Anda di halaman 1dari 2

LENCANA MAJU

M1 TUGASAN M1 (CITA-CITA PENGAKAP)


Objektif Tugasan (Assignment Outcome) M1 adalah :
Dapat
1. Mengetahui struktur organisasi Kumpulan, Daerah dan Negeri
2. Melukis dan menerangkan erti semua bendera negeri.
3. Mengenali dan mengetahui nama Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah
dan Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah.
4. Menerangkan erti Undang-undang Pengakap.

Langkah dan Kaedah anda menyelesaikan tugasan


1. Mencetakkan file ini
2. Membuat catatan dalam kertas A4 dengan kemas.
3. Mencari maklumat berkenaan daripada sumber yang benar.
4. Mencatatkan dengan tepat ke dalam catatan anda berdasarkan keperluan
tugasan-tugasan di bawah.
5. Mempraktikkan dengan tepat berdasarkan keperluan tugasan-tugasan di
bawah.
6. Menghantar kesemua tugasan M1 kepada pemimpin sebaik sahaja selesai
atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

Tugasan-tugasan
1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat daripada Pemimpin berkenaan
Struktur Organisasi Kumpulam, Daerah dan Negeri, kemudian anda
dikehendaki melukiskan dan mencatatkan struktur tersebut.
2. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai semua bendera negeri di
Malaysia daripada mana-mana sumber seperti laman web, buku teks, buku
rujukan, panduan kerajaan dan catatkan maklumat.
 Anda juga dikehendaki melukis dan mewarnakan semua bendera
dalam catatan anda.
3. Anda dikehendai mendapatkan maklumat daripada Pemimpin berkenaan
Nama Penuh Pesuruhjaya Negeri, Nama Penuh Pesuruhjaya Daerah dan
Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah.
 Anda dikehendaki mencatatkan dan melampirkan portrait orang
yang berkenaan ke dalam catatan anda.
4. Anda dikehendaki menerangkan dan mencatatkan erti-erti Undang-undang
Pengakap.

1 [Tugasan M1]
Untuk edaran dalaman Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-49 (Terbuka) Kota Lelayang sahaja
Untuk Rujukan Ahli Sendiri (Check List)
Langkah Perkara Tarikh
1 Dimuat turun, dicetak dan mulakan catatan
2 Selesaikan dan lengkapkan tugasan
3 Tugasan dihantar kepada pemimpin
4 Terima balik daripada pemimpin dan pembetulan (jika tiada
pembetulan, terus ke terakhir)
5 Pembetulan dan hantar semula kepada pemimpin
6 Pembetulan disemak dan diterima
7 Lulus M1 dan disimpan

Tandatangan Calon:

( ) Tarikh: ____________

2 [Tugasan M1]
Untuk edaran dalaman Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-49 (Terbuka) Kota Lelayang sahaja

Anda mungkin juga menyukai