Anda di halaman 1dari 1

Empat Sifat Yang Diharamkan Api Neraka

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi:


)‫( أال أخبركم بمن تحرم عليه النار؟ تحرم على كل قريب هين لين سهل‬
Terjemahan Hadis:
“Tidakkah aku beritahukan akan orang yang diharamkan api neraka ke atasnya?
Diharamkan neraka untuk orang yang dekat (disenangi orang lain), merendah diri,
lembut (budi pekerti) dan mudah (berurusan).”
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)
Beberapa pengajaran penting:
Hadis tersebut menjelaskan berkenaan dengan empat sifat yang dapat menyelamatkan
diri seseorang itu dari azab Allah SWT iaitu merendah diri, hati yang lembut, disenangi
orang dan memudahkan urusan orang lain. Kesemua sifat tersebut tidak akan wujud di
dalam diri seseorang jika dia tidak memiliki hati yang bersih kerana hati yang bersih itu
akan melahirkan sifat-sifat yang baik dan terpuji.
Untuk mendapatkan sifat-sifat tersebut , kita perlu berusaha untuk menanamkan sifat
tawadhu’ di dalam diri kita sepertimana sikap yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW ketika berhadapan dengan seorang Badwi yang amat kasar dengan menarik
jubah Baginda dengan kuat, namun Baginda tidak marah, malah membalas kekasaran
tersebut dengan kelembutan.
Orang-orang yang memiliki sifat-sifat ini akan dicintai Allah SWT kerana Allah SWT
amat mencintai orang-orang yang lemah lembut di dalam setiap tutur katanya,
mahupun perbuatannya. Sifat-sifat yang baik ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis
Baginda yang menyatakan dengan maksud “Sesungguhnya Allah itu adalah Maha
Lembut dan Menyukai kelembutan (budi pekerti) dalam segala sesuatu” (Riwayat Imam
Bukhari dan Muslim)
Semoga kita berusaha memperoleh kekuatan untuk menerapkan keempat-empat sifat
ini iaitu bersikap ramah dan disenangi orang lain, merendah diri, lembut budi pekerti
dan mudah berurusan dalam pergaulan kita sesama manusia, insyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai