Anda di halaman 1dari 11

RANCANGAN PEMBELAJARAN & PENGAJARAN

KADET REMAJA SEKOLAH

NAMA SEKOLAH: SK BUKIT KIARA, 08000 SUNGAI PETANI

Aktiviti Tahun Kawad kaki Dinamik dan simpulan

Tarikh 26 Ogos 2019

Masa 12.15-1.15 Petang

Tempat Dataran SK Bukit Kiara

Jumlah Ahli Hadir 30/30 orang

Sumber 1. Buku panduan krs

2. Laman sesawang youtube

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Mengetahui dan menghasilkan jenis-jenis simpulan.


Objektif
2. Menyebut tentang fungsi-fungsi simpulan yang dipelajari.

3. Mengetahui tentang cara untuk menyimpan tali dengan baik.

1. Tali 2 meter/seorang

2. Powerpoint

3. Laptop

4. Projector
BBM
5. Kertas warna

6. Pen marker

7. Salotip

8. Ranting kayu

Pengetahuan Sedia Ada


Murid-murid pernah menggunakan tali untuk mengikat sesuatu benda.
Elemen Merentas Kurikulum - Teknologi Maklunat dan Komunikasi (TMK)

- Kemahiran berfikir

Nilai Murni - Kerajinan

- Keberanian

- Kesungguhan

- Patriotism

- Kerjasama

- Ketekunan

Kemahiran Berfikir - Menyelesaikan masalah

- Menjana idea

- Menghubungkait

Komponen / Aktiviti Pembelajaran dan pengajaran Nilai / BKK

Langkah

Set Induksi Upacara Pelaporan / Menaikkan Bendera Nilai:

(±10 minit) 1. Masuk Baris (arahan masuk baris) - Patriotisma

“Dengar sini semua sekali, apabila mendapat - Kesungguhan

hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, - Kerjasama

skuad hendaklah sedia, berlari, bebaris dalam


tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di BBM:

mana saya menghadap. Faham itu skuad.” - Bendera Jalur

2. Membetulkan barisan Gemilang

“Ke kanan…..lurus”

“Pandang…..depan”

3. Nombor.

“Dari kanan…..nombor”

4. Ketua Platun laporkan bilangan ahli kepada ketua

company.

5. Ketua company melaporkan keseluruhan ahli

setiap platun yang hadir dan meminta untuk

meneruskan upacara.

6. Nyanyian lagu Negaraku

7. Bacaan Doa dari wakil murid

X X X

XXXXXXXXXX XXXXXXXXXX XXXXXXXXXX

XXXXXXXXXX XXXXXXXXXX XXXXXXXXXX

XXXXXXXXXX XXXXXXXXXX XXXXXXXXXX

8. Ketua company melaporkan kepada jurulatih

yang bertugas untuk melakukan aktiviti lain.

9. Jurulatih yang bertugas menyuruh jurulatih

mengambil platun masing masing.


10. Jurulatih membawa platun masing-masing ke

tempat yang dikehendaki.

Perkembangan 1. Guru menayangkan video yang diambil daripada Nilai:

( ± 5 minit) youtube tentang perkhemahan tunas kadet - Ketekunan

remaja sekolah peringkat kebangsaan semasa - Keberanian

pertandingan membuat gajet. - Kesungguhan

BBM:

- Laptop

- Projector

- Video

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang jenis-


EMK:
jenis gajet yang dibuat oleh peserta.
- TMK
3. Guru mengaitkan tayangan aktiviti tersebut
- Kemahiran
dengan pembelajaran yang akan dilakukan pada
berfikir
hari ini.

KB:

- Menjana idea

Langkah 1 1. Guru memperkenalkan alat yang akan digunakan Nilai:

(± 20 minit) pada hari ini. - Keberanian

- Kesungguhan

BBM:

- Tali
2. Kemudian, murid mengambil tali yang telah - Gunting

disediakan daripada guru. - Laptop

3. Guru memperkenalkan satu per satu jenis - Projector

simpulan yang akan dipelajari oleh murid - Slaid powerpoint

berdasarkan slide powerpoint.

4. Murid melihat dan mendengar penerangan yang EMK:

diberikan dengan penuh teliti. - TMK

Langkah 2 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan Nilai:

(± 10 minit) kecil yang terdiri daripada 6-7orang satu - Kerjasama

kumpulan. - Kerajinan

2. Guru memberi bahan-bahan yang diperlukan

untuk melakukan aktiviti buku skrap berkenaan BBM:

dengan simpulan. - Kertas warna

- Gunting

- Marker pen

- Tali gulung

- Salotip
KB:

- Menjana idea

3. Guru menerangkan kepada murid tentang aktiviti

buku skrap yang perlu dibuat bersama ahli

kumpulan.

4. Murid melakukan buku skrap dengan melakukan

simpulan-simpulan yang telah dipelajari.

5. Murid menampal setiap simpulan yang dilakukan

dan menamakan simpulan tersebut dan menulis

tentang fungsi-fungsi setiap simpulan.

6. Guru memantau aktiviti yang dilakukan oleh

murid dan memberi ganjaran kepada kumpulan

yang melakukan buku skrap dengan kemas.

Langkah 3 1. Guru menerangkan tentang pertandingan Nilai:

(± 10 minit) simpulan secara individu yang akan diadakan di - Kerjasama

mana individu yang berjaya menyiapkan satu - Kesungguhan

ikatan dengan pantas dan betul dikira sebagai - Kerajinan

pemenang. - Kejujuran

2. Murid mendengar syarat dan peraturan yang

ditetapkan oleh guru dengan teliti. BBM:


3. Guru memulakan pertandingan dengan menyebut - Tali

satu per satu simpulan yang telah dipelajari.

4. Murid berusaha untuk menjadi pemenang dalam EMK:

pertandingan tersebut dan apabila mereka - Kemahiran

berjaya menyiapkan sesuatu ikatan mereka berfikir

mengangkat ikatan mereka untuk dilihat oleh

guru. KB:

5. Guru memberi ganjaran kepada mereka yang - Menyelesaikan

berjaya melakukannya dengan pantas. masalah

- menhubungkait

Langkah 4 1. Guru menyuruh murid untuk berbaris bertiga tiga Nilai:

(± 5 minit) untuk bersurai dan guru menyuruh murid untuk - Kerjasama

menunjukkan tali yang diberi. - Ketekunan

BBM:

- Tali

2. Kemudian, guru menunjukkan tali yang sudah KB:


digulung kemas untuk disimpan. - Menjana idea

- Menyelesaikan

masalah

- Menghubungkait
3. Guru menanyakan kepada murid apakah fungsi

tali digulung sepertit.

4. Murid mengangkat tangan untuk menjawab

persoalan yang diberikan oleh guru.

5. Guru mengajar cara-cara untuk menggulung tali

tersebut.

6. Murid mengikut cara-cara yang ditunjukkan oleh

guru.

penutup Peneguhan Kognitif Nilai:

- Guru menanyakan soalan kepada mereka - Kesungguhan

tentang fungsi ikatan yang dipelajari sebelum

bersurai. KB:

- Guru menunjukkan ikatan yang dilakukan dan - Menjana idea

menyuruh murid untuk menamakan ikatan - Menyelesaikan

tersebut. masalah

Peneguhan Sosial - menghubungkait

- Guru memberi pujian dan ganjaran kepada murid

yang berani menjawab soalan.

- Guru memberi hadiah kepada murid yang berjaya

dalam aktiviti pertandingan yang diadakan


REFLEKSI

Kebaikan:

Selepas melihat kepada segala proses yang berlaku, objektif yang dirancang tercapai

dengan jayanya. Murid-murid berjaya mengetahui tentang bentuk simpulan yang dipelajari serta

mereka dapat mengetahui fungsi-fungsi setiap simpulan yang ada. Selain itu juga, aktivviti kawad

kaki dinamik yang dilakukan telah dapat melatih pelajar supaya lebih berdisiplin di dalam sesuatu

kumpulan. Di samping itu juga, aktiviti kawad dinamik dan pembelajaran simpulan itu telah

mewujudkan kerjasama antara murid-murid secara tidak langsung. Dengan aktivitibuku skrap

simpulan yang dilakukan para pelajar dapat membuat rujukan dengan lebih mudah pada masa

akan datang.

Kelemahan:

Semasa melakukan proses pembelajaran berkenaan dengan simpulan tali ini, terdapat

beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti. Antaranya, disebabkan aktiviti ini berlangsung di

kawasan yang terbuka seperti dewan maka audio suara berkenaan dengan video yang

ditayangkan tidak begitu dapat didengari oleh murid-murid. Oleh hal yang demikian, murid-murid

ini tidak dapat focus terhadap video yang ditayangkan. Selain itu tali yang digunakan untuk

membuat demonstrasi adalah sama saiz dengan tali yang digunakan oleh murid-murid. Jadi,

disebabkan tali untuk bersaiz agak kecil, murid-murid tidak dapat melihat dengan jelas

demonstrasi yang dilakukan oleh guru.


Cadangan penambahbaikan:

Untuk mengatasi kelemahan yang telah dapat dikenalpasti, guru hendaklah memilih

tempat yang tertutup. Contohnya guru membuat perjumpaan dengan murid-murid di dalam kelas

yang mampu memuatkan 3 orang pelajar. Hal ini mereka akan dapat melihat dan mendengar

audio dan video yang ditayangkan dengan lebih baik. Secara tidak langsung, fokus murid

terhadap proses pembelajaran yang berlaku akan lebih fokus. Selain itu juga, untuk membuat

demonstrasi kepada murid-murid guru haruslah menggunakan tali yang berdiameternya lebih

besar. Oleh yang demikian, para pelajar dapat melihat demonstrasi dan bentuk simpulan yang

telah dilakukan dengan lebih jelas lagi.


RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya. (2005). Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Selangor: PTS Profesional.

Amzad Abd Malek & Hazira Hamzah. (2006). Kadet Remaja Sekolah. Selangor: PTS Publications

Sdn. Bhd.

Rusnaini & Amalina. (2015). Buku Panduan Induk Pentadbiran dan Pengurusan. Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Buku Panduan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Retrieved August 25, 2018 dari URL

https://www.sistemguruonline.my/2018/05/buku-panduan-unit-beruniform-tunas-kadet-remaja-

sekolah-tkrs.html

Zawawi. (2014). Perkhemahan TKRS. Retrieved August 25. 2018 dari URL

https://www.youtube.com/watch?v=u6kA9r364AM