Anda di halaman 1dari 7

BIL PERKARA CATATAN

Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, diminta untuk


tempat
mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan
puan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


………………………………………………………………..
Timbalan Pengarah (Ketua Unit) Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan
dengan diiringi oleh En. Md Zidee Yusmi, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kemubu,
__________________________________________,
PPD Jeli,
En. Ghazalli Bin Saad Yang Dipertua PIBG, guru-guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin diminta berdiri.

NYANYIAN Sebelum memulakan majlis


LAGU
Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu
NEGARAKU
Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan lagu sekolah.
*************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis dibuka tirai bermula,
Dengan alunan madah yang indah
Indah berbalam si awan petang,
Berarak dicelah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .


Salam sejahtera, Salam sehati sejiwa.

Yang berbahagia Tuan


_____________________________________________
Timbalan Pengarah merangkap Ketua Unit di Jabatan
Pendidikan Negeri Kelantan.

Yang Berusaha En Md Zidee Yusmi, Guru Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kemubu,

Yang dihormati _____________________________________


__________________________________________________
Wakil dari PPD Jeli,

Yang Dihormati, En. Ghazali Bin Saat, Yang Dipertua PIBG


Sekolah Kebangsaan Kemubu,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Khairul Anuar Bin


Abd Ghani

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Zamani Bin Mohd


Azmi
AJK PIBG sekolah Kebangsaan Kemubu, barisan Guru-guru,
dan anak-anak didik yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur


ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu, digerakkan minda dikurniakan
kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di
Dewan ini bagi menjayakan Program Pelancaran Minggu
Pengurusan HEM Sekolah Kebangsaan Kemubu bagi tahun
2019.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang puan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-


sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan
barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Shamsudin untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************
Amin amin ya rabal alamin. Majlis merakamkan terima kasih
kepada ustaz Mohd Shamsudin atas pimpinan doa itu tadi.
Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus
terpancar keberkatan dari Ilahi.

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan Guru
Besar /
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha
Ucapan PK
Encik Md Zidee Yusmi, selaku Guru Penolong Kanan HEM
HEM
Sekolah Kebangsaan Kemubu. Majlis dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN *************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Md Zidee Yusmi
atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan KPPD Seterusnya, bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En
________________________________________
_____________________________________________
Untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

***********************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En.
____________________________________________
Di atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Hadirin yang dimuliakan,
Perasmian

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini, majlis sangat


berbesar hati menjemput Yang berbahagia Tuan
_____________________________________________
Timbalan Pengarah merangkap Ketua Unit di Jabatan
Pendidikan Negeri Kelantan.
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Program Pelancaran Minggu Pengurusan HEM. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada Yang Berbahagia Tuan
______________________________________________atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

Gimik Hadirin sekalian,


Pelancaran
Marilah sama-sama kita menyaksikan gimik pelacanran
sempena Pelancaran Minggu Pengurusan HEM.
Penyampaian Hadirin yang dirahmati ALLAH sekalian,
Anugerah
Murid Sahsiah
Terpuji SSDM Di kesempatan ini juga pihak sekolah ingin menyampaikan
bagi bulan Jun.
anugerah murid sahsiah terpuji SSDM bagi bulan JUN 2019.
Dengan itu saya menjemput En Md Zidee Yusmi selaku GPK
HEM untuk membacakan biodata penerima anugerah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada adik _______________________


dan terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Puan
_________________________________ di atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Penyampaian
Hadirin yang Dimuliakan,
Cenderahati
Kepada Bagi menghargai tetamu kehormat kita pada hari ini, majlis
Perasmi
berbesar hati menjemput dan mempersilakan
…………………………………………………………….
untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat
kita iaitu _____________________________
__________________________________________
Atas kesudian menyempurnakan majlis kita pada hari ini.
Dipersilakan.

*************************************************
Terima kasih diucapkan kepada
_____________________________________________ di
atas kesudian menyampaikan cenderahati itu tadi.
Penutup
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili pihak SK Kemubu, merakamkan penghargaan


terima kasih kepada
……………………………………………………………
……………………………………………………………
atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk
merasmikan PELANCARAN MINGGU PENGURUSAN HEM
SK KEMUBU bagi sesi 2019- ….. Tidak dilupakan juga
kepada guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan yang hadir
memeriahkan majlis.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Dijemput dif-dif jemputan untuk menikmati jamuan di kantin


sekolah. Dipersilakan.

Sekian, terima kasih.