Anda di halaman 1dari 3

5 Cara berkesan hasilkan iklan FB Ads.

Dalam satu seminar copywriting yang diadakan di Malaysia tahun ini berkongsi 5 cara untuk
meningkatkan keberkesanan iklan di Facebook.

5 Cara itu adalah:

1) Terangkan kelebihan dalam bentuk bullet point.

2) Guna bahasa positif apabila menerangkan kesan-kesan produk atau servis kepada
pelanggan.

3) Tawarkan 2 produk atau servis sekaligus (Cth: Beli 2 jimat RMXX).

4) Beritahu pelanggan bagaimana mereka boleh beli dengan harga murah atau jimat.

5) Beritahu kesan awal dalam masa berapa hari (Cth: Tekak rasa lega selepas 2 jam minum
air ini).

6 Perang emosi - Cara betul tingkatkan sales.

Robert Cialdini dalam buku Influence menyenaraikan 6 bentuk emosi yang menyebabkan
pelanggan suka membeli daripada bisnes kita.

===
1) Si pemurah yang baik hati.
===

Dalam bahasa Inggeris, ia digelar sebagai reciprocity.

Menjadi seorang yang pemurah kepada pelanggan, dengan memberikan barang-barang


berkualiti dan bernilai tinggi secara 100% percuma.

===
2) Bagi pelanggan rasa selamat.
===

Lagi banyak komitmen dan konsistensi yang pelanggan dan pemilik bisnes lakukan bersama,
lagi besar peluang untuk sales jangka masa panjang terhasil.

Sebagai contoh, syarikat Zappos.

"Anda boleh cuba semua kasut dalam kedai kami. Jika tidak suka, anda boleh pulangkan
semula."

===
3) Cerita yang membangkitkan emosi positif.
===
Cerita akan membuatkan pelanggan "terasa" seperti sangat mengenali bisnes kita.

Cerita yang bagus dapat menghubungkan personaliti, masalah dan penyelesaian dalam diri
pelanggan.

===
4) Autoriti.
===

Apa sahaja berkaitan dengan pengiktirafan seperti sijil, media dan pengesahan daripada pihak
ketiga.

Jika kita pernah dirujuk oleh pakar-pakar industri, beritahu pelanggan.

===
5) Kongsi kesan pelanggan sebelum ini.
===

Testimonial.

Apakah kesan positif daripada pelanggan kita sebelum ini?

Jadikan ia sebagai bahan marketing.

===
6) Duit vs masa.
===

"Manusia sangat takut pada dua perkara ini: Duit dan masa." - Dan Kennedy.

Letakkan masa terhad untuk pelanggan dapatkan sesuatu. Letakkan harga yang terhad untuk
satu tempoh masa.

Teknik ini sudah terbukti berkesan sejak berkurun-kurun lamanya.

Formula RM100k dengan buat FB Ads :-


1. 3 hari promot free content 1 - ambil email
- Jangan lupa masukkan kod retargeting FB dan remarketing Google dalam borang email.
- Nanti boleh buat retargeting dan remarketing
2. 3 hari promot free content 2
3. 3 hari promot free content 3
4. 1 hari buka jualan dengan harga diskaun banyak
5. 30 hari buka jualan dengan harga diskaun sikit
6. Setel

UPDATE : ada satu langkah saya tertinggal, saya akan tambah langkah tu kalau post ni dapat
50 share sebelum 12 malam

UPDATE 2 : Saya dah update 2 langkah tambahan


ps : Tip simple tapi premium ni, saya akan open kepada public sampai 12 malam ni je,
kecuali kalau post ni dapat lebih 100 komen

Anda mungkin juga menyukai