Anda di halaman 1dari 4

BABAK 3

BUSU masuk mengganggu dan mengaagah MAK TEH.


MAK TEH : hai Busu tak Nampak ker Mak Teh tengah lipat kain ni, Busu nak jadi setan ker?.Dah pergilah kau
kat sana Mak Teh nak buat kerja ni.
LAMBAK: Assalamualaikum…
MAK THE: Waalaikumsalam…. Ha kamu LAMBAK, Siti. Masuklah. Siapa pulak ni? ( menunjuk kearah BOMOH)
SITI: OOO ini kawan abang Lambak ni Mak Teh. Mana semua orang ni? Sunyi ja rumah.
MAK TEH: OOOo kawan… lain macam betul kawan kamu ni. ALANG ada kat belakang tu. Si Sulung ke pekan
tadi. Takpelah siti, lambak.. duduklah yer Mak The nak masuk buatkan air.

Mak the keluar . Busu mengintai dari biliknya.


SITI: Ha … Ni la rumahnya Tuk. Macam mana Tuk boleh tolong ker?
BOMOH: hahahahaha Bisa di atur. Senang jer ni. Tapi sebelum tuk buat kerja kenala bagi pengerasnya…
LAMBAK: Berapa Tuk?
BOMOH: Lima puluh…
SITI: Lima puluh sen Tuk?
BOMOH: Kalau lima puluh sen baik tuk tak payah datang sini. Abihkan boreh jo.
LAMBAK: Lima puluh ringgit Tuk?
BOMOH: Begitulah hendaknya…. Baiklah Tuk m
ulakan.
Selepas beberapa ketika
BOMOH: Berat ni…. Berat… rumah ni, tanah ni ada yang jaga.
LAMBAK: Siapa Tuk?
BOMOH: Penunggu….
SITI: Apa ? Penunggu?
BOMOH: Kalau nak Tuk tolong boleh…. Tapi pengerasnya tu kenalah up sikit lagi
LAMBAK: Berapa lagi tuk? Kita kena cepat ni..
BOMOH : Seratus..
SITI: Seratus? Penunggu jenis apa ni Tuk?
BOMOH: Nak tuk tolong tak ni? Baik cepat penunggu dah tak sabar ni dia nak balik dah.
LAMBAK : Yer yer TUk. Nak seratus Tuk.
BOMOH: hehehehh bagus bagus… baik Tuk mulakan yer kamu semua duduk diam diam .
Bomoh bangun dan duduk diam disuatu penjuru. ALANG masuk membawa burungnya.
LAMBAK: Haa ada kau alang, apa khabar?
ALANG: Baik….
LAMBAK: Macam mana yang dulu tu?.... Aku tak nak kau menyesal nanti… Aku bukannya tanah kau tu, aku
bayar dengan harga patut.
ALANG tidak mengendahkan LAMBAK
LAMBAK: kau tahu Alang baru – baru ni aku beli seekor merbok yang bersisik 44 dikakinya. Kau tahu apa
tuahnya kalau dapat burung tu?Hahahahahahahaah kaya Alang kaya..
ALANG: Apa? Merbuk bersisik 44 dikaki? Kalaulah aku dapat burung tu…
LAMBAK : Kau nak burung tu Alang? Memang aku belikannya untuk kau.
ALANG: err…. Kalau begitu tolonglah bawakan kemari…… berapa harganya?
LAMBAK: hahahah aku bukanya penjual burung. Dan aku juga tak berminat nak membelanya Tapi kalau kau
inginkan burung itu….?
ALANG : apa, apasyaratnya LAMBAK?
LAMBAK: Tak berat… Cuma kau perlu jualkan tanah pusaka yang kau terima tu pada harga yang telah aku
tawarkan. Mudah saja.
AlANG: Dan…?
LAMBAK: dan kau akan dapat wang, juga merbuk bertuah itu. Hahahahaahahah Bagaimana?
AlANG: emmmm …. Aku…
BUSU menggeletar badannya BUSU menjerit seperti di rasuk

BUSU : HEHEHEHHEEHEHEHEEHEHEEHBHOOOOOHIHII Batang bukan sebarang batang, batang buruk boleh


dipanjat, datang bukan sebarang datang , datang datuk membawa hajat…….
MAK TEH :Cepat alang ambilkan air satu baldi cepat!
BUSU : terima kasih cucu, Datuk tak berhajat nak minum….. heheheehehe
ALANG: Habis apa yang datuk hendak? Errr apa haajt datuk datang kemari
MAK TEH: ya beritahulah kami Tuk, Tolong jangan ganggu cucu – cucu semua sudahlah.
LAMBAK: Tuk…. Tolong tuk…
BOMOH: Alamak ini betul betul penunggu keluar ni.Kamu selesaikalah sendiri. Tak terdayo Tuk ni….Baik tuk
balik dulu la….Pengeras no return tau
BUSU:hahahahaah. Tok BOMOH kaki kelentong…. Ooooo nak ganggu rumah ni yer…BErambus kau…
ALANG : Tuk… tuk ni siapa? Datang dari mana?
BUSU: Baiklah . Dengar sini baik baik . Nama Datuk ialah Sang Serubumi Serisakti, berasal dari keturunan Sang
Serulangit Seri Putaralam.. Ada pun datuk telah ditugaskan dan diamanahkan supaya menjaga semua
harta pusaka arwah bapa kamu semua, sejak tujuh keturunan lalu, berakhir dengan datuk kamu,Kotot
bin Kental bin Kundangbin Ucok BinUlong …err bik rakyat dan hajat datuk dtaang kemari ni dengan
satu hajat yang besar.
MAK TEH: Apa hajat Datuk tu ? Beritahulah kami.
BUSU: Begini , sejak tujuh keturunan Datuk menjaga tanah pusaka ini, tak pernah tanah ini dipecah –
pecahkan dan cuba dijual kepada sseorang yang bukan dari darah daging kamu, dengan nilai yang
begitu rendah……
Lambak dan siti terjingkit jingkit keluar
BUSU: Lambak…. Siti.. jangan balik dulu semangat datuk ada dimana mana Nanti kau orang yang dapat susuah.
Hehehehehehe Datuk Cuma ingatkan.
LAMABAk dan SITI tidak jadi pergi
BUSU: datuk amat sedih kerana tanah pusaka ini akan dipecah pecahkan. Dan kerana itu juga kamu adik
beradik akan terpisah membawa haluan masing masing.
ALANG: Yay a kami sedar tu datuk . kami sedar.
BUSU: Jadi kalau tanah ni tetap akan dipecah pecahkan dan dijual, semangat Datuk akan masuk ke dalam
tubuh orang yang menjadi tuan baru itu. Dan jika tuan baru itu tersilap langkah, datuk akan
jahanamkan dia…..
SITI: Eh… BUsu jangan nak tipu kami ya! Kau ingat aku takut ya?
BUSU: ooooo hahahaah Datuk pun dah lama teringin pada kau siti . Kalau malam ni Datuk pergi ke rumah kau
apa macam?
SITI: Abang! Dia nak datang ke rumah kita……….. Siti nak balik lahhh. Siti tunggu abg kat bawah
BUSU : Lambak…..
LAMBAK: Ya .. ya Datuk Sang Serubumi Serisakti……
BUSU: Aku tahu kau akan jadi tuan baru kepada tanah pusaka peninggalan arwah bapa tiri kau ni.
LAMBAK: Tapi tapi saya bukan ambil percuma, Tuk. Saya beli dengan harga patut.
BUSU: Beli dengan harga patut kepala datuk kau! Penipu! Pembelit! Kau ingat kau bijak ya? Kau ingat kau
boleh tipu semua orang.? Baik kalau betul kau ingin jadi tuan tanak pusaka ini, semangat aku akan masuk
kedalam tubuh kau sekarang juga. Dan……..
LAMBAK: Jangan! Tolong, tolong tuk. Janagan masuk kedalam tubuh saya. Tolong, saya takut, saya tak
sanggup.
BUSU: Aku terpaksa, Lambak! Aku terpaksa masuk kedalam tubuh kau….
LAMBAK: Jangan….. jangan…..
BUSU: Aku terpaksa hahahahahahahah aku masuk sekarang…. Hahahahahha
LAMBAK: yay a saya batalkan! Saya tak jadi beli tanah – tanah tu! Tolong janganmasuk ke dalam tubuh badan
saya. Saya tak akan datang lagi ke sini! Saya takut……..
BUSU: Janji?
LAMBAK: janji ..janji sumpah potong ayam!
SULUNG: mana dia lambak? Mana lambak? Dia nak tipu aku ya? Hidup hidup nak tipu aku1. Tanah tu
bukannya bernilai lima ribu ringgit tapi dua puluh lima ribu! Dia tipu aku!Jaga kau lambak jaga kau!
BUSU: HAHHAAHAHAHAHA …. Ana, ambilkan aku air…
MAK TEH: Datuk nak air?
ALANG: Cepat Ana ambilkan air. Datuk nak minum.
BUSU: Aku bukannya Datuk…!
ALANG: Habis, siapa?
BUSU: Aku Busu hahahahahaah
MAK TEH: Jadi…?
BUSU: Lambak dah terkena! LAMBAK dah terlambak! Hah, hahahahaah …. Biarkan dia rasa!
ALANG:…..oooooo
Semua ketawa geli hati