Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN PENDUDUK

TAMAN PELANGAI RAYA, SIMPANG PELANGAI


D/A: 26, Jalan Pelangai Raya 2, Simpang Pelangai, 28740, Bentong, Pahang.
H/P : 013-9846434 / 012-4882752 / 019-2992641
____________________________________________________________________________

Ruj kami : PPTPTR 112019 (1)


Tarikh : 06 November 2019

Pengerusi
Bomba Sukarela Simpang Pelangai
Balai Pasukan Bomba Sukarela
Simpang Pelangai
28740 Bentong
Pahang Darul Makmur

Tuan,

MEMOHON BANTUAN ANGGOTA DAN PERALATAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penduduk Taman Pelangai Raya bercadang


untuk memohon bantuan anggota dan peralatan bagi program gotong-royong di Taman
Pelangai Raya. Antara peralatan yang diperlukan adalah chainsaw bagi memotong pokok dan
pam air untuk mencuci longkang.

3. Program ini dijalankan bertujuan untuk mengindahkan dan membersihkan kawasan Taman
Pelangai Raya.

4. Untuk makluman dan perhatian pihak tuan program gotong-royong adalah pada ketetapan
berikut :

Hari : Ahad
Tarikh : 10 November 2019
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi

5.Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh menghubungi (NAZRI BIN HALIM / 019-2992641)

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
( NAZRI BIN HALIM)
Setiausaha Persatuan Penduduk
Taman Pelangai Raya

Anda mungkin juga menyukai