Anda di halaman 1dari 16

Kek Gula Hangus

Bahan- bahan

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air


panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air,
kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan
sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan
susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit
demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan
gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″
dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan
bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C
selama 50 minit shj)
Resepi Kek Lobak

Bahan-bahan;

1 cwn (100 gms) pecan/walnut - dibakar & dicincang kasar


2 1/2 cwn (340 gms) carrot mentah - diparut halus
2 cwn (280 gms) tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
4 biji telur saiz besar
1 1/2 cwn (300 gms) gula halus ( yat guna 1 cawan jek) - sama
dgn yatt guna 1 cwn je
1 cwn (240 ml) minyak sayur (yatt guna minyak jagung)
2 sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit oren sunkist(yatt tambah yang ni) - saya
tak letak ni

Note: kalau nk kek lebih lembab, buleh bubuh 1/2 cwn nanas
dihancurkan (sejat dulu air dia yer) or applesouce ke dlm
adunan, tp kene tambah masa time bakar nnti.
Cara:

Panaskan oven 180 celcius, sediakan loyang & sapu mentega.


ketepikan... bakar kacang lebih kurang 8 min pastu
sejukkan...then cincang kasar2..ketepikan. kikis kulit carrot
& parut halus2...ketepikan. ,dlm mangkuk besar, satukan
tepung, serbuk kayu manis, garam, baking soda & baking
powder...gaul sebati, ketepikan. amik mixture, pukul telur
sampai kembang (dlm 1 min) pastu bubuh gula sikit2...pukul lg
sampai pekat & putih (dlm 3-4 min). pastu tambahkan minyak dlm
adunan, pukul lg....tambah vanilla pulak...pukul...last sekali
bubuh tepung sikit2 n pukul sekejap jek sampai sebati. guna
spatula/senduk...masukkan carrot & kacang, gaul skit sume bg
rata. siap bubuh dlm tin/loyang pembakar...masuk oven selama
45- 1 ja

Resepi Kek Velvet

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )

5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais


1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum - ayak
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
10 sb mentega cair (100g)

- Pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut


suka

- Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2


skali)

Cara-cara

1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris


sekeliling.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan
pukul hingga kembang.
3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk
koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan
pertama tadi.
6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan
kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan
hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk
koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan
ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur
serbuk koko.
7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu
mentega.Kukus selama 45 min.
8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek
yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam
loyang.
9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

Resepi Kek Opera


Kek Opera

Bahan Span Joconde


60 g mentega cair (unsalted)
6 biji putih telur
2 sudu besar gula pasir
2 cawan tepung almond/almond kisar
2 cawan gula aising
6 biji telur(kita just buh kuning telur je)
1/2 cawan tepung serbaguna (kita guna plain flour)

1. Panaskan oven 220 C, alaskan loyang 12 1/2 x 15 1/2 in


2. Pukul putih telur dgn gula pasir hingga gebu
3. Dlm bekas lain, satukan tpg almond, gula aising dan
telur...pukul selama 3 min dgn kelajuan sederhana. Masukkan
tepung dan gaul sebati
4. Satukan putih telur dlm adunan tadi sikit demi sikit,
kemudian tuangkan mentega cair, gaul sebati
5. Tuangkan dlm loyang dan bakar selama 10 minit/hingga masak.
Setelah sejuk, potong menjadi 3 keping

Bahan Sirap Kopi


1/2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
1 1/2 sudu besar serbuk kopi

1. Satukan kesemua bhn dan didihkan. Biarkan sejuk (kita


bancuh je ngan air panas)

Bahan Krim Mentega Kopi


2 sudu besar serbuk kopi segera (3 dlm 1)-kita guna 1 sudu
besar serbuk nescaffe
2 sudu besar air panas
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cawan gula
1/4 cawan air
1/2 sudu kecil esen vanilla
200 g mentega (unsalted)

1. Satukan serbuk kopi segera dgn air panas. Ketepikan


2. Dlm bekas lain pukul telur dan kuning telur hingga gebu.
Ketepikan
3. Dlm periuk satukan gula, air dan esen vanilla dan didihkan.
Sejukkan
4. Tuangkan adunan no. 3 dlm adunan no. 2. Pukul dgn kelajuan
sederhana selama 5 min
5. Pukul mentega dlm satu bekas yg lain
6. Satukan kesemua bhn dan pukul hingga gebu. Masukkan dlm
bekas, tutup dan masukkan dlm peti sejuk

Bahan Ganache
240 g coklat masakan (cincang kasar)
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan heavy cream
60 g mentega (unsalted)

1. Didihkan susu dan heavy cream, angkat lalu masukkan


coklat...kacau sebati
2. Pukul mentega hingga gebu dan masukkan dlm adunan coklat.
Masuk dlm peti sejuk

Bahan Glaze Coklat


115 g mentega (unsalted)
150 g coklat masakan

1. Satukan kedua2nya dan cairkan secara double boiler

Cara Menyusun Lapisan Kek


1. Lapikkan papan kek ngan kertas surih
2. Letak selapis joconde, sapukan sirap kopi diikuti krim
mentega. Sejukkan 10 minit
3. Lapiskan lagi joconde, sirap kopi, diikuti dgn ganache dan
kemudian mentega krim
4. Di atasnya letak jaconde, sirap kopi kemudian sejukkan 10
min lagi
5. Sapukan pula krim mentega dan ganache, sejukkan lagi 10
min
6. Akhir sekali sapukan dgn glaze coklat, sejukkan semula
sebelum dihidangkan

Secara mudah gambaran lapisan kek


Glaze coklat-lapisan atas sekali
Ganache
Mentega krim
Sirap kopi
Joconde
Mentega krim
Ganache
Sirap kopi
Joconde
Mentega krim
Sirap kopi
Joconde-lapisan bawah

Resepi Kek Karamel Pelangi

Resepi Kek Karamel Pelangi

BAHAN GULA HANGUS:

2Sb gula
Tabur gula dlm loyang n msk ats api hgga cair n bertkr
perang.ratakn keslrh dasar loyang.ketepikn.

BAHAN KARAMEL

1/2 tin susu cair


70g gula hls
1/2 st vanilla
3biji kuning telur
-kacau telur n vanilla dgn whisk prlhn2.
-masukkn susu n gula kacau lg hgga gula larut tp perlhn sj.
-tapis kedlm loyang gula hangus td.ketepikn.

ADUNAN KEK

70g gula halus


3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyk msk
140g gandum-1st baking powder(diayak bersama)
-pukul telur,minyk & air sampai gebu mengembang & bertukr wrn
putih.
-masukkn gula & pukul lg hgga naik skali ganda.
-masukkn gndm skt2 & kacau dgn senduk @ spatula shj hgg
sebati.ketepikn.

ADUNAN MERINQUE(ADUNAN PUTIH TELUR)

6 biji putih telur(dr 6biji kuning telur diats)


70g gula hls
1 st cream or tar tar

-putar putih telur hgga berbuih & masukkn gula putar lg hgga
adunan kental & kaku iaitu jika diterbalikkn mangkuk,adunan x
jatuh.
-mskkn separuh kedlm adunn tepung td kacau perlhn ngn senduk &
mskkn separuh lg & kacau hgga btl2 sebati.perlhn2 shj.
-bahagikn adunan 3 bahagian,warnakn dgn 3 wrn.
-tuangkn 1 senduk utk 1 wrn & selang seli dgn wrn berlainan
keatas loyang karamel td.(adunan akn terapung)
-bakar dgn kaedah steam bath(masukkn loyang kek kedlm loyang
yg lbh bsr yg berisi air panas)
-ltk dlm oven pd rak plg bwh.
-bkr suhu160c dgn api bwh shj 1 jm @ hgg msk
45 min pertama guna api bawah, 15 min setrusnya gna api atas
bwh (brgantung pd oven masing2).biarkn kek benar2 sejuk baru
di terbalikkn loyang kek.
slmt mncuba
RESEPI PUDING TRIFFLE
RESEPI PUDING TRIFFLE

BAHAN KEK SPONGE


200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan..

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair


dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan
sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada
kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan
mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang
dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak
dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven
telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen


vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil
dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan
esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk,


tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis
lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang
hingga mendidih dan gula hancur, kacau hingga sebati.
Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi,


Susun kek dalam bekas..Tuang kastard suam atasnya dan ratakan
dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur buah koktail. Dan
akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi
ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly
membeku.. sedap dihidangkan dingin..
Resepi Biskut Bright Eye Susan

Bahan-bahan ( dlm 80biji )

260gm tepung gandum *


1/2 tsp baking powder *
secubit garam *
250gm butter
125gm gula castor
1 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur

HIASAN:

1 biji putih telur,almond nibs(x perlu dipanggang) & jem


strawberry secukupnya.........

Cara-cara

1. ayak bhn2 yg bertanda * & ketepikan.


2. pukul butter & gula hingga sebati.
3. masukkan kuning telur & terus kacau.
4. masukkan esen vanilla & terus kacau.
5. kaup balikkan adunan tepung kedlm butter & uli sedikit
sehingga menjadi doh yg lembut.
6. sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil & bulat-bulatkan(utk
bentuk yg sama).
7. celup permukaan ats biskut dlm putih telur & celup dlm
almond nibs.
8. susun biskut dlm dulang & buatkan lubang tengah & paipkan
jem kedlm lubang(guna jari @ hujung senduk 9. kayu buat lubang
ditengah2 biskut)
10. bakar suhu oven 200c selama 10 minit @ sehingga masak.ikut
suhu oven masing2.

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Bahan-bahan ( 50-60 biji )


4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau


hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam
mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk
berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya.
Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama
10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian
Caramel cheesecake

yani@myresipi.com
cheesecake karamel

Created on : 02-10-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi yani

Bahan-bahan ( 18cm )

 Krim
 250g cream cheese - suhu bilik
 3 biji telur
 1cwn(200ml) sour cream
 1cwn(200ml) fresh cream
 120g gula
 2 sudu besar corn starch
 beberapa titik vanila esen
 Lapisan bawah
 100g biskut marie/ graham cracker
 50g butter(cairkan)
 Caramel
 1/4 cwn(50ml) fresh milk
 80g gula
Cara-cara

1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu


pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga
jadi berketul
2. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut
tadi.
3. Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air
sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk.
Ketepikan
4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula ->
esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh
cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk
krim.

5.
Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream
tadi.
6. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada
160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus
pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit
pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di
dalam dulang.

Anda mungkin juga menyukai