejadian litar pintas. Pemeriksaan
wayar dialam sistem lampu hanya perlu diperiksa dalam
jangka waktu enam bulan sekali.

Lampiran 3 menyatakan cadangan borang kerja yang patut disediakan oleh


semua pemilik syarikat penyengelenggaraan bangunan di negara ini dan dibawah ini
dilampirkan sekali Manual Penyelenggaraan Bangunan yang telah dikeluarkan oleh
90

pihak IKRAM Berhad untuk dijadikan rujukan kepada semua Syarikat Penyenggaraan
bangunan di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai