Anda di halaman 1dari 2

TEORI PEMUSATAN KLIEN (CARL ROGERS 1902-1987)

Carl rogers merupakan pengasas kepada teori pemusatan klien. Carl Rogers mendapat
pendidikan di universiti of Wisconsin dalam bidang pertanian. Kemudian minatnya bertukar
kepada bidang sejarah,kemudian bidang agama dan akhirnya bertukar kepada bidang psikologi
klinikal. Perjalanan kerjaya Rogers juga membuktikan beliau seorang yang bukan calang-
calang apabila menjawat pelbagai jawatan akademik dan memberi sumbangan akademik di
institusi-institusi tempat beliau bertugas. Teori ini, Rogers menekankan beberapa perkara iaitu
memahami andaian asas dan prinsip teori pemusatan klien,memahami proses yang digunakan
oleh kaunselor pemusatan klien dan mengaplikasikan teori pemusatan klien dalam kerja-kerja
kaunseling.

Teori ini lebih memandang tentang sifat semula jadi manusia. Carl Rogers memandang
manusia adalah baik dan positif. Hal ini dapat dijelaskan bahawa kita sebagai manusia
mempunyi potensi dan keupayaan dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.. Dalam teori
ini telah dijelaskan tentang konsep kendiri iaitu persepsi tentang diri individu berdasarkan
interaksi dengan orang lain. Melalui penjelasan ini, saya dapat melihat bahawa individu
bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya. Dalam kehidupan
kita akan tidak lari dari masalah samada kecik atau besar. Teori ini menjelaskan bahawa
masalah yang berlaku atau timbulnya konflik antara konsep kendiri dengan pengalaman-
pengalaman yang lalu. Hanya pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia
untuk berkongsi masalahnya.

Setelah saya mempelajari teori ini saya baru sedar bahawa diri saya mempunyai potensi
untuk maju ke hadapan. Kehidupan yang saya lalui pada hari ini adalah sentiasa berkembang
untuk mencapai self actualization. Diri saya sebenarnya kurang menonjol iaitu sentiasa
merendah diri dan kurang keyakinan diri kerana saya rasa diri saya tidak cantik dan ramai orang
yang tidak mahu berkawan dengan saya. Setelah saya mempelajari teori ini,saya dapati bahawa
tanggapan saya adalah salah mengenai orang sekitar . Saya kurang berkeyakinan diri itu adalah
sebab saya kurang berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang sekeliling saya dan cuba
mengelak untuk rapat dengan mereka. hal ini dapat dilihat bahawa saya masih lagi belum
mencapai self actualization dengan betul. Oleh itu,saya akan berusaha untuk melakukan apa
sahaja perkara yang positif dimana tidak melanggar norma sekeliling dalam meningkatkan
keyakinan diri saya. Mengikut teori Rogers,manusia boleh dipercayai dan mempunyai potensi
dan sumber diri yang boleh berkembang. Dalam hal ini, saya juga boleh mencari potensi diri
saya serta sumber dalam diri yang positif untuk berkembang dan bangkit dari perkara yang
membuatkan saya sentiasa berfikiran negatif. Saya amat gembira dapat mengenal serta
memahami teori pemusatan klien yang diasaskan oleh Rogers kerana ianya berkait dengan diri
saya sendiri namun mempunyai jalan penyelesaian yang baik serta positif dimana saya tidak
perlu berjumpa dengan kaunselor terus namun dapat mengatasi secara satu persatu melawan
konflik diri saya.

Anda mungkin juga menyukai