Anda di halaman 1dari 27

BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

DI KUBANG BEMBAN,PASIR MAS


KELANTAN DAN PERBANDINGAN
DENGAN
NEGARA THAILAND

NAMA
SHAZA SHAZWANA BINTI RUZIMAN

TINGKATAN
1 KHAS 2

NAMA GURU
EN. MARZAIDIN B. YACOOB

TARIKH HANTAR
14 NOVEMBER 2010
KANDUNGAN
• SEJARAH/LATAR BELAKANG
• PENGHARGAAN
• PENDAHULUAN
• OBJEKTIF KAJIAN
• KAWASAN KAJIAN
• KAEDAH KAJIAN
• DAPATAN KAJIAN
• RUMUSAN
• LAMPIRAN
• RUJUKAN
Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna
dengan bantuan daripada beberapa pihak. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang
berikut :

a)Umi dan Abah yang memberikan dorongan, sokongan dan


bantuan kewangan untuk melaksanakan kajian dan laporan ini.

b)Cikgu Marzaidin , Guru Geografi Tingkatan 1 Khas 2, Sekolah


Menengah Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan yang banyak
memberikan tunjuk ajar, bimbingan kepada saya.

c)Rakan-rakan sekelas yang banyak membantu semasa


menjalankan kajian ini.

d)Pengetua Sekolah

e)Orang-orang perseorangan yang kami temubual di kawasan


kajian.
LATAR BELAKANG PASIR MAS
Pasir Mas merupakan satu daripada
10 jajahan di Negeri Kelantan terletak
di bahagian utara Negeri Kelantan,
bersempadan dengan jajahan Tumpat
di sebelah Utara, Tanah Merah di
sebelah selatan, Sungai Kelantan dan
jajahan Kota Bharu di sebelah Timur
dan Jajahan Sungai Golok, Thailand
di sebelah Barat.
Mengikut sejarah kewujudan Pasir
Mas, sebuah penempatan telah
dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih
dikenali sebagai Che Leh Tok
Pendekar. Beliau telah dipaksa ke
Pasir Mas setelah tanahnya di Kota
Bharu diambil alih oleh Sultan bagi
tujuan membina istana. Pada masa
itu, terdapat seorang guru agama dari
Bachok, datang untuk mengajar kelas
keagamaan di Pasir Mas.
Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai
mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara
tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini
kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara
tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’.
Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di
tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga
membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan
Pasir dan Mas

KAMPUNG KUBANG BEMBAN

Kawasan kajian saya untuk Folio Geografi ini adalah Kampung Kubang
Bemban yang terletak dalam Jajahan Pasir Mas.
Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Georgafi
Tingkatan 1 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan.Hal
ini dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi tempatan.
Pelajar-pelajar diberi pilihan untuk membuat suatu kajian

Saya telah memilih Bentuk Muka Bumi Kubang Bemban


Serta Pengaruhnya Terhadap Kegiatan Manusia serta
Perbandingan dengan Negara Thailand. Masa yang
diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini bermula 20
Oktober 2010 sehingga 14 November 2010.Setiap pelajar perlu
menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan
itu.

Saya berasa bangga kerana dapat tinggal di persekitaran yang


mana bentuk muka buminya unik, indah dan terkenal seperti
Kampung Kubang Bemban ini.Saya berharap agar kajian dan
laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada
saya dan kepada seluruh masyarakat di sini amnya.

Setelah kajian ini dijalankan, saya mendapati OBJEKTIF KAJIAN


telah tercapai sebagaimana berikut;

a) Dapat mengetahui jenis bentuk muka bumi dan ciri-cirinya


di kawasan kajian
b) Dapat mengenalpasti perhubungan bentuk muka bumi dan
kegiatan manusia di kawasan kajian

c) Dapat mengkaji halangan bentuk muka bumi terhadap


penduduk

d) Dapat mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam


sekeliling

e) Memupuk semangat patriotisme

Latar belakang Kawasan Kajian


Kawasan kajian yang menjadi pilihan saya ialah
Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas,
Kelantan.Kampung ini terletak kira-kira 2
kilometer dari Bandar Pasir Mas.Selain itu juga,
kampung ini merupakan tempat tinggal keluarga
saya sejak 10 tahun yang lalu.
Kampung ini sangat menarik kerana mempunyai
pelbagai kemudahan yang setaraf dengan berada
di kawasan Bandar.Ia dilengkapkan dengan
kemudahan jalan raya,elektrik ,sekolah dan
masjid yang selesa serta memudahkan penduduk
untuk menggunakannya.
Terdapat rumah berbentuk banglo,rumah teres
dan rumah berciri kampung terletak di Kampung
Kubang Bemban.

JENIS PETEMPATAN
Kampung Kubang Bemban adalah sebuah
kawasan petempatan yang padat penduduk yang
terdiri daripada majoritinya berbangsa Melayu.
Manakala kawasan kajian yang menjadi
perbandingan adalah Negara Thailand. Mengapa
saya memilih Negara Thailand? Pemilihan
Thailand dibuat kerana Negara tersebut terletak
berjiran dengan Negeri Kelantan.Selain
dihubungkan dengan jalan air dan darat ke
Negara Thailand, bentuk buma bumi, iklim,
kegiatan ekonomi penduduk menjadi faktor
kepada saya memilih Negara Thailand.

PANDUAN KE PASIR MAS, KELANTAN

JALAN DARAT
• Dari Kuala Lumpur boleh dihubungkan
melalui jalan raya Gua Musang - Kota Bharu
- Pasir Mas
• Dari utara semenanjung (Kedah, Pulau
Pinang, Perak dan Perlis boleh dihubungkan
melaui Jalan Raya Timur Barat (Grik) Kota
Bharu - Pasir Mas
• Dari Kuala Terenganu dan Kuantan melalui
jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu - Pasir
Mas
• Dari Thailand ke Pasir Mas melalui lebuhraya
Rantau Panjang - Pasir Mas
JALAN UDARA
• Melalui kapal terbang - Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa
(menaiki teksi di lapangan terbang kemudian
bas terus ke Pasir Mas melalui jalan
Pengkalan Chepa - Kota Bahru - Salor - Pasir
Mas dan jalan Pengkalan Chepa - Kota Bahru -
Pasir Pekan - Pasir Mas
JALAN KERETAPI
• Kuala Lumpur - Pasir Mas - Tumpat
• Singapura - Pasir Mas - Tumpat
PETA NEGERI KELANTAN
PETA NEGARA THAILAND
Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Kajian ini ,
saya menggunakan beberapa kaedah berikut;

i)KAEDAH PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat


yang paling mudah dan cepat dilakukan.Maklumat yang
hendak dikumpulkan dapat diperolehi dengan cara melihat dan
mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat
yang hendak dikumpulkan.

ii)KAEDAH TEMUBUAL

Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat


secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan
seseorang. Biasanya kaedah ini sesuai untuk mengumpulkan
data atau maklumat yang berkait dengan berita,pendapat atau
nasihat. Orang yang ditemu bual akan dikemukakan berapa
soalan yang berkaitan dengan maklumat yang hendak
dikumpulkan.Saya berpendapat kaedah ini banyak membantu
maklumat tentang kajian ini.

iii)KAEDAH KEPUSTAKAAN
Kaedah rujukan kepustakaan adalah kaedah pengumpulan
maklumat yang dilakukan dengan merujuk pada bahan-bahan
yang sudah diterbitkan Contohnya ialah maklumat dengan
merujuk pada buku-buku, majalah, risalah, keratan akhbar
laman web atau cakera padat.
iv) INTERNET
Kaedah ini sangat berguna kerana telah membantu saya
memperolehi peta Negeri Kelantan dan Thailand serta
maklumat berkaitan Kampung Kajian.
a) Hasil daripada kajian dan pemerhatian yang
telah dijalankan,kami mendapati kawasan
kampung Kubang Bemban adalah sebuah
kawasan bertanah pamah. Kawasan Kubang
Bemban yang memperlihatkan sebuah
kawasan yang luas ,bertanah rata serta amat
sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi
penduduk.Contohnya, sesuai sebagai pusat
pentadbiran,ekonomi,pendidikan dan
sebagainya. Namun demikian, ada juga
sesetengah kawasan di Kampung Kubang
Bemban mempunyai lembah yang sering
dilanda banjir kilat.

b)Manakala Negara Thailand juga mempunyai


kawasan bertanah pamah yang juga
bersesuaian untuk dibangunkan sebagai
pusat pentadbiran dan pusat perniagaan.

c)Selain daripada itu juga, pada masa ini


kemudahan institusi pendidikan seperti
Sekolah telah memberikan lagi kemajuan
kepada Kampung Kubang Bemban.Terdapat
sebuah sekolah harian yang terkenal di
Kelantan ini iaitu Sekolah Menengah Kubang
Bemban menempatkan pelajar-pelajar
luarbandar terbaik sekitar Pasir Mas.
d)Pembinaan jalan raya yang semakin dinaik
taraf oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri telah membantu penduduk di
Kampung ini menikmati keselesaan dan
keselamatan semasa memandu.

e)Kedudukan kampung Kubang Bemban yang


strategik iaitu terletak berhampiran Bandar
Pasir Mas memudahkan penduduk berulang
alik ke Bandar.Selain itu juga Kampung ini
merupakan jalan alternative ke Pengkalan
Kubur.

f)Sistem perparitan sentiasa diberikan


perhatian oleh pihak Kerajaan.

g)Penduduk Kampung ini juga mendapat


bekalan air paip yang bersih.

h)Pada musim tengkujuh, Kampung Kubang


Bemban juga mengalami banjir terutama
kawasan-kawasan yang lembah serti
berdekatan dengan sawah padi dan tali
air.Bagaimanapun keadaan ini hanyalah
seketika.
PERTANIAN
PENDIDIKAN PERINDUSTRIAN

POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI


KG.KUBANG BEMBAN
PASIR MAS.,KELANTAN

PERNIAGAAN
PETEMPATAN
PENGANGKUT
Kegiatan ekonomi sesuatu kawasan itu bergantung kepada
bentuk muka bumi kawasan berkenaan. Kampung Kubang
Bemban yang mempunyai bentuk muka bumi pamah
memudahkan penduduk menjalankan kegiatan seperti
pertanian, berniaga, mengusahakan industri kecil dan
sederhana,pertukangan dan sebagainya.

Jika diperhatikan penduduk Kampung Kubang Bemban , ramai


yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti berniaga
runcit,restoran , pertukangan dan sebagainya.Pelbagai juadah
makanan dapat dinikmati ketika berada di kampung Kubang
Bemban.Gerai-gerai yang dihiasi dengan persekitaran yang
menarik minat pembeli untuk berbelanja.Selain harga yang
berpatutan, penduduk Kubang Bemban terkenal dengan sifat
peramah, tolong-menolong dan rajin bekerja.

Kebanyakkan penduduk di Kampung Kubang Bemban memiliki


tanah kediaman sendiri.Rumah-rumah penduduk di sini terdiri
daripada banglo, rumah teres dan dimiliki oleh orang Melayu.

Bentuk muka bumi di Negara Thailand juga memperngaruhi


kegiatan ekonomi penduduknya. Dataran Bangkok terkenal
sebagai sebuah kawasan tanah pamah yang menyumbangkan
hasil pertanian kepada Negara berkenaan. Selain ,dilengkapkan
dengan teknologi pertanian moden, iklim Negara Thailand yang
sama dengan Malaysia menjadikan penduduknya menjadikan
pertanian sumber pendapatan utama.

Saya berasa berbangga sekali dapat tinggal di sebuah Negara


yang bentuk muka buminya menarik , khususnya di Negeri
Kelantan ini.Kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan
perdagangan berkembang dengan begitu pesat, kerana bentuk
muka buminya yang luas dan rata.
Meskipun kadangkala Kampung Kubang Bemban dilimpahi
dengan air , sebagaimana juga di Thailand tetapi tidak di tahap
yang merbahaya kepada penduduk.Tabiat penduduk yang suka
membuang sampah di merata tempat memudahkan banjir kilat
berlaku.Sistem perparitan telah dibaik pulih oleh pihak Kerajaan
menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran dapat mengelakkan
banjir kilat berlaku.

Jumlah kenderaan yang banyak menggunakan jalan ini


terutama ke Bandar telah mengakibatkan kerosakan teruk.Lori-
lori dengan muatan yang berat mengakibatkan cepatnya
berlaku kerosakan jalanraya.Kadangkala berlaku kemalangan
disebabkan jalanraya yang tidak dibaikpulih.

Saya sangat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada


penduduk Kubang Bemban,walaupun terdapat bencana banjir
tetapi tidaklah membawa kemusnahan yang teruk.
Kesan negatif yang wujud akibat daripada
kegiatan manusia di kawasan kajian perlu
diselesaikan melalui langkah-langkah
berikut :
 Langkah yang pertama ialah mengadakan
kempen –kempen untuk menanam nilai cinta
kepada alam sekitar dalam jiwa penduduk di
Kampung Kubang Bemban .
Contohnya,kempen “Cintailah Alam Sekitar”
untuk mengurangkan masalah pembuangan
sampah dan sisa buangan industri.
 Usaha menanam tumbuhan penutup bumi
juga perlu ada di tebing sungai untuk
mengurangkan hakisan.Tumbuhan penutup
bumi ini dapat mengurangkan kesan
hakisan.Tumbuhan penutup bumi ini dapat
megurangkan kesan hakisan dan
mengelakkan kejadian tanah runtuh.
 Kerajaan Negara Thailand juga mengambil
tindakan yang hampir sama dengan kawasan
kajian iaitu dengan mengadakan kempen
kesedaran di kalangan penduduknya.
Akhirnya, saya berasa bangga dan berterima
kasih kepada kerajaan yang telah berusaha
memajukan melalui pembangunan
mampan.Diharapkan Kampung Kubang
Bemban akan menjadi lokasi yang lebih
kondusif lagi pada masa hadapan

KEPENTINGAN BILANGAN (ORANG)


BENTUK MUKA BUMI
PERNIAGAAN 6
PEMBINAAN 4
PETEMPATAN 3
PERTUKANGAN 4
PENDIDIKAN 3
JUMLAH RESPONDEN 20
Graf menunjukkan Kegiatan Penduduk di Kampung
Kubang Bemban yang ditemubual berkaitan dengan
keadaan muka bumi
Setelah menjalankan kajian ini,saya telah
mengenali ciri-ciri bentuk muka bumi
disekitar Kampung Kubang Bemban,Pasir
Mas,Kelantan dengan lebih mendalam. Saya
mendapati bentuk muka bumi iaitu tanah
pamah dan sedikit lembah .Dengan kajian
ini saya dapat mengenali pasti kesan-kesan
kegiatan manusia, terutamanya penduduk
di Kampung Kubang Bemban.
Selain itu,saya juga dapat mengenalipasti
langkah-langkah penyelasaian yang
sepatutnya dijalankan kesan daripada
kegiatan manusia.
Pada pendapat saya,Kg.Kubang Bemban
sangat berpotensi untuk dimajukan tetapi
mestilah mengekalkan pegangannya di
kalangan Orang Melayu kerana ini tanah
rizab Melayu.
Sepanjang penghasilan kajian ini, saya telah
mempelajari banyak perkara seperti
bekerjasama,bersyukur terhadap usaha
kerajaan membangunkan kawasan sekitar
kawasan ini. Semua cabaran telah saya
hadapi dan akhirnya terhasillah sebuah folio
lengkap dan padat mengenai Bentuk Muka
Bumi dan ciri-cirinya di Kg.Kubang
Bemban,Pasir Mas, Kelantan dan
Perbandingan Dengan Negara Thailand.
SURAT KEBENARAN UNTUK MELAWAT/MENEMURAMAH
DAN MENDAPAT BAHAN SUMBER

Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1)


17000 Pasir Mas.
Kelantan. Tel : 09-790992

Rujukan kami:
Tarikh:
Tuan,

Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah ini dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini


sedang menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan.

3.Kajian ini merupakan sebahagian daripada pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM.Kajian ini melibatkan
pelajar sekolah mengumpul maklumat dan mendapatkan
maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan.

4.Sehubungan itu,pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat


member kerjasama kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan.

5.Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima


kasih

Sekian,
“Berkhidmat Untuk Negara”
Surat Pengenalan Diri Pelajar

Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1)

17000 Pasir Mas.

Kelantan. Tel:09-
790992

Rujukan kami:

Tarikh:

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

Kajian Geografi Tempatan(KGT)

Pembawa surat iniShaza Shazwana Bt Ruziman adalah


seorang pelajar tingkatan 1 Khas 2 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) 17000 Pasir Mas.Pelajar
ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat
kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata
pelajaran Geografi KBSM.

2.Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan


terima kasih.

Sekian,

“Berkhidmat Untuk Negara”

Saya yang menurut perintah


...........................................

( Pengetua )
SMK SULTAN IBRAHIM (1)
17000 Pasir Mas
Kelantan.

SURAT KEBENARAN IBU BAPA/PENIAGA

Pengetua ,
Sek Men Keb Sultan Ibrahim (1)
17000 Pasir Mas
Kelantan Tel: 09-790992

Tuan,

Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Merujuk perkara di atas saya Ruziman B. Che Yacoob


membenarkan anak jagaan saya Shaza Shazwana Bt.
Ruziman pelajar dari 1 Khas 2 untuk menjalankan Kajian
Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran
Geografi Tingkatan Tiga.

Sekian,Terima Kasih

Yang Benar

..............................
( )