Anda di halaman 1dari 2

[8:44 AM, 11/9/2019] Kasyah Mtq Asriah: Berikut adalah cara saya sebagai guru dapat merancang,

melaksana dan menilai pengajaran secara berkesan dalam opsyen sejarah bagi pelajar tingkatan 4.

PERANCANGAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru
sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian
ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta
mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru
dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur.

Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu
sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Oleh itu Rancangan Pengajaran
Harian yang saya bina merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Sukatan Pelajaran (SP)
dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh,
mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan
serta impak atau refleksi.

Saya ingin merancang sesi pengajaran bagi mata pelajaran sejarah Tingkatan 4 iaitu hijrah. Tajuk hijrah
berada di dalam bab 5 iaitu kerajaan islam di madinah. Didalam huraian sukatan pelajaran topik ini
berada di dalam tema 8 iaitu tamadun islam dan perkembangannya. Topik ini akan diajar selepas pelajar
mengetahui tentang tamadun awal manusia. Saya merancang topik ini dilakukan pada minggu ke 22.
Saya merancang dua objektif ketika sesi pengajaran 30 minit iaitu pelajar dapat i) menerangkan maksud
Hijrah dalam Islam (aras 1) ii) menyenaraikan sebab-sebab dan tujuan Nabi Muhammad SAW berhijrah
ke Madinah (aras1).

Berikut adalah sebahagian dokumen huraian sukatan pelajaran yang saya ambil untuk dijadikan sebagai
rujukan saya untuk sesi pengajaran beserta rancangan harian pengajaran yang saya rancang.

[8:44 AM, 11/9/2019] Kasyah Mtq Asriah: PERLAKSANAAN

Untuk perlaksaan apa yang saya rancang di dalam rancangan pembelajaran saya realisasikan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas seperti berikut dan sesi pengajaran direkodkan
seperti lampiran.

i) Set Induksi

Bahagian set induksi memainkan peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat pelajar,
seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi menarik
minat pelajar tentang topik pembelajaran pada hari tersebut, saya mengedarkan lirik lagu (hijrah)
kepada pelajar dan meminta pelajar menyanyi bersama-sama. Kemudian saya bertanya kepada pelajar
apa yang merka dapat daripada lirik lagu tersebut dan mengaitkan dengan sesi pembelajaran pada hari
tersebut. Masa yang saya ambil untuk proses pengenalan ini adalah 5 minit. Pelajar teruja apabila
mendengar lagu ini. Ada sebahagian pelajar tidak pernah mendengar lagu tersebut.
ii) Penyampaian

Seterusnya, saya meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran untuk objektif yang pertama. Pelajar
telah belajar tentang masyarakat jahiliah di mekah dan perjanjian aqabah 1 dan 2 di mana isi perjanjian
menjemput nabi Muhammad ke kota Madinah. Jadi saya menerangkan kesan daripada perjanjian
aqabah membawa nabi Muhammad berhijrah selain daripada perintah allah swt. Objektif pertama
adalah pelajar dapat menerangkan maksud hijrah. Bagi mencapai objektif ini, saya memberikan
lembaran grafik dan meminta pelajar berbincang secara berpasangan. Masa yang diberikan untuk
berbincang adalah 3 minit. Setelah tamat perbincangan, wakil pelajar datang kedepan mengisi lembaran
grafik yang dilukis di dalam kertas mahjung dan menerangkan maksud konsep hijrah. Proses untuk saya
mencapai objektif pembelajaran lebih kurang 10 minit.

Sesi pengajaran diteruskan untuk mencapai objektif yang kedua iaitu pelajar dapat menyatakan
sebab dan tujuan hijrah. Bagi melaksanakan objektif ini, pelajar diagihkan lembaran kerja peta minda.
Secara berpasangan pelajar berbincang dan membuat peta minda berdasarkan kreativiti masing-masing.
Lembaran kerja yang diberikan adalah sebagai rujukan. Masa yang diberikan adalah 5 minit. Kemudian
wakil pelajar mempamerkan hasil kerja masing-masing. Di samping pelajar belajar tentang sebab dan
tujuan hijrah, pelajar dapat mengasah bakat mereka suapaya lebih kreatif dan kritis. Pada akhir sesi,
pelajar diminta menyalin semula peta konsep di dalam buku nota dan menjawab soalan di dalam buku
teks.

iii) Penutup Pengajaran

Guru meminta wakil pelajar merumus apa yang mereka pelajari di samping meminta mereka menyoal
kembali rakan-rakan mereka di dalam kelas. Guru juga mengedarkan stiker notes kepada pelajar untuk
mereka menulis refleksi tentang pembelajaran pada hari ini. Guru membaca beberapa nota refleksi
pelajar dan menutup kelas dengan latihan.

PENILAIAN

Saya melakukan penilaian sepanjang masa di mana berlaku soal jawab secara lisan bersama pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di akhir kelas, saya meminta pelajar untuk menyiapkan
soalan di dalam buku latihan dan buku teks.

Anda mungkin juga menyukai