Anda di halaman 1dari 10

MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

1
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

2
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

Mengintegrasi Aktiviti Pendengaran Secara Aktif Dalam


Pengenalpastian Konsep Muzik

Muzik adalah gabungan melodi, irama, ekspresi, tekstur, warna ton, dinamik dan
bentuk.
Rajah rajah di bawah akan dapat menerangkan elemen-elemen muzik dengan
lebih jelas.

Melodi

Pic kontour Frasa

Irama

Detik Meter Tempo Sinkopa

Tekstur

Monofoni Polifoni Homofoni


\

Warna Ton

Cerah Gelap Kaya Lantang Malap


\

Ekspresi

Dinamik Mud

3
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

Bentuk

Teneri Binari

Berdasarkan elemen-eleman muzik di atas, anda dikendaki mendengar


beberapa buah lagu dan sila mengintegrasi aktiviti pendengaran secara aktif
dalam pengenalpastian konsep muzik.

4
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

Mengenalpasti Dan Menangani Masalah Nyanyian Dalam Kelas

Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru sewaktu persembahan


nyanyian sama ada kumpulan atau pun individu adalah pic yang tidak tepat
dimana masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan
pendengaran pelajar. Pelajar didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya
kepada ketepatan bunyi yang dihasilkan dari nyanyian mereka. Ia berlaku
apabila pelajar menghadapi masalah seperti kebolehan menyanyi yang baik,
kelemahan membaca notasi muzik serta faktor persekitaran yang sering
menganggu para pelajar.

Hearing is an involuntary physical act that happens through our


primary sense organ when sound waves impinge upon the ear.
Everyone with healthy ears can hear. Listening takes cultivation
and evolves through one's lifetime. (Pauline Oliveros, 2001).

Berdasarkan penyataan diatas dapat kita lihat bahawa latihan


pendengaran merupakan latihan yang paling penting apabila mempelajari muzik
kerana ia dapat menerangkan dengan jelas terhadap konsep untuk
mendapatkan pic yang tepat. Konsep ini perlu difahami oleh semua murid.
Kematangan pendengaran perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dari
masa ke masa dan ia hanya dapat dicapai melalui latihan yang berterusan serta
komitmen yang tinggi. Kemahiran pendengaran yang kurang baik sudah pasti
akan membebankan pelajar untuk memahami dan menguasai kemahiran
nyanyian. Pelajar tidak akan dapat mengetahui sama ada mereka telah
menyanyi dengan betul atau salah. Jika ini berlaku, sudah pasti mereka tidak
dapat menikmati apatah lagi menghayati lagu yang dinyanyikan. Kesilapan
membuat anggaran kelajuan, tekanan dan jumlah udara inilah merupakan antara
punca yang menyebabkan pic berubah dan akan memberi kesan yang ketara
pada pic, harmoni, dan sebagainya. Kesimpulannya, kesemua faktor ini
diakibatkan oleh kelemahan pendengaran yang membawa kepada kelemahan
untuk melakukan perkiraan yang tepat untuk menghasilkan pic yang tepat.

5
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

Masalah seterusnya adalah intonasi dan kualiti ton yang kurang baik. Ini
menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin
berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan
akan menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku
sekiranya ton yang dihasilkan oleh alat vokal itu tidak mencerminkan ton yang
sewajarnya. Tambahan lagi kualiti ton yang dihasilkan oleh seseorang penyanyi
memberi kesan pada lagu yang dimainkan. Terdapat pelajar-pelajar yang tidak
dapat menghasilkan ton yang berkualiti seperti menyanyi terlalu kuat dalam
ensembel atau sering menyanyi di luar piawaian pic atau sumbang, ton yang
kasar dan keras.

Selain daripada itu, masalah dinamik dimana ketepatan dinamik adalah


sesuatu yang subjektif dalam persembahan nyanyian. Aras dinamik tidak boleh
dikurangkan pada sesuatu ukuran desibel (kekuatan bunyi) kerana ianya
berkaitan dengan kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan
mood sesuatu lagu. Selalunya masalah yang timbul kerana penyanyi tidak dapat
merasai kekuatan sebenarnya sesuatu dinamik seperti piano (p) atau forte (f).
Semuanya ditentukan oleh berbagai aspek seperti, register, stail, pencipta,
zaman, kawalan bunyi daripada penyanyi, kehendak konduktor dan citarasa
seseorang. Kegagalan penyanyi mengamati tanda dinamik yang ditulis akan
memberi kesan pada bunyi atau kemerduan sesuatu lagu dan sudah pasti
kekurangan warna atau kecantikan kepada lagu yang dipersembahkan.

Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman


muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau
karektor nyanyian yang ingin dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan
karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti
mood lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa
lagu dan berbagai aspek estetika yang terkandung didalam lagu tersebut.
(Middleton, James, et. all,1998 )

6
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

Masalah pengfrasaan juga sering berlaku dalam nyanyian. Pengfrasaan


biasanya ditandakan dengan satu garisan yang menunjukkan pengfrasaan
tersebut. Bahagian ini perlu dimainkan dengan licin tanpa putus. Untuk mengelak
daripada kesan terputus, maka ia dimainkan dengan satu pernafasan bagi satu
frasa. Namun demikian, permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak
dilengkapi dengan tanda frasa. Jika tanda frasa tidak dilengkapkan maka guru
perlu meletakan tanda frasa tersebut. Ada kalanya permasalahan ini timbul
disebabkan oleh kecuaian guru dan pelajar mengesan frasa lagu. Oleh itu,
proses penganalisisan perlu dilaksanakan dan guru perlu menandakan
pengfrasaan yang sesuai. Ini merupakan satu keperluan bagi mengelak daripada
berlakunya masalah pengfrasaan. Pengfrasaan juga berkait rapat dengan tempat
pernafasan iaitu tempat di mana pemuzik alat tiupan mengambil kesempatan
untuk mengambil nafas sebelum memulakan permainan mereka.

Pengfrasaan yang tidak betul akan memberi kesan terhadap


persembahan keseluruhan. Persembahan akan kedengaran seperti terputus-
putus dan tidak lancar. Sedikit sebanyak ia akan mengganggu konsentrasi para
pemuzik dan menyebabkan pemuzik hilang konsentrasi serta tidak dapat
mengeluarkan ekspresi yang terbaik pada persembahan.

Harmoni juga merupakan salah satu masalah yang sering terjadi dalam
persembahan ensemble. Kebanyakan pelajar kurang memahami harmoni dan
peranan atau karektor bagi setiap alat untuk menghasilkan pic yang tepat,
keseimbangan dan harmoni yang bermutu. Terdapat juga pelajar yang tidak
memahami keseimbangan di antara melodi, kaunter melodi dan pergerakan kord
dalam lagu. Masalah ini dapat diatasi dengan berbagai kaedah dan latihan yang
perlu diberi kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan kemahiran
mendengar dan memahami pergerakan harmonik yang terdapat dalam lagu.

7
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

Setiap masalah yang timbul pasti mempunyai jalan penyelesaian. Bagi


mengatasi masalah kekangan masa, guru ataupun pengarah muzik boleh
menyediakan prosedur latihan yang lebih jelas dengan menyediakan satu jadual
terperinci berkaitan dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan
secara teliti dapat membantu mereka dalam menyediakan rancangan mengajar
dan melatih dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan
membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan
peralatan yang diperlukan dalam menyampaikan pengajaran. Ini dapat
menjimatkan masa yang banyak sekali gus mengelakkan daripada timbulnya
pelbagai masalah kelak.

Seterusnya, masalah corak irama juga dapat dikurangkan jika guru


menjadikan latihan corak irama sebagai salah satu aktiviti wajib semasa warm-
up. Perkenalkan beberapa corak irama pada setiap kali latihan yang dijalankan.
Ia perlu diperkenalkan mengikut urutan serta tahap pelajar iaitu daripada mudah
kepada tahap yang lebih mencabar. Terdapat pelbagai bahan seperti buku dan
skor latihan telah diterbitkan untuk tujuan tersebut. Ia juga boleh didapati
menerusi laman web yang boleh diterokai menerusi Internet. Latihan ini telah
disediakan mengikut tahap-tahap tertentu oleh golongan profesional.

Guru juga boleh menganalisa nilai bagi corak irama tersebut agar pelajar
faham dari segi teorinya. Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian.
Misalnya bar demi bar dengan menggunakan tempo yang lambat dan lajukan
tempo apabila kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang sehingga pelajar
dapat menguasainya secara praktikal. Cara penyelesaiannya lain ialah corak
irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note kepada
empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat setiap
bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama dengan
betul.

8
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

Selain itu, penggunaan audio visual mampu membantu pelajar bermain


dengan ton yang baik. Kaedah ini memerlukan kepada beberapa arahan yang
perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Oleh itu, ia perlu dimulakan dengan memberi
arahan atau panduan kepada pelajar. Arahan dan panduan guru perlu jelas serta
mudah difahami. Ini penting agar pelajar tahu apa yang harus didengar dan
diperhatikan. Pelajar perlu diminta untuk membuat komen terhadap
persembahan tersebut sebaik sahaja persembahan tamat.

Pic yang tidak tepat sememangnya suatu masalah yang agak rumit
sekiranya tidak diatasi dengan baik. Untuk mengatasinya, dicadangkan agar
latihan pendengaran dijadikan latihan wajib bagi setiap sesi latihan. Latihan ini
akan memberi fokus kepada ketepatan pic. Latihan ini juga boleh diperkukuhkan
semasa melakukan warm-up.

Memberi arahan semasa permainan ensembel bertujuan untuk


memperbaiki persembahan terutamanya dari segi keseimbangan bunyi, mula
dan akhir, frasa, dinamik, artikulasi dan sebagainya. Terdapat dua kaedah yang
digunakan semasa latihan nyanyian. Kaedah pertama memberi arahan dengan
menggunakan suara. Kaedah kedua ialah memberi arahan menerusi gerak
badan dan tangan dengan disertakan ekspresi wajah. Kaedah ini sememangnya
berkesan jika pelajar telah dilatih dengan betul. Ia memerlukan latihan yang
berterusan sehingga ia menjadi satu kebiasaan bagi semua murid.

Ekspresi juga merupakan salah satu elemen yang harus diberi perhatian
di dalam nyanyian. Konduktor perlu memainkan peranan yang penting untuk
membantu penyanyi menyanyi dengan ekspresi. Ia dapat dilakukan dengan
menggunakan gerakan badan dan melakonkan ekspresi wajah mengikut
ekspresi yang diinginkan. Konduktor perlu memberi penerangan mengenai
bagaimana dan kenapa ekpresi sangat penting semasa persembahan.
Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar
mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas,

9
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan secara teliti apa yang
perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif.

Selain itu, untuk mengelakkan masalah-masalah sampingan berkaitan


kumpulan penyanyi yang akan dibentuk di sekolah, uji bakat perlu dilaksanakan.
Uji bakat adalah bertujuan mendapatkan ahli-ahli yang benar-benar mempunyai
potensi dan kemampuan dalam nyanyian. Dalam hal ini, kita sebagai guru muzik
perlu tahu berapa bilangan ahli koir atau pemuzik yang diperlukan. Jumlah ahli
akan mempengaruhi bunyi keseluruhan yang dihasilkan nanti. Ini memudahkan
proses keseimbangan bunyi. Melalui uji bakat juga kita dapat memilih ahli yang
betul-betul berdisiplin dan komited terhadap tanggungjawab dan peranan
masing-masing.

Tugasan Tutorial:

Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan Persepsi


Estetik

 Anda dikehendaki Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan


Persepsi Estetik.

Membina Repertoire Muzik Malaysia Yang Sesuai Untuk


Pelaksanaan Aspek “Penghargaan Estetik” Dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.

 Anda dikendaki membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk


pelaksanaan aspek “penghargaan estetik” dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.

10

Anda mungkin juga menyukai