Anda di halaman 1dari 2

IMPLIMENTASI TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM

KELAS BERDASARKAN SUBJEK MAJOR (PENDIDIKAN KHAS)

Terdapat pelbagai proses pengajaran dan pembeljaran di dalam kelas yang boleh guru
lakukan. Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah bersesuai dengan umur mereka.
Kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan yang sewajarnya bagi memastikan
perkembangan dan pertumbuhan mereka berlaku dengan lancar. Antara aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di peringkat operasi konkrit ialah:

i. Pembelajaran Dan Pengajaran Yang Berorientasikan Bahan Bantu Mengajar


Yang Konkrit

Bahan bantu mengajar ini amat perlu terutama semasa mempelajari kemahiran yang baharu
atau kompleks. Sebagai contoh, guru mengajar kanak-kanak pendidikan khas cara untuk
menggunakan sudu dengan betul. Sudu yang digunakan mestilah sudu yang sebenar. Hal ini
supaya kanak-kanak ini akan terbiasa dengan objek sebenar. Mereka juga akan lebih mudah
mengendalikan sudu apabila meraka menggunakan sudu untuk makan. Commented [zz1]:

ii. Pembelajaran Dan Pengajaran Berdasarkan Soal Jawab

Guru perlu kerap mengadakan sesi soal jawab yang meminta kanak-kanak pendidikan khas
ini menjawab soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah. Ini boleh dilakukan dalam
subjek matematik yang mana guru memberi soalan mengenai penyelesai masalah.
Perbincangan langkag penyelesaian boleh dibuat dalam sesi soal jawab. Strategi ini dapat
memperkembangkan pemikiran logic dan analitik murid-murid.

iii. Pembelajaran Dan Pengajaran Berdasarkan Fungsi Objek

Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba
memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Contohnya bermain lego dimana
kanak-kanak pendidkan khas dapat membuat bermacam-macam binaan dengan
menggunakannya. Hasil dari binaan mereka boleh guru pamerkan kepada kanak-kanak lain
supaya dapat membina keyakinan diri mereka.

iv. Pembelajaran Dan Pengajaran Berdasarkan Permainan Simbolik

Permainan yang melibatkan kanak-kanak pendidikan khas menukar sesuatu objek kepada
sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut cuba berlagak menjadi
sesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang ataupun kanak-kanak
menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermainan menggunakan blok
sebagai kereta. Permainan ini mengukuhkan tahap kreativiti dan seterusnya mencungkil bakat
terpendam mereka.
v. Pembelajaran Dan Pengajaran Berdasarkan Peraturan

Dalam permainan ini kanak-kanak pendidikan khas bermain berdasarkan peraturan yang
telah mereka gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk bermain
permainan tersebut. Dalam permainan ini kanak-kanak tersebut bermain melibatkan
penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan. Aktiviti ini bagus untuk
memastikan tahap disiplin mereka pada keadaan yang seimbang. Secara tidak langsung
mereka akan terlatih untuk mengikut setiap peraturan yang telah ditetapkan.

vi. Pembelajaran Dan Pengajaran Berdasarkan Pembinaan

Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik. Dalam permainan ini
kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan kemudian menggunakan
bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu objek. Permainan ini merupakan
permainan yang melibatkan mencipta sesuatu objek. Meraka akan membina objek
berdasarkan tahap kreativiti mereka. Hal ini bagus dalam memupuk semangat yakin diri dalam
diri mereka.

vii. Pembelajaran Dan Pengajaran Berdasarkan Permainan Bebas

Dalam permainan ini kanak-kanak pendidikan khas diberi kebebasan untuk bermain beberapa
jenis permainan yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas. Ketika
permainan ini dijalankan ada kanak-kanak yang melibatkan diri secara langsung dan ada juga
yang hanya memerhati. Permainan ini boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi
dengan aktiviti yang menarik, alat-alat permainan dan orang-orang di sekelilingnya. Aktiviti ini
melatih mereka untuk lebih aktif dan cergas. Secara tidak langsung menjadikan mereka lebih
sihat.

Anda mungkin juga menyukai