Anda di halaman 1dari 7

PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAWAU


PETI SURAT 62281
91032 TAWAU, SABAH

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


TAHUN 4
NAMA : ___________________________

TAHUN : 4 _________________________

ARAHAN:
 Jawab semua 40 soalan pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
 Hitamkan kertas jawapan dengan menggunakan pensil 2B.
 Padam dengan bersih jika ada sebarang perubahan pada kertas jawapan
anda.

1. Daya tahan kardiovaskular ialah :

A. Kekuatan otot pada tubuh badan menangani demam


B. Kekuatan darah dalam badan di simpan dalam tubuh
C. Kekuatan system peredaran darah berfungsi dengan baik
D. Kekuatan nadi jantung

2. Kadar nadi latihan untuk murid berumur 10 tahun adalah antara :

A. 60 – 80 denyutan seminit
B. 80 – 90 denyutan seminit
C. 105 – 157 denyutan seminit
D. Tiada denyutan

3. Semua adalah benar mengenai kesan senaman terhadap daya tahan


Kardiovaskular, kecuali:

A. Mencantikkan kulit
B. Menguatkan otot jantung
C. Meningkatkan tahap kecergasan fizikal
D. Menurunkan kadar nadi rehat

4. Berapa ramaikah pemain utama dalam permainan bola sepak?

A. 5 Orang
B. 7 Orang
C. 11 Orang
D. 14 Orang
5. Kesalahan yang dianggap berbahaya dalam permainan bolasepak adalah
seperti yang berikut, kecuali

A. Menyiku pemain lawan


B. Memasukan baju kedalam seluar
C. Menarik pemain lawan
D. Membentes dari belakang

6. Bola sepak kebiasaanya diperbuat daripada?

A. Kulit kayu
B. Kulit haiwan
C. Plasik lembut
D. Gentian

7. Permainan bola jaring diperkenalkan pada awalnya di…?

A. England
B. Turkey
C. Malaysia
D. Indonesia

8. Ketika hendak membuat hantaran dalam permainan bola jarring, kedudukan


Bola hendaklah berada pada

A. Paras kepala
B. Paras Mata
C. Paras dada
D. Paras pinggang

9. Seramai _______ orang pemain beraksi dalam satu-satu perlawanan bola jaring

A. 5
B. 6
C. 7
D. 8

10. Kayu Hoki terdiri dari ______ bahagian yang utama

A. 2
B. 3
C. 5
D. 7
11. Setiap pemain hoki wajib menggunakan ______________ untuk mengelakkan
Kecederaan pada tulang kering

A. Topi keselamatan
B. Kasut khas hoki
C. Shinguard
D. Sarung tangan

12. Semasa hendak membuat jaringan, pemain hoki di larang dari memasuki
Kawasan belakang pemain lain kerana

A. Mengelakkan dari terkena kayu hoki


B. Mengagalkan cubaan gol
C. Nampak lebih menarik
D. Memberhentikan bola

13. Perkara yang paling utama sebelum bermain sebarang permainan ialah:

A. Menggunakan pakaian yang tidak sesuai


B. Tidak perlu mengetahui peraturan permainan
C. Bermain dalam hujan
D. Memastikan kawasan permainan selamat

14. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan, kecuali

A. Kawasan padang selamat digunakan


B. Permukaan padang rata
C. Terdapat benda tajam di atas gelanggang
D. Tiang gol di jaga dengan rapi

15. Sebagai seorang pelajar, kita perlu

A. Beraktiviti dengan penuh disiplin


B. Beraktiviti tidak berdasarkan peraturan permainan
C. Beraktiviti tanpa mengikut arahan pengadil
D. Beraktiviti mengikut kehendak sendiri

16. Semasa bermain di dalam dewan, kita perlu

A. Membiarkan keadaan lantai berpasir


B. Memastikan Tiang net tumbang
C. Menggunakan kasut yang sesuai
D. Membiarkan lampu dewan malap
17. Makanan seperti ikan, ayam, telur dan susu banyak mengandungi

A. Lemak
B. Vitamin
C. Protien
D. Karbohidrat

18. Karbohidrat membekalkan ____________ untuk kita melakukan aktiviti

A. Air
B. Zat-zat makanan
C. Makanan
D. Tenaga

19. Kalau kita hendak lebih bertenaga untuk bermain bola di sebelah petang,
Makanan yang manakah kita perlu kita ambil

A. Makanan berminyak
B. Makanan berlaktosa
C. Makanan bijirin
D. Makanan segera

20. Semasa melakukan aktiviti,kita akan _______________ banyak air melalui


Peluh.

A. Kehilangan
B. menolak
C. menambah
D. menyimpan

21. ______________ merupakan asas utama jika seseorang pelajar itu hendak
berjaya dalam bidang sukan

A. Minat
B. Fokus
C. Disiplin
D. berbudi pekerti

22. Langkah-langkah untuk meningkatkan lagi disiplin diri dalam latihan sukan dan
Permainan ialah, kecuali

A. Mematuhi tunjuk ajar jurulatih sewaktu latihan


B. Mematuhi undang-undang permainan
C. Memakai pakaian yang sesuai mengikut permainan
D. Mengikut perasaan dan pengaruh sendiri
23. Perubahan fizikal paling ketara pada seorang lelaki yang sudah akil baligh ialah

A. Bermisai dan berjanggut


B. Badan berbau busuk
C. Suara masih tidak berubah
D. Badan semakin mengecil

24. Akil baligh bagi seorang pelajar lelaki adalah diantara

A. 5-9 tahun
B. 9-10 tahun
C. 10-14 tahun
D. 15-20 tahun

25. Antara perubahan fizikal pada seorang perempuan yang sudah akil baligh ialah
seperti yang berikut, kecuali

A. Pertumbuhan bulu ketiak


B. Pembesaran punggung
C. Suara menjadi serak
D. Pembesaran payu dara

26. Kekerapan mencuci rambut yang paling digalakan ialah antara

A. 1-2 kali seminggu


B. 1-3 kali seminggu
C. 3-7 kali seminggu
D. Tidak perlu sama sekali

27. Tujuan kita memberus gigi setiap hari adalah untuk, kecuali;

A. Mengelakkan bakteria dalam mulut


B. Membersihkan gigi
C. Untuk membuang masa
D. Menghilangkan sisa makanan

28. Antara cara untuk mengawal perasaan ialah melalui:

A. Perbincangan, pergaduhan, perkelahian


B. Kaunseling, pertengkaran, muafakat
C. Perbincangan,Kaunseling,Beriadah
D. Bersukan dan perbincangan

29. Keluarga yang bahagia bermaksud

A. Keluarga yang selalu berselisih pendapat


B. Keluarga yang hormat dengan pendapat orang lain
C. Keluarga yang tidak bersatu
D. keluarga yang porak perandah
30. Lemak merupakan makanan yang paling _________ perlu kita ambil

A. Sedikit
B. Sederhana
C. Banyak
D. Sangat banyak

31. Vitamin boleh di perolehi dari makanan berikut

A. Ikan, daging dam kekacang


B. Sayur-sayuran dan buah-buahan
C. Minyak, mentega dan coklat
D. Nasi, roti dan ubi-ubian

32. Ubat dan racun hendaklah diberi perhatian berikut, kecuali

A. Memastikan ubat dan racun diambil mengikut preskripsi yang


ditetapkan.
B. Mengambil ubat dan racun mengikut suka hati
C. Memastikan ubat yang diambil tidak tamat tarikh luputnya.
D. Memastikan ubat yang diambil tidak mengandungi dadah atau
alkohol

33. Racun ialah:

A. Bahan yang menyebabkan kematian jika diserap oleh benda hidup


B. Bahan yang tidak terlalu merbahaya
C. Bahan yang bebas digunakan oleh sesiapa sahaja
D. Bahan yang tidak memudaratkan kesihatan manusia

34. Berikut merupakan antara kesan buruk penggunaan dadah kecuali

A. Penampilan tidak terurus


B. Gagal dalam pelajaran
C. Badan bertambah sihat
D. Maruah Negara tercemar

35. Apabila berlaku kemalangan, kita hendaklah

A. Menelefon pihak yang bertanggungjawab


B. Mentertawakan mangsa
C. Buat-buat tak tahu
D. Melarikan diri dari tempat kejadian

36. Bertindak pantas apabila berlakunya kemalangan dapat

A. Menambah kesan kemalangan pada mangsa


B. Menyusahkan mangsa
C. Menyelamatkan lebih banyak nyawa
D. Mengurangkan kredit panggilan telefon
37. Kita hendaklah berjalan ______________ ketika berada di jalan raya.

A. Mengikut arah haluan keenderaan


B. Menentang arah haluan keenderaan
C. bermain-main
D. Sesuka hati

38. Menggunakan Jejantas dapat mengelakkan _______________

A. Sakit kaki
B. Peminta sedekah
C. Pembayaran tol
D. Kemalangan maut

39. Laluan Zebra kebiasaanya berwarna

A. Merah dan biru


B. Kuning dan hitam
C. Hitam dan Putih
D. Tiada warna

40. Apabila berlakunya banjir, kita hendaklah

A. Sentiasa menutup pintu rumah


B. Menyekat air dari memasuki rumah
C. Sentiasa berjaga-jaga
D. Memastikan kereta kita dikunci rapat