Anda di halaman 1dari 9

SMK MUHIBBAH @

SEKOLAH SENI MALAYSIA PERAK


FOLIO TEATER MAKYUNG

Nama NASRIN HUMAIRAH BIT MOHAMAD


AZHAR

No . IC 041002-08-0552

Kelas 2 IRAMA

Guru pembimbing Mohd. Azhar Ariffin

1
PENGHARGAAN

Saya FARANAJWA BINTI MOHAMED NOR HASHIM daripada kelas 2 EKSPRESI ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah banyak berjasa kepada saya

iaitu Encik. Mohd Azhar . Tidak dilupakan juga, tenaga pengajar yang lain iaitu Encik. Mohd

Izwan , Encik. Mohd. Fikri, dan dua orang guru praktikal Seni Teater. Tidak dilupakan juga jasa

ibu bapa dan keluarga saya yang telah banyak membantu saya dalam proses melakukan folio

Makyung.

2
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Pengenalan 2

Isi kandungan 3

Sejarah dan definisi Makyung 4-5

Struktur persembahan Makyung 6

Ciri – ciri perwatakan 7-8

Ciri – ciri kostum 9

3
SEJARAH DAN DEFINISI MAKYUNG
Makyung diasaskan di Kerajaan Pattani yang sekarang adalah sebahagian daripada negara

Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan di kalangan rakyat kampung, usia sebenar

Makyung tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang Makyung bebas daripada

pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun. Menurut

Hikayat Pattani Makyung dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Di situ Makyung

berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.

Kebiasaannya, lagenda mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang

tetapi rakyat yang lain mempercayai bahawa ia dicipta oleh makhluk yang digelar Semar.

Para sejarawan tidak pasti sama ada Makyung berasal dari tradisi rakyat atau teater istana.

Sungguhpun begitu, ia tetap ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati

semangat padi dan berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.

Semasa di Pattani, Makyung biasanya dipersembahkan di istana sehingga tahun 1920 di mana

Makyung sering dipertontonkan di kalangan orang biasa.

Pada awal abad ke-20, tarian Makyung mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa

naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah

mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja. Faktor inilah yang telah mengakibatkan

kemerosotan persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada

tahun 1926 hinggalah tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Makyung telah

4
memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Makyung. Persembahan Makyung

yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul

11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan akan diberhentikan dan alat-alat muzik biola

dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-

penonton akan naik pentas untuk menari joget bersama penari-penari Makyung.

Nilai moral penari-penari Makyung juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang

di antara penari-penari Makyung dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan

Makyung, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak. Makyung adalah satu

perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Makyung yang berasa bangga

dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat

terhadap penari-penari Makyung mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral

mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Makyung.

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Makyung yang wujud, dan tidak

banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh

kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Makyung. Kalau ada pun

persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan

itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah diketuai oleh Kumpulan Seri Temenggung

iaitu sebuah kumpulan belia. Guru-guru Makyung yang terdiri daripada orang-orang lama

dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-

nyanyian Makyung yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu.

Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.

5
STRUKTUR PERSEMBAHAN MAKYUNG

BUKA PANGGUNG

MENGHADAP
TUTUP PANGGUNG
REBAB

RAJA MEMANGGIL
PECAH CERITA
PERAN

6
CIRI – CIRI PERWATAKAN

PAKYUNG

Raja atau pemerintah

MAKYUNG

Permaisuri atau puteri

7
PERAN TUA DAN PERAN MUDA

Orang suruhan raja atau pelawak

DAYANG

Penari atau pengiring

8
CIRI – CIRI KOSTUM