Anda di halaman 1dari 19

© Malaysian Journal of Social Administration

Volume 4, 2007: 39-57

Cabaran-cabaran semasa umat islam dan


penyelesaiannya menurut agama
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, PhD.
Pensyarah dan Timbalan Dekan,
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus KUSZA
Gong Badak, Kuala Terengganu.

PENDAHULUAN

Mutakhir in umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan


pelbagai cabaran yang menguji keimanan, kepercayaan dan
pegangan mereka terhadap Islam. Di antara isu yang hangat
diperdebatkan dewasa ini di kalangan umat Islam ialah isu
kelemahan umat Islam. Pengertian kelemahan yang melanda
umat Islam kini meliputi kemunduran dalam pelbagai lapangan
hidup, kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesama
sendiri dan berbagai lagi kemelut dan krisis yang menghimpit
umat Islam kini. Keadaan yang berlaku ini amat jauh bezanya
dengan jaminan Allah taala kepada umat Islam sebagai umat
yang terbaik dan menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam
berbagai aspek kehidupan. Justeru, di mana silapnya dan
siapakah yang bersalah dalam hal ini sehingga umat Islam
terpaksa menelan kepahitan hidup dan bergelumang dengan
berbagai-bagai krisis dan kemelut yang memilukan.
Untuk menjawab persoalan ini, maka sudah sewajarnya
umat Islam bermuhasabah din i dan menilai kembali dini
40 Engku Ahmad Zaki

mereka, iman dan Islam mereka, amal salih mereka, akhlak


mereka dan corak kehidupan mereka, Apakah ia sudah betul-
betul menepati ajaran Islam yang sebenarnya?
Terdapat ramai ulama tersohor yang telah mengupas
persoalan ini dalam buku-buku mereka bagi menjelaskan
hakikat sebenarnya tentang musibah yang menimpa umat
I sla m. An t ar an y a A b u al- H a s an ' A li a l- N a dw i, S h ei kh
Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi, dan Mustafa
Mahmud.
Yusuf al-Qaradawi (1985) pernah menyimpulkan keadaan
umat Islam dengan katanya:
i) umat yang lupa din, padahal mereka adalah umat
yang terbaik,
ii) umat yang tenggelam di belakang timbunan kemajuan
material,
iii) umat yang daya fikirnya jumud, selalu mengikut dan
tidak berdaya,
iv) umat yang kekuatan ekonominya tidak berfungsi,
v) umat yang kuantitinya belum berguna walaupun
jumlahnya besar,
vi) umat yang kekuatan jiwanya tidak berdaya akibat
mengutamakan kekuatan jasmani daripada rohani,
vii) umat yang sistem pendidikan dan media massanya
tidak menyokong pembinaan sahsiah umat Islam.

Sehubungan itu, Muhammad Qutb dalam bukunya Ru'yah


Islamiyyah Li Ahwal at- Alam al-Islamiyy berpendapat bahawa
umat Islam selamanya tidak akan berjaya dalam menunaikan
risalah Islam yang diamanahkan melainkan jika mereka
memiliki kekuatan kebendaan yang mencukupi. Kedudukan
wasilah atau cara itu samalah dengan kedudukan ghayah atau
matlamat yag dituju itu. Jika sesuatu amalan wajib itu tidak
terlaksana melainkan dengan wasilah tersebut, maka wasilah
tersebut dengan sendirinya akan menjadi wajib hukumnya.
Jadi, macam mana mungkin umat Islam hendak merealisasikan
amanah menyampaikan Islam ke sekalian alam sekiranya
mereka masih lagi bergantung hash l makanan dari ehsan
golongan kafir dan musuh-musuh Islam? Bagaimana pula umat
Islam ingin bangkit berjihad pada jalan Allah sedangkan mereka
masih lagi mengharapkan bantuan senjata dari musuh-musuh
Islam? (Muhammad Qutb 1991).
Cabaran Semasa Umat Islam 41

Mengapa umat manusia yang lain dapat menikmati hasil


mahsul bumi yang melimpah ruah tersebut, manakala umat
Islam pula masih lagi dalam keadaan merempat, kemiskinan
dan ketinggalan di mana hasil kekayaan di bumi mereka
dirampas musuh-musuh Islam? (Muhammad Qutb 1991).
Padahal, Allah taala telah mencipta bumi yang terbentang luas
ini untuk kegunaan dan kemudahan sekalian makhluk Allah
taala yang menghuni alam ini. Allah taala berfirman dalam
s ur a h Al - M ul k, a yat 1 5 y an g ber m a ks u d : D ia la h y an g
me n j a di k an b u mi ba gi ka m u m u d ah d ig u n a k an , ma k a
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dad
rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allahlah
jua (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup
semula. (Maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-
Nya).
Akhirnya, Muhammad Qutb telah mendedahkan punca
se b en ar k el em ah an u mat I sl am k in i p a d a h a ki k at n y a
merupakan satu hukuman Ilahi yang dijatuhkan Allah taala
kepada umat Islam akibat kelalaian dan kecuaian mereka
sendiri. Umat Islam ketinggalan dan lemah kerana mereka
meminggirkan Islam dari realiti kehidupan semasa. Ini
bertepatan dengan firman Allah taala dalam surah Taha, ayat
124 yang bermaksud: Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari
ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya
kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada
hari kiamat nanti dalam keadaan buta.
Dr. Salah Abd al-Fattah al-Khalidi ada menyebut tentang
Muslim masa kini dalam kitabnya Thawabit Ii al-Muslim al-
Muasir dengan berkata:
Siapakah kita? Hendaklah kita berterus terang menyatakan
bahawa orang Islam pada zaman sekarang merupakan
contoh yang terburuk di sepanjang sejarah Islam. Pada
hakikatnya, umat Islam telah kehilangan Islam sebagai teras
kehidupan sehingga mereka hidup dalam serba luar biasa
di samping mereka telah meminggirkan Islam dalam pelbagai
bidang terutamanya dalam bidang keagamaan, nilai-nilai,
akhlak, suluk, matlamat, methodologi, politik, ekonomi,
keilmuan dan amalan (Al-Khalidi, Salah Abd al-Fattah
1989).
Abd al-Qadir Awdah juga ada menyebut dalam kitabnya
al-Islam wa Awda'una al-Qanuniyyah:
Sebenarnya kelemahan umat Islam bukanlah berpunca
daripada peraturan dan perundangan Islam, sebaliknya ía
42 Engku Ahmad Zaki

berpunca dari meminggirkan ajaran Islam dalam kehidupan.


Maka, umat Islam yang ada di setiap pelusuk negara Islam
dewasa ini hanyalah Islam pada namanya dan bibirnya
sahaja, bukannya Islam yang berturyangkan dalam hati dan
terjemahan amalan salih kecuali sesiapa yang dirahmati
Allah s.w.t. dan bilangan mereka amat sedikit sekali
(Mahmud Ismail al-Siniy dan rakan-rakan ( t.th.).
Mary Weliderz yang berasal dari Britain dan beragama
Kristian sebelum memeluk Islam, ada menyebut tentang
gambaran Islam pada kaca mata Barat di dalam bukunya
Rihlah min al-Kanisah ha al-Masjid Limadha?:
Di sana ada satu hakikat iaitu corak pentadbiran yang
diamalkan di sebahagian besar negara Islam dan disusuli
pula dengan perlakuan atau kegiatan sebahagian umat
Islam sendiri telah meninggalkan kesan yang begitu
mendalam di kalangan orang Barat tentang Islam.
Bagaimana hendak dijelaskan tentang serangan kejam
terhadap orang-orang awam di dalam peperangan yang
tercetus antara Iraq dengan Iran? Ditambah lagi dengan
golongan pendatang Islam ke Barat melalui perlakuan dan
kegiatan mereka telah memburukkan lagi Islam sehingga
mereka (orang Barat) memberikan lip utan meluas aspek-
aspek negatif tentang Islam melalui saluran arus perdana
mereka sama ada akhbar, majalah, televis yen, radio dan
filem-filem yang merupakan alasan yang kuat bagi
mendesak masyarakat Barat untuk menentang Islam di
samping ianya menebalkan lagi rasa ketidak-percayaan dan
kebencian mereka terhadap Islam ...(Mary Weliderz 1992).
Muhammad gutb (1988:279) menyifatkan mereka sebagai
golongan yang bencikan Islam sebagaimana katanya:
Di samping itu juga, ada golongan manusia yang tidak
bencikan Islam dari aspek akidah, namun mereka tidak suka
untuk melaksanakannya dalam realiti kehidupan semasa!
Golongan ini sebenarnya mahukan Islam dari segi aqidah
hanya bertapak di hati sahaja atau dengan lain perkataan,
akidah yang menuntut manusia untuk solat dan berpuasa
sahaja. Manakala yang selain daripada itu, maka hati tidak
bermaya untuk me/aksanakannya. Mereka hanya inginkan
kesenangan tanpa batas! Mereka ingin berhibur di panggung
wayang biarpun lucah sekalipun, dengan tarian-tarian di
televis yen, yang ini haram dan yang itu halal. Sebahagian
daripada lelaki begitu berminat menyaksikan fitnah yang
dihamburkan oleh wanita-wanita di jalanan! Manakala
wanita pula begitu ego dengan kewanitaan mereka untuk
Cabaran Semasa Umat Islam 43

terus menggoda kaum lelaki sehingga mereka berlebih-


lebihan dalam solekan dan pakaian tanpa sebarang
sempadan. Mereka juga ingin agar merasakan din i mereka
tidak melakukan kesalahan di dalam semua itu asalkan niat
mereka suci dan betul.

Mereka tidak menyatakan kebencian mereka secara terang-


terangan kepada Islam, namun merekalah sebenarnya yang
menyimpan kebencian yang mendalam kepada Islam.
Sememangnya inilah realiti dan senario yang berlaku
kepada umat Islam kini. Tiada gunanya umat Islam merasa gah
dengan identiti Islam mereka sedangkan mereka begitu jauh
ketinggalan dalam semua aspek kehidupan dan begitu mudah
pula ditindas dan diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh
Islam. Malah, Islam menganggap bahawa kelemahan dan
kejatuhan itu sebagai satu jenayah yang telah dilakukan umat
Islam kerana ia bertentangan dengan perintah Al-Quran dan
Hadis Rasulullah s.a.w. sendiri.

CABARAN-CABARAN SEMASA DI MALAYSIA

Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah merangka 10 prinsip


utama Islam Hada& yang juga merupakan 10 cabaran yang

1 Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus


kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan
Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan
melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta
fizikal.Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem
ekonomi. sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan
sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman,
bertamadun Unggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani
cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam
Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau
fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras
pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami
secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari
asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi
kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat
menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya
tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk clan coral( pembangunan
mengikut masa dan tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan
dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh,
merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi,
diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang
komprehensif, diperlengkap pula denga.n program pembangunan rohani untuk
menyemai nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
Sila lihat: http://www.islam.gov.my/islamhadhari/
44 Engku Ahmad Zaki

akan dihadapi oleh umat Islam di Malaysia iaitu sebagaimana


berikut:
i) Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
ii) Kerajaan adil dan beramanah
iii) Rakyat berjiwa merdeka
iv) Penguasaan ilmu pengetahuan
v) Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
vi) Kehidupan berkualiti
vii) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
viii) Keutuhan budaya dan moral
ix) Pemeliharaan alam semulajadi
x) Kekuatan pertahanan

Salleh Buang (2006) pula menggariskan 10 cabaran yang


dihadapi oleh umat Islam mutakhir in Cabaran tersebut ialah:
i) melaksanakan agenda Melayu/ umat Islam yang
belum selesai;
ii) mempertahankan status dan hala tuju Mahkamah
Syariah;
iii) mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya
kepada institusi kehakiman negara;
iv) memperkasa dan merekayasa jabatan kerajaan dan
agensi awam, termasuk Jabatan Agama Islam Negeri;
v) menangani pengaruh "global christianity";
vi) meneruskan projek "common law" ala Malaysia (yang
telah berkubur);
vii) memperbaharui/ membersihkan undang-undang
negara yang tidak selaras dengan hukum syarak;
viii) memperbaharui undang-undang lapuk yang tidak
sesuai lagi pada alaf baru;
ix) mengawal pembangunan yang tersasar (mengamal-
kan pembangunan lestari), dan
x) memperkukuh/ melaksanakan undang-undang alam
sekitar.

Mufti Perak (2006) pula berpendapat bahawa antara


cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di negara ini adalah
seperti berikut:
i) pemindahan budaya dad Barat
Ca b a ra n S ema sa Uma t Isla m 4 5

ii) sekularisme
iii) budaya hedonisme
iv) pluralisme
v) wabak AIDS/HIV

Sebuah pertubuhan belia Islam (Angkatan Belia Islam


Malaysia 2006) pula mengenal pasti enam cabaran lain yang
dihadapi umat Islam di negara ini, antaranya:
i) liberalisme
ii) hegemoni Barat
iii) etika berpolitik
iv) masyarakat madani
v) perpaduan nasional
vi) isu memperkasakan moral bangsa.

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa umat


Islam di Malaysia pada zaman mutakhir ini menghadapi
berbagai-bagai jenis cabaran yang dapat diklasifikasikan
kepada dua bentuk, iaitu cabaran yang datang dari kalangan
umat Islam sendiri dan cabaran yang datang dari luar,
terutamanya dari Barat.

CABARAN DARI UMAT ISLAM

Antara cabaran yang datang dari kalangan umat Islam sendiri


ialah kejahilan dan kurang penghayatan umat Islam terhadap
Islam, terutamanya akidah Islam. Pelbagai bentuk krisis
k e per c ay aa n d an k e me l ut a k i da h y an g b er l a k u da la m
masyarakat Islam menjadi petanda dan kayu pengukur yang
dapat menentukan tahap kelemahan seseorang Muslim
terhadap ilmu keagamaan dan kemampuan mereka untuk
membezakan yang hak dari yang batil.
Sebagai contohnya, umat Islam yang terperangkap dengan
ajaran sesat begitu mudah menerima ciri-ciri ajaran sesat yang
amat jelas sekali bertentangan dengan akidah dan syariat
Islam. Bahagian Hal Ehwal Islam (1994), mengenal pasti enam
ciri tersebut:
i) menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah dan
sebagainya,
ii) mempercayai wahyu masih lagi turun,
46 Engku Ahmad Zaki

iii) mempercayai ada lagi nabi dan rasul yang lain selepas
Nabi Mumamad (s.a.w.),
iv) mempercayai guru sebagai Imam Mandi atau nabi;
v) me m p er c ay ai or an g mat i b ol eh me m b er i k an
pertolongan apabila diseru namanya, dan
vi) memansuhkan kewajipan-kewajipan tertentu dalam
syariat Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain- lain.

Kepercayaan-kepercayaan yang menyeleweng seumpama


ini sudah tentu secara jelas bertentangan dengan rukun-rukun
iman dan Islam yang wajib diketahui, dipelajari dan diyakini
serta tidak pernah dipertikaikan oleh seluruh umat Islam di
dunia ini kecuali mereka yang tersesat dan juga terpengaruh
dengan ajaran sesat.
Oleh sebab itu, kejahilan terhadap Islam merupakan
antara faktor berlakunya krisis akidah di kalangan umat Islam
sehingga menyebabkan wujudnya beberapa ajaran sesat dan
f ah am an ya n g b er t e n t an ga n de n g an sy a r iat se b en ar .
Kebiasaannya, orang jahil akan menerima sesuatu perkara
sepenuhnya tanpa membuat pertimbangan terlebih dahulu
sama ada benar atau bertentangan dengan ajaran Islam (Azhar
Abu Samah dan Mohd. Yusof Sulaiman 2000). Orang yang jahil
merujuk kepada seseorang yang tidak mengetahui sesuatu
perkara. Apabila sesuatu perkara dijelaskan kepadanya, dia
akan beranggapan perkara itu benar. Malah kejahilan akan
mendatangkan mudarat yang lebih besar sekiranya ia
membabitkan kepercayaan. Ini kerana ia sukar diubah dan
di le n y a p ka n d al am ma s a y an g s in g k at : se b al i kn y a i a
memerlukan proses pemulihan yang berterusan.

Kejahilan juga menjadi punca berlakunya salah faham di


kalangan umat Islam terhadap ajaran Islam yang sebenar.
Menurut Kamus Dewan (2002), salah faham merujuk kepada
tidak mengerti hal yang sebenarnya atau memberi pengertian
yang salah, salah mengertikan sesuatu atau menyalahertikan.
Muhammad Qutb (1989) menegaskan bahawa salah faham
terhadap Islam bermaksud kefahaman yang menyeleweng dart
hakikat ketuhanan, alam semesta, kehidupan dan juga
kemanusiaan. Dalam erti kata lain, terdapat salah faham di
d al am p e mi kir an m a n u si a d al am m en an g ga pi h a k i kat
ketuhanan yang sebenarnya dan hubungan manusia dengan-
Nya di samping tersilap pengertian berkenaan konsep alam
Cab a ran S ema sa Umat Islam 47

semesta, hubungannya dengan Allah dan manusia dalam realiti


kehidupan mi. Pendek kata, salah faham manusia terhadap
Islam merangkumi segala lapangan kehidupan manusia dari
aspek akidah, syariat dan akhlak.
Selain daripada kejahilan, salah faham juga boleh terjadi
apabila seseorang menimba ilmu agamanya bukan daripada
sumber yang ash i iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran dan
al-Sunnah sahaja merupakan sumber rujukan dan pegangan
utama umat Islam dalam memahami hakikat Islam yang
se b en ar n ya ( M u h a m ma d N or b. I br a h i m et al. ( 1 9 9 5).
Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda:

___ °L.,3 c„;-_):.• 1 AA -13. Ajj :44c. ';d11 u.t.0 411 :Dt
fk:V3 —42L:3 ;;ILL3.s•

(Maksud: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu


dua perkara yang kamu sekali-kali tidak akan tersesat selagi kamu berpegang
teguh pada keduanya iaitu kitab Allah dan sunnah Nabi-NyaI.2

Selanjutnya, kelemahan yang melanda umat Islam kini


berpunca daripada kurang kesedaran, lupa din, tidak
menggunakan seluruh kekuatan dan potensi, tidak berdikari
dan banyak bergantung kepada Barat, daya berfikir yang kerdil,
sempit dan jumud, budaya taklid yang merugikan, kekuatan
rohani yang pudar, ketandusan ilmu, muflis ide, muflis akhlak,
ukhuwah antara umat yang lemah, kerja tidak berkualiti dan
kurang produktiviti serta membiarkan sahaja sumber ekonomi
dieksploitasi musuh (Yusuf al-Qaradawi, 1985).
Kesalahfahaman terhadap ajaran Islam ini juga timbul
akibat kelemahan intelektual Islam sendiri yang salah
memahami ajaran Islam sebagaimana dikehendaki Allah (s.w.t.)
dan Rasul-Nya. Ada di kalangan umat Islam rasa rendah dini
terhadap ideologi-ideologi dunia, kemudiannya membuat
persamaan antara Islam dengan ideologi-ideologi tersebut. Maka
lahirlah istilah "sosialisme Islam", "liberalisme Islam",
"kapitalisme Islam", "demokrasi Islam", "humanisme Islam" dan
istilah-istilah lain yang sama sekali asing bagi Islam. Maka
pendengar pun memahami bahawa Islam adalah sepadan
2Al-Tirmidhi, Sunart Kitab al-Manaqib An Rasulillah, Bab Manaqib
Ahl Bayt al-Nabi, j. 5, no. Hadith: 3786, h. 662; Muhammad Zakariyya al-
Kandahlawi (1980), Awjaz al-Masalik ha Muwatta' Malik, Kitab al-Jami`, Bab al-
Nahy 'An al-Qawl bi al-Qadr, j. 14, no. Hadith: 1395, Beirut: Dar al-Fikr, h. 100.
48 Engku Ahmad Zaki

dengan ideologi-ideologi ciptaan manusia itu (Hilmy Bakar


Almascaty 1994).
Lebih tegas lagi kelemahan dunia Islam hari ini bukanlah
di s e ba b k an h e b at n y a s er a n g an m us u h at a u c e ka p n y a
perancangan mereka mengatur strategi, tetapi kerana mereka
bijak mengambil kesempatan terhadap pelbagai masalah,
kepincangan dan kelemahan dalaman umat Islam. Satu hal
yang pasti adalah dunia Islam semenjak abad ke-12H/18M dan
ke-13H/19M telah dilanda sindrom kejahilan dan kebekuan
fikiran. Islam kini hanya tinggal pada nama dan ini membuka
r u an g k e pa d a s er an gan p em i kir an , b u da ya, p olit i k d a n
ketenteraan. Serangan Barat boleh dikatakan sebagai membalas
dendam terhadap kekalahan mereka dalam Perang Salib yang
berlanjutan hampir 200 tahun.

CABARAN DARI BARAT

Jika ditinjau dalam setiap lapangan kehidupan umat Islam


seharian kin!, terdapat pelbagai jenis penyelewengan akidah
yang berlaku sama ada secara sengaja mahupun tidak disedari.
Oleh itu, ia merupakan suatu penyelewengan yang agak rumit
untuk diperbetulkan. Di antara jenis penyelewengan akidah
yang berlaku secara meluas pada zaman moden ini ialah
membebaskan diri daripada ikatan keagamaan. Situasi ini
berlaku apabila seseorang Muslim merasakan agama Islam
sebagai satu aspek kehidupan yang boleh ditinggalkan
mengikut kepentingan did dan keadaan semasa. Apabila agama
tidak lagi diperlukan dalam memenuhi cita-cita hidupnya, maka
agama akan mula disisihkan sedikit demi sedikit daripada
ruang pemikiran dan realiti kehidupannya (Wan Mohd Azam
Mohd. Amin 1995).
Satu lagi jenis penyelewengan akidah yang berlaku dalam
kehidupan umat Islam ialah seseorang itu merasakan agama
I sla m it u t er l al u s u ci d an d ar i it u, i a t i d a k b ol eh
dicampuradukkan dengan urusan keduniaan seperti urusan
sosial, poliiik, ekonomi dan lain-lain lagi (Wan Mohd Azam
Mohd. Amin 1995).
Kedua-dua jenis penyelewengan ini pada hakikatnya telah
juga berlaku pada agama-agama samawi terdahulu sebelum
Islam iaitu Yahudi dan Kristian. Pemikiran tentang ketuhanan
dan segala isi ajarannya telah dipinggirkan daripada pentas
kehidupan seharian di dunia mi. Gejala seumpama inilah yang
Cabaran Semasa Umat Islam 49

telah diistilahkan sebagai sekularisme. Prof. Syed Muhamad


Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam and Secularism telah
memetik satu definisi sekularisme yang masyhur iaitu:
"the deliverance of man "first from religious and then from
metaphysical control over his reason and his language". It
is "the loosing of the world from religious and quasi-religious
understandings of itself, the dispelling of all closed world
views, the breaking of all super natural myths and sacred
symbols"... the "defatalization of history", the discovery by
man that he has been left with the world on his hands, that
he can no longer blame fortune or furies for what he does
with it...; (it is) man turning his attention away from worlds
beyond and toward this world and this time". Secularization
encompasses not only the political and social aspects of life,
but also inevitably the cultural, for it denotes "the
disappearance of religious determination of the symbols of
cultural integration" (1978:15).

Jelas daripada definisi di atas bahawa sekularisme


merupakan suatu fahaman yang bersifat anti-agama dan anti-
Tuhan. Dalam perjalanan sejarah moden dunia, fahaman
se k u lar is m e t aj a an Bar at m o d e n s u d ah ber ja ya
mensekularisasikan seluruh pelosok dunia, termasuk dunia
Islam. Ringkas, proses sekularisasi itu sebenarnya tidak lain
merupakan proses pembebasan manusia daripada kongkongan
agama dan kawalan metafizik.
Perlu ditegaskan bahawa peradaban Barat moden yang
melanda umat Islam itu membawa semangat, fahaman, idea
dan world view yang amat tidak serasi dengan world view dan
matlamat peradaban Islam. Ini kerana dalam konteks
peradaban Barat moden, ia merupakan sebuah peradaban yang
mengenepikan Tuhan dan memberikan penghormatan yang
tinggi kepada kebendaan (Sidi Gazalba 1973).
Dalam kata-kata lain, peradaban Barat moden merupakan
sebuah peradaban yang lebih mementingkan unsur
individualistik dalam gaya hidup kerana ia juga bertunjang
fahaman materialistik iaitu suatu fahaman dan sikap hidup
yang memberikan tumpuan kepada usaha mencari kenikmatan
keben daan semata-mat a, sikap ber mati-matian dalam
kebendaan, sikap percaya kepada kebendaan sahaja dan
menolak segala nilai luhur yang lain (Muhammad al-Bahi 1979).
Di samping itu, peradaban Barat moden itu juga
didominasi fahaman sekularistik. Fahaman ini pula lazimnya
50 Engku Ahmad Zaki

mer u j u k k e pa d a s at u si k a p d an ke c en d er un g an un t u k
menganggap sepi terhadap Tuhan dan semua persoalan serta
kegiatan keagamaan kerana manusia terlalu sibuk dengan halhal
duniawi sehingga tidak sempat untuk berfikir mengenai halhal
ukhrawi (Syed Muhammad Naquib al-Attas1978).
Dan i segi implikasi psikologi, Barat berjaya menyogok
falsafah dominasi nilai kebaratan dan kemenangan fahaman
materialisme ke atas konsep, doktrin dan cara hidup Islam.
A ki b at n ya, i a t el ah m en g h a k is w aj ah k ei sl am an da n
mengembalikan wajah jahiliah. Malah, kesannya dirasai dalam
segenap bidang kehidupan manusia termasuk pendidikan, ilmu
pengetahuan, ekonomi, kewangan, ketenteraan, kesenian,
sosial, sains, kebudayaan dan media massa.
Di dalam bidang pendidikan, seriusnya kesan kekalahan
itu sehingga ilmu utama seperti kejuruteraan, psikologi,
sosiologi, biologi, astronomi, fizik, kimia, matematik, ekonomi
dan perubatan yang diajar di institusi-institusi pendidikan
terpisah jauh daripada roh Islam, sedangkan pengasas dan
pelopor semua ilmu tersebut adalah ilmuwan Islam. Apa yang
menyedihkan lagi apabila mahasiswa Islam terpaksa merujuk
fakta atau teori Barat yang kadangkala bertentangan dengan
Islam dalam mempelajari ilmu itu hingga tidak kurang pula
daripada mereka ini yang pemikiran, nilai, jati diri, cita rasa,
aliran dan gaya hidup mereka sebati dengan kiblat tamadun
Barat (Muhammad al-Ghazali 1991).
Cita-cita Barat adalah untuk menjadikan semua orang di
dunia ini hidup serupa dalam satu budaya. Mereka ingin
melahirkan anak Muslim celupan Barat yang berwatak sekular
dan jauh daripada akhlak Islam. Nama dan agama rasmi
dibiarkan Islam tetapi pemikiran dipastikan berubah. Nilai dan
pandangan hidup terhadap agama, kehidupan, manusia,
sejarah, keyakinan atau kepercayaan terhadap kekuatan Islam
dipesongkan supaya sentiasa mengagung kemampuan Barat.
Malah persepsi terhadap sistem perundangan, politik, akhlak
dan budaya juga berubah. Ini dapat dilihat melalui tingkah
laku, tindakan dan hasil pemikiran mereka yang terbukti
melalui pelbagai ucapan dan tulisan.
Dad sini, lahirlah berbagai-bagai ideologi moden seperti
sekularisme, kapitalisme, nasionalisme dan sosialisme
mengambil tempat Islam sehingga menjadi anutan dan
pegangan umat Islam kini dalam seluruh lapangan hidup
(Sulaiman Nordin 1995). Natijahnya, Islam mula terpinggir jauh
Cabaran Semasa Umat Islam 51

d ar i p a da r e alit i k e h id u p an s em a sa. M al ah a da ya n g
menganggap ideologi moden tersebut seperti sekularisme dan
nasionalisme juga sebahagian daripada Islam (Astora Jabat
2003).
Dewasa ini, masyarakat Islam menyaksikan lambakan
bahan-bahan percetakan dan penyiaran sama ada terbitan
se c ar a h ar ia n , mi n g gu an , b u la n a n at a u t ah un an ya n g
memuatkan pelbagai isu dan persoalan kehidupan manusia
sejagat. Lambakan bahan-bahan tersebut bukan hanya
dihasilkan oleh masyarakat tempatan, malah dilimpahi bahan-
bahan media asing yang mempromosikan pengaruh-pengaruh
budaya Barat yang akhirnya mendominasi setiap aspek
kehidupan seorang Muslim.
Kemudian, penggunaan saluran peralatan teknologi
canggih telah memperkukuhkan nilai-nilai peradaban barat
yan g t el ah dit an a m d al am t e m p oh p en ja jah an s a m bil
menaburkan sejumlah nilai baru yang dibawa khusus oleh era
pascamoden yang dikenali sebagai faham pascamodenisme.
Pada asasnya, kehebatan zaman pascamoden ini sebenarnya
ditandai oleh unsur upaya kesejagatan planet bumi bahawa
dunia persis sebuah kampung, yang segala hambatan dan
sekatan perbatasan yang dicipta sejak munculnya negara-
bangsa kira-kira 500 tahun yang lalu telah berjaya dilangkau.
Semua ini dianggarkan menjadi mungkin hasil daripada
revolusi hebat yang berlangsung dalam bidang teknologi
maklumat dan komputer yang bergabung pula dengan teknologi
telekomunikasi dan satelit. Inilah sebenarnya intisari dari apa
yang diisytiharkan "borderless world" yang menandakan
berakhirnya zaman moden untuk diganti dengan zaman
pascamoden (Anwar Ibrahim 1995).

Kehebatan teknologi maklumat, komputer, teknologi


telekomunikasi dan satelit ini nyatanya, hari demi hari, akan
mendominasi ruang lingkup dan ceruk rantau kehidupan
harian manusia masa kini. Hal ini bermakna bahawa mana-
mana masyarakat di planet bumi ini akan terdedah secara
berterusan kepada terobosan apa juga bentuk penyiaran asing
tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan.
Penapisan dan kawalan bahan oleh pihak berkuasa sesebuah
negara bangsa menjadi begitu sukar untuk dilakukan kerana
teknologi canggih ini telah memungkinkan penyiaran bahan-
bahan yang hendak disebarkan berlangsung dalam skala
sejagat. Gejala seumpama ini boleh menjadi pemangkin untuk
5 2 E n gk u A h m ad Z ak i

meleburkan perbezaan dan kepelbagaian budaya di antara satu


masyarakat dengan masyarakat lain di dunia mi.
Kalaulah kolonialisme merupakan pembantu utama
penyebaran sekularisme edisi lama, maka kecanggihan dan
kehebatan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi
telekomunikasi dan satelit yang berjaya merubah dunia menjadi
sebuah kampung global itu merupakan sayap kanan yang
bertindak sebagai pembantu utama dalam proses penyebaran
faham sekularisme edisi terkini mi. Lalu, dalam keadaan ini,
kita segera teringat kepada peti televisyen dan monitor
komputer yang sekarang rata-rata dimiliki oleh umat Islam
serata dunia, malahan dalam keadaan sekarang kedua-dua alat
ini, khususnya televisyen, sudah pun merupakan ahli keluarga
utama dalam setiap keluarga. Di samping itu, kita juga teringat
kepada istilah-istilah seumpama internet, lebuh raya
maklumat, cakera parabola dan langit terbuka. Semua ini
merupakan peralatan atau perkakasan canggih yang menjadi
penyalur dan penyebar faham pascamodenisme masa kini,
untuk melahirkan pula satu bentuk kolonialisme edisi baru
(Rahmah Hashim 1995).
Dalam kehidupan masa kini, pelbagai peralatan seumpama
televisyen bersama program siarannya misalnya sudah
b er t in d a k s e ba ga i s e b ua h i n st it us i s o si al y a n g am a t
berpengaruh. Televisyen sudah mempunyai banyak rangkaian
dan lebih daripada 60% ruangan radio dan televisyen lebih
berfokus kepada hiburan. Sebagai contohnya, kumpulan muzik
dari German, Scorpions telah menggegarkan Stadium Merdeka
pada pertengahan September 2004. Beberapa hari kemudian
diadakan pula konsert "The Best of Blues" yang berlangsung
di Bukit Kiara. Ringkasnya, setiap tahun ada saja kumpulan
muzik dari Barat yang dibawa masuk.
Hiburan semakin mewarnai kehidupan masyarakat,
terutama remaja. Ia berupaya mencorakkan budaya masyarakat
dan menyubur serta mengukuhkan pelbagai nilai, sikap dan
perlakuan tertentu yang telah sedia terbentuk. Ia juga berupaya
pengubah gaya hidup seseorang, mengubah dan membentuk
corak serta ragam perhubungan keluarga, rakan sekerja dan
masyarakat sejagat (Rahmah Hashim (1995).
Generasi muda kini rata-rata mudah diresapi gejala-gejala
kurang sihat yang ditiru bukan daripada ajaran agama, tetapi
daripada budaya Barat. Mereka lebih menyenangi budaya pop,
rock dan rap dan lebih mengenali penghibur-penghibur mereka
Cabaran Semasa Umat Islam 53

daripada para sahabat Rasulullah (s.a.w.) dan tokoh ulama


Islam. Apabila gejala ini berlaku, generasi muda akan mudah
terputus daripada akar budaya ketimuran dan agama mereka
sendiri (Wan Liz Othman 1993).
Kesan yang paling hebat dalam did generasi muda hari ini
ialah mereka hilang keyakinan pada din i sendiri. Sindrom
kurang yakin kepada kemampuan din i sendiri ini tercermin
dalam perlakuan mereka yang terikut-ikut dengan fesyen dan
ragam watak-watak yang dipuja-puja baik dari segi corak
pakaian, fesyen rambut dan aksesori yang dipakai. Dad segi
personaliti pula, golongan muda ini boleh dianggap sebagai
tidak memiliki peribadi sebenar kerana sebahagian daripada
did mereka adalah imitasi dan imej orang lain (Indriaty Ismail
1999).
Ironisnya, budaya hiburan hedonis yang dimarahi para
guru di sekolah, dibiarkan berleluasa di luar sekolah. Hal itu
terbawa-bawa ke dalam sekolah di mana para pelajar asyik
berbual tentang artis, konsert, lagu, jenis tarian, pakaian antis
dan aksi artis. Pelajaran harian termasuk pelajaran agama
menjadi suatu yang kaku, bisu dan tidak berperanan.3
Media percetakan terutamanya majalah hiburan dan
majalah picisan yang memaparkan cerita-cerita khurafat dan
tahyul, tidak ketinggalan turut memberi sokongan dengan
liputan-liputan yang meluas dan sebaran yang menyeluruh ke
seluruh negeri mengenai filem-filem asing dan perkembangan
muzik luar negeri. Akibatnya, kemasukan budaya luar yang liar
dan menyalahi agama merebak ke dalam masyarakat Islam
tanpa disedari (Indriaty Ismail 1999).

PENYELESAIAN MENURUT ISLAM

Berdasarkan cabaran-cabaran yang begitu hebat menyerang


umat Islam di Malaysia, maka penyelesaian yang ampuh wajar
dicari dan dijejaki sebagai benteng pertahanan yang kukuh bagi
menangkis segala serangan tersebut. Dalam situasi in umat
Islam sering mendengar seruan daripada pelbagai pihak supaya
kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulllah. Persoalannya
sekarang, apakah dan bagaimanakah kita nak kembali kepada
al-Quran dan al-Sunnah tersebut? Inilah jawapan dan

3 Temubual dengan Syed Saggaf bin Tuan Pengerang, Penolong Kanan I, SK Tayor,
Sungai Tong, Setiu, di pejabatnya pada 10 Januari 2004.
54 Engku Ahmad Zaki

penyelesaian yang amat dicari-cari oleh setiap Muslim agar


terselamat daripada cabaran yang menghimpit setiap sudut
kehidupan ummah.

1) Memandangkan kewajipan dakwah adalah besar dan


b er at un t u k m en an gan i k e s k em el ut a ki d ah ,
t am b ah an p ul a kr i si s a k i d ah y an g me la n da
masyarakat Islam kini bersifat sejagat, maka peranan
institusi dakwah Islam wajar dinilai dan dikaji semula
dari segi objektif dan matlamatnya, pendekatan atau
teknik dakwahnya, media atau peralatan dakwahnya
dan sasarannya untuk memastikan keberkesanannya
dan kejayaan peranannya. Bilangan pendakwah perlu
ditambah dan mereka diberikan latihan sewajarnya
supaya mereka dapat menghadapi masyarakat dengan
penuh hikmah dan bijaksana dalam memberikan
bimbingan dan pendidikan agama.

2) Dalam konteks pendidikan Islam, ada dua peringkat


yang perlu diberi perhatian.
a) P a da p er in g kat p en di d i ka n I sl am yan g
dikendalikan pihak di luar sistem formal yang
memerlukan tinjauan dan pengukuhan dari sudut
k ur i k u l um, met o d o l og i, b u k u t e ks, l at ih a n
k eg ur u an , pr o s es p en i la ia n , k ew an g an d an
pengurusan. Kelemahan yang ada perlu diperbaiki
segera supaya selaras dengan objektif pendidikan
asas untuk melahirkan sumber modal insan
bermutu yang mampu menghadapi berbagai-bagai
cabaran semasa.

b) Pada peringkat kedua, tinjauan harus dibuat


secara komprehensif dalam sistem pendidikan
Islam yang formal. Apakah asas agama yang
dit aw ar k an ma m p u me m b er i k an k es an
penghayatan yang baik kepada para pelajar? Ini
kerana banyak asas syariah menyentuh perkara
gh a i b. Me m b er i f a h a m per k ar a gh ai b in i
memerlukan pendekatan tersendiri dan artikulatif
sifatnya. Ini supaya pendidikan Islam selama 11
tahun itu akan mampu memberikan kekuatan
rohaniah dan fikriah kepada pelajar.
Ca b a ra n S ema sa Uma t Isla m 5 5

3) Pendidikan tidak formal khusus untuk orang awam:


a) Menggubal satu kurikulum pendidikan Islam
khusus untuk orang awam agar mereka terus
berpegang teguh dengan ajaran Islam, terutamanya
pendidikan ilmu akidah sebagai perisai kukuh
menghadapi ancaman ajaran yang menyeleweng.
b) Memanfaatkan fungsi masjid dan surau sebagai
pusat penyebaran ilmu dan juga pusat pendidikan
lanjutan Islam di kalangan umat Islam agar
mereka tetap terus menghayati Islam sebagai cara
hidup yang lengkap dengan memperbanyakkan
kelas pengajian agama di masjid dan surau supaya
umat Islam dapat memantapkan pengetahuan ilmu
Islam

c) Menjadikan pendidikan Islam sebagai satu proses


pendidikan berterusan yang wajib dihadiri oleh
masyarakat Islam, terutamanya golongan lepasan
se k o la h d an gr a d u a n un iv er sit i. I n i k er an a
pendidikan dalam Islam tidak dihadkan kepada
umur tertentu atau disyaratkan atas kedudukan
s os i o- e k on o mi t er t e n t u. S e ba li kn ya t r a di si
pendidikan Islam diamalkan sepanjang hayat,
dalam segala keadaan dan diceburi oleh semua
anggota masyarakat.

PENUTUP

Berdasarkan huraian di atas, umat Islam wajib berpegang pada


sumber al-Quran dan al-Sunnah dalam mendepani arus
cabaran yang beraneka ragam dan bentuk. Ajaran Islam tidak
cukup dengan slogan dan retorik yang dijaja ke sana ke sini:
ia menuntut penghayatan dan perlaksanaan secara menyeluruh
d al am s et i a p a s p e k k eh i d u p an d al a m u sa h a u n t u k
memartabatkan kembali umat Islam sebagai umat terbaik dan
umat pertengahan di muka bumi Allah mi.

RUJUKAN

A1-Khalidi, Salah Abd al-Fattah (1989), Thawabit Li al-Muslim al-


Muasir. Kaherah: Maktabah al-'Ulum al-Islamiyyah, Suwailih wa
Dar al-Isra'.
56 Engku Ahmad Zaki

Al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Manaqib 'An Rasulillah, Bab


Manaqib Ahl Bayt al-Nabi, j. 5.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (2006) dalam Seminar &
Cabaran Semasa di Dewan Toh Yuan Norashikin, Kompleks
Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur, pada 19 Ogos 2006.
Anwar Ibrahim (1995), "Kesejagatan dan kebangkitan Bangsa" dalam
Pemikir, bil. 2, Oktober-Disember 1995.
Astora Jabat (2003), "Ulama Jangan Menghina" dalam Bicara Agama,
Mingguan Malaysia, 26/10/2003.
Azhar Abu Samah dan Mohd. Yusof Sulaiman (2000), "Jahil Agama
Punca Akidah Terpesong" dalam Berita Harian, Jumaat 13
Oktober 2000.
Bahagian Hal Ehwal Islam (1994), Kriteria Dalam Ajaran Sesat, Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Sdn. Bhd.
Hilmy Bakar Almascaty (1994), Ummah Melayu: Kuasa Baru Dunia
Abad ke-21. Kuala Lumpur: Berita Publishing.
Indriaty Ismail (1999), "Antara Media dan al-Quran: Pengaruh dan
Kesan Dalam Pembentukan Peribadi Masyarakat Islam Malaysia
Masa Kini" dalam Muda @ Ismail Abdul Rahman et. al. (1999),
Cabaran Islam Di Abad Ke-21. Kuala Terengganu: Yayasan Islam
Terengganu.
Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Edisi Ketiga. h. 1174.
Mahmud Ismail al-Siniy dan rakan-rakan ( t.th.), al-Qira'ah al-
'Arabiyyah Ii al-Muslimin. Al-Kitab al-Thalith. T.tpt.: Maktabah
Lubnan.
Mary Weliderz (1992), Rihlati min al-Kanisah Ila al-Masjid Limaza. Misr
al-Jadidah: Maktabah al-Nur.
Mufti Perak (2006) "Umat Islam di Malaysia Semakin Parah" di dalam
Laman Web Harakandaily bertarikh 29 Jun 2006.
Muhammad al-Bahi (1979), Islam Dilitupi Awan Mendung, Yusoff Zaky
Yaacob (terj.), Kota Bharu: Syarikat Dian. Sdn. Bhd.
M uha mma d a l -Gha za l i ( 1991) , K a y f a N a f h a m u a l - I s l a m , a l -
Iskandariyyah: Dar al-Da'wah.
Muhammad Nor b. Ibrahim et al. (1995), Muqaddimah Mastika Hadis
Rasulullah (s.a.w.), Kuala Lumpur:Bahagian Hal Ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri.
Muhammad Qutb (1988), Jahiliyyah al-Qarn Kaherah:
Daral-Syuruq.
Muhammad Qutb (1989), Jahiliyyart al-Qarn Kaherah; Dar
al-Syuruq.
Muhammad Qutb (1991), Ru'yah Islamiyyah Li Ahwal al-'Alam al-
Islamiyy. Riyad: Dar al-Watan al-Nasyr.
Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (1980), Awjaz al-Masalik Ila
Muwatta' Malik, Kitab al-Jamr, Bab al-Nahy 'An al-Qawl bi al-
Qadr, j. 14, no. Hadith: 1395, Beirut: Dar al-Fikr.
Ca b a ra n S ema sa Uma t Isla m 5 7

Rahmah Hashim (1995),"Kelangsungan Generasi di Bawah Langit


Terbuka", (Kertas Kerja Simposium Penyelidikan Komunikasi ke-
4, Universiti Kebangsaan Malaysia, 5-6 September 1995).
Salleh Buang (2006), Sikap dan Peranan Umat Islam Dalam
Menghadapi Cabaan Semasa. (Kertas Kerja yang dibentangkan
dalam Simposium Pengurusan Hal Ehwal Islam Peringkat
Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 20 November
2006).
Sidi Gazalba (1973), Modenisasi Dalam Persoalan: Bagaimana Sikap
Islam, Jakarta: Bulan Bintang.
Sulaiman Nordin (1995), Islam, al-Quran dan Ideologi Masa Kini, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978), Islam and Secularism, Kuala
Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.
Wan Liz Othman Wan Omar (1993), "Membentuk Bangsa Yang
Berperibadian Besar" dalam Dewan Masyarakat, Disember 1993.
Wan Mohd Azam Mohd. Amin (1995),"Penyelewengan Akidah Dalam
Kehidupan" dalam Dakwah, bil. 218, tahun XVI, Julai 1995.
Yusuf al-Qaradawi (1985), Ayna al-Khalal, Kaherah: Dar al-Sahwah.
Yusuf al-Qaradawi (1985). Ayna al-Khalal. Kaherah: Dar al-Sahwah.
h. 7-21.
Zakaria Stapa (1999), Tasauf: Menjana Personaliti Umat Abad ke-21,
Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai