Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru telah
mengadakan kursus Asas Profesionalisme dan Kepimpinan (EDUP 3083) sebagai
kursus wajib kepada pelajar 7 PISMP Bimbingan dan Kaunseling. Bagi memenuhi
tugasan subjek ini, saya berpeluang untuk menemu bual Guru Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3. Tujuan sesi temubual dijalankan
adalah untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai ciri-ciri guru profesional dan
peranan guru sebagai pemimpin profesional. Sehubungan dengan itu, temu bual ini
berkisarkan isu dan cabaran yang dihadapi guru pada masa kini serta perundangan
yang mampu melindungi kebajikan dan kerjaya guru.

2.0 Laporan Temubual

2.1 Konsep Mengajar Sebagai Profesion

Profesion perguruan merupakan bidang perkhidmatan yang unik, tetap dan


diperlukan oleh masyarakat. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan profesion
sebagai bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan
serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Perkara ini selari dengan
kenyataan Puan Maziah yang mana seseorang yang bergelar guru perlu
mempunyai kemahiran dan pengetahuan terhadap bidang yang diceburi.
Sebagai contoh, pada masa kini individu yang ingin menjadi guru perlu
menerima latihan di Institut Pendidikan Guru mengenai kaedah dan strategi
pengajaran supaya murid-murid dapat memahami ilmu yang disampaikan. Ini
disokong oleh pendapat Syed Ismail dan Ahmad Subki (2015), antara dimensi
profesionalisme ialah seorang guru yang cemerlang perlu berusaha
melanjutkan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan menghalusi
kesenian mereka. Maka, guru hendaklah bersedia menghadapi pelbagai
cabaran dan mengamalkan pendidikan sepanjang hayat kerana faktor
pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan.

2.2 Ciri-Ciri Guru Profesional

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, terdapat beberapa ciri guru yang
profesional diketengahkan oleh Puan Maziah. Menurut beliau, antara ciri
seorang guru yang profesional ialah mempunyai akhlak yang baik. Guru yang

1
mempamerkan akhlak yang baik akan menjadi pembentuk nilai seterusnya
menjadi suri teladan kepada murid. Perkara ini disokong dengan pernyataan
Ragbir Kaur (2017), guru yang profesional mempunyai nilai murni yang tinggi
seperti moral, agama dan terminal akan membentuk murid-murid untuk
memiliki akhlak mulia. Oleh itu, beliau menyatakan bahawa seorang guru perlu
mempunyai kualiti peribadi, profesional dan hubungan sosial yang baik supaya
dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Selain itu, guru
yang profesional juga perlu menguasai segala ilmu berkenaan perkembangan
dan gaya pembelajaran murid-murid bagi memudahkan guru menerapkan nilai
yang sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Puan Maziah juga ada menekankan bahawa guru yang profesional


perlu berupaya menjalankan tugas yang diamanahkan. Tugas utama guru
ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran di
sekolah. Oleh itu, seorang guru perlu memberikan keperluan perkhidmatan
yang berkualiti kepada muridnya. Misalnya, guru memenuhi keperluan murid
dalam pelbagai aspek dari segi pengajaran dan pembelajaran. Maka, guru
hendaklah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan profesional
berterusan untuk memperoleh pengalaman pembelajaran supaya dapat
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai profesional secara
berterusan (Khair, 2016). Pandangan ini disokong Habibah (2017),
pencapaian murid dapat boleh diperbaiki dengan adanya guru yang hebat dari
segi kualiti dan pendekatan pengajaran.

2.3 Isu Dan Cabaran Semasa Yang Dihadapi Guru Pada Masa Kini

Lazimnya, tugas seorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik para
pelajar. Namun, Puan Maziah menyatakan bahawa terdapat isu di mana guru
masa kini telah dibebani dengan pelbagai tugas. Antara tugas guru selain
mengajar ialah menjadi penasihat persatuan dan badan beruniform,
menjalankan tugas-tugas pengkeranian serta menjadi jurulatih sukan. Jika
ditelusuri dengan lebih mendalam, guru dibebani dengan pelbagai tugas
sehingga guru menghadapi kekangan masa di antara memenuhi tuntutan
tugas hakiki dan melaksanakan tugas sampingan. Hal ini terbukti apabila Che
Yaakob (2014) menyatakan bahawa para guru kini telah dibebankan dengan
tugas rencam sehingga mengakibatkan guru mengabaikan tugas mereka

2
sebagai pengajar. Kesannya, tahap kepuasan guru mengajar kurang
memberansangkan seterusnya menjejaskan perlakuan mengajar guru. Ini
disokong dengan Surat Siaran (2012) yang dikeluarkan oleh KPM iaitu
pelbagai tugas rencam telah menjejaskan masa berkualiti bagi melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tugas utama guru.

Isu lain yang diketengahkan oleh beliau ialah penggunaan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (TMK). Dalam Pelan Pembangunan Induk
Pendidikan (PIPP, 2010), antara teras yang diberi penekanan ialah
penggunaan TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu,
beliau menyatakan cabaran berkaitan dengan TMK adalah di mana guru tidak
menguasai kemahiran ini terutamanya untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Chung dan Melvina (2010),
pengalaman guru yang terhad dan sikap negatif guru dalam usaha
menggunakan TMK adalah satu perkara membimbangkan kerana akan
membantutkan pemerkasaan penggunaan TMK. Puan Maziah juga
menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaburkan
modal yang besar dalam melaksanakan TMK dalam pendidikan. Namun
begitu, berdasarkan kajian semula KPM pada tahun 2010 mendapati bahawa
hanya 80% guru yang menggunakan TMK kurang daripada satu jam seminggu
dan satu pertiga sahaja murid yang menyatakan guru mereka kerap
menggunakan TMK (Maszuria, Salina, Marina & Rosnah, 2015). Bagi
mengatasi masalah ini, beliau menyarankan supaya guru yang tidak
menguasai menyertai kursus pengendalian TMK supaya boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran secara efektif.

2.4 Peranan Guru Sebagai Pemimpin Yang Profesional

Puan Maziah berpendapat matlamat meningkatkan pencapaian akademik


pelajar merupakan matlamat utama bagi setiap pemimpin sekolah dan guru di
sekolah. Dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah, beliau menyatakan
bahawa setiap sekolah perlu memfokuskan kepada setiap peringkat dan bukan
hanya bergantung kepada guru besar semata-mata. Ini selari dengan
pandangan Norashikin dan Ramli (2015), kepimpinan guru merupakan antara
satu dimensi penting yang mampu membantu meningkatkan kecemerlangan
sekolah. Terdapat dua peranan guru sebagai pemimpin iaitu secara formal dan

3
tidak formal. Ketika sesi temubual, beliau memfokuskan peranan guru sebagai
pemimpin secara tidak formal. Antaranya ialah guru sukarela dan mempunyai
inisiatif sendiri dalam melaksanakan program atau menyelesaikan masalah
yang timbul. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, beliau
menyarankan supaya para guru mempunyai hubungan secara langsung
dengan proses pengajaran yang mana guru, murid dan kurikulum saling
berinteraksi. Menurut beliau lagi, kepimpinan ke arah proses ini memerlukan
guru mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk membaiki dan
mengekalkan dan mengekalkan keadaan yang menggalakan pembelajaran
pelajar. Ini bertepatan dengan Hook dan Vass (2010), guru yang mempunyai
kepimpinan berkesan mampu membimbing pelajar di bilik darjah untuk
mencapai visi yang dibina secara bersama.

2.5 Perundangan Yang Mampu Melindungi Kebajikan Dan Kerjaya Guru

Menurut Puan Maziah dalam temubual tersebut, seorang guru perlu


memahami dan mengamalkan Kod Etika Keguruan Malaysia. Beliau juga
menyatakan dengan berpandukan kod etika profesion perguruan, guru dapat
menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi
pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Pelajaran Malaysia
berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Menurut beliau, seorang guru perlu
memberikan layanan yang ramah dan mesra kepada semua murid supaya
mereka berasa selesa dan selamat ketika berada di sekolah. Hal ini selari
dengan etika dalam Perenggan 10 (a), Bab 1, Arahan Perkhidmatan 1974 yang
mengkehendaki anggota perkhidmatan awam sentiasa memberi layanan
ramah mesra kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan (Syed
Ismail & Ahmad Subki, 2015). Ramah mesra yang dimaksudkan ialah tingkah
laku yang baik dan percakapan yang bersopan santun. Oleh itu, seorang guru
perlu menunjukkan contoh yang baik kepada murid kerana segala bentuk
perlakuan guru akan diperhati dan diikuti oleh murid.

Selain itu, guru perlu mengamalkan sikap jujur dengan mementingkan


kepentingan awam lebih daripada kepentingan peribadi. Ini bermakna
walaupun guru mempunyai tugas luar seperti membuat kerja sambilan, namun
itu tidak bermakna guru menggunakan alasan tersebut untuk tidak memberikan
sepenuh komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini

4
disokong dengan Syed Ismail dan Ahmad Subki (2015), penjawat awam
seperti guru perlulah mengelakkan sikap yang tidak jujur seperti menggunakan
waktu pejabat untuk urusan peribadi. Puan Maziah mengatakan perkara ini
sering diingatkan kepada para guru di sekolah dari semasa ke semasa kerana
beliau sedia maklum terdapat segelintir guru membuat kerja sambilan untuk
menyara kehidupan keluarga. Menurut beliau lagi, pihak pentadbir tidak
melarang tetapi sentiasa menasihati guru-guru untuk mementingkan tugas
hakiki berbanding tugas sampingan.

3.0 Penutup

Secara keseluruhannya, Puan Maziah memberikan kerjasama yang baik sepanjang


sesi temubual dilaksanakan. Segala input yang diberikan sedikit sebanyak
memberikan saya kefahaman yang lebih mendalam terhadap profesionalisme guru.
Sebagai bakal guru, saya akan memastikan saya dan rakan-rakan melengkapkan diri
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai amalan profesional supaya dapat
menyumbang kepada kemenjadian murid selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

5
RUJUKAN

Che Yaakob Che Ahmad. (1996). Punca ketegangan guru Matematik sekolah rendah di
Kelantan. Tesis Sarjana Sains Pengurusan. Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Chung & Melvina (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Di Sekolah-Sekolah Rendah di
Bintulu Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1) pp 59-65

Habibah Ramlie. (2017). Pembangunan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam


Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah. Tesis Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya
Hook, P., & Vass, A. (2010). Confident Classroom Leadership. London: Fulton
Kamus Dewan (2005).
Khair Mohammad Yusof. (2016). Latihan Berorientasikan Pertumbuhan Untuk Pemimpin
Pendidikan. Institut Aminuddin Baki: Genting Highlands.
Maszuria A. Ghani, Salina Omar, Marina Abdul Majid, Rosnah A. Rajak. (2015), Guru &
Cabaran Semasa. Bangi: Pelangi Professional Sdn. Bhd

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006-2010). Kementerian Pelajaran Malaysia

Ragbi Kaur (2017). Panduan Ulangkaji Pendidikan untuk KPLI Sekolah Menengah dan
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 20 Tahun 2012. (2012)

Syed Ismail & Ahmad Subki Miskon. (2015). Asas Kepimpinan Perkembangan Profesional.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

6
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai