Anda di halaman 1dari 6
s IBU PEJABAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA k ARAS 3-5, NO. 26, JALAN TUN HUSSEIN, 01), DERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 spo os amns000 al eee 63 sar on PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 PUTRAJAYA Porial Resmi: wwnipigovimy ea Rujukan: JPJ.BL.100-1/6/1 (4) Tarikh : 27 Mac 2018 Semua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Semua Ketua Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Semua Pengarah Bahagian Ibu Pejabat JPJ YBhg. Dato’ / Tuan / Puan, SURAT PEKELILING BAHAGIAN PELESENAN KENDERAAN BIL. 1 TAHUN 2018 PELAKSANAAN PROGRAM PEMUTIHAN BAGI KENDERAAN PERSENDIRIAN YANG TIDAK DIPERBAHARUI LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) DALAM TEMPOH TIDAK MELEBIHI 3 TAHUN DARI TARIKH PERMOHONAN Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 1 Tujuan ‘Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan Program Pemutihan yang melibatkan kenderaan persendirian di mana tarikh luput Lesen Kenderaan Motor (LKM) terakhimya adalah dalam tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan. Pembaharuan LKM bagi kenderaan tersebut adalah dibenarkan untuk suatu tempoh tertentu tanpa perlu untuk menjalani pemeriksaan yang ditetapkan sebelum ini. Peraturan Semasa 2.1 Prosedur pembaharuan LKM sedia ada menetapkan keperluan untuk Kenderaan Motor Tidak Aktif (tarikh luput LKM terakhirnya adalah 22 melebihi satu (1) tahun dari tarikh permohonan) menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan seperti berikut: @ pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan; atau (ii) pemeriksaan PG10 bagi motosikal milik individu sahaja dan motosikal yang diperiksa pada Program SKSJ atau motosikal yang disita oleh JPJ sahaja. Seksyen 16 yang memperuntukkan kehendak bagi permohonan di mana menetapkan keperluan mempunyai perlindungan insurans dengan tempoh yang sah sepertimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 90. i tif Sementara ~ Program Pemutihan LKM 3.1 3.2 3.3 34 3.5 Arahan ini berkuatkuasa hanya bagi tempoh Program Pemutihan sahaja dan melibatkan LKM sesebuah kenderaan persendirian yang telah tamat tempoh tidak melebihi dari tiga tahun di mana LKM kenderaan berkenaan dibenarkan untuk diperbaharui tanpa perlu menjalani pemeriksaan kenderaan. Program Pemutihan LKM ini adalah melibatkan kenderaan persendirian sahaja dan pelaksanaannya adalah bersifat sementara dengan tempoh pelaksanaan bermula 27 Mac 2018 sehingga 30 Jun 2018 sepertimana yang diumumkan oleh YB. Menteri Pengangkutan dan surat daripada Kementerian Pengangkutan kepada Jabatan ini (seperti Lampiran A). Transaksi pembaharuan LKM di bawah inisiatif ini boleh dilakukan melalui saluran JPJ (kaunter tetap, kiosk dan kaunter bergerak) serta kaunter Pos Malaysia. Urusniaga pembaharuan LKM adalah sepertimana Prosedur sedia ada dengan mematuhi SOP Pembaharuan Pembaharuan dan Cetakan LKM di Kaunter JPJ (Pindaan 09), Surat Pekeliling Bahagian Pelesenan Kenderaan Bilangan 1 Tahun 2017. Selepas tamat tempoh program pemutihan LKM ini yang akan berakhir pada 30 Jun 2018, prosedur sedia ada akan terpakai semula. 4. Pelaksanaan 4.1 Surat pekeliling ini adalah berkuatkuasa serta-merta dari tarikh surat ini dikeluarkan. 4.2 Kerjasama YBhg. Dato'’Tuan/Puan adalah dipohon supaya dapat memaklumkan perkara ini kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat bagi memastikan inisiatf ini dilaksanakan sepertimana yang ditetapkan 4.3 Sebarang kemusykilan berhubung perkara ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pelesenan Kenderaan Ibu Pejabat dengan menghubungi pegawai-pegawai Unit Lesen Kenderaan Motor: () Nama : Muthurajan A/L Ramalinggam No.Tel : 03-8892 8955 E-mel : muthu@jpj.gov.my (i) Nama : Mohd Syamir Bin Mohammad Yusoft No.Tel : 03-8892 8941 E-mel : syamir.yusoff@ipj.gov.my Sekian, terima kasih. “MESRA, CEKAP, TELUS” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (DATO’ WAN AHMAD UZIR BIN WAN SULAIMAN) ‘Timbalan Ketla Pengarah (Perancangan & Operasi) b.p Ketua Pedgarah Pengangkutaralan MALAYSIA sk: YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah TKP (P) YBhg. Dato’ P(L) KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA MINISTRY OF TRANSPORT MALAYSIA No, 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA MALAYSIA. “Tel: 603-8000 8000 Faks (Fax): 603-8888 0156: Laman Web (Web): wwwuimot.govany KP/BD/PJ/0.84 Jid.15 (66) 26 Mac 2018 YBHG. DATO’ SRI SHAHARUDDIN KHALID Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Aras 5, Ibu Pejabat JPJ No, 26, Jalan Tun Hussein Persiaran Perdana, Presint 4 62100 PUTRAJAYA Faks : 03-8881 1149 YBhg. Dato’ Sri, PROGRAM PEMUTIHAN BAGI KENDERAAN MOTOSIKAL DAN MOTOKAR YANG GAGAL MEMPERBAHARU! LESEN KENDERAAN (LKM) DAN POLISI INSURANS Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2, Seperimana YBhg. Dato’ Sti sedia makium, YB Menteri Pengangkutan metalui majlis Karnival MOT di Bentong pada 24 Mac 2018: telah mengumumkan pelaksanaan Program Pemutthan tethadap kenderaan motosikal dan motokar di mana pemilik motosikal dan kenderaan yang cukal jalannya telah tamat tempoh tidak lebih dari tiga tahun Kini dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan (LKM) dan insurans kenderaan mereka tanpa perlu melalui prosedur biasa seperti menjalankan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebelum dinilai dan diluluskan permohonan untuk perbaharuan cukai jalan, 3. Butiran maklumat bagi pogram pemutihan ini adalah seperti berikut : (i) jenis kenderaan yang terlibat hanyalah motosikal dan kenderaan persendirian sahaja ; (i) _urusniaga program pemutinan ini boleh dilakukan mefalui saluran kaunter dan kiosk JPJ serta kaunter POS Malaysia ; (ii) Pemilik motosikal dan kenderaan yang terlibat juga bakal menikmati potongan bayaran insurans jika memperbaharuinya dalam tempoh pelaksanaan program ini iaitu sehingga alchir Jun 2018 ; dan (iv) Sehingga kini, lapan (8) buah syarikat insurans telah bersedia untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui insenfif tawaran premium kurang daripada RM80 berbanding RM100 hingga RM140 pada masa sekarang bagi kategori motosikal di bawah 125cc. Lapan buah syarikat insurans tersebut adalah : (a) AXA General insurance (e) Liberty Insurance (b) AmGeneral Insurance () RHB Insurance (c) Great Eastem insurance ——_(g) Zurich General insurance (d) Tune Insurance (h) Zurich Takaful Insurance 3. Sehubungan dengan itu, perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Dato’ Sri amatiah dipohon agar dapat memastikan segala persiapan dan kelancaran sistem termasuk mySIKAP JPJ dapat dilakukan secara serta- merta, bagi menjamin kebolehlaksanaan Program Pemutihan yang pasti mendapat sambutan hebat di kalangan rakyat Malaysia terutamanya kumputan sasar berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (golongan B40). 4. Justeru, perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Dato’ Sri dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Saya Yang Menurut Perintah, Setiausaha Bahagian Logistik & Pengangkutan Darat b.p Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan MALAYSIA s.kr (0 YBhg. Datuk Seri KSU (i) Ybrs. TKSU (0) (i) SUSK (M)

Anda mungkin juga menyukai