Pengurusan Grafik Edited

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 7

BILIK DARJAH PAK 21

Apakah itu PAK 21?

 Transformasi dalam dunia pendidikan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
secara konvensional kepada kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih
dinamik dan kreatif
 Elemen yang diterapkan :

Komunikasi
- Interaksi untuk penyampaian dan perkongsian maklumat antara guru -- murid / murid -- murid.

Kolaboratif
- Kerjasama beberapa individu dalam satu kumpulan secara aktif dan menyeluruh untuk mencapai
hasil yang diingini.

Pemikiran Kritis
- Penilaian mengenai sesuatu perkara dengan rasional

Pemikiran Kreativiti
- Kecekapan menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai.

Nilai Murni dan Etika


- Tingkah laku yang baik dan keperibadian untuk membentuk jati diri yang tinggi.

Perwatakan
- Satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan
intergriti.

Kenegaraan
- Merujuk kepada sikap patriotisme dalam diri iaitu cinta akan negara dan mempunyai identiti
nasional.
Fizikal
Punca peningkatan proses kemenjadian murid
 Peningkatan keberkesanan P&P
 Keadaan kelas yang selesa mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran
 Penggunaan ICT dalam kelas
 Memastikan kelancaran pengajaran dan membantu meningkatkan kefahaman murid
 Menarik minat dan merangsang sikap ingin tahu murid
 Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dapat menumpukan perhatian murid
terhadap pembelajaran
 Peningkatan kemahiran sosial dan komunikasi murid
 Susunan bilik darjah abad 21 memudahkan interaksi antara murid
 Menggalakkan aktiviti P&P
 Suasana bilik darjah yang dihiasi dengan hasil karya murid dapat memotivasikan murid
untuk berusaha

Peranan guru
 Guru menghasilkan alat bantu mengajar yang kreatif dan menarik
 Menarik perhatian murid dan meningkatkan pemahaman murid
 Guru mahir dalam penggunaan ICT
 Merangsangkan tumpuan murid dan menyenangkan pembelajaran
 Guru menyediakan ruang untuk memaparkan hasil karya murid yang cemerlang
 Memotivasikan murid untuk menghasilkan kerja yang baik
 Guru memastikan susunan bilik darjah adalah sesuai dan selamat
 Susun atur adalah berkumpulan dan tidak menghalang laluan pergerakan
Cadangan
 Susun atur kelas yang berasaskan abad 21
 Meningkatkan interaksi dan kolaboratif murid
 Cth : The Butterfly, Circles, Double Horseshoe
 Saiz bilik yang mencukupi
 Memberi keselesaan pergerakan murid-murid untuk menjalankan aktiviti kumpulan atau
permainan.
 Setiap kelas dilengkapi dengan ICT
 Meningkatkan minat murid dan keberkesanan pembelajaran
 Cth : LCD, Smartboard, Komputer
 Penggunaan lampu isyarat (classroom traffic light) dalam bilik darjah
 Memastikan murid dapat belajar dan mencapai objektif pembelajaran secara maksima.
 HIJAU = FAHAM
 KUNING = TIDAK PASTI
 MERAH = TIDAK FAHAM

Psikososial
Punca peningkatan proses kemenjadian murid
 Perkembangan mental murid yang seimbang
 Keperluan dan perasaan murid sentiasa dititikberatkan
 Keselesaan dalam bilik darjah
 Suasana kelas yang harmoni menyebabkan murid bebas dan ceria dalam bilik darjah
 Pembelajaran berpusatkan murid
 Murid berpeluang menerokai ilmu pengetahuan dengan bebas atas bimbingan guru
 Hubungan erat antara guru dengan murid
 Guru tidak berautonomi dalam kelas tetapi sedia mendengar pendapat murid
 Gaya kepimpinan guru yang demokratik
 Guru melayan soalan dan cadangan murid dengan sikap terbuka dan mewujudkan
kemesraan dan empati dengan murid
Peranan guru
 Guru memberi peluang yang sama untuk semua murid
 Setiap murid berpeluang untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing.
 Guru berperanan sebagai fasilitator
 Guru merancang aktiviti dalam kelas supaya murid dapat menerokai ilmu pengetahuan
atas bimbingan guru
 Guru kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid-murid tidak bosan dan objektif
pengajaran dapat dicapai.
 Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.
 Guru memiliki kemahiran komunikasi dan kecindan yang penuh dengan budi bahasa
 Memupuk hubungan erat dengan pelajar dan mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria
 Guru sentiasa memberi peneguhan dan ganjaran
 Dapat memotivasikan murid untuk berinisiatif dalam aktiviti P&P

Cadangan
 Murid sebagai Pembelajar Aktif
 Aktiviti berpusatkan murid dijalankan untuk mengembangkan perkembangan dan
pemikiran murid
 Perlaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri
 Banyak menjalankan aktiviti hands on atau eksperimen untuk memperoleh sesuatu
maklumat
 Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi dalam bilik darjah
 Melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni supaya murid tidak berasa takut atau
tertekan untuk menyuarakan pendapat
 Perhubungan mesra guru dan murid dalam bilik darjah
 Guru lebih mudah membimbing dan menggerakkan murid murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

MASALAH
Murid tidak berinisiatif untuk berbincang dalam aktiviti kumpulan

MODEL

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN


 Penekanan kepada pengawasan dan penyediaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di
dalam bilik darjah

 Merangkumi semua (Withitness) :


Guru peka dalam mengawasi tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah supaya dapat
menjangka masalah yang akan timbul dan menghalangnya.

 Pertindanan (Overlapping) :
Guru boleh menangani lebih daripada satu situasi secara serentak iaitu mengenalpasti
perkembangan kumpulan lain walaupun sedang berinteraksi dengan satu kumpulan.

 Momentum (Momentum) :
Guru melancarkan pengajaran yang menarik dan beralih kepada aktiviti kumpulan yang cekap
untuk menigkatkan minat murid-murid supaya melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

 Kelancaran (Smoothness) :
Guru memberikan arahan yang jelas dan mengelakkan penerangan meleret dan fragmentasi

 Kesan Gelombang (Ripple Effect) :


Guru mengambil tindakan terhadap seseorang murid juga akan menjadi iktibar kepada
murid-murid lain

INTERVENSI
PELAN INTERVENSI PENGURUSAN KENDIRI TINGKAH LAKU
MURID

1. Tetapkan tingkah laku yang ingin diubah.


• Perubahan tingkah laku pasif kepada aktif dalam aktiviti kumpulan

2. Beri kesedaran kepada murid tentang masalah tingkah laku yang dilakukan.
• Penarikan diri daripada perbincangan kumpulan merupakan tindakan pasif yang tidak baik

3. Tetapkan maklumat yang realistik untuk murid-murid mengubah tingkah lakunya.


• Matlamat: Murid menunjukkan inisiatif untuk melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan
• Guru memberi motivasi murid untuk berubah.

4. Bincangkan akibat tingkah laku tersebut dengan murid-murid.


• Guru menerangkan bahawa murid tidak dapat mempelajari apa-apa ilmu pengetahuan dan
menjejaskan kemahiran sosial dan komunikasi

5. Bina satu sistem pengurusan kendiri untuk mengawasi tingkah laku murid
• Guru membimbing murid menguruskan sendiri untuk aktif melibatkan diri dalam aktiviti
kumpulan
• Murid sendiri berinisiatif untuk berubah

6. Mengawasi dan menilai perubahan murid secara berterusan


• Guru memantau dan merekod tingkah laku murid
• Peneguhan boleh diberikan apabila murid menunjukkan penambahbaikan

7. Memberitahu murid-murid lain tentang kejayaan perubahan tingkah murid tersebut


• Merupakan satu motivasi kepada murid tersebut dan teladan bagi murid-murid lain

8. Penekanan perubahan tingkah laku kekal walaupun tanpa peneguhan intrinsik atau ekstrinsik
• Murid dapat terus mengekalkan tingkah laku baik selama-lamanya.
RUJUKAN

Che Ahmad, Che Nidzam. (2016). Persekitaran Pembelajaran Fizikal dan Psikososial Makmal
Sains dan Hubungannya Dengan Tahap Kepuasan Pelajar.

Anda mungkin juga menyukai