Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN PELAKSANAAN KURSUS PERDANA HAJI

PENGENALAN DAN OBJEKTIF KURSUS PERDANA HAJI (KPH)

1. PENGENALAN

Kursus Perdana Haji (KPH) adalah kursus terakhir yang akan diikuti oleh
bakal haji Malaysia. Ia dilaksanakan selama satu hari setengah (1½ hari)
dengan memberi penekanan amali ibadat, seperti tawaf, sa’ie, wuquf,
bermalam (mabit) dan melontar.

Kursus dilaksanakan dalam bulan Syawal di peringkat pejabat TH


Negeri. Walau bagaimanapun bagi negeri-negeri di Malaysia Timur,
pelaksanaannya dibuat diperingkat zon (gabungan daerah). Ini kerana faktor
geografi dan kemudahan pengangkutan yang terhad dan jauh. Peserta kursus
terdiri daripada mereka yang terpilih menunaikan haji pada tahun semasa.

2. OBJEKTIF

i mengukuhkan kefahaman bakal haji terhadap pelaksanaan ibadat haji


melalui latihan amali;

ii mendedahkan bakal haji kepada suasana dan persekitaran bakal haji


yang ramai semasa melaksanakan ibadat haji; dan

iii memberi maklumat mutakhir berhubung Pengurusan Haji sama ada di


Tanah Air atau Tanah Suci.

1
PANDUAN PELAKSANAAN KURSUS PERDANA HAJI

3- ATUR CARA

KURSUS PERDANA HAJI

HARI PERTAMA AKTIVITI

Masa Aktiviti

2.30 petang - Pendaftaran Peserta

3.30 petang - Taklimat Kursus

4.14 petang (waktu sebenar - Solat Asar (berpakaian ihram-niat ihram umrah
adalah berdasarkan negeri masing- sebagai latihan)
masing)

Minum petang

5.30 petang - Praktikal Ibadat Umrah (Tawaf Umrah, Sa’ie


Umrah dan Tahallul Umrah)

Rehat

7.16 malam (waktu sebenar - Makan Malam


adalah berdasarkan negeri masing-
masing)
Solat Maghrib/Isyak (berpakaian ihram)

9.00 malam - Perasmian


Tayangan DVD Kenang-kenangan Musim Haji 1435H
selepas perasmian
(Jemaah berpakaian ihram)

11.00 malam - Sesi Taklimat dan Praktikal Ibadat Haji (Wuquf,


Mabit di Muzdalifah, Mina dan melontar Jamrah
serta Tahallul Awwal Haji)

12.30 malam - Minum Malam

Tidur

2
PANDUAN PELAKSANAAN KURSUS PERDANA HAJI

HARI KEDUA AKTIVITI

5.50 pagi (waktu sebenar - Siap sedia untuk Solat Subuh dan Solat Subuh
adalah berdasarkan negeri masing-
masing)

6.00 pagi - Taklimat Tawaf, Sa’ie dan Tahallul Thani Ibadat Haji

6.30 pagi - Praktikal Tawaf dan Sa’ie (berpakaian biasa)

8.00 pagi - Sarapan Pagi

9.00 pagi - Ulasan Ketua Pengkursus Ibadat Haji

10.00 pagi - Taklimat Kesihatan oleh


Wakil Kementerian Kesihatan

Taklimat Pengurusan oleh Pengarah TH

11.00 pagi - Bacaan Doa Penutup Penutup dan Bersurai

Nota : tertakluk pada perubahan

Anda mungkin juga menyukai