Anda di halaman 1dari 1

1. Bismillah.. Assalamualaikum..

2. Alhamdulillah syukur dipertemukan pada hari dan cuaca


yang baik ini. Terima kasih kpd Tuan rumah En……
kerana sudi menerima kunjungan rombongan kami yg
jauh dtg dari Ipoh, Perak.
3. Terlebih dahulu sblum saya nyatakan tujuan dtg kemari,
saya ingin perkenalkan diri saya. Saya Abdul Muiz
merupakan abang ipar kepada Amir Nazmi dan wakil
jurucakap bagi pihak keluarga lelaki. Jika tak keberatan
ingin saya perkenalkan ahli keluarga pihak lelaki….
4. Bak kata orang, tak perlu kita bercakap panjang lebar la
yer.. Sebenarnya benda baik ini sudah dipersetujui oleh
kedua belah pihak. Jadi saya secara ringkas ingin
menyatakan tujuan datang ke sini. Tujuan saya dtg ke
sini adalah untuk merisik dan bertanya di sebelah pihak
perempuan. Adakah Cik Revol Ratna Dewi sudah
berpunya?
5. Jadi kalau belum berpunya, Alhamdulillah kerana kami
masih belum terlambat. Oleh itu kami ingin terus masuk
meminang. Untuk adik ipar saya Amir Nazmi.
6. Jika begitu niat kami ingin terus mengikat dan kami
membawa 2 bentuk cincin iaitu 1 cincin merisik dan 1
cincin bertunang. Juga kami membawa 5 dulang sbgai
tanda hadiah kerana sudi menerima pelamaran kami ini..
7. Oleh itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kpd tuan
rumah. Dan tidak lupa juga kepada semua ahli keluarga
disini saya ucapkan sekali lagi terima kasih. Saya sudahi
dgn Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai