Anda di halaman 1dari 5

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN:-

PERKARA PENERANGAN
LAGU/ AYAT Bahagian ini, pelajar perlu memilih pengenalan yang sesuai,
QURAN/KATA-KATA mantap, dan dapat memberi kesan kepada pemeriksa.
PEMIMPIN, BERITA,
DAN RUJUK JENIS- Sila rujuk penulisan saya sebelum ini berkaitan jenis-jenis
JENIS pengenalan yang boleh digunakan untuk menulis karangan.
PENGENALAN
YANG PERNAH
SAYA TULIS DALAM
BLOG INI.
AYAT Ayat dibina untuk merangsang pemeriksa terus membaca
RANGSANGAN 1 Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan
dipillih………jelaslah bahawa ...........................
………..isu/ tema karangan, berdasarkan tajuk karangan
dipilih.
AYAT Ayat rangsangan kedua- meneruskan rangsangan dan minat
RANGSANGAN 2 pemeriksa membaca karangan pelajar seterusnya.
Hal ini demikian kerana……………………
AYAT Meneruskan rasa minat pemeriksa terhadap karangan
RANGSANGAN 3 pelajar.
Bahkan juga…………………….
FRASA MENARIK Pemeriksa terpegun dengan frasa menarik yang ditulis
pelajar, sama ada peribahasa, kata-kata pemimpin, petikan al
quran, dan sebagainya
Peribahasa melayu ada mengatakan/ kata-kata pemimpin
tuliskan nama/ firman allah ………………………………………..
Ulaskan sedikit
UNSUR KBAT Kesan dan akibat- tajuk atau tema secara umum
Sekiranya……………………akibatnya. …………………….
AYAT ARAHAN Menulis ayat tugasan / persoalan -berdasarkan tajuk dipilih
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….

Peringatan:- Penanda wacana di atas sebagai contoh untuk memandu pelajar


memulakan ayat pada ruangan jadual pengembangan idea. Pelajar yang mahir
mengarang mempunyai cara tersendiri untuk memulakan ayat berkenaan. InsyaAllah
selepas menggunakan jadual berkenaan pelajar akan mendapati perenggan
pengenalannya akan berkembang dan menunjukkan kematangan serta ayatnya diwarnai
dengan bahasa yang menarik.
CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN
PENGENALAN KARANGAN ( HASIL PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DENGAN PELAJAR SAYA PADA HARI RABU LEPAS)

LAGU/ AYAT Negaraku


QURAN/KATA-KATA Tanah tumpahnya darahku,
PEMIMPIN, BERITA, DAN Rakyat hidup
RUJUK JENIS-JENIS bersatu dan maju,
PENGENALAN YANG
PERNAH SAYA TULIS Rahmat bahagia
DALAM BLOG INI. Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

AYAT RANGSANGAN 1 Lirik lagu Negaraku di atas meninggalkan kesan yang


mendalam dalam hati saya sebagai seorang warganegera
Malaysia.
AYAT RANGSANGAN 2 Sekiranya, lagu kebangsaan ini tidak mengusik jiwa
pendengarnya, sudah pasti mereka bukanlah rakyat
Malaysia sejati.
AYAT RANGSANGAN 3 Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara,
kita perlu berkorban apa sahaja tamsilnya aktiviti yang kita
lakukan contohnya dalam bidang sukan.
FRASA MENARIK Harimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia
mati meninggalkan nama.
AYAT RANGSANGAN Para atlet ternama negara seperti Allahyarham Mohtar
Dahari, Dato’ Nicol Ann David, Dato’ Misbun Sidek, Dato’
Lee Chong Wei dan banyak lagi atlet negara telah
mewarnai sukan negara terutama untuk memartabatkan
negara agar duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan.
UNSUR KBAT Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama
negara di persada dunia, sudah pasti nama negara tidak
akan dikenali oleh masyarakat dunia.
AYAT ARAHAN Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan
sukan negara, kerana mutu sukan negara ada pasang dan
surutnya.
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI (UMUM)

TEMA/ KATA KUNCI ISI Pelajar menulis kata kunci/ atau isi- yang hendak ditulis
( apa isi yang hendak diperkatakan)
AYAT HURAIAN 1 Ayat huraian isi.
(mengapa- tentang isi)
Penanda wacana boleh digunakan untuk memulakan
ayat isi:-
AYAT HURAIAN 2 Ayat huraian isi seterusnya
( bagaimana – isi tersebut berlaku atau terjadi)
AYAT HURAIAN 3 Ayat huraian isi selanjutnya.
(kenapa – berkaitan keterangan isi selanjutnya )

AYAT CONTOH Ayat contoh- perlunya pelajar banyak membaca untuk


mengaitkan isi dengan contoh semasa (kematangan)
UNSUR KBAT Sebab dan akibat- jika berlaku----jika
tidak…….kesannya……..
FRASA MENARIK Pemeriksa terpegun dengan frasa menarik yang ditulis
pelajar, sama ada peribahasa, kata-kata pemimpin,
petikan al quran, dan sebagainya.
Sekiranya pelajar bijak- frasa menarik boleh diselit di
mana-mana ruang
Dalam jadual pengembangan isi
AYAT PENEGAS Tegaskan semula isi
Konklusinya/telah terang lagu bersuluh/jelasnya/
tegasnya…………..tulis semula isi yang difokus
CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN
PENGENALAN KARANGAN ( HASIL PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DENGAN PELAJAR SAYA PADA HARI RABU LEPAS)

CONTOH JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA

Kata Kunci Isi Pada hemat saya, antara langkah untuk memajukan bidang
sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan
kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka
sebagai atlet bertaraf dunia.
Ayat huraian 1 Hal ini demikian kerana, dengan adanya imbuhan lumayan
atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-
sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk
berhadapan atlet-atlet besar dunia.

Ayat huraian 2 Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah
mencurahkan keringat dan berjaya dipersada dunia diberi
imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat
dan mengatasi jaguh-jaguh sukan ternama dunia.
Ayat huraian 3 Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia
terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian
sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang
dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa
mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain.

Ayat contoh Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang
telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod
atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan
memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode
Janeiro, Brazil.
Ayat Berunsur KBAT Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan
negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan
negara maju.
Ayat Berunsur KBAT Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya
dalam bidang sukan agak sukar.
Frasa menarik Peribahasa Melayu ada mengatakan di mana ada gula, di
situ ada semut.
Ayat penegas Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan
kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara.
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP:-

PERKARA KETERANGAN
Ayat Penyimpul Ayat untuk permulaan penutup perenggan
Konklusinya……………………………………………………

Ayat cadangan Seyogia ……………..

Ayat cadangan Oleh sebab itu, ……………………….


Ayat cadangan Tambahan pula, …………………………..

Frasa menarik Hal ni kerana …………………………………


Ayat harapan InsyaAllah, sekiranya……………………………….

CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN


PENGENALAN KARANGAN ( HASIL PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DENGAN PELAJAR SAYA PADA HARI RABU LEPAS)

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARA KETERANGAN
Ayat Penyimpul Konklusinya, usaha untuk memajukan sukan negara adalah
tanggungjawab bersama.
Ayat cadangan Seyogia sukan sememangnya alemen penting dalam
pembentukan insan seimbang dan pembentukan negara jaya.
Ayat cadangan Oleh sebab itu, semua pihak perlu berusaha membudayakan
aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat terutama golongan
muda.
Ayat cadangan Tambahan pula, ibu bapa merupakan orang paling hampir
dan bertanggungjawab mencorak kehidupan anak-anak
kerana anak-anak ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang
mencorakkanya supaya mereka berjinak-jinak melibatkan diri
melakukan aktiviti yang bermanfaat ini.
Frasa menarik Hal ni kerana untuk pembentukan insan paling afektif
dilakukan semasa kecil lagi kerana melentur buluh biralah
daripada rebungnya.
Ayat harapan InsyaAllah, sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya seharian
masyarakat, usaha kerjaan untuk melahirkan lebih ramai atlet
negara dan jika tidakpun akan melahirkan masyarakat yang
sihat untuk membangunkan negara tercinta.