Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, saya ucapkan kepada semua. Sebelum itu, diminta
agar semua hadirin untuk meletakkan telefon bimbit anda dalam mode senyap agar tidak
menganggu kelancaran majlis.
Saya .............................................................. selaku tuan speaker dewan pada hari ini bersama
sauddara/saudari ........................................ sebagai penjaga masa.
Selamat datang saya ucapkan kepada semua ke pertandingan debat anjuran unit dinamika KMPH
bagi sesi 2010/2011 dan dewan pada hari ini kembali bersidang dengan satu usul yang dibawa oleh
pihak kerajaan iaitu ...........................................................
Baiklah, sebelum kita mulakan persidangan kita pada hari ini, izinkan saya untuk memperkenalkan
barisan pendebat-pendebat yang akan bersidang pada hari ini.
Selain itu, pertandingan ini turut dihakimi oleh beberapa panel hakim yang tediri daripada
EN/PN/CIK .................................................................
Tanpa melengahkan masa lagi, saya mempersilakan YAB PERDANA MENTERI untuk membentangkan
usul perdebatan pada hari ini. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada YAB PERDANA MENTERI atas penyampaian hujah sebentar tadi.
Sekarang, majlis mempersilakan pula YB KETUA PEMBANGKANG untuk membidas serta membawa
misi pertama pihak pembangkang. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada YB KETUA PEMBANGKANG atas penyampaian hujah sebentar tadi.
Sekarang, majlis mempersilakan pula YB MENTERI KEDUA untuk menyampaikan hujah-hujah
berikutnya untuk pihak kerajaan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada YB MENTERI KEDUA atas penyampaian hujah sebentar tadi.
Berikutnya, dipersilakan pula YB PEMBANGKANG KEDUA untuk membidas dan membawa hujah-
hujah berikutnya untuk mengukuhkan kes pihak pembangkang. Dipersilakan.
Terima kasih YB PEMBANGKANG KEDUA. Sekarang, dipersilakan pula YB MENTERI KETIGA untuk
membidas segala hujah-hujah pihak kerajaan. Dipersilakan.
Terima YB MENTERI KETIGA, sekarang, dijemput pula YB PEMBANGKANG KETIGA untuk membidas
pula hujah-hujah pihak kerajaan.
Terima kasih YB PEMBANGKANG KETIGA. Sekarang kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang
diberi masa sebanyak 5 minit untuk bersedia bagi sesi pergulungan. Para penonton diminta agar
tidak membuat bising dan 5 minit bermula dari sekarang.
Baiklah. Dipersilakan wakil daripada pihak pembangkang untuk menyampaikan isi-isi pergulungan
mereka. Dipersilakan.
Terima kasih pihak pembangkang. Sekarang dijemput pula wakil pihak kerajaan untuk
menyampaikan isi-isi pergulungan bagi pihak kerajaan.
Terima kasih wakil pihak kerajaan. Dengan berakhirnya penyampaian isi pergulungan pihak kerajaan
tadi maka berakhirlah sesi perdebatan kita pada hari ini. Dengan itu, majlis diminta agar bertenang
untuk memberi masa kepada pihak hakim berbincang.
Baiklah, keputusan pertandingan sudah berada di tangan saya. (SILA BACA BORANG KEPUTUSAN)
DITERIMA/DITOLAK
DISAHKAN OLEH,
(KETUA HAKIM)
DISOKONG OLEH,
(HAKIM KEDUA)