Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN

Alam cakerawala yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai banyak rahsia
dan keistimewaan yang tidak ketahui oleh segerombolan manusia. Di dalam Al-Quran banyak
menyimpan teori yang sangat besar tentang alam cakerawala. Sebagai muslim pasti
berkeyakinan bahawa alam semesta sebelum ini adalah tidak wujud. Kemudian Allah SWT
yang menciptakan alam semesta sebagai mana firmannya bermaksud:

“Allah pencipta langit dan bumi dan bila Dia berkehendakuntuk menciptakan
sesuatu, maka cukuplah dia hanya mengatakan kepadanya ‘Jadilah’. Maka jadilah
ia.”

(Surah Al-Baqarah:117)

Al-Quran menjelaskan bahawa alam dan segala kandungannya adalah dicipta oleh Allah . Allah
telah memerintahkan kepada orang yang dikurniakan akal fikiran itu agar menghayati kejadian
di alam cakerawala ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Perhatikanlah apa yang ada di langit dan dibumi..”

(Surah Yunus:101)

Setiap ciptaan yang diciptakan Allah, pasti Allah akan memelihara, mengawal dan
mengurus segala juzuk alam dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar alam. Sebagai
contoh, lihatlah bagaimana Allah memelihara perjalanan Matahari yang bersaiz lebih besar
daripada saiz objek-objek yang terdapat di sistem suria, mengawal alam cakerawala di orbitnya
sejak dari awal ia diciptakan hingga ke hari ini dan seterusnya akan datang. Dengan kehebatan
dan kekuasaan Allah, Dia dapat mengawal dan mengurus tentang proses penghasilan tenaga
matahari melalui proses tindak balas nuklear pada setiap saat. Tenaga yang hebat ini
dibebaskan setiap saat sejak dari dulu hingga kini.

Allah juga mengatur kejadian siang dan malam. Bahagian malam akan menutup
bahagian siang bumi dengan kelajuan 1700 km sejam dalam tempoh 24 jam. Bumi beredar di
orbitnya, lalu terjadinya siang dan malam mengikut kadar yang tertentu. Dalam konteks ini
maklumat diatas ditemui melalui kajian sains yang menunjukkan betapa sistematiknya kuantiti
setiap gerakan tersebut. Jika difikir dan direnung dengan akal yang waras sudah tentu keadaan

1
sebegitu berlaku melalui satu perancangan dan pentadbiran yang teliti dan tidak mungkin hal
tersebut berlaku dengan sendirinya.

2. ALAM CAKERAWALA: BULAN

2.1 Definisi Bulan

Seperti yang kita ketahui, bulan adalah salah satu objek yang terdapat di alam
cakerawala. Bulan adalah satu jirim di mana permukaannya berbatu batan dan berbentuk bulat,
permukaannya juga sejuk melainkan permukaan yang bertentangan dengan matahari. Daya
tarikan graviti antara bumi dan bulan menyebabkan bulan berpusing mengelilingi bumi
mengikut tempat peredarannya. Panjang jarak antara bulan dengan bumi ialah 384,000 km dan
jarak paling minimum antara bulan dan bumi ialah 363,000 km. Perubahan kelajuan peredaran
bulan dipengaruhi oleh graviti bumi dan juga graviti matahari. (Arip Kosmo, 2007:41)

Selain itu, tiada satu makhluk pun yang dapat hidup di bulan kerana tidak ada udara
atau air, tetapi ketika angkasawan membawa tanah dan batu bulan kembali ke bumi, mereka
mendapati bahawa dengan udara dan air. Jika berada di bumi tumbuh-tumbuhan dapat hidup
subur dengan menggunakan tanah bulan. Matahari bersinar sepanjang hari dan menjadikan
Bulan lebih panas daripada air mendidih, pada waktu malam Bulan gelap dan membeku lebih
sejuk daripada ais. Sebagai lanjutan, setiap tahun Bulan akan bergerak sedikit lebih jauh dari
Bumi, tetapi hanya jarak yang sangat pendek. Dalam sejuta tahun, Bulan akan bergerak lebih
kurang 29km. Kawasan gelap di Bulan adalah dataran yang sangat kering dan ianya dipanggil
sebagai laut atau ‘Maria’. Pada permukaan bulan juga terdapat banyak kawah yang mempunyai
kedalaman sehingga 250km. Hal ini disebabkan oleh meteor yang menghentam bulan telah
menghancurkan permukaan bulan lalu membentuk kawah yang besar.

Seterusnya, terdapat sebahagian daripada permukaan Bulan yang tidak dapat kita lihat.
Hal ini demikian kerana, bulan mengubah posisinya sepanjang masa. Ahli astronomi
menggelarkan bahagian bulan yang tersembunyi sebagai ‘sisi jauh Bulan’, bahagiannya terdiri
daripada dataran tinggi. Selain itu, data dari satelit yang mengorbit Bulan telah membawa
kepada sebuah penemuan. Penemuannya ialah bahagian bulan diliputi oleh lapisan debu halus

2
yang berukuran antara lima dan sepuluh meter tebal. Debu ini terhasil daripada meteor yang
berterusan menghentam bulan. Tambahan pula, ahli geologi menemui satu penemuan yang
menarik. Penemuannya ialah di bulan terdapat tanah yang berwarna oren, ahli geologi
mendapati, tanah tersebut terdiri daripada sfera kaca yang bersaiz kecil kemudian bersatu
dengan kesan daripada haba meteor.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah menjelaskan pergerakan bulan bertujuan untuk
memberi faedah kepada manusia supaya dapat mengetahui bilangan hari, musim, bulan dan
tahun, seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar(terang-benderang) dan bulan


bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-
randah pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat
mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu
melainkan dengan adanya faedah-faedah dan gunaannya yang sebenar. Allah
menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNYa) satu persatu bagi kaum
yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).”

(Surah Yunus:5)

Bulan sangat penting kepada umat Islam. Hal ini kerana umat Islam dapat mengetahui
tentang waktu untuk beribadat seperti waktu solat, waktu puasa di bulan Ramadhan dan waktu
untuk menunaikan fardhu Haji dengan hanya melihat bentuk bulan. Selain itu, dalam urusan
muamalat mereka juga boleh mengetahui tentang habisnya tempoh dalam hal sewa menyewa,
gadaian dan upah.

Apabila hati seseorang tidak merasa tenang dan pemikirannya kusut serta tertekan,
mereka boleh melepaskan kekusutan tersebut dengan memandang kearah bulan yang indah.
Hal ini kerana, ia memberikan kerehatan dan ketenangan pada fikiran dan minda manusia.
Selain itu, terdapat juga fasa bulan di mana apabila bulan sabit pada satu tahap berkembang
menjadi separuh bulatan, bulatan penuh dan kemudian kembali lagi. Fasa ini disebabkan oleh
siri sudut yang sentiasa berubah yang terbentuk oleh Matahari dan Bulan ketika Bulan berputar
di Bumi. Apabila Bulan dan Matahari berada di sisi bertentangan Bumi, Matahari bersinar
secara langsung pada permukaan Bulan, menghasilkan Bulan penuh. Seluruh proses

3
mengambil masa sebulan, kitaran fasa tersebut berfungsi sebagai jam pertama, jadi tahun itu
dibahagikan kepada beberapa Bulan. Malah pada hari ini, Bulan dijadikan sebagai pandu arah
kepada umat Islam untuk meraikan beberapa bulan mulia pada setiap tahun, seperti bulan suci
Ramadhan.

3. ALAM CAKERAWALA: BINTANG

3.1 Ciri-ciri Bintang

Setiap perkara yang diciptakan oleh Allah pasti mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri. Seperti bintang, bintang merupakan salah satu ciptaan Allah yang terdapat di alam
cakerawala. Keindahan bintang-bintang ciptaan Allah ini dapat dilihat dengan jelas pada waktu
malam. Hal ini demikian kerana, kepekatan malam membolehkan kita untuk melihat bintang-
bintang yang bersinar dan bercahaya di langit. Kebanyakkan bintang adalah berbentuk sfera
dan terhasil daripada gas yang mudah terbakar. Bintang ialah jirim yang bercahaya dan tetap
pada orbitnya.

Bentuk, saiz, warna, suhu, kecerahan dan jarak setiap bintang daripada bumi adalah
berbeza di antara satu dan yang lainnya. Jarak terhampir bintang daripada bumi ialah
40,000,000,000,000 km iaitu bersamaan dengan 4 tahun cahaya. Terdapat bintang yang seratus
atau beribu kali lebih besar daripada matahari dan ia digelar sebagai ‘Supergiant’ dan terdapat
juga bintang yang lebih kecil daripada bumi dan ia digelar sebagai ‘Dwarf’. Saiz dwarf adalah
8.370 km lebih kecil daripada bumi.

Selain itu, suhu bintang dapat diketahui melalui warnanya. Bintang yang berwarna biru
adalah bintang yang paling panas. Suhunya melebihi 28,000ºC manakala bintang yang
berwarna merah merupakan bintang yang paling sejuk. Suhunya ialah 2,800ºC. Bintang yang
berwarna kuning pula mempunyai suhu yang sama dengan matahari iaitu 5,500ºC pada
permukaannya.

Bagi pergerakan bintang pula, ia berpusing bermula dari kanan ke kiri dan setiap satu
bintang mempunyai laluannya yang tersendiri. Hal ini menjadikan tiada perlanggaran dan
pergeseran berlaku di antara bintang-bintang di angkasa raya. Pergerakan bintang bergantung

4
kepada dua keadaan. Keadaan yang pertama ialah jika sesuatu bintang itu besar maka
pergerakannya akan lebih cepat. Tetapi jika sesuatu bintang itu kecil maka pergerakannya akan
lebih perlahan.

3.2 Kepentingan Bintang

Ilmu falak ialah ilmu yang membincangkan tentang pergerakan bulan, bintang,
matahari, dan planet-planet. Pada hari ini ilmu falak dikenali sebagai astronomi. Ilmu ini adalah
tentang kajian alam cakerawala. Dalam kehidupan seharian, manusia tidak dapat lari dari ilmu
falak. Walaupun tidak pada keseluruhan ilmu tetapi ilmu falak sangat berkait dengan beberapa
perkara iaitu bintang. Disebabkan bintang mempunyai pelbagai bentuk,suhu,warna dan jarak.
Ahli falak atau ahli astronomi dapat memanfaatkan perbezaan bintang ini untuk menentukan
dan mempelajari sesuatu perkara.

Contohnya, bintang sebagai pandu arah kepada pengembara ketika berada di laut
mahupun di darat. Seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran, Allah berfirman:

“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya


petunjuk dalam kegelapan di darat mahupun di laut. Sesungguhnya Kami telah
menjelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui.”

(Al-An’am:97)

Ayat ini menjelaskan bahawa bintang dapat digunakan sebagai kompas atau penunjuk
jalan kepada orang-orang yang mempelajari dan memahami ilmu falak. Hal ini demikian
kerana, pada zaman dahulu, ketika umat manusia berlayar di tengah-tengah lautan ataupun di
dalam hutan, mereka tidak mempunyai apa-apa peralatan yang berteknologi tinggi untuk
membantu mereka menentukan arah perjalanan ketika waktu malam. Oleh itu, dengan
mempelajari tentang bentuk-bentuk bintang seperti buruj, para pengembara ini dapat
mengetahui arah perjalanan mereka dengan lebih tepat.

Selain itu, bintang juga Allah jadikan ia sebagai alat pelontar syaitan yang mencuba
untuk mencuri berita dari langit. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan iaitu
bintang-bintang, dan telah memeliharanya dari setiap syaitan-syaitan yang sangat

5
durhaka, syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar (perbicaraan) para malaikat dan
mereka dilempari dari segala penjuru untuk mengusir mereka dan bagi mereka
siksaan yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri
(perbicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang terang.”

(As-Shaffat:6)

Ayat ini menjelaskan bahawa walaupun bintang-bintang ini kelihatan indah dan cantik
bagi penduduk bumi tetapi di langit Allah jadikan bintang sebagai pelontar untuk merejam
syaitan yang mencuba untuk mengetahui tentang takdir-takdir manusia dan rahsia di langit.
Firman Allah dari surah As-Shaffat ayat 6 dapat dikukuhkan lagi dari hadis yang disampaikan
daripada Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila Allah menetapkan suatu ketetapan di langit, maka para malaikat akan
mengepakkan sayap mereka kerana tunduk terhadap firman Allah. Setelah rasa
takut itu dicabut dari hati para malaikat, mereka bertanya ‘Apa yang telah
difirmankan oleh Tuhan kalian?’ Malaikat yang mendengar menjawab, ‘Dia
berfirman yang benar dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.’ Bisikan malaikat ini
didengar oleh jin pencuri berita. Jin pencuri berita ini bersama-sama dengan anak-
anak buahnya. Seperti jin yang paling atas mendengar ucapan malaikat kemudian
disampaikan ke jin bawahnya dan seterusnya hingga jin yang paling bawah
menyampaikannya kepada dukun atau tukang sihir. Terkadang mereka mendapat
panah api sebelum sempat berita itu disampaikan kepada dukun, dan terkadang
berhasil disampaikan kepada dukun sebelum sempat terkena panahan api.
Kemudian dicampur dengan 100 kedustaan (sehingga ada 1 yang benar). Orang
mengatakan bukankah pak dukun telah mengatakan demikian dan dia benar?
Akhirnya sang dukun dibenarkan dengan satu kalimat yang benar yang dicuri dari
langit.”

(HR Bukhari)

Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa dengan penelitian dan kajian yang mendalam,
setiap ciptaan Allah pasti mempunyai kepentingan dan keistimewaan nya yang tersendiri yang
dapat memberi manfaat kepada manusia sejagat. Dalam kajian tentang bintang ini, dapatlah
kita terokai serba sedikit bahawa bintang mempunyai pelbagai bentuk, corak, warna dan lain-
lain ciri lagi yang dapat dijadikan sebagai titik ukur untuk menentukan sesuatu perkara seperti

6
dijadikan sebagai penunjuk arah atau kompas dan bintang juga merupakan alat pelontar syaitan
yang cuba untuk mencuri berita-berita dari langit.

4. ALAM CAKERAWALA : BUMI

4.1 Apakah itu bumi ?

Bumi merupakan antara salah satu daripada ciptaan Allah Taala yang mempunyai banyak
manfaat. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya);
dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman
kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.”
(Surah Al-Baqarah: 117)

Ayat tersebut ingin membuktikan kepada makhluk tentang kekuasaan Allah SWT yang mana
menciptakan langit dan bumi tanpa ada ciptaan yang sama dengannya sebelum ini. Melalui
ayat ini juga, Allah SWT ingin memperlihatkan akan kesempurnaan dengan kemampuan-Nya
serta keagungan kekuasaan-Nya.

Pada pendapat ahli astronomi bumi ialah planet yang ketiga dari Matahari, serta mempunyai
149.6 juta kilometer jauh secara purata daripada matahari. Bumi tidak terlalu dekat dengan
Matahari sehingga ianya terlalu panas, mahupun terlalu jauh sehingga ianya terlampau sejuk
membeku. Bumi terbentuk pada 4.65 bilion tahun yang lalu. Orbit Bumi di sekeliling Matahari
ialah sepanjang 939,886,400 kilometer dan mengambil masa 365.242 hari untuk melaluinya.
Bumi menyerong pada 23.5° dan Suhu di permukaan Bumi ialah dari -89°C hingga 58°C. Bumi
juga ialah planet yang kelima terbesar di dalam sistem solar, dengan berdiameterkan 12,756
kilometer dan berukur lilit sebanyak 40,024 kilometer di Garisan Khatulistiwa. Selain itu, bumi
ialah salah satu daripada empat planet yang berbatu, bersama-sama dengan Utarid, Zuhrah dan
Marikh. Di samping itu, Bumi dilindungi daripada radiasi Matahari oleh sebuah medan magnet
yang dipanggil magnetosfera yang terhampar sehingga 60,000 kilometer ke angkasa.

7
Bumi juga mempunyai pelbagai sumber yang merupakan kepentingan bagi makhluk-makhluk
lain yang hidup di atas permukaannya. Antara contoh sumber-sumber tersebut adalah air,
hutan, tanah dan mineral. Kesemua sumber tersebut ada hikmahnya jika Allah Taala yang
menciptakannya. Oleh itu, kita harus menggunakan nikmat tersebut dengan sebaiknya demi
membentuk umat manusia yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan.

4.2 Sumber di Bumi

Antara sumber pertama yang ada di muka bumi ini adalah air. Ia merupakan sumber
keperluan yang amat penting bagi seluruh kehidupan dibumi. Berdasarkan hasil sebuah
penelitian, manusia boleh bertahan tanpa makanan selama 10 hingga 14 hari manakala air
hanya dalam 3 hingga 5 hari sahaja. Firman Allah Taala yang bermaksud,

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan
siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan
apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan
bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan,
dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh
(terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang
memikirkan.”
(Al-Baqarah ayat 164)

Berdasarkan ayat tersebut telah jelas Al-quran menyatakan bahawa air itu dicipta untuk
kehidupan di muka bumi ini. Tidak semua air di bumi ini boleh untuk manusia minum, ada
jenis air yang perlu kita rawat agar ia selamat untuk diminum. Walau bagaimana pun, terdapat
beberapa manfaat yang diperoleh dari sumber air ini. Pertama, ia dapat mengawal
keseimbangan yang berada di badan. Hal ini kerana dari segi saintifik manusia mengandungi
75% kandungan air di dalam badan. Pengambilan air yang seimbang amat penting dalam
mengekalkan keseimbangan tubuh badan demi menjana tubuh badan yang kuat dan cergas bagi
memastikan tubuh sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat. Kedua, fungsi air adalah
sebagai habitat hidupan akuatik. Makhluk di bumi ini mempunyai 3 kategori iaitu di darat, di
udara dan di dalam air. Bagi hidupan yang hidup di dalam air, ia merupakan habitat utama bagi
semua jenis hidupan akuatik. Tindakan pihak kilang yang membuang sisa toksik yang tidak

8
ditapis terlebih dahulu ke dalam sungai perlu dibendung kerana ia akan menjejaskan kehidupan
hidupan akuatik dan sumber air bagi manusia pada masa akan datang. Ketiga, adalah sebagai
sumber protein kepada manusia. Seperti yang kita maklum bahawa ikan-ikan adalah antara
sumber protein kepada kita. Sekiranya terdapat sungai atau laut yang telah dicemari oleh sisa
toksik dari kilang atau berlakunya tumpahan minyak di laut, hidupan akuatik seperti ikan akan
mati dan sekiranya ikan banyak mati, maka sumber pemakanan manusia iaitu protein akan
berkurangan. Terakhir ialah sebagai medium penjanaan hidroelektrik. Air juga dapat
menyalurkan tenaga elektrik. Tenaga jana kuasa hidroelektrik bergantung kepada proses
kitaran air di empangan. Antara contoh empangan yang terdapat di Malaysia adalah Empangan
Durian Tunggal di Melaka dan Empangan Batang Ai di Lubuk Antu, Sarawak.

Selain air, hutan juga antara sumber yang ada di bumi ini. Hutan boleh didefinisikan sebagai
sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan
manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah,
atmosfera, tumbuhan dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan
kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus,
hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Hutan juga merujuk kepada kawasan yang ditumbuhi
pokok-pokok secara meliar dan bercampur-campur. Ia berbeza dengan ladang yang pokoknya
ditanam oleh manusia dan pada kebiasaannya dipenuhi hanya satu atau dua spesies pokok
sahaja. Hutan juga dikelaskan mengikut perubahan ciri-ciri ketinggian dari aras laut, gabungan
flora, habitat, iklim, tanah dan biotik. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-gunung yang
kokoh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang
mata, Untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali
(mengingat Allah). Dan kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu
kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam,
Dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-
susun, Untuk menjadi rezki bagi hamba-hamba (Kami), dan kami hidupkan dengan
air itu tanah yang mati (kering). seperti Itulah terjadinya kebangkitan.”
[Qaaf: 7-11]

9
Dengan dalil tersebut, dapatlah kita ungkapkan bahawa kejadian hutan merupakan antara
contoh kebesaran Allah. Hutan dapat menghasilkan makanan, sebagai habitat bagi haiwan dan
sebagainya. Antara kepentingan hutan yang perlu kita teladani ialah merupakan habitat bagi
flora dan fauna. Secara asasnya, kita mengetahui bahawa hutan-hutan di seluruh bumi ini
merupakan habitat utama bagi flora dan fauna. Dengan adanya hutan ini, kebanyakan haiwan
dan tumbuhan tinggal di dalamnya dan dapatlah manusia mengkaji dan melihat ciptaan Allah
Taala. Antara flora dan fauna yang menetap di dalam hutan ialah harimau, gajah, kancil, rusa,
bunga rafflesia, pokok meranti dan lebih lagi. Kedua, ia merupakan sumber keperluan manusia.
Di hutan, terdapat banyak jenis tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai barang keperluan
harian manusia. Contohnya seperti pokok meranti, pokok balak, dan buluh dijadikan sebagai
perabot seperti almari, kerusi dan kenderaan seperti sampan, perahu. Dengan ini, ia dapat
memenuhi dan membantu manusia melakukan aktiviti serta mencari rezeki yang halal. Ketiga,
hutan juga adalah sebagai pengawal iklim. Lapisan hutan mengawal jumlah kehilangan air dari
permukaan hutan melalui proses penyejatan seterusnya mengawal kelembapan hutan. Oleh itu,
dapatlah kita mengetahui iklim di sesebuah tempat itu hanya dengan adanya hutan. Terakhir
yang amat penting ialah, hutan sebagai pembekal oksigen utama. Selain itu, hutan juga dapat
menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi. Hal ini kerana hutan mempunyai pelbagai
tumbuhan yang boleh menjalankan proses fotosintesis. Proses fotosintesis amat penting dalam
kehidupan masyarakat dalam memastikan purata suhu di negara kita tidak meningkat kerana
kesan rumah hijau boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat pada masa kini.
Sekiranya hutan ditebang, bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan dan menyebabkan
peratus karbon dioksida bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, kita
seharusnya memperbanyakkan aktiviti penanaman tumbuhan hijau agar dapat mengelakkan
daripada kejadian tersebut.

Antara sumber lain yang ada ialah tanah. Definisi bagi tanah ialah bahagian permukaan
bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah amat penting peranannya bagi
semua kehidupan di bumi, kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana
tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan
nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain.
Bumi juga dicipta dengan tujuh lapisan seperti firman Allah Taala yang bermaksud:
“Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.”
(QS. Ath-Thalaq [65]: 12)

10
Menurut ahli geologi, antara lapisan-lapisan bumi tersebut adalah 1) Centrosphere (Inti Bumi)
2) Lapisan Luar Inti Bumi 3) Lapisan Terbawah Pita Bumi (Pita Bawah) 4) Lapisan Tengah
Pita Bumi (Pita Tengah) 5) Lapisan Teratas Pita Bumi (Pita Atas) 6) Lapisan Bawah Kerak
Bumi 7) Lapisan Atas Kerak Bumi. Setiap ciptaan Allah Taala itu berperingkat sama juga
seperti kejadian manusia.

Tanah dapat memberikan pelbagai manfaat kepada makhluk yang berada di atasnya. Antara
manfaat berikut adalah sebagai tapak menjalankan aktiviti pertanian. Sebagaimana yang kita
ketahuhi, tanah amat penting kepada manusia kerana manusia menjalankan aktiviti pertanian
sebagai sumber makanan dan rezeki. Sebagai contoh, tanah tinggi Cameron Highland, Pahang
giat menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan
tumbuhan herba seperti teh kerana suhunya sesuai untuk tanaman berhawa dingin. Manakala
bagi tanah liat, ia sesuai untuk ditanam dengan sawah padi. Disebabkan tanah di sawah itu
lambat menyerap air, kita juga boleh membela hidupan lain seperti ikan. Kedua, dengan adanya
tanah, ia dapat dijadikan Sebagai tapak pembangunan di muka bumi ini. Tanah amat penting
kerana ia merupakan bahan diperlukan dalam proses pembangunan. Antara aktiviti
pembangunan yang sering dijalankan di Malaysia ialah kawasan perumahan, kawasan
perindustrian dan perkilangan. Dengan adanya pembangunan tersebut, dapatlah ia dijadikan
sebagai tempat rehat dan berteduh dari kepanasan matahari dan hujan yang lebat serta
menjalankan aktiviti mencari sumber rezeki. Terakhir, tanah juga adalah sebagai jalan
perhubungan menuju ke tempat yang lain. Tanah menjadi medium untuk menghubungkan
antara kawasan pedalaman dan kawasan pekan mahupun bandar dengan menggunakan jalan
raya. Jalan raya dibina di atas tanah pamah iaitu tanah yang mempunyai permukaan yang rata
supaya keselamatan pengguna jalan raya terjamin. Selain itu, ianya juga menjimatkan kos,
tenaga kerja , masa dan kerja pembinaan jalan raya di tanah pamah lebih mudah dibina
berbanding tanah beralun.

Sumber terakhir yang berada dibumi ialah sumber mineral. Mineral adalah unsur atau
sebatian kimia yang terdapat secara semula jadi di dalam kerak Bumi. Antara contoh mineral
yang ada ialah emas, perak, batu kapur dan bijih timah. Mineral wujud dalam bentuk unsur
atau sebatian dan mineral yang wujud dalam bentuk unsur adalah tidak aktif kerana ia bebas di
dalam kerak Bumi tanpa bergabung dengan unsur lain. Mineral dalam bentuk sebatian juga

11
terdiri daripada gabungan beberapa jenis unsur yang berlainan. Firman Allah Taala yang
bermaksud:
“Allah telah menurunkan air(hujan) dari langit, maka mengalirlah dari lembah-
lembah mengikut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengembang. Dan
dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-
alat, ada pula buihnya seperti buih arus tersebut. Demikianlah Allah membuat
perumpamaan bagi yang benar dan yang batil.’ (surah Ar-ra’d: 17)

Berdasarkan ayat tersebut dapat kita menjelaskan bahawa dengan mineral, ia dapat dijadikan
sebagai sumber perlombongan. Antara mineral yang dikorek dari dalam kerak bumi ialah bijih
timah, petroleum dan gas asli. Petroleum dan gas asli dapat digunakan sebagai minyak pelincir,
minyak petrol, dan bitumen untuk membuat jalan raya. Manakala bijih timah pula boleh
dijadikan sebagai barang perhiasan iaitu barang kemas contohnya emas dan perak.

Tuntasnya, bumi adalah ciptaan Allah Taala yang amat besar manfaatnya kepada makhluk-
Nya terutama umat manusia. Di samping itu, Segala apa yang ada di muka bumi ini amat
berkait dengan apa yang telah disebutkan di dalam Al-quran dan ia adalah demi memberikan
peluang kepada manusia untuk menggunakan akal yang telah diberikan dengan sebaiknya.
Namun jika disalahgunakan nikmat-nikmat tersebut maka akan terjadilah keburukan yang akan
berlaku di bumi tersebut. Antaranya ialah perubahan landskap. Ia akan terjadi sekiranya
manusia mengubah mengikut nafsu mereka tanpa memikirkan hidupan yang lain. Kedua,
kepupusan sumber atau spesies hidupan. Salah satu punca tersebut adalah disebabkan aktiviti
pembalakan yang berleluasa dan sebagainya. Ketiga, adalah peningkatan suhu bumi yang
berpunca akibat kesan rumah hijau dimana ia disebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang
berlebihan. Keempat, hakisan tanah boleh berlaku jika kawasan tanah menjadi gondol akibat
penebangan hutan. Terakhir, berlakunya bencana alam seperti banjir disebabkan pencemaran
sampah sarap yang banyak. Oleh itu, kita mestilah menggunakan nikmat yang telah diberikan
dengan sebaiknya agar dapat memupuk sikap cinta akan bumi dan alam sekitar. Semoga
dengannya kita mendapat keredhaan dari Allah Taala atas perbuatan kita tersebut.

12
5. ALAM CAKERAWALA: MATAHARI

5.1 Apakah itu Matahari

Matahari merupakan salah satu ciptaan allah yang sangat besar di alam ini. Ia dibuktikan
dengan Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan
bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.”
(Surah Al-Nahl ayat 12)

Matahari juga merupakan bintang, menurut para ahli astronomi terdapat 200 billion bintang.
Salah satu bintang-bintang itu ialah matahari. Matahari adalah bintang yang paling hampir
dengan kita. Matahari sangatlah panas dan mengandung gas yang sentiasa terbakar. Di
permukaan matahari terdapat ledakan api yang besar 40 hingga 50 kali ganda dari saiz bumi.
Matahari mempunyai suhu yang sangat tinggi iaitu suhu permukaan 6000 darjah Celsius ,
mengikut ahli astronomi hanya 0.2% suhu matahari yang dapat dirasakan di bumi. Cahaya
matahari mengambil masa 8 Minit untuk sampai ke bumi.

Dalam salah satu ayat Al-Quran, Allah berfirman ;

"Dan Kami jadikan pelita yang amat terang (matahari),"


(Surah An-Naba' Ayat 13)

Ayat ini menyatakan bahwa Allah telah menciptakan pelita, iaitu matahari, dengan cahaya yang
amat terang. Sudah terbukti bahawa Matahari adalah sumber utama cahaya di alam semesta
ini. Allah menciptakan matahari dengan penuh teliti dan itu telah menunjukkan tanda kebesaran
allah yang paling penting. Matahari terdiri daripada beberapa lapisan,Lapisan fotosfer (lapisan
paling luar), mempunyai suhu rata- rata 5700 Kelvin,Lapisan kromosfer, mempunyai suhu
sekitar 6.000 hingga 20.000 Kelvin, Lapisan korona, mempunyai suhu sekitar 1 juta Kelvin.

Firman allah:

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang
menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan

13
perhitungan (waktu).Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan
benar.Dia menjelaskan tanda-tanda(kebesaran-Nya) bagi orang- orang”.
(Surah Yunus ayat 5)

5.2 Kelebihan Matahari ;


Matahari mempunyai pelbagai fungsi sehingga ada orang yang menganggap matahari adalah
tuhan ini dibuktikan dalam sejarah dahulu seperti kaum zaba yang dilanda bencana banjir besar
kerana mnyembah matahari.

Firman Allah yang bermaksud ;


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan
bulan. Janganlah sembah matahari maupun bulan, tapi sembahlah Allah Yang
menciptakannya, Jika Ialah yang kamu hendak sembah.”

(Surah Al-Fussilat ayat 37)

Hal, ini kerana manusia menganggap matahari adalah suatu kuasa besar yang memberi banyak
manfaat kepada hidupan di bumi ini. Antara manfaat Matahari ialah Sebagai Sumber tenaga.
Cahaya Matahari memiliki tenaga cahaya yang sangat besar. Cahaya tersebut mampu
menerangi bumi pada sisi yang luas. Matahari juga membantu proses penurunan hujan.
Matahari menyejat air laut dan telah mengahsilkan awan. Apabila awan pecah maka terhasil
lah hujan yang membasahi bumi.

Firman Allah yang bermaksud ;

“Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak


perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian
Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun
dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari
gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu
kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang
dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian
keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.”

(Surah Al-Nur ayat 43)

14
Seterusnya cahaya matahari juga mebantu proses fotosintesis tumbuhan yang akan
menghasilkan gas oksigen. Gas oksigen adalah gas yang diperlukan oleh setiap manusia bgi
meneruskan kehidupan. Fotosintes juga adalah proses bagi tumbuhan untuk menghasilkan
makanan yang akan diperlukan oleh manusia.

Di zaman yang makin moden ini banyak teknologi canggih yang telah di hasilkan. Matahari
juga telah menjadi sumber tenaga yang dapat di ubah menjadi elektrik. Sistem solar telah
diperkenalkan bagi memelihara alam sekitar dengan menjadikn tenaga cahaya matahari sebagai
sumber tenaga bagi menghasilkan eletrik. Ia telah menunjukkan bahawa matahari adalah
ciptaan allah yang luar biasa kerana mampu memberi peblabagai manfaat kepada manusia.

Umat islam juga menggunakan matahari untuk menenetukan waktu solat dengan kaedah
bayang-bayang. Allah menciptakan matahari dengan penuh sebab dan sebaik baik kejadian.
Mengikut sains segala fenomena di bumi ini memerlukan tenaga matahari. Mulai angina
menghebus,penurunan hujan, pemerataan dan pembentanganya di permukaan bumi hingga
terbentuk dataran tinggi dan rendah, pembukaan celah sungai-sungai dan aliran air,
penyimpanan air di bawah permukaan bumi, komposisi tanah, batu karang danendapan-
endapan, konsentrasi jumlah metal, pergerakan ombak di laut, samudra, selat, dan proses
pasang surut air laut serta berbagai proses fenomena lainnya yang digerakkan oleh tenaga
matahari dengan izin Allah Swt.

5.3 Peredaran Matahari.

Matahari beredar pada paksinya sendiri. Walau bagaimanapun masih banyak saintis yang
mengatakan bahawa matahari tidak bergerak dan berputar pada paksinya. Mereka menyifatkan
bahawa matahari tetap pada tempatnya dan bumi berputar di sekelilingnya selama setahun iaitu
365 hari. Pada tahun 1512 ahli astronomi Nicholas Copernicus yang mengemukakan teori
bahawa Matahari tidak bergerak di tengah-tengah sistem solar, dan bahawa planet berputar di
sekelilingnya. Kepercayaan bahawa matahari itu tetap adalah meluas di kalangan ahli
astronomi sehingga abad ke-20. Di dalam Al-Quran ada menyebut

15
Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan,
masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya."

(Surah al-Anbiyaa' : ayat 33)

Tafsir Quraish Shibab:

“Allah lah yang menciptakan malam, siang, matahari dan bulan. Semua itu berjalan
pada tempat yang telah ditentukan Allah dan beredar pada porosnya masing-masing
yang tidak akan pernah melenceng dari garis edarnya (1). (1) Masing-masing benda
langit mempunyai poros dan garis edar sendiri-sendiri. Semua benda langit itu tidak
pernah kenal diam, tetapi terus beredar pada garis edarnya yang disebut orbit.
Kenyataan ini tampak jelas terlihat pada matahari dan bulan. Demikian halnya dengan
peredaran bumi pada porosnya menjadikan siang dan malam datang silih berganti
seolah-olah beredar pula”

Maksudnya Matahari dan bumi keduanya berpuatar pada paksinya. Matahari berputar
pada bima saktinya. Ia tetap pada tempatnya tetapi berputar pada paksinya sendiri.
Manakala Bumi berputar mengelilingi bulan sehingga kejadian siang malam berlaku.
Al quran telah membuktikan bahawa matahari juga bergerak pada paksinya jadi saintis
yang menyangkal dakawaan itu adalah orang yang tidak berpegang kepada al-quran.
Akhir sekali ternyata matahari merupakan salah satu ciptaan allah yang luar biasa.
Tiada apa yang dapat menandingi allah dalam menciptakan suatu kejadian. Justeru kita
perlulah sentiasa menghargai dan beriman dengan kekuasaan allah. Kita tidak dapat
melihat allah tetapi allah telah menciptakan suatu yang dapat kiata lihat dan
mentafsirkan kebesaran dan ke-Esaanya.

16
6. KESIMPULAN ;

Apa yang dapat diterapkan menerusi topik kita dalam islam dan sains adalah alam
cakerawala diciptakan oleh allah adalah untuk kesedaran kita iaitu hamba. Allah tidak
menciptakan bulan, matahari, bumi atau bintang tanpa sebab. Ia menciptakannya bagi
menunjukkan kekuasaannya agar kita taat terhadapnya. Alam cakerawala juga dapat
menambah ilmu pengatahuan dan membuka minda kita agar lebih berfikir dengan
segala kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap alam cakerwala seperti kajian
terhadap bagaimana hujan terhasil.

Jika kita lihat segala kajian yang telah dilakukan sebenarnya sudah ditulis dalam
Al-Quran seperti bagaimana hujan terjadi. Jadi dengan kajian dan ayat Al-Quran para
saintis atau pengkaji akan lebih percaya dan taat kepada Allah kerana mereka mendapat
banyak bukti tentang kekuasaan Allah kerana apa yang mereka kaji dan apa yang
terdapat dalam Al-Quran adalah sama dan benar.

Selain itu, alam cakerawala juga terbukti diciptakan oleh Allah untuk
memudahkan kehidupan seharian manusia. Ini dibuktikan dengan segala ciptaan Allah
itu memberikan fungsi yang bermanfaat seperti matahari berfungsi sebagai penentu
waktu solat dan bintang sebagai penunjuk arah bagi pelayar. Maka terbukti lah bahawa
alam cakerawala telah memberi banyak kebaikan terhadap segala hidupan yang berada
di bumi dan di langit. Akhir kata, kita haruslah beriman dan taat kepada Allah yang
meciptakan bumi dan seluruh alam cakerawala, sesungguhnya tiada kuasa yang lebih
besar daripada kuasaNya.

17
7. BIBLIOGRFI

1) BUKU
 Mohamed Akhiruddin Ibrahim Rahimah Saimin. 2010. The Universe in
The Holy Quran. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
 Mohd Azhar Zakaria. 2004. The Universe. Kuala Lumpur: Perpustakaan
Negara Malaysia.
 ACIS. 2019. Sains dan Teknologi Islam. Negeri Sembilan. Universiti
Teknologi Mara, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.
 Science Library: Space, 2004, Miles Kelly Publishing Ltd.

2) ARTIKEL (DARI WEB)


 Syeikh Mohd Firdaus B. Mohd Khalil (2018). Penerokaan Bidang Ilmu
Falak Syarie. Diambil pada 7 November 2019 dari sesawang:
https://firdauskhalil.wordpress.com/category/artikel-falak-astronomi/
 Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (2018). Apa itu Falak?. Diambil
pada 7 November 2019 dari sesawang:
https://www.muftins.gov.my/v1/en/2018/12/20/apa-itu-falak/
 Era Muslim Media Islam Rujukan (2019). Meteor Itu Panah Api Pelempar
Syaitan yang Mencuri Berita Langit?. Diambil pada 7 November 2019 dari
sesawang:
https://www.eramuslim.com/peradaban/quran-sunnah/meteor-itu-panah-
api-pengusir-syaitan-yang-mencuri-berita-langit.htm#.XcQsmlczbIU
 Research gate (2019). Matahari dalam Perspektif Sains dan Al-Qur'an
diambil pada 5 November 2019 dari sesawang :
https://www.researchgate.net/publication/334609773_Matahari_dalam_Per
spektif_Sains_dan_Al-Qur'an
 Islam, sains, dan teknologi (2019). Biologi dalam Al-Qur’an: Fotosintesis
diambil pada 5 November 2019 dari sesawang:
http://islamsainsteknologi.blogspot.com/2016/05/biologi-dalam-al-quran-
fotosintesis.html
 S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah
Persekutuan (21 September 2016 bersamaan 19 Zulhijjah 1437 H.)

18
IRSYAD AL-FATWA KE-129: PENCIPTAAN LANGIT & BUMI,
diambil pada 31 oktober 2019 dari sesawang:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1236-
irsyad-al-fatwa-ke-129-penciptaan-langit-bumi

19

Anda mungkin juga menyukai