Anda di halaman 1dari 3

JELASKAN KONSEP KOMUNIKASI YANG TELAH ANDA PELAJARI.

BINCANGKAN KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN GURU DENGAN MERUJUK MODEL-MODEL
KOMUNIKASI YANG SESUAI BAGI MEMASTIKAN ANDA MEMAHAMI
PENGGUNAAN MODEL TERSEBUT.

DEFENISI DAN KONSEP KOMUNIKASI.

Dalam kehidupan seharian kita, komunikasi adalah sangat penting dan


menjadi elemen asas dalam kehidupan. Komunikasi merupakan satu proses
dimana manusia menghantar dan menerima maklumat serta berkongsi idea
mahupun perasaan. Komunikasi juga sering dikaitkan dengan perhubungan
antara manusia yang melibatkan penyampaian sesuatu maklumat atau
perkara daripada individu kepada individu yang lain secara bersemuka atau
media massa. Komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai saluran dengan
tujuan maklumat yang hendak ditujukan sampai kepada penerima. Pelbagai
takrif telah dibuat oleh tokoh-tokoh bahasa mengenai komunikasi. Antaranya
ialah :
a. Everet M. Rogers : Komunikasi adalah proses dimana satu idea
dialihkan dari sumber kepada satu penerima atau lebih, dengan
maksud untuk mengubah tingkah laku.
b. Gerald R. Miller : Komunikasi terjadi ketika suatu sumber
menyampaikan suati pesan kepada penerima dengan niat yang
disedari untuk mempengaruhi perilaku penerima.
c. Theodorson : Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat,
pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang dengan
menggunakan simbol-simbol.
d. Sulaiman Masri : Komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat)
daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau
saluran tertentu kepada penerima (pendengar, pembaca) yang
kemudiannya memberikan maklum balas (merekod, mentafsir ) mesej
tersebut.
Terdapat empat bidang komunikasi. iaitu interpersonal, intrapersonal,
kumpulan kecil, awam(public speaking dan komunikasi massa. Komunikasi
interpersonal ialah proses interaksi yang melibatkan seorang individu dengan
orang lain. proses ini melibatkan penyampaian maklumat antara seorang
individu atau lebih. Manakala komunikasi intrapersonal pula ialah proses
komunikasi yang berlaku dalam diri sendiri. Komunikasi ini terjadi dalam
individu itu sendiri dengan memberi tumpuan kepada proses pemahaman
ingatan dan interprestasi terhadap simbol-simbol lengkap yang diterima oleh
panca indera manusia. Komunikasi kumpulan kecil pula ialah melibatkan
beberapa orang dalam satu kumpulan. Komunikasi kumpulan berperanan
untuk membuat sesuatu keputusan dan dipatuhi leh semua ahli kumpulan.
komunikasi awam ialah sejenis komunikasi antara seorang individu sebagai
penyampai kepada orang ramai sebagai penerima. Komunikasi massa pula
berlaku untuk menyebarkan maklumat secara umum. Proses ini berlaku
melalui medium alat-alat media Massa seperti surat khabar, majalah, radio,
televisyen dan sebagainya.
Komunikasi sangat penting dalam kehidupan kita, begitu juga kepada
guru guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
mahupun di luar kelas. Komunikasi yang berkesan dapat menjalinkan
hubungan baik diantara guru dengan murid-murid.

KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN.

Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses bagaimana guru


berkongsi maklumat dan pemgalaman dengan muridnya, dan begitu juga
sebaliknya. Apabila mereka berkomunikasi, mereka saling menyatakan
pemgetahuan dan pengalaman masing-masing dan dengan cara itu mereka
mendapat maafaat daripada pertukaran itu.
Banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kepentingan
kemahiran komunikasi bagi seorang pendidik. Pengajaran yang baik berlaku
apabila terdapat komunukasi dua hala iaitu perlu ada unteraksi antara guru
dan murid. Menurut Pogue dan kimo (2006), pengajaran yang berkesan
adalah hasil daripada hubungan komunikasi antara guru dan murid serta
kredibiliti seseorang guru.
Guru merupakan pembimbing kedua selepas ibu bapa. Guru perlu
membimbing murid kearah yang lebih baik dan positif. Proses bimbingan
dapat dijalankan dengan lebih baik apabila guru mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik. Berkomunikasi dapat mengeratkan perhubungan dan
aspek perhubungan amat penting di antara guru dan murid. Perhubungan
yang baik membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
mudah.

Anda mungkin juga menyukai