Anda di halaman 1dari 10

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan
rakan sebaya dalam kehidupan dan kesan buruk tersilap memilih rakan sebaya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai sekumpulan orang yang berada dalam
lingkungan umur yang sama. Kita sedia maklum bahawa biasanya kelompok ini lebih
gemar menghabiskan masa bersama-sama sahabat yang mempunyai julat umur yang
sebaya dengan mereka. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan remaja. Remaja lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan
apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta
kebolehan.

Peranan rakan sebaya menjadi lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga.
Kumpulan rakan sebaya dapat menjadi pengganti jika perhubungan dengan ibu bapa
tegang. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya.
Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Jika remaja bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar, maka mereka akan
terdorong untuk belajar dengan lebih gigih. Rakan sebaya yang dipilih perlu memiliki iman
dan takwa, berprinsip serta teguh jati diri. Mereka juga perlu berakhlak mulia dan memiliki
minat atau cita-cita yang hampir sama. Rakan sebaya turut percaya bahawa mereka
masih mempunyai seseorang atau sekumpulan sahabat yang boleh membantu atau
setidak-tidaknya menjadi pendengar setia.

Tanggungjawab rakan sebaya sebagai tempat untuk berkongsi pendapat dan


membantu untuk membuat keputusan. Di sinilah kita dapat melihat betapa pentingnya
peranan rakan sebaya sebagai agen peneguhan diri. Rakan sebaya boleh berfungsi
sebagai suri teladan sosial kerana mereka seakan-akan ‘memberitahu’ remaja tentang
cara mereka harus bertingkah laku dalam situasi yang berbeza. Tidak dapat dinafikan
bahawa remaja memperoleh pengetahuan serta mempelajari gerak balas tertentu
dengan memerhatikan tingkah laku rakan sebayanya.

Rakan sebaya yang baik akan menolong kita tatkala kita menghadapi pancaroba
dalam kehidupan. Mereka sudi menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang
balasan. Rakan sebaya juga merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi
mental ataupun fizikal. Rakan sebaya menjadi tempat rujukan kerana mereka merupakan
orang yang amat rapat dengan kita. Jelaslah bahawa peranan rakan sebaya sangat

2
penting dan amat positif dalam mempengaruhi dan meningkatkan perkembangan
sosioemosi kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka selain peranan keluarga.

Dipetik dan diubah suai daripada,


‘Rakan Sebaya sebagai Agen Kawalan Sosial Remaja’
oleh Zulfazlan Jumrah,
Dewan Siswa, Februari 2017

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menghadapi pancaroba. [2 markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan beberapa panduan memilih rakan.


Nyatakan panduan-panduan tersebut. [3 markah]

(iii) Kesilapan ketika memilih rakan sebaya sebagai tempat untuk didampingi akan
menimbulkan pelbagai implikasi buruk.

Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa memastikan anak-anak memilih


rakan sebaya yang betul. [4 markah]

3
Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kagumnya saya mengenangkan hebatnya bangsa saya membina sebuah empayar


besar yang dikagumi dunia. Hebatnya anak-anak bangsa dengan semangat cekal dan
berani menukarkan tanah negeri yang dipenuhi hutan dan belantara menjadi pelabuhan
dagang terhebat dan termasyhur yang dikunjungi ribuan kapal asing untuk berniaga.

Di situlah, lahirnya pejuang-pejuang yang mulus, pahlawan-pahlawan yang gagah


berani dan perkasa serta pedagang-pedagang yang amanah dan bijaksana. Kesemua
mereka ini gigih menempuh gelora lautan menakluki saujana dunia dari timur ke barat.

Namun, kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela,
kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.

Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek moyang
bangsa peribumi di tanah ini pada abad silam kerana tiga perkara. Pertama, agama
anutannya yang berpaksikan akidah yang satu.

Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai
keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah
dengan adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan
keadaan yang berlaku pada hari ini. Saya melihat betapa jauhnya jurang yang
memisahkan antara dua peta waktu itu, baik daripada landskap politik, sosial masyarakat
hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa saya.

Dipetik daripada cerpen 'Munsyi'


oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

4
(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan perkara-perkara yang menjadikan
nenek moyang bangsa peribumi sangat hebat.
[2 markah]

(ii) Kegemilangan sesebuah pusat perdagangan meningkatkan ekonomi negara.


Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang menjadikan sesebuah pusat
perdagangan itu terkenal?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar
masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan.
[4 markah]

5
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,
kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh
perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng.
Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga
buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula
yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka
orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi
Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan
nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah
dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang
Siam, "Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia
datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita."
Maka kata Awi Dicu, "Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang ini."

Maka segala orang Siam pun kembalilah.

Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada'


dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Siapakah Tun Umar?


[2 markah]

(ii) Nyatakan dua arahan Bendahara Paduka Raja kepada Tun Umar dan
angkatan tentera Melaka.
[3 markah]

(iii) Bendahara Paduka Raja mengatur strategi yang sangat bijak ketika
menghadapi peperangan dan seterusnya menewaskan pihak musuh.

Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin perlu bijak mengatur strategi?


Berikan dua alasan.
[3 markah]

Soalan 2(d) – Sajak

6
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Mohd. Haikal Aminuddin


Kalam Pertama, 2013
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Nyatakan hasrat penyajak seperti yang terkandung dalam rangkap yang kedua.

7
[2 markah]

(ii) Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang beragama.

Pada pendapat anda, mengapakah ketaatan kepada agama sangat penting


dalam kehidupan manusia?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

8
[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan
anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) tunjuk - telunjuk


(ii) guruh - gemuruh
(iii) sabut - serabut
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa
mengubah struktur maksudnya.

Alina : Eh, Izzul! Sudah lama kita tidak jumpa.


Izzul : Oh, sudah enam bulan saya tinggal di Cyberjaya!
Alina : Di Cyberjaya? Kamu bekerja di sana?
Izzul : Tidak. Saya melanjutkan pelajaran di Universiti Multimedia.
Alina : Baguslah. Selagi ada peluang untuk belajar, kita harus
merebut peluang itu.
Izzul : Betul kata kamu. Walaupun saya tidak biasa berjauhan dengan
keluarga, namun saya cekalkan hati tinggal di sana demi
memenuhi impian dan cita-cita saya.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
9
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Kemalangan ngeri yang berlaku di Kuala Ketil itu telah korbankan
nyawa seorang juru ukur yang bertugas di Sungai Petani.

(ii) Tahap pembacaan jenerasi muda semakin meningkat dan mereka


sudah pandai memilih bahan bacaan membentuk ilmiah.

(iii) Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk


dunia sekiranya tidak dicegah dari awal.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan lebih daripada satu kesalahan tatabahasa. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Ahmad merupakan seorang usahawan yang telah berjaya mencipta
nama di Malaysia kerana dia begitu pintar menguruskan perniagaannya.

(ii) Pihak urus setia program menyerahkan senarai peserta-peserta yang akan
turut serta dalam ekstradisi berkayak.

(iii) Mak Leha akan merenjis pokok-pokok di halaman rumah lalu menunggu
kepulangan suaminya setiap petang .
[6 markah]

(e) Bina satu ayat daripada setiap peribahasa di bawah.

(i) Kalah jadi abu, menang jadi arang.

(ii) Mencurah garam ke laut.

(iii) Buah tangan.

[6 markah]
Soalan 4: Novel

[15 markah]

10
Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin


(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Md Nizar Parman

(a) Watak utama sering digambarkan sebagai seorang yang tabah menghadapi
dugaan dalam kehidupan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa


yang menunjukkan ketabahan watak utama.
[7 markah]

(b) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai keberanian.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu nilai keberanian.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai