Anda di halaman 1dari 2

NOTA PERKONGSIAN PELAKSANAAN DCS 2019

KUMPULAN 2 : SEKOLAH RENDAH

1. Tempoh pelaksanaan ialah 15.9.2019 hingga 22.11.2019

2. Pihak sekolah digalakkan mendaftarkan nama murid mulai sebelum tarikh tersebut
(boleh mula mendaftar mulai 4.9.2019).

3. GPB/GPICT login sebagai admin sekolah. Rujuk PKG masing-masing untuk


mendapatkan username dan password.

4. Sila layari laman DCS melalui url http://dcs.moe.edu.my (bukan


http://btp.moe.gov.my seperti dalam surat makluman)

5. Admin sekolah perlu daftarkan 2 orang guru sebagai guru kelas


 Bilangan guru kelas boleh lebih atau kurang mengikut keperluan.
 Admin sekolah juga boleh daftar sebagai guru kelas
 Seorang guru boleh menjadi guru kelas yang berlainan (contoh : Cikgu
Kassim = Guru Kelas 6A dan 6B)
 Guru kelas dalam DCS tidak semestinya guru kelas yang sebenar.

6. Semasa mendaftar guru kelas, admin sekolah akan terima username dan password
sementara untuk diedarkan kepada guru kelas.

7. Guru kelas akan login kali pertama menggunakan username dan password
sementara;
 Login kali pertama, DCS akan minta nombor kad pengenalan.
 Login berikutnya, sila gunakan nombor kad pengenalan sebagai username
dan 4 digit terakhir sebagai password.

8. Guru kelas menyediakan nama murid Tahun 6. Maklumat yang diperlukan ialah
NAMA PENUH (HURUF BESAR) dan nombor kad pengenalan (tanpa ‘ – ‘)
 Digalakkan melibatkan semua murid tahun 6 atau 40 murid daripada
beberapa kelas.
 Bagi sekolah yang tidak cukup 40 murid, memadai dengan jumlah yang ada.
 Tidak boleh melibatkan murid selain tahun 6.
 Kelas dalam DCS bukanlah semestinya kelas sebenar dalam situasi di
sekolah.
 Senaraikan murid dalam 2 kelas (atau lebih). Dicadangkan tidak melebihi 20
murid setiap kelas.
 Elakkan daripada mendaftar 1 kelas sahaja. Progress murid mungkin
mengambil masa yang lama untuk dipaparkan.

 Sila gunakan templat yang diberi (student-sample.csv) atau boleh muat


turun daripada laman DCS.
 Buka fail ini dengan Excel.
 Tuliskan NAMA PENUH (HURUF BESAR) dan nombor kad pengenalan (tanpa ‘
– ‘).
 Simpan dan tutup.

 Buka semula fail student-sample.csv menggunakan Notepad untuk tujuan


semakan.
- Pastikan baris pertama Name,Ic Number
- Pastikan nombor kad pengenalan murid dimulai digit 0 dan cukup 12
digit.

 Untuk mendaftarkan murid dalam DCS, Guru kelas perlu login laman DCS
- Pilih menu Student Management
- Pilih fail student-sample.csv yang telah disemak
- Klik butang Import Student Excel

9. Setelah murid berjaya didaftarkan, murid boleh login DCS dan mula menjawab
soalan kuiz.
 Murid login dengan nombor kad pengenalan sebagai username dan 4 digit
terakhir sebagai password
 Hanya murid yang telah didaftarkan boleh menjawab kuiz DCS.
 Boleh laksana di sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja.
 Sekiranya ada kekangan boleh tutup DCS dan sambung pada lain masa. DCS
akan bersambung semula di peringkat di mana ia ditutup.
 Sijil penyertaan boleh dimuat turun sejurus tamat peringkat 20 atau pada
masa lain (perlu login semula).
 Murid yang menamatkan 20 peringkat DCS layak diberikan 1 mata untuk
PAJSK.
 Tiada kemudahan untuk guru memuat turun semua sijil murid sekaligus.

Anda mungkin juga menyukai