Anda di halaman 1dari 55

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PANDUAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN
SENI VISUAL

TAHUN 6

Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum
2015
Cetakan Pertama 2015
© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau ara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
MUKA SURAT
RUKUN NEGARA vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii
KATA ALU-ALUAN viii
PENDAHULUAN ix
OBJEKTIF x
ORGANISASI KANDUNGAN xi
MODUL AKTIVITI TAHUN 6 xiii

MENGGAMBAR
LUKISAN - GOSOKAN DAN KOLAJ 15
CATAN - MONTAJ DAN CETAKAN 18
POSTER - MONTAJ DAN KOLAJ 21
CETAKAN - MOZEK DAN STENSILAN 24

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


PUALAMAN - TIUPAN SERTA LIPATAN DAN GUNTINGAN 27
IKATAN DAN CELUPAN - RESIS DAN MOZEK 30

RENJISAN DAN PERCIKAN - STENSILAN DAN CAPAN 33

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


MOBAIL - LUKISAN DAN ORIGAMI 36
DIORAMA - MODEL DAN CATAN 39
STABAIL - MOZEK DAN BONEKA 42

MENGENAL KRAF TRADISIONAL


ALAT PERTAHANAN DIRI - UKIRAN DAN TEKAT 45
ALAT DOMESTIK - BATIK DAN ANYAMAN 48

PENGURUSAN PAMERAN 51

v
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk

mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi


kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan


teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang


berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vii
KATA ALU - ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dalam usaha melaksanakan transformasi pendidikan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
juga turut melalui transformasi dan sejajar dengan itu, mata pelajaran ini diletakkan dalam
teras tema kurikulum. Mata pelajaran ini ia berada di bawah tunjang perkembangan fizikal dan
estetika dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Menerusi mata pelajaran ini,
murid diberi peluang untuk menghasilkan karya melalui empat bidang iaitu menggambar,
membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.
Keempat-empat bidang tersebut disusun berasaskan empat standard kandungan iaitu persepsi
estetik, aplikasi seni, ekpresi kreatif dan apresiasi seni.

Sehubungan dengan itu, bagi menyediakan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
bahasa seni, kurikulum digubal adalah selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan
yang menghargai sejarah seni visual serta memberi sumbangan kepada perkembangan seni
dan memelihara warisan seni Negara.

Justeru itu, Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual ini disediakan untuk membantu
guru mencapai matlamat Kurikulum Standard Pendidikan Seni Visual. Panduan yang
disediakan ini diharapkan agar guru boleh membina modul untuk melaksanakan aktiviti bagi
keempat-empat bidang pengajaran dan pembelajaran.

Akhir kata, BPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam penyediaan buku panduan pengajaran ini. Semoga buku ini dapat
dimanfaatkan oleh semua guru Pendidikan Seni demi mencapai hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Dr. Sariah Binti Abdul Jalil


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

viii
PENDAHULUAN

Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) ini memperjelaskan cara
melaksanakan standard kandungan dan standard pembelajaran dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi merealisasikan hasrat Pendidikan Seni
Visual. Guru perlu melaksanakan standard kandungan dalam PdP mengikut urutan
bermula dengan persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni
bagi memastikan setiap murid menguasai keempat-empat standard kandungan
dalam penghasilan karya.

Buku Panduan Pengajaran PSV memberikan cadangan aktiviti untuk guru


melaksanakan PdP. Guru boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai
aktiviti mengikut kesesuaian dan kebolehan murid. Setiap aktiviti yang dicadangkan
adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan
inovatif yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu hingga tiga minggu.

Kandungan buku ini diorganisasi berasaskan empat modul iaitu Menggambar,


Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf
Tradisional. Keseluruhan modul ini mempunyai 12 aktiviti. Setiap aktiviti disusun
berasaskan 3 komponen. Komponen Satu ialah penerangan awal berhubung dengan
aktiviti yang hendak dijalankan, Komponen Dua ialah standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid, dan Komponen Tiga ialah
cadangan pelaksanaan PdP dan ilustrasi yang perlu dilaksanakan.

Buku panduan ini diharapkan dapat membantu guru untuk menjana idea melalui
penggunaan pelbagai media dan teknik pengajaran bagi melaksanakan PdP yang
lebih menyeronokan, bermakna dan efektif untuk mencapai matlamat dan objektif
PSV.

ix
OBJEKTIF

1. Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual membolehkan guru:


2. peka dan bertanggungjawab terhadap perkembangan pendidikan negara melalui
Pendidikan Seni Visual.
3. mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan melalui
aktiviti didik hibur sesuai dengan fitrah kanak-kanak. meningkatkan keyakinan diri
dalam pengajaran secara sistematik dan kreatif .
4. menyedari adanya pelbagai media dan teknik dalam pengajaran Pendidikan Seni
Visual.
5. mengendalikan pentaksiran secara tepat dan jelas.
6. menghayati warisan budaya bangsa untuk meningkatkan semangat patriotisme.
7. memperkembangkan kemahiran berfikir dalam situasi dan kehidupan harian ke arah
pembentukan modal insan
8. membantu murid dalam penghasilan karya yang lebih bermakna.
9. menerapkan elemen merentas kurikulum (EMK) dalam pembelajaran dan pengajaran.

x
ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan buku ini diorganisasi berasaskan empat modul yang mempunyai 12 aktiviti
(muka surat xiii) Setiap modul disusun berasaskan 3 komponen.

Komponen Satu

Butiran umum penyataan tentang modul, aktitviti, tema, tajuk, masa, media, bahan
bantu mengajar dan EMK.

Komponen Dua

Pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi seni.

Komponen Tiga

Cadangan pelaksanaan PdP dan ilustrasi.

xi
xiii
MENGGAMBAR

KOMPONEN SATU
Modul 1 : Menggambar

Aktiviti : Lukisan

Gabungan teknik : Kolaj dan gosokan

Tema : Alam Semulajadi

Tajuk : Adik Ku

Masa : 120 Minit

Media : Alat : Permukaan yang berjalinan, gunting atau alatan lain


yang sesuai
Bahan : kertas lukisan, pensel warna, kertas warna, gam atau
bahan lain yang sesuai
Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil lukisan, kolaj dan gosokan
EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA

A. STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, jalinan, warna dan bentuk
serta kepelbagaian dan kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan
manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan dengan gabungan aktiviti kolaj dan
gosokan.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan lukisan dengan gabungan aktiviti kolaj dan gosokan.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan lukisan dengan
gabungan aktiviti kolaj dan gosokan.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya

15
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan gambar dan contoh
lukisan, kolaj dan gosokan
 Guru menyatakan definisi lukisan, kolaj
dan gosokan
 Guru bersoal jawab tentang bahasa seni
visual yang ada pada karya lukisan, kolaj
dan gosokan

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan dan menyatakan media yang
akan digunakan.
 Guru menunjuk cara melakar gambar portrait mudah
dengan memberikan penekanan pada komposisi.
 Guru menunjuk cara menghasilkan lukisan dengan
gabungan aktiviti kolaj dan gosokan.

16
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif
 Murid melakar dan menghasilkan karya lukisan
dengan bimbingan guru.
 Murid menghasilkan karya mengikut kreativiti

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya.
 Memberi ulasan karya

17
MENGGAMBAR

KOMPONEN SATU
Modul 1 : Menggambar

Aktiviti : Catan

Gabungan teknik : Montaj dan cetakan

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Hidupan dasar Laut

Masa : 120 Minit

Media : Alat : berus lukisan, blok cetakan, gunting, palet atau


alatan lain yang sesuai
Bahan: kertas lukisan, majalah, cat air atau cat poster atau cat
tempera, gam atau bahan lain yang sesuai
Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil catan, montaj, dan cetakan
EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA

A. STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, jalinan, warna, ,
imbangan dan penegasan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia
dan karya seni dalam penghasilan catan dengan gabungan aktiviti montaj dan cetakan.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan catan dengan gabungan aktiviti montaj dan cetakan.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan catan dengan
gabungan aktiviti montaj dan cetakan.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.

18
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan gambar dan contoh catan, montaj
dan cetakan.
 Guru menyatakan definisi catan, montaj dan cetakan.
 Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang
ada pada karya catan,
montaj dan cetakan.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan dan menyatakan media yang
akan digunakan.
 Guru menunjuk cara melakar gambar hidupan dasar
laut dengan memberikan penegasan pada hal benda.
 Guru menunjuk cara mewarna lakaran menggunakan
teknik basah atas kering.

19
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan catan mengikut
kreativiti dengan bimbingan guru.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya.
 Memberi ulasan karya

20
MENGGAMBAR

KOMPONEN SATU
Modul 1 : Menggambar

Aktiviti : Poster

Gabungan teknik : Montaj dan kolaj

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Hargai Kehidupan

Masa : 120 Minit

Media : Alat : berus lukisan, palet, gunting atau alatan yang


sesuai
Bahan : kertas lukisan, kertas warna, majalah, cat
poster, gam atau bahan lain yang sesuai
Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil poster, montaj dan kolaj
EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA
A. STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, bentuk,
penegasan, imbangan, dan kontra yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan
manusia, dan karya seni dalam penghasilan poster dengan gabungan aktiviti montaj dan
kolaj.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam aktiviti menghasilkan poster dengan gabungan aktiviti montaj dan kolaj.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan poster dengan
gabungan aktiviti montaj dan kolaj.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.

21
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh poster,
montaj dan kolaj.
 Guru menyatakan definisi poster
montaj dan kolaj.
 Guru bersoal jawab tentang bahasa
seni visual yang ada pada contoh
poster, montaj dan kolaj.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan media yang digunakan.
 Guru menunjuk cara menghasilkan latar belakang
bagi menunjukkan unsur ruang.
 Guru menunjuk cara menghasilkan poster dengan
gabungan aktiviti montaj dan kolaj.

22
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan poster mengikut
kreativiti dengan bimbingan guru.

ILUSTRASI AKTIVITI

STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya.
 Memberi ulasan karya

23
MENGGAMBAR

KOMPONEN SATU
Modul 1 : Menggambar

Aktiviti : Cetakan

Gabungan teknik : Mozek dan Stensilan

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Burung Raja Udang

Masa : 120 Minit

Media : Alat : blok cetakan, stensil, gunting atau alatan lain


yang sesuai
Bahan : kertas lukisan, oil pastel, cat air, gam atau
bahan lain yang sesuai
Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil cetakan, mozek dan stensilan
EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA
A. STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, jalinan, kesatuan,
kontra, dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia
dan karya seni dalam penghasilan gambar teknik cetakan dengan gabungan aktiviti mozek
dan stensilan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan gambar teknik cetakan dengan gabungan aktiviti mozek dan
stensilan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan gambar teknik
cetakan dengan gabungan aktiviti mozek dan stensilan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.

24
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh cetakan,
mozek serta stensilan.
 Guru menyatakan definisi cetakan,
mozek serta stensilan.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan media yang digunakan.
 Guru meminta murid menyatakan media lain
yang boleh digunakan.
 Guru menunjuk cara menghasilkan cetakan,
mozek serta stensilan.
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan karya pualaman
mengikut kreativiti dengan bimbingan

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya serta memberi ulasan.

26
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

KOMPONEN SATU
Modul 2 : Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Pualaman

Gabungan teknik : Tiupan serta lipatan dan guntingan

Tema : Objek Buatan Manusia

Tajuk : Pasu Hiasan

Masa : 120 Minit

Media : Alat : gunting, besin atau alatan lain yang sesuai

Bahan : Kertas lukisan, cat kilat, gam atau bahan lain yang
sesuai
Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil pualaman, tiupan lipatan dan guntingan
EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA

A. STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, kontra serta ritma
dan pegerakan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan corak dan rekaan pada pualaman dengan gabungan aktiviti tiupan
serta lipatan dan guntingan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan corak dan rekaan pada pualaman.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak dan rekaan
pada pualaman.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.

27
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh pualaman,
tiupan serta lipatan dan guntingan.
 Guru menyatakan definisi cetakan
pualaman, tiupan serta lipatan dan
guntingan

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan media yang digunakan.
 Guru meminta murid menyatakan media lain
yang boleh digunakan.
 Guru menunjuk cara menghasilkan corak
pualaman.
 Guru menunjuk cara menghasilkan pualaman

28
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan karya pualaman
mengikut kreativiti dengan bimbingan
guru.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya serta memberi ulasan.

29
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

KOMPONEN SATU
Modul 2 : Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Ikatan dan celupan

Gabungan teknik : Resis dan mozek

Tema : Objek Buatan Manusia

Tajuk : Cekak Hiasan

Masa : 120 Minit

Media : Alat : gelang getah, batu atau alatan lain yang sesuai
Bahan : kain kapas putih, pewarna kain, manik, lilin atau bahan
lain yang sesuai
Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil ikatan dan celupan, resis dan mozek
EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA
A. STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, kepelbagaian
serta ritma dan pegerakan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia
dan karya seni dalam penghasilan corak dan rekaan pada ikatan dan celupan dengan
gabungan aktiviti resis dan mozek.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan corak dan rekaan pada ikatan dan celupan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak dan rekaan
pada ikatan dan celupan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.

30
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh ikatan
dan celupan, resis dan mozek.
 Guru meminta murid menyatakan
bahasa seni visual yang ada pada
contoh ikatan dan celupan, resis dan
mozek.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan media yang digunakan.
 Guru menunjuk cara menghasilkan corak ikatan
dan celupan.
 Guru menunjuk cara menghasilkan ikatan dan
celupan dengan gabungan aktiviti resis dan
mozek.

31
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi kreatif
 Murid menghasilkan karya ikatan dan celupan
dengan gabungan aktiviti resis dan mozek
dengan bimbingan guru.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya serta memberi ulasan.

32
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

KOMPONEN SATU
Modul 2 : Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Renjisan dan percikan

Gabungan teknik : Stensilan dan capan

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Beg kertas

Masa : 120 Minit

Media : Alat : berus lukisan, palet, stensil, daun atau alatan lain yang
sesuai
Bahan : kertas lukisan, cat air atau bahan lain yang sesuai
Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil renjisan dan percikan, stensilan serta capan
EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA
A. STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, Imbangan,
kesatuan dan kontra yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan corak dan rekaan pada renjisan dan percikan dengan
gabungan aktiviti stensilan dan capan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan corak dan rekaan pada renjisan dan percikan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak dan rekaan
pada renjisan dan percikan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.

33
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh renjisan dan
percikan, stensilan dan capan.
 Guru meminta murid menyatakan bahasa
seni visual yang ada pada contoh
renjisan dan percikan, stensilan dan
capan.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru menunjuk cara menghasilkan
corak renjisan dan percikan.
 Guru menunjuk cara menghasilkan
renjisan dan percikan dengan
gabungan aktiviti stensilan dan
capan.

34
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan karya
Renjisan dan percikan dengan
gabungan aktiviti Stensilan dan
capan dengan bimbingan guru.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya serta memberi ulasan.

35
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

KOMPONEN SATU
Modul 3 : Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti : Mobail

Gabungan teknik : Lukisan dan origami

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Rama - rama

Masa : 120 Minit

Media : Alat : gunting, pembaris atau alatan lain yang sesuai


Bahan : kertas, pensel warna, tali, dawai atau bahan lain yang
sesuai
Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil mobail, lukisan dan origami
EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA
A. STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, ruang, Imbangan serta
ritma dan pegerakan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan mobail dengan gabungan aktiviti lukisan dan origami.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan mobail.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan mobail.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni dan budaya.

36
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh mobail,
lukisan dan origami.
 Guru bersoal jawab tentang bahasa
seni visual yang ada pada contoh
mobail, lukisan dan origami.
 Guru menyatakan definisi mobail,
lukisan dan origami.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi seni
 Guru memperkenalkan media yang
digunakan.
 Guru meminta murid menyatakan media lain
yang boleh digunakan.

37
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan karya mobail
mengikut kreativiti dengan bimbingan
guru.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya.
 Memberi ulasan karya

38
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

KOMPONEN SATU
Modul 3 : Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti : Diorama

Gabungan teknik : Model dan catan

Tema : Objek Buatan Manusia

Tajuk : Kota Metropolitan

Masa : 120 Minit

Media : Alat : gunting, berus lukisan atau alatan lain yang sesuai
Bahan : kertas lukisan, cat poster, gam, kotak atau bahan lain
yang sesuai.

Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil diorama, model dan catan


EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA
A. STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, ruang, penegasan
serta kepelbagaian dan kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan
manusia dan karya seni dalam penghasilan diorama dengan gabungan aktiviti model dan
catan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan diorama.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan diorama.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya

39
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh diorama,
model dan catan.
 Guru bersoal jawab tentang bahasa
seni visual yang ada pada contoh
diorama, model dan catan.
 Guru menyatakan definisi diorama,
model dan catan.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan media yang
digunakan.
 Guru meminta murid menyatakan media
lain yang boleh digunakan.
 Guru menunjuk cara menghasilkan diorama
dengan gabungan aktiviti model dan catan.

40
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan karya diorama
mengikut kreativiti dengan bimbingan
guru.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya.
 Memberi ulasan karya

41
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

KOMPONEN SATU
Modul 3 : Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti : Stabail

Gabungan teknik : Mozek dan boneka

Tema : Objek Buatan Manusia

Tajuk : Boneka

Masa : 120 Minit

Media : Alat : gunting atau alatan lain yang sesuai


Bahan : bahan kutipan atau bahan lain yang sesuai
Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil stabail, mozek dan boneka
EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA
A. STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, ruang, imbangan,
kepelbagaian serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi, objek
buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan stabail dengan gabungan aktiviti
mozek dan boneka.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan stabail.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan stabail.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.

42
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh stabail,
mozek dan boneka.
 Guru bersoal jawab tentang bahasa
seni visual yang ada pada contoh
stabail, mozek dan boneka.
 Guru menyatakan definisi stabail,
mozek dan boneka.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan media yang
digunakan.
 Guru meminta murid menyatakan media lain
yang boleh digunakan.
 Guru menunjuk cara menghasilkan stabail
dengan gabungan aktiviti mozek dan boneka.

43
ILUSTRASI AKTIVITI

STANDARD PEMBELAJARAN

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan stabail mengikut
kreativiti dengan bimbingan guru.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya.
 Memberi ulasan karya

44
MENGENAL KRAF TRADISIONAL

KOMPONEN SATU
Modul 4 : Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti : Alat pertahanan diri

Gabungan teknik : Ukiran dan tekat

Tema : Objek Buatan Manusia

Tajuk : Terabai

Masa : 120 Minit

Media : Alat : gunting atau alatan lain yang sesuai


Bahan : kayu atau kad board atau mounting board, benang
atau bahan lain yang sesuai

Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil alat pertahanan diri serta ukiran dan tekat
EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA
A. STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, warna, kontra dan
harmoni yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni
dalam penghasilan stabail dengan gabungan aktiviti ukiran dan tekat.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan alat pertahanan diri.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan alat pertahanan
diri.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.

45
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh alat
pertahanan diri, ukiran dan
tekat.
 Guru bersoal jawab tentang
bahasa seni visual yang ada
pada contoh alat pertahanan
diri, ukiran dan tekat.
 Guru menyatakan definisi alat
pertahanan diri, ukiran dan
tekat

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan media yang digunakan.
 Guru meminta murid menyatakan media lain
yang boleh digunakan.
 Guru menunjuk cara menghasilkan alat
pertahanan diri, ukiran dan tekat.

46
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan alat pertahanan diri
mengikut kreativiti dengan bimbingan guru.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya.
 Memberi ulasan karya

47
MENGENAL KRAF TRADISIONAL

KOMPONEN SATU
Modul 4 : Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti : Alat domestik

Gabungan teknik : Batik dan anyaman

Tema : Objek Buatan Manusia

Tajuk : Tudung Saji

Masa : 120 Minit

Media : Alat : berus, palet, gunting atau alatan lain yang sesuai
Bahan : kertas warna, gam atau bahan lain yang sesuai
Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil alat domestik batik dan anyaman
EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

KOMPONEN DUA
A. STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, bentuk, jalinan, imbangan dan
kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni
dalam penghasilan alat domestik dengan gabungan aktiviti batik dan anyaman.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan alat domestik.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan alat domestik.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.

48
KOMPONEN TIGA

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh alat
domestik, batik dan anyaman.
 Guru bersoal jawab tentang bahasa
seni visual yang ada pada contoh
alat domestik, batik dan anyaman.
 Guru menyatakan definisi alat
domestik, batik dan anyaman.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan media yang digunakan.
 Guru meminta murid menyatakan media lain
yang boleh digunakan.
 Guru menunjuk cara menghasilkan alat
domestik dengan gabungan aktiviti batik dan
anyaman.

49
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan alat domestik
mengikut kreativiti dengan bimbingan
guru.

ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya.
 Murid menceritakan pengalaman proses
penghasilan karya.
 Memberi ulasan karya

50
PENGURUSAN PAMERAN

Persepsi Estetik
 Guru bersoal jawab tentang prosedur pengurusan pameran
a) Pembentukan jawatankuasa pameran
b) Penentuan tarikh, masa dan tempat pameran
c) Pemilihan karya
d) Susun atur karya pameran
e) Kapsyen karya pameran
f) Pengurusan semasa pameran
g) Pengurusan selepas pameran

Aplikasi Seni
 Murid mengaplikasikan prosedur pengurusan sebelum pameran

a) Melantik ahli jawatankuasa pameran


b) Menentukan tarikh, masa dan tempat pameran

Ekspresi Kreatif
 Murid mengaplikasikan prosedur pengurusan serta menzahirkan idea
dalam melaksanakan pameran mengikut prosedur.

a) Memilih karya
b) Menyusun atur karya
c) Menyediakan kapsyen karya
d) Melaksanakan tugasan semasa dan selepas pameran

Apresiasi Seni
 Murid menceritakan pengalaman proses penghasilan karya.
 Memberi ulasan serta refleksi dengan menceritakan pengalaman
melaksanakan pameran.

51
ILUSTRASI PAMERAN

52
53
PENGHARGAAN
PENYUMBANG:

Penasihat
Dr. Masnah Binti Ali Muda Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penasihat Editor
Mohamed Salim Bin Taufix Rashidi Bahagian Pembangunan Kurikulum

Editor
Muhd. Nizam Bin Mohd. Yusoff Bahagian Pembangunan Kurikulum
Mohd Shazlan Bin Shahudin Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penulis
Salleh Bin Ismail IPGM Kampus Ipoh
Mazlan Bin Abu Bakar IPGM Kampus Raja Melewar
Mohd Razali Bin Jaafar IPGM Kampus Ipoh
Cik Zaharah Binti Mohamad IPGM Kampus Ilmu Khas
Mohd Nor Nizam Bin Ramli Bahagian Pembangunan Kurikulum
Che Yan Binti Hussain SK Padang Pusing, Pendang, Kedah
Shamshul Kamariah Binti Yaacob SK Seri Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur
Zainab Binti Samian SK Merpati Sandakan, Sandakan, Sabah
Nor Khalid Bin Musi SK Seri Nasib Baik, Batu Pahat, Johor
Marhaini Binti Mohamed SK Dato’ Onn Jaafar, Batu Pahat, Johor
Mohd Azahar Bin Mohd Khalid SK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur
Siti Sakinah Binti Ismail SK Puchong Perdana, Selangor
Zarulhuda Binti Hj Kamarudin SK Desa Pinggiran Putra, Selangor

Reka Bentuk Grafik dan Susun Atur


Amli Shah Bin Fuad Shah SK Seksyen 6 Kota Damasara, Selangor
Norshila Binti Shafie SK Bandar Tun Razak 2, Kuala Lumpur
Mohd Azahar Bin Mohd Khalid SK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur
Mohamad Fhaizul Bin M.Bukhori SK Bandar Sunway, Selangor

Ilustrator
Mohamad Adillas Bin Ahmad Fesol Bahagian Pembangunan Kurikulum
Mohd Nazri Bin Mohd Yusop SK Pengkalan, Perak
Azam Fansuri Bin Aziz SK Bandar Puteri Jaya, Kedah

Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menyediakan Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Tahun 6 ini.

54
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe.gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai