Anda di halaman 1dari 3

Contoh 1:

..........................merupakan seorang pelajar yang bertanggungjawab dan


berusaha menyempurnakan tugasnya. Pelajar ini adalah seorang yang kreatif dan
sentiasa berfikiran positif serta dapat menyumbang pelbagai idea yang berguna
untuk menjayakan tugasanya. Dari segi akademik, dia tidak mudah putus asa
sebaliknya berusaha untuk mencapai matlamatnya. Dia dapat menyelesaikan
masalah dengan rasional dan sentiasa membantu rakan sebaya.

……………………… merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang


kokurikulum. Dia pernah menyertai pertandingan antara kelas bagi pasukan Bola
Jaring dan Badminton yang telah mencapai Johan. Selain itu, dia juga merupakan
seorang ahli Pandu Puteri dan pernah memegang jawatan sebagai Penolong
Quarter Master dan Ketua Kumpulan Kebajikan. ……………………… pernah menyertai
kem dan bertugas sebagai juru pertolongan cemas di peringkat negeri. Tambahan
pula, dia juga melibatkan diri dalam Larian Merentas Desa, Larian Satu
Murid,Satu Sukan, Satu Malaysia dan Larian Ekiden di peringkat Antarabangsa.
Dia juga pernah menyertai ‘Amazing Race’di Kuala Lumpur serta menghadapi
pelbagai cabaran dalam aktiviti tersebut.

Contoh 2 :
..................................................... merupakan seorang pelajar yang berdisiplin
dan berdedikasi untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik.
Pelajar ini adalah seorang yang bertanggungjawab dan berusaha menyempurnakan
tugasnya. Dengan sikapnya yang periang dan berfikiran positif, dia dapat
menjalin hubungan yang erat dengan orang ramai.

……………………………… merupakan seorang pengawas yang telah berkhidmat


selama 5 tahun dan memegang jawatan sebagai Bendahari pada tahun 2011. Dia
juga merupakan seorang Pandu Puteri yang aktif dalam aktiviti kepanduan dan
memegang jawatan sebagai Ketua Pasukan dan dilantik sebagai Pandu Puteri Raja
Tahun 2011. Dia sering berkhidmat dalam acara Pandu Puteri serta menyertai
pertandingan kawad kaki dalam sekolah dan peringkat negeri. Tambahan pula,
………………………….. merupakan Pengerusi Kelab Muzik dan Konduktor Pasukan Koir
Sekolah dimana banyak membuat persembahan sama ada di dalam sekolah atau di
luar sekolah. Dia juga aktif dalam pertandingan kaligrafi Cina, pertandingan
mendeklemasi sajak Cina serta mewakili sekolah dalam pertandingan sajak
Melayu . Dia juga menyertai dalam Larian Ekiden .
Contoh 3 :

………………………………………………………. merupakan seorang pelajar yang selalu


mencari ilmu pengetahuan untuk mencapai matlamatnya. Pelajar ini selalu mengisi
masa lapang dengan melakukan kerja yang bermanfaat. Dia disenangi ramai dan
dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan pelajar dan guru. Dia juga
merupakan seorang periang , mempunyai hala tuju yang nyata dan berfikiran
rasional untuk menghadapi sebarang cabaran.

………………………………………………… merupakan seorang pengawas yang


bertanggungjawab dalam menyempurnakan tugasnya. Selain itu, dia juga
memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Pasukan Badminton yang banyak
mewakili sekolah dalam pertandingan. Malahan, dia juga merupakan AJK
Persatuan Sains dan Matematik yang banyak menyumbang kepada persatuan.
Pelajar ini juga aktif melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan seperti Kuiz
Kimia Kebangsaan, Kaligrafi Cina, The University of New South Wales dan
sebagainya.

Contoh 4 :

……………………………………….. merupakan seorang pelajar yang selalu memajukan


diri dengan memperoleh ilmu pengetahuan dari pelbagai sumber. Dia mempunyai
hubungan yang baik dengan rakan sebaya dan menghormati para guru. Dia juga
seorang yang peramah dan sentiasa membantu rakan sebaya dan guru. Selain itu,
Khee Leng juga seorang yang berfikiran matang, positif dan kreatif dimana dia
sentiasa memberi idea yang rasional dan berkesan dalam menghadapi sebarang
cabaran.

…………………………………………. juga aktif dalam penglibatan kokurikulum. Dia


memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha dalam badan beruniform Wushu
yang banyak membuat persembahan dalam aktiviti sekolah. Dia juga telah
menyertai pertandingan catur, “Amazing Race” dan menyertai kem PBSM serta
Larian Ekiden peringkat Antarabangsa.
Contoh 5 :

…………………………………….. merupakan seorang pelajar yang rajin ,


berdedikasi dan menumpukan perhatian dalam pelajaran untuk mencapai
keputusan yang cemerlang. Pelajar ini adalah seorang yang bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugasnya . Apabila menghadapi masalah, dia akan berusaha
untuk menyelesaikannya. Dia juga cekal dan berazam tinggi menghadapi sebarang
tekanan dan cabaran. Dia bergaul rapat dengan orang lain dan beradab sopan
terhadap guru .

…………………………………. merupakan seorang Pengawas Sukan yang


banyak berkhidmat kepada sekolah terutamanya dalam persediaan alatan sukan
dan bertugas pada Hari Sukan. Dia juga merupakan ahli Persatuan Wushu yang
banyak terlibat dalam persembahan. Selain itu, pelajar ini juga aktif dalam
bidang Sukan dimana dia pernah menyertai acara larian, lompat tinggi, lompat
jauh pada Hari Sukan. Tambahan pula, dia melibatkan dalam Larian Ekiden di
peringkat Antarabangsa.

Contoh 6 :

……………………………………………………… merupakan seorang pelajar yang sentiasa


rajin dan berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Dia dapat
mengatasi masalah dan tekanan dengan rasional. Dengan sikapnya yang periang
dan berfikiran rasional, dia dapat menjalin hubungan yang erat dengan orang
ramai. Malahan, dia seorang yang berhemah tinggi, bersopan santun dan
menghormati ibubapa dan guru.

…………………………………………….. merupakan seorang Pengawas Pusat Sumber


yang bertanggungjawab dan memegang jawatan Penolong Ketua Nilam. . Dia
menjalankan tugasnya yang diamanahkan dengan tanggungjawab dan baik. Dia
merupakan seorang ahli aktif dalam badan beruniform Wushu yang banyak
menyertai persembahan dalam aktiviti sekolah. Di samping itu,
…………………………………………… pernah mewakili Rumah Biru menyertai pertandingan
catur antara rumah sukan dan telah memenangi pingat Perak. Dia pernah
menyertai Larian Ekiden peringkat Antarabangsa , Larian Satu Malaysia
peringkat Kebangsaan dan Kuiz Kimia Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai