Anda di halaman 1dari 13

SEMESTER MEI 2017

BBDH 4103

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA


ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

1. Pengenalan 3
2. Pemilihan Jurulatih 4
3. Pelan Latihan Orientasi 6
4. Bahan-bahan Latihan Orientasi 12
5. Kos Perbelanjan dan Suasan Bilik 13
6. Kesimpulan 14

Rujukkan 15

2
1. PENGENALAN

Perbincangan tugasan kali ini akan menumpukan kepada bagaimana untuk mereka bentuk
satu program latihan oritensi bagi sekumpulan pekerja baru dalam sesebuah organisasi yang
dipilih. Penerangan mengenai kriteria pemilihan jurulatih juga akan diterangkan, seterusnya
pelan latihan orientasi, bahan-bahan latihan yang dicadangkan, dan justifakasi kos
perbelanjaan serta suasana bilik yang akan dijadikan tempat latihan dijalankan.

2. PEMILIHAN JURULATIH

Latihan serta pembangunan pekerja adalah suatu aktiviti organisasi yang sangat penting
kerana ianya akan mempengaruhi produktiviti pekerja yang baru atau lama.latihan orientasi
akan membantu pekerja baru bagi menjadikan pekerja lebih produktif dalam organisasi.
Dalam sesuatu latihan orentasi yang dijalankan, pemilihan jurulatih yang berpengalaman luas
haruslah dilakukan bagi memastikan objektif utama latihan orentasi dapat dicapai dengan
jayanya. Latihan adalah merupakan salah satu bidang di bawah Pengurusan Sumber Manusia
di mana ianya merupakan salah satu fungsi untuk membangunkan sumber manusia yang
sangat penting terutamanya kepada pekerja yang baru masuk.

Kejayaan sesuatu program latihan adalah bergantung kepada kelayakan dan sikap
jurulatih yang dipilih. Seseorang jurulatih mestilah memahami hala tuju program pendidikan
dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan di dalam latihan yang bakal
dijalankan. Pemilihan seorang jurulatih perlulah dilakukan dengan teliti dan terancang. Ini
kerana selain daripada keupayaan jurulatih, keupayaan jurulatih untuk mempengaruhi pelatih
juga sangat penting. Antara kelayakan yang perlu ada dengan jurulatih yang dipilih adalah
mampu menyampaikan mesej dengan berkesan, menyediakan bahan untuk latihan lebih awal,
mengandalikan pelatih dengan kaedah yang sesuai, menjawab persoalan dari pelatih dengan
jelas dan menggalakkan untuk pelatih mencapai matlamat.

Jurulatih yang dipilih juga merupakan individu yang berkemahiran tinggi dalam
mengandalikan latihan, penyampaian, kemampuan membina modul, malatih fasilitator serta
mengandalikan program dengan cemerlang. Selain itu, jurulatih yang akan dilantik perlulah
mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan, kefasilitator dan memiliki
kemahiran kawalan massa yang tinggi.

3
2.1 Ciri-ciri Jurulatih

Kejayaan program latihan yang dijalankan adalah bergantung kepada kelayakan dan sikap
jurulatih. Seorang jurulatih mestilah memahami hala tuju program pendidikan dan
mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan di dalam latihan. Terdapat kajian
yang menunjukkan bahawa menyuntik harapan yang tinggia kepada jurulatih sama seperti
menajamkan prestasi pelatih. Terdapat empat ciri jurulatih yang mampu memberi kesan
terhadap keberkesanan latihan seperti kejelasan, kepelbagaian, orentasi tugas, dan
keterlibatan dalam proses pembelajaran.

a). Kejelasan

ciri ini merujuk kepada bagaimana pelatih mempersembahkan bahan yang disampakan
kepada pelatih. Jurulatih yang mempunyai tahap kejelasan yang tinggi dalam menerangkan
sesuatu kepada pelatih akan memberikan kesan yang mendalam terhadap latihan yang
dijalankan di samping menjimatkan masa.

b). Kepelbagaian

Seterusnya, kepelbagaian merujuk kepada bagaimana tahap fleksibel jurulatih semasa


membentangkan bahan latihan kepada peserta program latihan. Seorang jurulatih yang
berkesan akan mewujudkan kepelbagaian dengan menggunakan pelbagai bahan, kaedah,
persoalan untuk memastikan pelatih tidak merasa bosan dan merasakan corak latihan yang
sama serta hambar setiap kali sesi latihan diadakan.

c). Orentasi Tugas

Orentasi tugas pula adalah merujuk kepada jurulatih yang berorentasikan pencapaian iaitu
setiap kali sesi latihan dijalankan, ia akan memastikan penerimaan peserta latihan berada
pada tahap yang tinggi., sederhana atau rendah. Seorang jurulatih dengan orientasi tugas yang
tinggi akan lebih peka bagi memestikan semua bahan latihan diajar dengan sempurna.
Keberkesanan seorang jurulatih juga dapat dilihat bagaimana jurulatih tersebut menggunakan
masa latihan dengan berkesan.

d). Proses Pembelajaran

4
Persekitaran pembelajaran adalah di mana ahli di dalam organisasi mempercayai bahawa
pembelajaran atau latihan memainkan peranan yang amat penting di dalam tugasan kerja
mereka. Jurulatih yang efektif juga akan melibatkan diri unruk memastikan proses
pembelajaran berjalan dengan lancar.

Secara ringkasnya, pemilihan jurulatih perlulah dilakukan dengan teliti dengan


memastikan jurulatih yang dilantik berkelayakan dan berkemampuan. Kebanyakan
pengurusan organisasi melahirkan kekecewaan kerana tidak dapat melihat keberkesanan
latihan yang dilaksanakan di tempat kerja oleh para pelatih yang dihantar menghadiri mana-
mana program latihan. Namun dengan pemilihan jurulatih yang tepat, peserta latihan sudah
pasti akan membantu mereka untuk terus cemerlang dalam pekerjaan mereka.

3. PELAN LATIHAN ORIENTASI

Perancangan atau pelan latihan ialah satu proses mereka bentuk pembelajaran yang
diperlukan oleh tenaga kerja untuk meningkatkan prestasi kerja.

Latihan adalah segala usaha yang dilakukan oleh organisasi untuk meningkatkan
kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugasanya atau memainkan peranan yang telah
ditetapkan oleh organisasi. Latihan juga tertumpu kepada usaha menyediakan pekerja secara
khusus bagi tugas yang telah diberikan kepadanya dan lebih berorentasikan masa kini.
Latihan boleh ditakrifkan sebagai proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan
berdisiplin yang bertujuan menambah pengatahuan dan kemahiran untuk memenuhi
keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi.

kepada organisasi. Selain itu latihan orientasi juga membantu pekerja baru mengatasi
perasaan bimbang, cemas dan malu di tempat kerja mereka. Seterusnya membantu
meningkatkan penerimaan pekerja baru terhadap organisasi mereka. Apa yang paling penting
adalah meningkatkan komitmen pekerja baru terhadap pekerjaan mereka.

3.1 Pelan Pembelajaran

Bagi memastikan program orientasi pekerja baru syarikat Nestle berjalan dengan lancar, satu
pelan pembelajaran telah dirangka semasa program diadakan. Terdapa tiga teknik akan
digunakan sepanjang program orientasi dijalankan. Antaranya ialah kaedah persembahan,
kaedah tunjuk ajar, dan kaedah pembentukan kumpulan. Kaedah persembahan adalah kaedah

5
di mana pelatih atau peserta merupakan penerima maklumat yang pasif. Maklumat yang
bakal diterima ialah fakta atau maklumat, proses-proses pengurusan, dan kaedah-kaedah
penyelesaian masalah. Jurulatih akan menggunakan persembahan yang melibatkan syarahan
serta penggunaan teknik audio-visual. Syarahan atau taklimat akan melibatkan jurulatih
berkomunikasi melalui sebutan perkataan tentang apa yang jurulatih mahu peserta pelajari.

Dalam kaedah tunjuk ajar, jurulatih juga akan menguji peserta melalui teknik kajian
kes. Kajian kesa adalah penerangan mengenai bagaimana pekerja atau organisasi menangani
sesuatu dengan situasi sukar. Peserta atau pelatih diperlukan untuk menganalisis dan
mengkritik tindakan yang diambil, menunjukkan tindakan yang bersesuaian, dan
mencadangkan apa yang sepatutnya dilakukan dengan cara yang berlainan. Teknik ini
diterapakan oleh jurulatih bagi memastikan peserta mengingati semula dan menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari melalui proses penemuan sendiri.

Pembelajaran seterusnya ialah mengenai perniagaan melalui kaedah tunjuk ajar.


Teknik ini memerlukan peserta mengumpul maklumat, analisis maklumat tersebut dan
membuat keputusan. Kegunaan utama teknik ini ialah untuk pembangunan kemahiran
pengurusan peserta. Permainan ini menyerupai persaingan semula jadi dalam perniagaan.
Peserta juga dikehendaki melakukan aktiviti lakonan peranan. Peserta akan melakonkan
watak yang diberikan kepada mereka. Maklumat mengenai situasi deiberikan kepada pserta.
Peserta perlu fokus kepada tindak balas antara perorangan. Hasil akan bergantung kepada
tindak balas emosi peserta lain. Apabila latihan lebih bermakna, maka lebih tinggi tahap
fokus dan itensiti peserta.

Kaedah pembelajaran program orientasi seterusnya ialah pembinaan kumpulan. Ini


merupakan kaedah latihan yang direka bentuk untuk memperbaiki keberkesanan pasukan atau
kumpulan. Latihan ini diadakan ialah untuk memperbaiki kemahiran peserta dan juga
keberkesanan pasukan. Kaedah pembinaan kumpulan melibatkan perkongsian idea dan
pengalaman, membina identity kumpulan, memahami dinamik antara perorangan, dan
mempelajari kekuatan dan kelemahan diri dan juga rakan sekerja. Fokus utama kaedah
latihan ini ialah untuk membantu pasukan meningkatkan kemahiran supaya menjadi sebuah
pasukan yang lebih berkesan. Lazimnya ia melibatkan pembelajaran melalui pengalaman.
Kaedai ini termasuklah pembelajaran pengembaraan, latihan berpasukan, dan pembelajaran
melalui tindakan.

6
3.2 Jadual Program

7
Dasar Latihan

Berdasarkan pekeliling perkhidmatan pekerja baru bilangan 7 Tahun 2016, setiap staf perlu
melangkapkan diri atau dilengkapi dengan:

Sikap Kemahiran

Pengetahuan

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran ialah kakitangan yang baru dilantik seramai 20 orang.

Objektif Latihan

Objektif latihan ini adalah supaya kakitangan yang baru dilantik diterapkan dengan asas-asas
pentadbiran dan pengurusan. Selain itu,

8
Meningkatkan kopetensi dan produktiviti

Mencapai hasil kerja yang berkualiti dan bermutu tinggi

Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif

3.3 Metodologi

Metodologi yang boleh dilaksanakan pada tahap ini adalah bergantung kepada jenis krusus
yang dijalankan;

i. Ceramah
ii. Mentoring/Coaching
iii. Lawatan
iv. Aktiviti luar
v. Lain-lain

Tempoh

Tempoh sesuatu latihan adalah satu hari hingga satu minggu bergantung kepada Ketua
Sumber Manusia Syarikat.

Tempat

Tempat latihan adalah di ibu pejabat induk syarikat Nastle Malaysia di Petaling Jaya,
Selangor

9
4. BAHAN-BAHAN LATIHAN

Bahan Pengajaran Bahan Pembelajaran Aktiviti


Kertas A4 Nota peserta Pengumuman
Alat Tulis Fail peserta Surat pengesahan
Manusl Jurulatih Kertas A4 Borang Kehadiran
Rancangan latihan orientasi Pen
Kertas mah-jong Pensel
Borang penilaian
Komputer
LCD

Jadual di atas menunjukkan bahan-bahan pengajaran, dan bahan pembelajaran semasa aktiviti
program latihan orientasi dijalankan. Bahan pengajaran dan pembelajaran semasa program
dijalankan tidak hanya terhad kepada alat tulis dan kertas A4 sahaja, tetapi ia merangkumi
segala benda yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran sepanjang latihan orientasi
dijalankan. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh jurulatih boleh dibahagikan kepada
tiga iaitu seperti bahan bukan elektronik, bahan elektronik dan bahan bercorak pengalaman
dan bahan sebenar. Semua bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran ini adalah untuk
memastikan objektif dan matlamat latihan orientasi dapat dicapai. Seperti, memperjelaskan
lagi penyampaian maklumat supaya tidak terlalu bersifat verbalistik. Seterusnya mengatasi
keterbatasan ruang dan mempersembahkan pengalaman. Seterusnya untuk mengatasi sifat
pasif para peserta dan memberi rangsangan di samping membangkitkan persepsi di kalangan
pelajar.

5. KOS PERBELANJAAN

No. PERKARA KUANTITI/ JUMLAH


HARGA
1. Sarapan pagi dan makan tengahari 20 x RM 8.00 x 5hari RM 800
2. Urusetia RM 100
3. Elaun Jurulatih 5 hari x RM 450 RM 2250

10
4. Alat Tulis 20 x RM 3.00 RM 60
5. Cenderamata Peserta (T-Shirt) 20 x RM 25 RM 500
Jumlah RM 3710

Suasana Bilik

Penyedian tempat latihan merujuk kepada bilik di mana latihan akan diadakan. Ciri-ciri
tempat latihan yang baik adalah selesa dan mudah didatangi orang. Seterusnya senyap,
persendirian dan bebas daripada gangguan. Selain ruang haruslah mencukupi untuk peserta
bergerak, darjah penglihatan yang baik dan selesa. Bilik latihan haruslah mempunyai
kelengkapan dan suasana yang selesa. Contohnya, warna struktur bilik, pencahayaan, penutup
dinding dan lantai, kerusi, meja, dan sebagainya.

Jurulatih

P p
e e
s s
e e
r r
t t
a a

Peserta

Susunan bilik latihan yang dicadangkan ialah berbentu U dan ini dilihat sesuai bagi
membolehkan peserta melihat dari mana-mana sudut. Suasana seperti ini juga akan
memudahkan peserta berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dalam bilik darjah. Suasana
seperti ini juga berkesan untuk latihan yang memerlukan pelatih bekerja dalam kumpulan.

11
6. KESIMPULAN

Secara ringkasnya, syarikat yang dipilih ialah Syarikat Nestle Malaysia Berhad yang
merupakan sebuah syarikat pengeluar makanan halal terbesar dalam kumpulan Nestle dan
merupakan pusat kecemerlangan halal bagi kumpulan Nestle. Ibu Pejabat syarikat ini terletak
di Mutiara Damasnara Selangor. Pembangunan sumber manusia dalam organisasi merupakan
perkara yang perlu diambil perhatian. Ini bagi membekalkan pekerja dengan kemahiran-
kemahiran penting. Bagi pekerja baru pula latihan orientasi adalah wajib bagi mereka. Ini
kerana sumber manusia perlu mendapat latihan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik
untuk organisasi. Tujuan latihan orientasi ialah untuk memberikan pengetahuan mengenai
organisasi kepeda pekerja baru, mmemberikan kemahiran teknikal, dan mengubah sikap dan
tingkah laku pekerja. Antara factor yang diperlukan dalam pembentukan program latihan
orientasi ialah seperti psikologi peserta, perbelanjaan, jumlah peserta , kaedah, tempat dan
jurulatih. Oleh itu, latihan dan pendidikan pekerja baru sangat penting kerana pekerja
merupakan aset utama syarikat dan bagi membantu mencapai keberkesanan pengurusan
sumber manusia dalam sesebuah organisasi.

12
RUJUKAN

Prof. Dr. Khulida Kirana Yahaya. (2013). Pembangunan Sumber Manusia. Kuala Lumpur:
Open University Malaysia

Dr Fadzli Shah Abd Azia. (2015). Perhubungan Industri. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia

Shanti Subraniam. 2007. Pengajian Perniagaan. Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Laporan Tahunan Syarikat Nestle Malaysia Berhad. 2015,2016

www.nestle.com

www.slideshare.net

13

Anda mungkin juga menyukai