Anda di halaman 1dari 1

SJKT LADANG ULU TIRAM

JALAN FELDA ULU TEBRAU Email : sjktutjbd1011@gmail.com


81800 ULU TIRAM No tel : 019-7280743
____________________________________________________________________________

PENGARAH
Kolej Komuniti Pasir Gudang
No. 61, Jalan Kijang,
Taman Scientex,
81700 Pasir Gudang Johor 14 OKTOBER 2019
( UP : Unit Pendidikan Berterusan )

Tuan,

PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MENGADAKAN KURSUS ASAS ICT BAGI MURID-MURID


TAHUN 6 OLEH PIHAK KKPG

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak kami dengan berbesar hati ingin mengikut aktiviti yang pihak tuan sediakan iaitu kursus
asas ICT ( Microsft Word, Microsoft Powerpoint dan Microsoft Excel ) bagi murid-murid tahun 6 oleh
pihak KKPG. Butiran adalah seperti berikut :-

Tarikh cadangan : 6.11.2019 ( Rabu )


Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Peserta : 40 murid ( Tahun 6 ) – 2 kelas
Guru Pengiring : 4 Orang Guru

3. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid berkaitan teknologi


maklumat supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan
lebih cekap. Kursus ini juga berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap
asas ict dan membantu mereka di sekolah Menengah pada masa depan.

4. Semoga permohonan kami ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Kerjasama dan
keperihatinan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

______________________________

s.k. 1. PPD PG
2. PIBG STUT
3. LPS STU

Anda mungkin juga menyukai